lapan belas

Romance Series 18403

Lisa tak percayakan hasil ujian makmal itu. Keputusan makmal itu langsung tak berketepatan dengannya. Kertas dipegang kuat. Ronyok.

"Tak mungkin Sya.. aku rasa dia bagi sampel rambut orang lain tu. Ak..Aku rasa dia menipu Sya. Kita kene cari jalan lain.." Lisa mula menangis lagi.

Kertas tadi dikoyakkan kasar sebelum membuang ke kaki. Syasya yang memegang stereng tak tahu nak lakukan apalagi untuk Lisa. Dia juga buntu.

"Sudahla Lisa.. aku pon tak tahu la nak buat apa dengan kau sekarang ni." Syasya jadi pasrah, malas mahu memenatkan otaknya berfikir perihal masalah Lisa.

"Kau hantar aku ke alamat ni. Please.." Alamat yang tertera di note di dalam telefonnya dilihat sekilas.

"Kau nak buat apa pergi sini? Rumah sapa?" Syasya was-was mahu menuruti permintaan Lisa.

"Kau hantar jela.. Aku ada hal dekat sana sekejap." Akhirnya Syasya mengangguk bersetuju.

Kereta Almera nya meluncur laju ke mengikuti arah yang ditunjukkan di waze.

Tak lama selepas itu, kereta mula memasuki sebuah perumahan mewah. Syasya kaget sebentar.

"Wei.. kita nak pergi rumah sapa ni? Kau ada ambil 'order' lagi ke?" Syasya bertanya tanpa memandang Lisa, dia terjenguk-jenguk memandang rumah di sekelilingnya.

Besar dan mewah belaka.

"Kau bawa jela dulu. Bisinglah.." Lisa membuang pandangan ke luar. Malas.

Rumah berlot 13, sebuah rumah banglo 3 tingkat bewarna merah bata tersergam gah di hadapan mereka kini.

Tak menunggu lama, Lisa terus keluar dari kereta apabila lock dibuka. Dia mencari bell dan menekan interkom di luar, menunggu panggilan.

"Hello. Siapa ya?" suara seorang perempuan menyapanya.

"Saya Lisa. Saya nak bertemu dengan Pn Sr Hana." tutur Lisa lembut.

"Sebentar ye cik." suara tadi hilang untuk sementara waktu sebelum dia kembali ada.

"Silakan masuk Cik." auto lock door kecil bersebelahan pintu pagar terbuka locknya.

Dia meninggalkan Syasya yang masih di dalam kereta di luar dan mula masuk ke dalam.

Sedang dia menuju ke pintu utama rumah, seorang perempuan dalam usia akhir 40an menyapanya.

"Saya Pn Hana. Ada apa ya?" Pn Sr Hana meneliti pemakaian bergaya Lisa dari atas ke bawah sambil menegur ramah.

"Saya Lisa. Kawan Lee. Boleh saya bercakap sebentar dengan puan.?" Lisa agak gugup sebenarnya, tapi cuba diketepikan.

Tak bertanya banyak, Pn Sr Hana menjemput Lisa mengikutinya.

Dia tak kisah apa yang bakal berlaku, dia tak akan tanggung semuanya seorang diri. Tak akan.

Mereka duduk di meja kayu di halaman luas rumah bersebelahan garaj. Suasana nyaman dan penuh kehijauan di situ langsung tak dapat menenangkan degupan jantungnya yang sudah menggila.

"Ada apa sebenarnya ni? Macam serius je?" Pn Sr Hana bertanya semula.

"Macam ni sebenarnya puan.. Saya.." tergetar-getar tangannya mengeluarkan sebuah sampul plastik hospital dan diserahkan kepada Pn Hana.

Berkerut sebentar kening wanita itu, tapi dia mengambil juga. Sampul dibuka dan matanya disajikan dengan paparan ultrasound yang menunjukkan gambar kandungan bayi.

Tak ketara tapi masih kelihatan. Matanya pantas mencerlung memandang Lisa, marah.

"Apa semua ni? Kamu siapa? Apa kamu nak?" Kasar suara Pn Sr Hana bertanya.

Lisa sudah bersedia,

"Saya teman wanita Lee dan saya mengandungkan anak dia sekarang. Jadi saya nak dia bertanggungjawab." perlahan tapi masih tegas.

Mereka bertatapan tajam tanpa bersuara. "How can I believe you..yang ini anak Lin? U ada evidence ke?"

"U can ask your own son Puan Hana.. dan kalau puan masih tak percaya, lepas saya bersalin nanti.. kita boleh buat DNA test pula. Macam mana?" Lisa bertutur penuh keyakinan.

Pn Sr Hana tergamam sebentar. Tak dia sangka Lee..Urghh! Anak tak guna!

'Kalau mak tahu ni.. matilah.' desis hatinya kerisauan.

Telefon didail geram dan sesekali matanya mencerlung memandang Lisa.

"Dekat mana? Balik rumah sekarang jugak!" tegas suara Pn Hana berkata-kata. Lisa yakin, Lee yang menjawab panggilan ibunya.

'Kita akan bersama Lee.. selamanya.'

~~~~~~~~~~~~~~~

Aisyah sudah mula berbaik dengan ahli keluarga Dato Borhan terutamanya Didie. Perangai Didie juga sudah berubah membuatkan dia mula disukai ahli keluarganya yang lain.

Tapi semua itu hanya palsu belaka..

Petang itu, Sheng menelefon Aisyah. Katanya ada hal penting yang hendak dibincangkan.

Aisyah pula menolak pada awalnya kerana takut Lee tahu dia berjumpa Sheng di belakangnya, tapi apabila Sheng berkata bahwa ianya mengenai Lee..

Aisyah akhirnya terima juga.

Sheng menjemput Aisyah dan bertolak pergi. Mereka berhenti di empangan batu dan memilih tempat rehat yang ada di bawah pokok-pokok besar di sekeliling.

Suasana nyaman tanpa orang atau kenderaan yang banyak lebih sesuai untuk mereka berbual serius.

"Abang nak cakap tentang apa ni? Saya tak boleh lama-lama." Aisyah bertanya lembut.

Sheng yang leka dengan pemandangan menoleh menghadapnya. Keluhan berat dilepaskan.

"Aisyah.. niat abang sebenarnya bukan nak burukkan sesiapa.. tapi.." Sheng menggigit bibir sebentar.

"Tapi apa? Tentang Abang Lee ke? Itu ke apa yang abang nak cakapkan?" Aisyah menebak.

Dia sudah dimaklumkan awal lagi oleh Lee bahwa pakcik nya itu akan cuba apa saja untuk menghalang dia dari beekawin dengan Aisyah. Walhal memfitnah Lee sekalipun.

Melihatkan wajah Sheng agak terkejut apabila dia berkata tadi, Aisyah sudah mengagak ada sesuatu yang tak kena.

'Siapa yang menipu... Abang Sheng atau Abang Lee?' Aisyah keliru.

"Ya.. memang tentang Lin. Abang nak cakap yang dia tak cintakan awak. Dia cuma nak permainkan Aisyah je." Sheng meluahkan juga.

Sheng menyambung lagi apabila melihat Aisyah diam saja.

"Dia hanya cuba gunakan Aisyah supaya mak abang wasiatkam sejumlah harta pada dia sebab dia akan berkawin dan semestinya dia akan punya zuriat. Dan target Lin adalah awak."

"Aisyah sendiri tahukan masalah abang dulu.. itulah apa yang terjadi sekarang ni. Ahli keluarga abang sanggup buat apa je untuk dapatkan bahagian tu.. termasuklah Aunty Hana dan Lin." terangnya Sheng lagi.

Harapnya Aisyah akan mempercayainya. Tapi wanita itu hanya diam sedari tadi, berfikir barangkali.

Sheng mengeluh kasar, dia agak panas baran dan bukan seorang yang penyabar sebenarnya.. kalau tak dikenangkan ini wanita yang dia cinta, memang sudah dimaki hamun Aisyah yang sepertinya mengabaikan kata-katanya.

Agak lama juga Aisyah mendiamkan diri, berperang dengan diri sendiri. Sebahagian dirinya mencintai Lee tapi pada masa yang sama dia ragu-ragu juga.

Hurmm...

'Tapi aku cintakan dia.. dan dia sendiri kata yang dia cintakan aku.. tak kan Abang Lee menipu aku.'

"Abang Lee cintakan Aisyah abang dan Aisyah jugak cintakan dia." akhirnya suara Aisyah menyapa telinga Sheng. Lembut.

Terdiam dia mendengar luahan hati wanita itu. 'Aku bukan orangnya?..'

Dia ketawa kecil tak percaya sebelum berkata,

"Itu semua.. cinta palsu Aisyah. Dia tak cintakan awak. Which part you don't get it?" Sheng berkata sinis.

Aisyah agak bengang tapi cuba disabarkan hatinya.

"Macam mana abang tahu yang dia tak cintakan Aisyah? Abang ada bukti ke?" Aisyah menyoal berani.

Dia tak suka cara Sheng yang seperti mahu mendominasi segalanya. Dia akan lawan!

"Ada... sebab tu abang cakap pada Aisyah." Sheng berusaha lagi.

Esok adalah pernikahan mereka yang diuruskan oleh Pn Sr Hana. Jadi Sheng hanya ada peluang hari ini saja untuk membuatkan Aisyah berubah fikiran. Dia mesti.

"Abang jangan main-main. Aisyah percayakan abang Lee.. lagipun kami akan jadi suami isteri tak lama lagi." tutur Aisyah pula, agak tegas.

Wajah putih itu kemerahan bagaikan panas, bahang kemarahan mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience