FLSHBCK
"Dulu saya bercinta dengan seorang lelaki ni.. dia ajak saya jadi girlfriend dia untuk seminggu. Lepas tu dia nak kan hubungan tu lebih serius." Ujar Aisyah padanya semasa memandu.
"Then, sayang terima?" Zack bertanya ingin tahu. Pandangannya masih tertumpu pada pemanduan.
"Mula-mula tu saya tak pasti.. jadi saya mintak masa. And dia beri. Tapi semenjak saya kene halau.. saya seorang diri. Cuma ada kawan je sebagai tempat bergantung."
"Satu malam tu.. ada penculik pecah rumah sewa saya. Tapi alhamdulillah, Allah hantarkan seseorang untuk selamatkan saya. Dialah yang orangnya." cerita Aisyah sambil memandang ke luar tingkap.
Memerhati kehijauan hutan sekeliling.
"Jadi.. sayang setuju nak kawin dengan dia sebab tu ke? Balas budi la ni?"
"Hmm.. nampaknya macam tulah.. Saya mentah sangat. Lembap. Sampaikan orang perbodoh dan nak jual saya pun saya tak tahu.. Terukkan saya ni?" ketawa kecil wanita itu dengan kata-katanya sendiri.
Sesekali Zack akan menoleh memandang wanita yang tak sampai 48 jam lagi dinikahinya. Sepasang mata bundar itu berkaca walaupun seulas bibirnya masih mengukirkan tersenyum.
"Hmm.. tapi macam mana sayang boleh kene jual tu? Ceritalah pada abang.. abang kan dah jadi suami sayang. Bolehkan?" tanya Zack lembut. Cuba memujuk agar si isteri bercerita dengannya.
Dilihatnya Aisyah mengeluh berat. Beberapa saat dia berdiam diri sebelum bersuara.
"Didie.. anak kepada majikan saya. Dialah yang aniaya saya. Malam sebelum pernikahan tu, dia ajak saya keluar. Bukan, dia paksa saya teman dia keluar."
"Katanya nak ke parti.. tapi dia bawa saya ke kelab tu. Bakal suami saya pun ade dekat situ jugak. Saya nak mintak tolong, tapi rupa-rupanya.. itu rancangan mereka berdua." ceritanya lemah.
Tangan naik mengusap air mata yang hendak turun ke pipi. Tak mahu menangis lagi untuk mereka. Tak berbaloi!
"Kalau sayang tak kisah, boleh abang tahu sape lelaki tu? Yang perempuan tadi, Didie.. anak Dato Borhan. Lelaki tu siapa?" tanya Zack biasa.
Tetapi di dalam dirinya sudah punya syaitan yang sedang merencanakan pelbagai perkara yang hendak dia lakukan kemudian nanti. Dan ia sudah semestinya, 'baik-baik' belaka.
"Kalau saya bagitahu ni.. janji jangan bagitau sesiapa ek?" wajah polos itu menagih jawapannya.
"Ye sayang.. abang janji, abang tak akan beritahu sesiapa." tangan diangkat seperti berikrar seraya melemparkan senyuman lebar pada Aisyah.
Tak sabar rasanya mahu mengetahui siapa orang bertuah itu.
"Lee.. Nura Lee." sebaris nama itu Zack kenal. Terangkat sebelah keningnya seketika.
"Anak buah Sheng kan? Nashrain Sheng?" soalnya inginkan kepastian.
Aisyah memandang Zack dengan riak bingung,
"Macam mana awak tahu? Awak kenal abang Sheng?"
"Sheng tu kawan abanglah sayang..mestilah abang kenal." jawabnya biasa. Tetapi dalam hatinya sudah semakin riang.
'Senanglah tugas aku nanti..' tersenyum kecil dia.
"Abang Sheng.." gumam Aisyah perlahan, teringat akan lelaki itu. Apa khabar dia sekarang? Lama sudah mereka tidak bertemu..
"Kenapa dengan Sheng?" suara Zack sudah mula dingin. Serius. Sesuatu difikirnya.
'Adakah Aisyah juga punya perasaan yang sama seperti Sheng?'
"Tak. Tak. Takde pape. Betul.. takde apa-ape.." kalut suara itu sambil menggeleng.
"Hmmm.. okay." balas Zack dingin.
Disebabkan suasana yang tiba-tiba dirasakan tegang, Aisyah hanya mendiamkan diri.
Begitu juga Zack yang sudah cemberut memikirkan hubungan antara Aisyah dan Sheng.
~~~~~~~~~~~~~
Zack tiba di KL malam itu. Sebuah bilik hotel ditempah untuk beberapa hari. Rancangannya sudah dibuat.
Pertama sekali.. dia akan selesaikan wanita itu dahulu.
Sekeping gambar wanita dilihatnya sambil berbaring di atas katil.
"Kesian kau.. tu la padahnya. Kau sakitkan perempuan aku, aku balas. Baru adil kan?" berbualnya seorang diri bagai tidak waras.
"Kau tunggu aku datang Didie.." foto itu dikoyakkan dan dibuang di tong sampah berdekatan.
Mata cuba dipejamkan. Esok banyak perkara yang perlu dia lakukan.
~~~~~~~~~~~~~~~
Seperti yang direncanakan, Zack sudah memasang beberapa orang lelaki untuk mengawasi Didie.
Pada malam hari, wanita itu akan keluar secara senyap-senyap dari rumah untuk bersuka ria bersama rakan-rakannya di kelab malam.
'Lebih mudah daripada jangkaan aku.' tersenyum sinis Zack apabila tubuh berdress sendat paras lutut itu mula memasuki kelab.
Pintu kereta dibuka dan dia turut masuk ke dalam. Sekujur tubuh itu cuba dicarinya dan dilihatnya Didie berada di sebuah kerusi bersama beberapa orang rakannya.
Bar tidak jauh dari mereka dihampiri dan dilabuhkan duduknya seorang diri. Wain diminta.
Sesekali dia akan mencuri pandang ke arah Didie tidak jauh darinya. Apabila bertentang mata dengan wanita itu, senyuman menggoda dilemparkan. Taktik!
~~~~~~~~~
"We Die.. I rase kan, laki handsome tu syok kat u la." Yana bertutur pada Didie yang kelihatan 'control cun' apabila sedar dirinya diperhati Zack.
"I tahu.. dari tadi I perasan. Handsome kan? Nampak macam orang kaye je.." melirik pandangan Didie ke arah Zack.
Buat sekian kalinya pandangan mereka bertaut lagi dan pantas dikalihkan Didie sambil ketawa gedik. Rakan-rakannya juga turut teruja sama.
Zack mengeluh bosan, 'Bodohnya perempuan zaman sekarang ni..' wain yang hanya seteguk berisi itu dihabiskan sebelum bangun dari duduknya.
Kasual kot di tubuh diperbetulkan kedudukannya seketika sebelum menghampiri tempat duduk si gadis-gadis.
"We we we! Die! Di datang sini!" Susan di sebelah Didie sudah mula menggeletis suka.
Didie juga sama. Senyuman lebar sudah tidak dapat dia kawal lagi.
"Hai.. I Zack. And you are..?" tangan dihulurkan pada Didie yang sudah mendongak memandangnya.
"I'm Adira.. Adira Liana. Just call me Dira." balas Didie lembut. Tangan perkenalan Zack dibalasnya lembut.
Zack sedikit mengusap lembut kekura itu sambil menggigit bibir. Menduga.
"You're so gorgeous.. Can we go to somewhere else? Just two of us?" balas Zack sambil berbisik di sebelah telinga Didie akibat muzik disco yang agak kuat.
Didie mula berfikir seketika bagai mempertimbangkan ajakan Zack, sedangkan dalam hatinya sudah gembira yang amat! Dapat ikan besar lagi!
"Yeah sure. Why not?" mendengar saja jawapan Didie, Zack mula menjalankan peranannya.
Tali halus di bahu Didie ditariknya, mengajak pergi. Didie mengambik tas tangannya sebelum melambai rakan-rakannya teruja.
Setelah dia berjalan agak rapat ke arah Zack, pinggang ramping itu terus dirangkul lelaki itu sambil berjalan ke luar.
"Kite ke hotel nak? I nak spend time with you..If you tak kisahlah." pelawa Zack semasa kereta baru dihidupkan.
"You nak buat apa di hotel?" tanya Didie bodoh. Sengaja, sudah tahu, ditanyanya juga.
Melihatkan saja kereta mazda yang dinaiki Zack, sudah tentu lelaki itu berkepuk duitnya. Sudahlah kacak. Haish!
"Buat apa lagi.. hal kite la. But if you nak duit pon boleh Dira.. I ade banyak. Don't worry." balas Zack dengan senyuman manisnya. Plastik!
Mereka berbual kosong sehinggalah sebuah kawasan kedai dua tingkat yang tidak dibuka lagi, kelihatan pada pandangan Didie.
Zack memandu memasuki kawasan suram itu.
"Zack.. u kate nak ke hotel, kita buat apa dekat sini?" soal Didie mula tidak selesa.
"You know what.. I lagi suka having sex dalam kereta or dekat tempat-tempat macam ni. No one will know." balas Zack yakin. Didie hanya mengangguk mengiakan.
Tiba di satu simpang gelap, Zack memberhentikan keretanya. Diajaknya Didie keluar dan wanita itu mula memeluk lengannya. Gedik!
"You.. I takutlah gelap-gelap macam ni." adunya mengada.
Zack hanya memaparkan senyuman saja tanpa membalas.
'Sikit je lagi kau akan terima pembalasannya perempuan.. takut gelap? Siallah kau. Kelab malam tu cerah sangat ke?' monolognya sendirian.
"Kita dah sampai sayangku." ucap Zack gembira.
Senyuman Didie kian lupus apabila melihatkan budak-budak motor yang agak ramai di hadapannya. Lebih kurang 8 orang.
"You.. mereka ni siapa? Ke-kenapa mereka ade dekat sini?" soal Didie takut-takut.
Lengan Zack sudah dipeluknya kuat.
"Sebab.. aku yang panggil dorang." tubuh Didie terus ditolak Zack agak kuat hingga jatuh, mencium tar jalan baru itu.
"Auch! Apa you buat ni?!" marah Didie seraya menyebak rambutnya ke belakang. Pandangan tajam diberikan pada Zack.
"Kau tahu Aisyah kan.. orang gaji family kau." Zack mula berjalan mengelilingi Didie yang terduduk di bawah.
'Aisyah? Apa kene mengena Zack dengan Aisyah? Ini rancangan perempuan tukah?' bicara Didie sendiri.
Zack duduk mencangkuk di hadapan Didie sambil tersenyum lebar seperti tadi.
"Aku, suami dia." terbuntang mata Didie mendengarkannya.
"Ap-apa yang you cakapkan ni? I tak faham.. I tak kenal pun siapa Aisyah tu. You merapu apa ni?!" tergagap-gagap dia memarahi Zack. Tubuh di hadapannya itu dipukul sekuat hati.
Zack menepis tangan Didie yang memukul tubuhnya sebelum bangun dari tinggung.
"Kasarnya kau.. Macam ni ke kau berkasar dengan Aisyah jugak ha?" ketawa kecil Zack sambil bertanya sinis.
"Guys.. rogol dia. Aku nak rakam. Don't worry, muka korang aku akan kaburkan kecuali wajah sial ni. Lepas aku dah puas, aku bayar korang." arahan Zack pada budak-budak remaja tadi menakutkan Didie.
Dia cuba untuk bangkit dan berlari tetapi salah seorang remaja tadi mula menangkap tangannya dari belakang.
Malam itu, bersaksikan pengarahnya, Ayden Zaquan, sebuah karya agung tercipta.
Senyuman di bibirnya tak pernah lekang. Suka dia melihat sengsara wanita itu.
'Lepas ini, Nura Lee pulak.'
Share this novel