empat

Romance Series 18403

5.30am.

Aisyah bangun dari tidur dek deringan alarm phone nya. Rambut separas bawah bahunya disanggul kembali sebelum melangkah ke bilik air untuk membasuh muka.

Wajah dikeringkan dan tudung sarung dicapai lantas disarungkan pada kepala.

Kardigan nipis diambil dan dipakaikan pada badan yang hanya dibaluti t-shirt lengan pendek dan kain batik.

Aisyah keluar dan mula menyediakan barang-barang masakan untuk dibuat sarapan bagi segenap keluarga.

Tak lama selepas itu Mak Jah muncul menegurnya,

"Aisyah nak masak apa ni? Biar Mak Jah tolong.." lengan bajunya disinsing hendak membantu.

Pagi itu, Aisyah dan Mak Jah hanya memasak mee goreng dan muffin pizza sahaja.

Adik-adik Didie semua turun untuk sarapan sebelum dihantar oleh Pak Man ke sekolah. Muffin pizza dibawa sebagai bekal mereka.

Sememangnya mereka akan membawa bekal ke sekolah dengan masakan Aisyah.

Kedatangan Aisyah secara rasmi ke rumah itu dua tahun yang lalu sudah membuatkan mereka biasa dengan layanan gadis itu.

7.00am

Adik-adik Didie dihantar pandangan oleh Aisyah di muka pintu ke sekolah, tangan Aisyah disalami mereka sebelum meloloskan diri ke dalam kereta Alphard putih yang dipandu Pak Man.

Dari jauh Mak Jah hanya memerhati Aisyah, terdetik di hatinya perbezaan Aisyah dan Didie. Tapi... dia tak dapat berbuat apa-apa jika Didie mula membuli Aisyah. Dia hanya mampu melihat.

Gadis itu terlalu baik...hingga dirinya diperlakukan sebegitu rupa.

Setelah itu, Aisyah perlu menyediakan pakaian Didie pula. Baju gadis itu di iron kan sekemas yang mungkin sebelum di sangkutkan pada hanger di dalam bilik Didie.

Wanita yang masih tidur mengangkang di atas katil membuatkan Aisyah ketawa kecil. Dia merapati Didie sebelum kedua kaki gadis itu dibetulkan dan menyelimut batang tubuh itu sebelum keluar.

'Mesti dia penat semalam.. kesian Didie tak cukup tidur..'

Aisyah masih berfikir baik, semalam pukul 1.00am pintu biliknya diketuk Didie yang baru pulang.

Dengan wajah penat, Aisyah yang berwajah polos ditatap dingin.

"Sediakan pakaian aku dan tolong check kan jadual kuliah aku esok. Make sure kau isikan barang-barang aku yang perlu. Kalau miss.. nahas kau." suaranya beransur arahan beserta ugutan. Jari dinaikkan menolak dahi Aisyah sedikit.

Bagi Aisyah, mungkin disebabkan Didie kepenatan mood nya kurang baik. Aisyah hanya mengangguk mengiakan.

"Baiklah.. nanti saya buatkan. Didie rehatlah." tutur Aisyah lembut dengan senyuman.

Tanpa membalas senyuman Aisyah mahupun mempamit, Didie meninggalkan Aisyah dan terus ke atas.

Setelah menyiapkan segala keperluan Didie, Aisyah mula bersiap ala kadar untuk ke U.

Kelasnya bermula pada jam 8.30am. Dia mengenakan baju kurung moden bewarna pink muda dan tudung bawal sedondon. Sandal tertutup bewarna hitam dipakai bersama sock panjang dan wajahnya dioles sedikit mekap tipis.

Sementara menunggu kedatangan Lee, Aisyah melepak di meja di hadapan rumah. Membaca buku.

Tak lama selepas itu, Didie turun dengan rambutnya yang bagaikan afro barangkali.

"Didie tak ke U ke? Kelas pukul berapa?" Mak Jah menegur Didie yang baru turun.

"10." dengan malas jawapan diberikan.

Tanpa membasuh muka atau membetulkan rambutnya lagi, tudung saji dibuka dan mini pizza Aisyah yang masih bersisa dikunyah berselera. Mak Jah hanya mampu menggelengkan kepala.

Kelibat Aisyah dari pintu utama yang terbuka dipandang. Dia merengus menyampah.

'Acah-acah je.. pike bagus sangat la tu. Huh!'

Tapi pandangan nya mula teralih apabila sebuah kereta Audi hitam mula menghon di hadapan pagar rumahnya.

'Audi? Kawan dia ke?' kedua keningnya bertautan melihat Aisyah mengambil beg dan buku-bukunya ke arah kereta mewah itu.

Kegeraman dan bencinya makin membuak-buak apabila mengecam tuan empunya kereta itu.

'Itu bukan ke kereta....'

'O.M.G'

'Apa hubungan Aisyah lembap tu dengan Lee.? Aku kene siasat perkara ni.' Didie memandang kereta itu hingga hilang dari pandangannya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Assalamaualaikum abang.." Aisyah memberi salam beserta senyuman manisnya seperti selalu.

Dia tak mahu berasa kekok dengan lelaki itu, biarlah kalau dia bercakap seorang diri sekalipun daripada dicopkan sebagai seorang yang sombong.

"Waalaikumsalam." Lee menjawab ala kadar sambil meneliti Aisyah dari atas ke bawah sekilas sebelum pemanduannya bermula.

'Cantik juga.'

"Aku tak sangka pulak kau anak orang kaya. Bapak kau keje apa? Kau anak dato? tan sri?" tanya Lee bertalu-talu tanpa memandang Aisyah. Matanya tertumpu pada jalanraya.

Aisyah menggeleng polos, wajah tak bereaksi Lee di sebelah dipandang.

"Tak.. Saya bukan anak dato atau tan sri.. saya cuma anak yatim yang menumpang ihsan sebuah keluarga mewah je." jawab Aisyah lembut.

Lee mengangguk sedikit. Wanita disebelahnya ini tak pernah lagi meninggikan suara mahupun berkata kasar atau perli sekalipun. Semuanya lembut saja.

"Ah ye.. sebelum saya lupa.. Saya ada bawakan abang bekal. Breakfast." sebuah beg kecil untuk bekal makanan bewarna hitam ditunjukkan pada Lee dengan wajah polos.

Lee memandang sekilas, "Apahal kau buatkan aku bekal pulak? Kau ingat aku ni makan tak cukup ke apa?" tuturnya sinis.

Riak wajah Aisyah yang menggeleng kabut dengan kedua tangannya menidakkan pernyataan Lee tadi amat mencuit hatinya.

'Budak kampung ni comel la..'

"Bukan tu maksud saya.. tadi memang saya masak banyak. Jadi saya teringatkan abang, sebab tu saya bekalkan sikit untuk abang.." tutur Aisyah sambil menundukkan pandangannya apabila Lee memandangnya tajam tadi.

"Okay. Aku terima memandangkan kau awek aku. Kalau tak kene dengan selera aku.. jangan complaint la kalau bekal kau tu masuk tong sampah. Okay?" Lee ketawa halus di hujung ayatnya.

Aisyah kembali mengangkat kepala dengan senyuman yang sudah terukir.

"Baiklah bang.. Tapi abang kene rasa dulu la. Sedap.." Aisyah mula berbual dengan Lee.

Setiap patah kata sinis dan pemerlian lelaki itu semuanya baik saja pada pendengaran Aisyah. Dia mula berasa suka meluangkan masa dengan lelaki itu tapi cuba disembunyikan.

Kereta di parkingkan. Aisyah yang hendak membuka pintu dihalang Lee.

"No. You stay here." tegas bicara Lee.

Aisyah hanya membatukan diri, keningnya berkerut sedikit.

'Kenapa dengan abang Lee?'

Dia memandang saja gelagat Lee di luar, lelaki itu berjalan ke arah pintunya dengan beg sandang di sebelah bahu sebelum pintu di belah penumpang dibuka.

"Okay.. You may out Aisyah." Dengan senyuman dan suara lunaknya, Aisyah terpampam sebantar.

Senyumannya tak dapat disembunyikan, dia tersenyum malu sambil keluar dari perut kereta mewah itu.

"Terima kasih abang.." tuturnya lembut.

"Sama-sama kasih sayang.." balas Lee sambil mengenyitkan matanya sekali.

Aisyah sekali lagi terkaku sebentar. Jantungnya berdetak laju. Dia sukakan perasaan ini... perasaan apabila menjadi seseorang yang istimewa.

Beg laptop di bahu Aisyah diambil Lee dan dibawanya,

"Jom. Aku hantar kau ke kelas." dengan manisnya Lee mengajak Aisyah yang tampak kekok seketika.

Lee ketawa kecil yang dibuat-buat. 'Aish.. menyampah aku dengan minah ni. Ikut jela. Lembap cam siput babi betul.'

Lengan baju kurung Aisyah ditarik sedikit menyedarkan gadis itu dari lamunan.

Aisyah hanya membontoti Lee ke dalam U. Mata-mata disekeliling yang mula memandang ke arah mereka membuatkan Aisyah jatuh segan tapi bukan bagi Lee.

Bagi Lee itulah rancangannya, dia akan buatkan Aisyah yakin bahwa dia betul-betul menyukai gadis itu dan tak kisahkan pandangan orang lain terhadap mereka.

'Suke la minah lembap ni berjalan seiringan dengan aku. Huh, jatuhkan air muka aku betul.. jijik.' Lee terpandangkan rakan-rakannya dan mereka tersenyum dan membuat thumbs up padanya.

Lee hanya mengangkat kening bagaikan berkata, 'Ini Nura Lee la bro..'

Dihantarnya Aisyah hingga ke kelas. Sebelum Lee meninggalkan Aisyah sempat dia berpesan lembut.

"Jangan lupa.. lunch dengan abang nanti okay? Belajar elok-elok. Bye sweetheart.." sengaja suaranya dikuatkan sedikit membolehkan orang lain mendengar butir bicaranya.

Sekali lagi Aisyah terkena renjatan Lee. Automatik kepalanya dianggukkan saja.

Dia mula mengambil tempat duduk dan mula diserang pelbagai soalan-soalan dari rakan-rakannya termasuklah Sofia dan Ros.

Tapi Aisyah hanya mengatakan mereka hanyalah kawan saja. Dia tak mahu syok sendiri walaupun memang Lee yang memintanya menjadi teman wanita lelaki itu.

Sengkang masa diantara dua kelasnya pagi itu membolehkan mereka tiga sekawan duduk melepak di kerusi meja yang sedia ada dahulu.

Aisyah tak habis-habis teringat akan sikap kasar Lee yang tiba-tiba mula berubah kepada lemah lembut dengannya tadi.

'Mungkin dia tak biasa dengan perempuan kut awal-awal.. bila dia dah biasa, baru sikap sebenar dia muncul.' Aisyah membuat spekulasi sendiri dan semestinya baik-baik belaka.

Dia tersenyum sendirian membuatkan Ros dan Sofia jatuh musykil. Sudah mereka kata pada Aisyah bahwa Lee itu playboy dan Aisyah hanya mengiakan. Tapi melihatkan pada perangai Aisyah...

Rasanya gadis itu sudah mula memendam rasa pada Lee memandangkan dia tak pernah melalui perasaan ini.

Menyukai dan disukai seseorang.

Tanpa menyedari.. dirinya hanyalah permainan semata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience