Malam.
Lee menghubungi Aisyah apabila dia tiba di luar rumah sewa gadis itu. Aisyah menilik dirinya sekali lagi di hadapan cermin sebelum melangkah keluar menaiki kereta Lee.
Lelaki itu terus memandu ke rumah agam neneknya kerana risau akan lambat pula memandangkan neneknya seorang yang sangat menepati masa.
Kebanyakkan masa di dalam kereta mereka berdua hanya berdiam saja. Melayan perasaan.
Aisyah dengan gelogak hatinya manakala Lee dengan rancangan mummy nya.
FLSBCK
Lee ada bertemu Pn Sri Hana sebelum malam pertemuan itu. Pn Sri bertanyakan perihal gadis yang mahu dikawini anak tunggal lelakinya.
"Perempuan mana kamu rembat tu?" Dia bertanya serius.
"My sendiri kata pada Lee kan, Lee boleh pilih sesiapa pun.. jadi Lee pilih la die." Lee membalas acuh tak acuh sebelum menghirup minumannya.
"Kamu cintakan perempuan tu tak?" Pn Sri memandang tepat pada wajah Lee.
"Tak. Dia cuba kambing hitam je. Kenapa?" Lee menjawab selamba. Baginya Aisyah hanya sekadar mainan saja. Tak lebih dari itu.
"Macam mana dengan perangai perempuan tu? Keluarga die? Kamu ada periksa latar belakang dia?" Pn Sri Hana bertanya lagi. Bertalu-talu.
Dia juga berfikiran sama dengan Lee, tak mahu kisah sangat tentang perempuan yang ingin Lee kawini. Dia hanya mahukan cucu.
Walaupun begitu, dia masih mahukan cucunya yang bakal dilahirkan punya akhlak yang baik dan rupa paras dari ibu bapanya. Jadi dia tak boleh memilih orang sebarangan juga.
"Baik. Cantik. Lemah-lembut. Sopan. Naif. Miskin and dia anak yatim piatu." Lee menjawab sekadar berbasa-basi.
Pn Sri Hana lega mendengar kata-kata awal Lee tapi.. bahagian belakang itu yang menyesakkan fikirannya.
"Miskin? Anak yatim piatu? Habis tu macam mane ni? Dia tu entah-entah akan gunakan anak kamu nanti untuk dapatkan harta nenek pulak. Mummy tak setuju. No. Never." Pn Sri mula tak senang duduk.
Wanita begitu mampu berbuat apa-apa saja untuk kemewahan diri sendiri, dan dia tak akan benarkan itu berlaku.
"My.. perhaps you're not listening to me. Dia NA.IF. Don't you get it? Dia lembap my.. Dia nak ambil harta nenek? Over my dead body." Lee menjawab berlagak.
"Mummy bukan apa.. mummy cuma tak nak kamu kawin dengan perempuan sebarangan jugak. Habis la keturunan kita nanti. Kamu tak fikir jauh ke? Macam mane perangai anak kamu nanti... apa pula kata nenek kamu nanti.. haish! Mummy stress la!" Pn Sri rimas.
Wajahnya cemberut habis. Akhirnya idea bernas menjelma.
"Apa kata.. kita buat pernikahan tak sah. Mummy akan carikan pak siam untuk nikahkan kamu dan palsukan segala dokumen. Macam mane?" Pn Sr Hana bertutur teruja.
"Then macam mana nak dapat anak pulak? Mummy nak Lee kawin dan bagi nenek cicit kan?.. I don't understand my." Lee memeluk tubuh, memandang Pn Sr Hana tak puas hati.
'Tadi suruh kawin.. dapatkan anak.. then kata nak buat nikah tak sah pulak.. gila apa perempuan tua ni?' desis hati kecil Lee.
"Mummy yakin.. Pak Su kamu tu tak akan kawin punya.. Dia mana ada sesiapa. Gay agaknya. Kamu pun tak payah nikah betul-betul lagi lagipun mummy dah tengok laporan kesihatan nenek kamu.. Dia tak lama dah, kamu tak payah risau la."
Pn Sr Hana bercakap tanpa berfikir jauh. Baginya Pn. Helena langsung tak penting baginya melainkan harta wanita tua itu.
Itu keutamaannya.
"Kalau kamu bernikah dengan dia dan dapat anak then nenek kamu mampos.. macam mana? Mummy tak nak darah keluarga kita mengalir dalam anak perempuan lembap tu, faham?" Pn Sr menambah lagi.
"Habis tu kalau tak ada cicit, 35% harta nenek tu dapat pada siapa pulak?" Lee bertanya musykil.
"Itu mummy tak pasti. Nenek kamu kata dia akan namakan semula. Kamu buat baik la pada dia nanti, cuba rapatkan diri dengan dia.. okay?" beria Pn Sr Hana mengajar anaknya.
Lee pula macam orang dungu hanya mengikuti kata-kata mummy nya. Lagipula dia yakin nenek akan menyukai Aisyah walaupun mengetahui latar belakang gadis kampung itu.
"Mummy uruskan la pernikahan tu.. Lee pun tak lalu sebenarnya nak kawin dan ada anak dengan perempuan lembap tu. Jijik." Lee dan mummy nya mula merangka jalan cerita mereka sendiri tanpa memikirkan perasaan dan hati orang lain.
Yang mereka tahu, segalanya perlu berjaya seperti yang dirancang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebuah pagar automatik di luar rumah terbuka apabila kereta Lee menghampiri. Terus dipandu ke dalam.
Aisyah yang melihat kemewahan dan kekayaan keluarga Lee terus kecut perut.
Dari pintu pagar tadi dia sudah dapat melihat kemegahan rumah agam di lapangan luas itu. Cantik dan mewah sekali reka bentuknya.
Kelihatan beberapa buah kereta mewah di luar rumah. Lee memberhentikan kereta sebelum keluar membuka pintu untuk Aisyah pula.
Dua orang butler lelaki menyambut mereka di muka pintu. Lee yang perasan akan riak wajah Aisyah mula berbisik sebelum mereka melangkah ke ruang tamu utama rumah itu.
"Kenapa ni? Tak sihat ke?" lembut saja pertuturannya. Mata mereka bertentangan.
"Tak.. Aisyah okay.. Cuma risau je." Bibir digigit perlahan. Jujur, dia agak takut juga ingin bertemu keluarga Lee yang sudah semestinya bukan calang-calang orang.
"Tak perlu risau.. Keluarga abang terima Aisyah seadanya.. Mari." lengan blaus labuh Aisyah ditarik sedikit agar mengikutinya.
"Gãng dîdà ? Qîng zuò xìa. (Baru sampai Lin. Silalah duduk.) Pn. Hanis anak pertama Pn. Helena menyapa mereka.
Pada ketika itu hanya punya keluarga Pn. Hanis dan keluarga Pn. Hana, mummy nya saja. Pak Su nya tak kelihatan.
Bukan dia tak tahu tentang krisis yang dihadapi pakciknya itu. Memandangkan Uncle Ren satu-satu nya anak lelaki Pn Helena, wanita itu tua meletakkan harapan yang tinggi padanya untuk peroleh cucu.
Walaupun Pn. Hanis dan mummy punya zuriat, tapi nenek masih menunggu cucu daripada anak bongsunya itu.
Sebab itu Pn Helena sanggup mengugut Uncle Ren untuk berkawin dan memberikannya cucu atau bahagian hartanya akan diberikan pada cicit pula.
Anak Puan Hanis pula semua masih di sekolah menengah dan rendah, yang paling besar pun Alana yang berumur 18 tahun.
Lee mula tersenyum manis pada semua terutamanya mangsa utama, neneknya.
"Ya.. kami sudah sampai. Mari Aisyah duduk sama abang." Lengan Aisyah dikuis sedikit agar duduk dengannya.
Aisyah agak musykil dengan slang Chinese Lee yang berubah tiba-tiba tapi dia cuba abaikan dan berlagak seperti biasa.
Semua warga hawa disalamnya hormat. Penuh keayuan. Lee dan mummy nya memerhati reaksi Pn Helena.
Wanita itu hanya memerhati Aisyah dengan minat. Mungkin tak menyangka Lee yang playboy akan membawa pulang wanita sopan dan bertudung seperti Aisyah.
Mereka berdua turut bersalaman dan Pn Helena tersenyum manis.
"Manyak cantik la u.. Apa nama tadi?" Pn Helena bertanya semula.
"Aisyah puan.." Aisyah menjawab selembut yang mungkin.
Pn Helena suka dengan kelembutan Aisyah, asli. Kepala dianggukkan sambil tersenyum manis.
"Tak perlu la puan-puan. Panggil nenek saja. Mari nenek kenalkan kamu sama ahli keluarga yang lain." Tutur Pn Helena ramah.
Diperkenalkan Aisyah pada keluarga Lee dan keluarga Pn Hanis. Katanya anak-anak Pn Helena ada tiga dan anak bongsunya masih belum tiba.
Mereka duduk berbual bersama-sama sebelum makan malam sementara menunggu kedatangan Uncle Ren.
Tak lama selepas itu,
"Nenek.. I'm not sure Uncle Ren'll come tonight." Nasya, adik Lee berkata pada neneknya.
"Itu la mak.. Jom la kita makan dulu. Tak perlu la tunggu si Ren tu.. entah datang entah tak." Pn Sr Hana menambah. Dia memang sudah hilang slang cina nya berbanding ahli-ahli keluarganya yang lain.
Sebab itulah Lee juga sepertinya, hanya bersama keluarga besar saja Lee akan bertutur sebegitu.
Tn Sr Jefri pula tak ambil kisah sangat, dia lebih banyak berbual bersama En. Zaim, suami Pn Hanis dan Lee saja.
"Tak mengapa la kalau itu macam. Mari la kita makan dulu. Aisyah.. mari ikut nenek." tangan bakal cucu menantunya diajak mengikuti langkah perlahannya.
Aisyah hanya mengikuti tanpa bantahan. Mereka duduk di meja makan panjang di ruangan makan bersebelahan dapur.
Selesai maids mengatur hidangan dan segala kelengkapan makan minum, mereka mula menjamah makan malam dan kemudian pintu utama tak jauh dari ruangan makan itu mula terbuka kecil.
Seorang lelaki berpakaian selamba dengan traksuit dan t-shirt kelihatan.
"Assalamualaikum.. Am I too late to join everyone?" suara garau itu menyapa pendengaran setiap dari mereka. Langkah diatur mendekati mereka.
Aisyah yang duduk membelakangi si dia hanya mendengar saja bicara dalam bahasa Cina lelaki itu dengan Pn Helena yang menyambutnya. Sepatah haram pun dia tak faham jadi Aisyah malas mahu mengambil kisah.
Si dia mengambil duduk berdekatan tempat Aisyah, dia perasan kan figura gadis itu.
Diamati gadis ayu dalam blaus mahal dan disolek nipis yang sedang menunduk menikmati hidangannya itu.
Perlakuannya menjadi tarikan Lee di sebelah Aisyah. 'Dah kenapa pulak orang tua ni.. nak test perempuan lembap ni ke apa?'
"Aisyah." panggilan daripada suara kasar dan garau Sheng membuatkan semua mata terarah padanya dan Aisyah juga tak terkecuali.
Matanya membulat melihatkan wajah Sheng di hadapannya kini.
"Ab...Abang?"Aisyah terpampam sebentar, cuba memproses keadaan kini.
'Semua yang abang Sheng ceritakan pada aku sebelum ni... tentang keluarganya.. dan ini kah keluarganya? Dan aku ni pula sebagai bakal cucu menantu kepada maknya? Arggh.. Apa semua ni..?'
Aisyah bingung. Dia hanya memandang Sheng dengan reaksi tak percaya.
"Both of you know each other?" Tn Sr Jefri menyampuk menghentikan lamunan Sheng.
"Yes uncle Lee. We are." Sheng memaling memandang Tn Sr Jefri seketika sebelum kembali memandang Aisyah yang duduk bersebelahan Lee.
"Aisyah buat apa di sini?" tanyanya pula. Sedangkan dia sudah punya jawapannya.
Tujuan diadakan 'family gathering' malam ini adalah untuk sesi perkenalan bakal isteri anak buahnya, Lin.
"She's my wife to be Uncle Ren." Lee membalas bagi pihak Aisyah yang tampak kaget dengan perjumpaan itu.
Lee mula syak yang bukan-bukan, 'Apa hubungan mereka? Aku tak boleh biarkan apa-apa pun yang menganggu plan aku dan mummy. Tak akan.'
Lee saling bertukar pandang dengan mummy nya sekali-sekala.
Otak Sheng mula ligat berfikir dalam jangka masa singkat itu. Dia tersenyum sinis sebelum berkata,
"Ouh really.. But I want her as my bride, boleh kan mak?" Sheng mula memandang ke arah maknya di hujung meja.
Jawapan Sheng membuatkan Aisyah sekali lagi terkesima, dia tak tahu apa yang sudah dia terjebak kini.
Manakala seluruh ahli keluarga sudah bingung dengan permintaan berani mati Sheng terutamanya Lee dan Pn Sr Hana.
"Apa lu punya masalah? Ini perempuan, Lin punya. Lu a uncle jangan macam-macam!" Lee mula mempertahankan haknya. Agak berang.
Dia memandang neneknya yang hanya berdiam diri, tajam. Neneknya amat mahukan Sheng berkawin tapi lelaki itu amat sukar sekali mahu mendengar katanya. Ada saja yang tak kena.
Tapi apabila permintaan itu akhirnya keluar dari mulut Sheng, tak mungkin Pn Helena akan persiakan begitu saja bukan?
Pelbagai kemungkinan boleh berlaku..
"Mak.. say something." Pn Sr Hana mula mendesak maknya supaya memberi kata.
Pn Helena membalas pandangan Pn Sr Hana sebentar sebelum kembali menatap wajah anak lelakinya itu. Wajah yang ternyata penuh tekad.
Pn Sr Hana yang melihat reaksi maknya mula sakit hati, dia mencerlung memandang Sheng tajam, adik bongsunya itu amat licik. Penuh muslihat.
'Kau nak buat apa sebenarnya ni Ren..?'
Share this novel