dua puluh

Romance Series 18403

Esok Aisyah akan diijab kabulkan dengan seorang insan bernama Nura Lee Bin Jefri Lee.

Dia manatap wajahnya di dalam cermin di meja solek, mama dan Didie sudah membawanya ke spa dan sauna untuk tujuan kecantikan seharian tadi.

Dia tampak lebih segar dan cantik dari sebelum ini. Urutan di wajah dan tubuh di spa tadi amat menyenangkannya.

Entah kenapa dia rasa amat risau dan gemuruh tentang pernikahan esok. Rasa tak enak.

Aisyah berselawat dan beristighfar setiap kali perkara itu berlaku, mungkin syaitan menghasut atau mengwas-waskan hatinya untuk mendirikan masjid.

Difikirannya beberapa juga dia terfikir tentang apa yang Sheng katakan. 'Aku tak tahu untuk percayakan siapa.. Lee atau Sheng.'

Disebabkan jasa dan budi Lee, Aisyah memilih lelaki itu akhirnya.

Ketukan di pintu biliknya kedengaran, "Masuk." Aisyah menjawab dari dalam.

Didie masuk ke dalam bilik Aisyah dengan wajah risau. Aisyah menoleh menatapnya.

"Die.. ade apa Didie datang jumpa saya lewat malam ni?" Aisyah bertanya lembut.

Jam sudah menunjukkan hampir ke angka 12am.

"Sebenarnya.. Die nak mintak tolong Aisyah boleh?" Didie duduk di birai katil bujang Aisyah, menghadap wanita itu.

"Mestilah boleh.. Die nak saya tolong apa?" Aisyah bertanya polos.

"Tapi kalau Die cakap ni Aisyah jangan bagitahu mama papa tau.." Didie beriak risau.

"Tak apa.. Saya janji tak bagitahu uncle aunty.. Die nak minta tolong apa?" Aisyah tersenyum manis padanya dan bertanya lagi.

"Jom teman Die keluar malam ni.. Please.. Fatin adakan parti.. boleh ye?" Didie mengajaknya.

Aisyah nampak serba salah sebentar. Memang dia sedia maklum perangai Didie yang suka keluar malam-malam begitu dan dia tak sukakannya.

"Die.. kan tak elok kita keluar malam-malam macam ni.. lagipun bahaya la.." Aisyah berjalan dan duduk di sebelah Didie.di birai katil.

Didie merengus kasar, agak bengang.

"Tadi kata boleh tolong! Sekarang cakap macam ni pulak!" Didie memprotes. Lengannya yang dipegang Aisyah ditarik kasar. Memeluk tubuh.

"Bukan saya tak nak tolong Die tapi macam mana kalau uncle aunty tahu.. naya nanti. Lagipun tak elok kita keluar malam.." Aisyah masih dengan kata-katanya tadi.

"Sudahla! Kau memang macam tu pon. Kalau tak ada orang bagitahu mama papa.. dorang tak akan tahu pon. Kau tu yang memang tak suka dekat aku kan? Sebab tu kau tolak aku masuk kolam! Lepas tu kau tipu aku.. kau cakap boleh tolong aku! Tapi dasar penipu!" Didie memberontak.

Suaranya agak tinggi memarahi Aisyah, dia tak risau kerana bilik Aisyah berada di bahagian bawah dan agak terlindung di sebelah dapur. Lagipun semua ahli keluarganya sudah tidur pada waktu-waktu begini.

"Die.. jangan lah macam ni. Saya tak berniat.. bukan maksud saya nak-"

"Kau tahu tak kalau aku tak datang malam ni semua kawan-kawan aku akan sisihkan aku. Dah la mama papa tak benarkan aku keluar dah.. malam ni je Aisyah..Please.. lepas ni aku janji aku tak akan keluar dah.."

Didie memujuk Aisyah. Tangan Aisyah dibawa dalam genggaman dan diusap lembut.

"Please.. aku janji. ni kali terakhir.. Kau sayang akukan? Please.." Didie tahu benar sikap naif Aisyah apabila dia bermain dengan emosi gadis itu.

"Fine.. but sekejap je tau." Aisyah membuat keputusan, Didie tersenyum penuh makna.

"Sayang kau!!" Aisyah dipeluk erat sebelum bangun.

"Dah! aku bagi kau 5minit, salin pakaian kau.. kita keluar ikut belakang. Okay?" tak menunggu jawapan Aisyah, Didie sudah keluar dari bilik.

Aisyah mengeluh berat sebelum ke almari, menukar pakaiannya.

~~~~~~~~~~~~~~~

Aisyah dan Didie keluar dari pintu belakang rumah dan menyusup keluar menggunakan kereta volkswagen polo Didie.

Aisyah hanya mendiamkan diri di dalam kereta, risau. Bertambah-tambah risaunya apabila kereta Didie berhenti di hadapan sebuah kelab.

"Jom la masuk.." Didie keluar dari kereta tanpa menunggu Aisyah. Aisyah yang tersentak sekejap terus keluar dari kereta.

Lengan Didie yang mahu melangkah masuk ke dalam kelab malam itu ditarik Aisyah dari belakang.

"Die.. jom la balik. Tempat ni tak sesuai untuk perempuan macam kita." Aisyah memujuk Didie.

Wanita itu menjelingnya sambil mengeluh menyampah.

"Sekejap je.. bukannya kita minum arak, berzina ke apa.. cepatlah!" Didie meneruskan langkahnya sambil menarik tangan Aisyah mengikutinya.

Mereka melalui lautan manusia dalam kebingitan muzik disco, Aisyah menundukkan pandangan sepanjang perjalanan masuk itu.

Pandangan mata sekeliling pada dia yang berpakaian tertutup diabaikan.

Satu bilik di bahagian belakang dihampiri, lebih jauh dari orang ramai, agak tersembunyi.

'Macam bukan parti je.. Didie nak ke mana sebenarnya.ni..' timbul persoalan di benak fikiran Aisyah.

Sebuah lorong yang dijaga dua orang lelaki tegap itu dilalui. Sunyi.

"Die.. kita nak ke mana sebenarnya ni?" Aisyah bertanya perlahan, lengan Didie dipegang erat.

"Kau ni bisinglah! Ikut jela!" Didie agak bengang dengan sikap bangang Aisyah.

Aisyah mengikut rapat dengan Didie, mereka berhenti di hadapan sebuah bilik. Ada seorang lelaki cina bertubuh sasa di hadapannya.

"Aku nak jumpa Lee." Aisyah terkaku. 'Lee? Dia ada kat sini ke? Kenapa?'

Aisyah tak dapat nak berfikir dengan baik, pintu bilik yang terbuka itu dimasuki mengikut langkah Didie.

Masuk saja ke dalam bilik, pintu ditutup dari belakang. Dikunci.

Aisyah kaget. Dihadapannya kini terdapat seorang perempuan separuh abad yang berpakaian mewah, dua orang lelaki melayu dan...

Lee.

"Ni aku bawakkan pelacur ni." bahu Aisyah ditolak Didie ke tengah ruang itu.

Perempuan tua tadi melangkah mendekati Aisyah dan meniliknya atas bawah.

"Emm.. boleh tahan. Cantik. Lu tak kisah kan Lee wa bayar lu 20ribu saja?" Pn Mendy bertanya tanpa beralih pandang pada Lee.

"Tak.. itupun sudah cukup banyak." Lee berkata-kata dalam slang Chinese nya.

Cek di atas meja diambil, dia mahu berlalu pergi tapi lengan Lee dipegang Aisyah.

"Abang.. apa semua ni.. kenapa?" Mata Aisyah berkaca. Dia tak mahu mempercayai apa yang dia fikirkan sekarang.

"Aku dah jual kau sial." perlahan suaranya. Tangan Aisyah yang memegang lengan Lee direntap kasar sebelum dia melangkah keluar.

"Tak! Tunggu! Abang tak boleh buat Aisyah macam ni bang!!" Belakang baju Lee dipegang, dia tak mahu tinggal di situ.

Dijual? Di kelab malam? Apa lagi maksudnya jika bukan dijadikan GRO mahupun pelacur..

"Isshhh!! Ei babi lahanat!! Kau jangan sentuh aku la anjing!" pegangan tangan Aisyah di bajunya di rungkai kasar sebelum menampar sekuat hati mukanya menyebabkan Aisyah terjatuh menyembam lantai.

"Hey kau dengar sini ek.. aku tak pernah sukakan kau.. aku tak pernah cintakan kau.. Jijik tahu tak. kau tu cuma layak jadi pelacur dekat sini..itu darjat sebenar kau!!." tudung di kepala Aisyah dicabut kasar dan rambut panjangnya dirungkaikan dari sanggul kemasnya. Mengurai.

"Abang.. jangan buat Aisyah macam ni bang." kaki Lee cuba dicapai tapi lelaki itu menyepak pula tubuhnya.

Pn Mendy menyuruh anak buahnya menghentikan Lee dan membawa Aisyah ke biliknya. Aisyah meronta mahu dilepaskan.

"Lepaslah!!! Abang!! Didie!! Tolong saya!!" melihatkan tiada balasan dari Lee, Didie yang hanya memeluk tubuh sedari tadi dipanggil pula.

"Aku ucapkan selamat mulakan kehidupan baru kau tak guna!" Aisyah yang dipegang oleh seorang lelaki dihampiri.

Dahinya ditunjal Didie kuat. Tak pedulikan tangisan dan rayuan Aisyah, dia tersenyum senang sebelum melangkah mengikuti Lee dari belakang.

Pintu ditutup kembali.

Aisyah masih menangis, tak percaya akan nasibnya.

'Mereka aniaya aku... Lee jual aku.. Didie tipu aku..' air matanya merembes tanpa niat mahu berhenti.

"Sudahla amoi... sini a.. wa boleh bagi lu mewah. Tapi lu kene keja sama wa la." Pn Mendy mengelus rambut lurus Aisyah yang menutupi wajahnya.

"Tolong.. lepaskan saya.. saya tak mahu.. saya tak sanggup.. tolonglah.." rayunya memohon simpati.

"Wa tak boleh itu macam. Itu Lee sudah ambil bayaran sama juga dengan itu perempuan. Lu mau keluar.. lu kerja.. then lu bayar wa balik, baru wa lepas sama lu."

Pn Mendy bertutur lembut sambil membelai rambut lebat Aisyah.

"Tapi.. saya tak nak.." belum sempat dia berkata-kata, Aisyah diseret dua orang lelaki melayu tadi keluar menuju ke bahagian GRO.

Dia ditempatkan di tempat khas. Sebuah bilik untuknya. Aisyah tak henti merayu pada dua orang lelaki itu untuk melepaskannya tapi langsung tak diendahkan.

Malahan dia dicabul pula tubuhnya oleh mereka tanpa apa-apa halangan. Siapa saja yang peduli jeritannya di situ?

Tiada siapa.

Aisyah ditolak masuk ke sebuah bilik dan dikunci dari luar. Dan di situlah kehidupan barunya bakal bermula...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience