Pagi itu majlis pernikahan akan berlangsung tapi pengantin perempuannya masih belum tiba untuk upacara pernikahan oleh tok siam.
Segala dokumen dan sijil nikah semuanya dipalsukan Pn Sr Hana, segala persiapanyang dibuat sekadar untuk mengkaburi mata-mata sekeliling saja.
Rumah Banglo Dato Borhan,
"Mana Aisyah?!" Dtn Yana berang. Puas ditunggu Aisyah di rumah, bimbang jika keluar ke mana-mana tapi jam sudah hampir ke 9.00am, masih tak terlihat kelibat wanita itu.
Adik-beradik Didie yang lain semua hanya mendiamkan diri apabila si ibu tak tentu hala. Mananya tidak, pernikahan akan berlangsung kurang dari 2 jam lagi.
"Cuba awak bawak bertenang dulu.. Die, call Aisyah lagi.. mana tahu dapat." Dato Borhan cuba berfikiran positif.
"Tak boleh pa.. Die dah cuba banyak kali. Tapi tak berjawab.." Didie tanya muka anjir.
Mana tidaknya, phone Aisyah berada elok masih hidup di dalam dashboard keretanya. Berderinglah berapa kali pun tiada siapa yang akan tahu.
"Ya Allah... mana budak ni? Yana risau la bang, tak pernah pernah Aisyah buat macam ni.." Dtn Yana meramas-ramas tangannya kegelisahan.
"Banyakkan berdoalah Yana. InsyaAllah semuanya baik-baik.." Dato Borhan memujuk Dtn Yana.
"Yana bukan apa.. Yana takut apa-apa jadi pada dia. Entah-entah Aisyah kene culik ke? Macam mane ni bang? Apa kita nak bagitahu pada keluarga Pn Helena bang.. Tak pasal-pasal kene saman malu pulak.."
Dtn Yana malu panik. Tanpa sedar matanya sudah berkaca. Bertambah-tambah risaunya.
Didie yang melihat kegusaran keluarganya hanya mencebik dalam hati. 'Dia bukannya ahli keluarga kita pun.. nak risau sangat dah apahal?'
Dia cemburu. Cemburu walaupun wanita itu hilang, dia masih diutamakan. Huh!
"Mungkin dia lari kot.. Kejap, biar Die check dalam bilik dia ke." Didie berlalu setelah mama dan papanya mengangguk setuju.
Didie masuk ke dalam bilik orang gaji di bahagian dapur. Pintu ditutup, sehelai kertas dikeluarkan daripada poketnya.
Air mata dipaksa keluar, berlakon. Didie kembali keluar setelah beberapa ketika.
"Mama! Papa! Die jumpa surat ni dalam bilik Aisyah." Didie kalut ke arah orang tuanya dengan linangan air mata.
Surat yang ditulis sendiri mengikut cara penulisan Aisyah diberikan pada mamanya.
Apabila Dtn Yana selesai membacanya, dironyokkan kertas itu dan dicampakkan ke atas lantai.
"Dasar budak tak kenang budi.. sanggup dia buat mama macam ni.. sanggup dia.." Dtn Yana menekup wajahnya, menangis.
Dato Borhan mengutip semula kertas tadi dan membacanya. Tahulah dia bahwa Aisyah tak cintakan Nura Lee sebenarnya..
Tapi pakcik kepada lelaki itu, Nashrain Sheng. Dia lari membawa diri bersama Sheng kerana tak mahu berkawin dengan Lee dan mulakan hidup baharu bersama lelaki itu.
Dato Borhan hampa. Tak tahu nak dibuat apa kini. Dia mengeluh berat.
"Papa nak call Lee dulu...cakap tentang perkara ni. Mama dan yang lain-lain bersiap cepat, kita pergi minta maaf pada keluarga Pn Helena kemudian."
Dato Borhan menutur lemah. Dia bangun dari duduknya dan menelefon si bakal menantu kerana dia sudah menganggap Aisyah sebagai anaknya.
Dato Borhan sendiri tak percaya Aisyah mengambil keputusan begitu, tapi dia ketepikan dulu.
Majlis nikah akan berlangsung tak lama lagi dan dia tak mahu memalukan keluarganya dan Pn Helena.
Lee pula berpura-pura terkejut dan pasrah dengan kehilangan Aisyah. Dato Borhan meminta maaf dan menenangkannya.
Selepas selesai bersiap semua, mereka bertolak ke masjid berdekatan kediaman Pn Sr Hana.
Kereta diparkingkan dia perkarangan masjid sebelum mereka semua keluar.
Dato Borhan dan Dtn Yana segan habis, tambah pula tetamu sudah ramai dan keluarga Pn Helena bukan calang-calang.
"Sebenarnya Aisyah hilangkan diri pagi ni. Kami tak dapat nak cari dia." Dato Borhan berterus-terang pada Tn Sr Jefri.
Seperti yang dijangka semua orang terkejut yang amat terutamanya Pn Sr Hana, yang sengaja mahu menambah petrol ke api. Menarik perhatian si ibu, Pn Helena.
"Habis tu macam mana ni? Semuanya dah tersedia. Tetamu, catering, hantaran dan tok kadi pun dah sampai.." Pn Sr Hana nyatakan ketidakpuasannya.
"Kami betul-betul minta maaf Pn Hana.. Kami pun tak jangka ini akan berlaku. Maafkan kami." Dtn Yana merendahkan dirinya.
Pn Sr Hana hanya tayang wajah tak puas hati.
"Habis tu? Tak jadi nikah la ni? Ingat anak saya ni apa? Tunggul? Nak datang.. tak nak tinggal?!" suarnya naik senoktaf, menarik perhatian orang di sekeliling.
"Kami tak berniat nak malukan Tan Sr sekeluarga.. Saya betul-betul minta maaf atas semua ni.." Dato Borhan pula mengambil alih.
Lee yang sudah sedia segak dengan baju melayu cekak musang bewarna peace itu memandang bosan. Tak ada niat mahu mencampuri urusan mereka.
"Mak.. mak tengok lah ini orang.. mana mau Hana letak ini muka? Buat malu sajalah.." lengan Pn Helena di sebelahnya dipegang, membodek sambil menjeling tajam ke arah keluarga angkat Aisyah.
Pn Helena mula sakit kepala, tapi ditahan. Mentalnya sudah tak seberapa kuat tambah-tambah lagi dengan pertelingkahan seperti ini.
Pn Sr Hana berpura-pura menjenguk sekeliling sebelum pantas meninggalkan keluarga Dato Borhan terpinga-pinga.
Lisa yang menjadi tetamu sudah siap sedia dengan skripnya.
"Lisa.. mari sini sayang." Tangan Lisa ditarik mengikutinya. Didudukkan di tempat tadi.
"Tak apalah kalau Aisyah tak ada. Hana tak mahu keluarga kita tanggung malu mak.. ini kawan Lee, Hana pun berkenan juga sama dia. Kita kasi kawin sajalah mereka." Pn Sr Hana memujuk Pn Helena.
Pn Helena memandang Lisa dari atas ke bawah, selendang tipis dibelitkan di kepala dan baju kebaya yang agak sendat. Dia tak suka tapi apakan daya.
"Tanya sama Lin dulu." Pn Helena menyuruh. Setelah mendapat persetujuan acuh tak acuh Lee, majlis pernikahan berlangsung.
"Aku terima nikahnya Nurin Lisa Bt Adliza dengan mas kawinnya 500 ringgit tunai." tanpa perasaan Lee melafazkan akad.
Tok kadi palsu itu bertanya pada kedua saksi dan sah. Mereka kini menjadi suami isteri pada pandangan orang sekeliling termasuklah si pengantin sendiri, Lisa.
Nama pengantin pun disebut salah, inikan pula majlis olok-olok itu. Lagipun tiada siapa yang tahu rancangan itu kecuali Didie, Pn Sr Hana, Lee dan Lisa. Lisa turut diperbodohkan sebenarnya tanpa dia sedari.
Cincin disarungkan pada jari manis Lisa, wajah Lee mencuka. Dia menyampah melihat Lisa yang tampak bahagia dengan pernikahan ini.
'Kau lagi bodoh daripada perempuan lembap tu..'
Dari jauh, seseorang melihat semua yang berlaku. Salah seorang anak buahnya juga merakam perbualan keluarganya tadi bersama keluarga angkat Aisyah dan diberikan kepadanya.
'Aisyah hilangkan diri?.. aku tak percaya..'
~~~~~~~~~~~~~~~~
Aisyah mula berpisat-pisat daripada lenanya apabila sesuatu menjalar pada pehanya. Dalam keadaan mamai, akhirnya dia sedar ada seseorang sedang menyelak kain yang dipakainya.
"Arghh! Ap.. apa yang awak buat ni?!" Sepantas kilat tubuh dialihkan, dia berpusing menghadap orang itu dan mengundurkan diri ke belakang. Bersandar pada dinding.
Bilik kelam itu samar-samar, hanya ada sebiji mentol berhabuk saja yang tergantung di atas siling.
Dia lelaki semalam, anak buah Pn Mendy yang diarahkan menjaganya. Zaquan. Zack.
"Sayang.. kenapa lari? Takut dengan abang ye? Tak perlu takutlah.." Aisyah dihampiri. Kedua tangan Aisyah yang menolak tubuhnya senang saja dipegang kuat.
"Tolonglah lepaskan!! Sesiapa tolong!" jeritannya hanya bergema dalam bilik itu saja.
Sememangnya bilik Aisyah agak jauh daripada pelacur yang lain, tambahan lagi khidmatnya masih belum bermula.
"Shhh.. sayang layan abang je dalam bilik ni okay? I'll treat you well." Sekuat hati, pakaian Aisyah direntap kasar menampakkan tali bra hitamnya.
Tubuh Aisyah kembali dibaringkan kasar di atas tilam lusuh di dalam bilik itu. Dia menjerit sekuat hati tapi Zack mula mengikat mulutnya menggunakan kain yang dia sudah sediakan awal-awal lagi.
"Sayang.. janganlah kasar macam ni, tak best la.. sayang bertenang je, biar abang settle kan semuanya.." bisik Zack beserta ketawa setannya.
Kain Aisyah diselak hingga ke pinggang sebelum bibir mungil gadis perawan itu dilumat semahunya.
Air mata tak henti mengalir di tubir mata Aisyah. Menitis, menggambarkan keperitan hidupnya.
Tubuh kian lemah, Aisyah tak mampu melawan Zack yang semestinya lebih kuat kudratnya berbanding dia. Semuanya bagaikan mimpi ngeri.. mimpi yang dia tak mahu dia alami lagi.
'Ya Allah bantulah aku..'
Share this novel