enam

Romance Series 18403

Dalam tak sedar, hubungan mereka hampir seminggu berlangsung. Aisyah mula jatuh suka pada sikap sweet dan caring Lee.

Walaupun lelaki itu kadang-kadang ada angin monsunnya. Aisyah ditinggalkan di tepi jalan, disuruh membayar makanan dan duit minyak kereta, membuat assignment dan menemani lelaki itu ke mana saja.

Tapi bagi pandangan Aisyah, segalanya tentang Lee adalah baik. Malah bukan Lee saja, orang lain juga.

Aisyah duduk di bangku di taman sebelah mahligai Dato Borhan, melihat keadaan sekeliling. Termenung.

Sesekali peristiwa-peristiwa bersama Lee bermain di fikirannya.

Shopping Mall.

Lee mangajaknya menemai lelaki itu membeli belah. Aisyah sangat teruja tika itu kerana buat pertama kalinya dia akan ber 'dating' bersama Lee.

Mereka masuk ke dalam mall apabila Lee sudah memarkingkan keretanya. Aisyah pantas keluar dari kereta membontoti Lee.

"Aku lupa nak cakap.. Nanti adik perempuan aku ada sekali. Kau buat macam biasa je.. faham?" Lee bertutur biasa tanpa memandang Aisyah di sebelahnya.

"Ouh.. okay abang. Tapi.. Nama dia apa ye? Umur dia berapa?" Aisyah mula bertanya pada Lee agar dia tak canggung bersama adik lelaki itu nanti.

"Ish! Kau ni banyak tanye la. Mulut takde dah? Nanti kau tanyala dia sendiri." Lee membalas agak kasar. Sedikit menarik pandangan orang di sekeliling mereka.

Aisyah tersentak sebelum tersembik sedih apabila dimarahi. 'Kenapa la aku becok sangat pergi tanya tu? Haishh.. mesti abang Lee rimas dengan perangai aku..'

"Saya minta maaf bang." Aisyah bertutur perlahan, cukup sekadar Lee saja yang mendengarnya. Tapi lelaki itu hanya menjelingnya tajam sekali sebelum buat tak endah saja dengan Aisyah.

"Baby!" Lee dengan gembiranya menyapa seorang gadis. Mereka berpelukan dan bercumbuan kedua pipi sesama sendiri membuatkan Aisyah terpaku sebentar.

Dia teringat kata Lee, mereka akan bershopping dengan adiknya juga. Aisyah mengangguk perlahan.

'Adik abang Lee kot.. cantiknya.. bergaye pulak tu..' Aisyah memuji wanita tinggi berkulit kuning langsat dengan rambut hitam lurus paras pinggang itu.

Aisyah bagaikan halimunan sebentar antara mereka. Walaupun mereka tak memandangnya, Aisyah sedia dengan senyumam manisnya.

"Honey... who is this? Dia ni ke.. 'girlfriend' you tu?" Lisa bertanya sinis. Dia turut tersenyum pada Aisyah dan meneliti pemakaian gadis itu. Sengaja perkataan 'girlfriend' ditekankan sedikit.

'Patutlah Lee geli dengan kau..ade patut pakai baju kurung ke mall? Apa class.. Dasar perempuan kampung..' kutuknya dalam hati.

Aisyah mula mendekati Lisa, tangan dihulur ingin berjabat.

"Assalamualaikum.. Saya Aisyah. Awak?" Aisyah memulakan pengenalan dengan senyuman. Polos.

Lisa yang memandang tangan Aisyah terus memeluk tubuh, berlagak. Sambil menatap Aisyah penuh sinis dan kadang-kadang tampak seperti mengejek pun ada.

"Sorry.. I tak berjabat tangan dengan orang macam u. I'm Lisa." tuturnya biasa dengan senyuman.

Aisyah hanya mengangguk saja. Tangan yang dihulur tadi ditarik kembali. Cuba membuang kecanggungan.

"Tak mengapa.." Aisyah membalas biasa. Hatinya cuba disedapkan dengan bersangka baik.

'Mungkin dia tak biasa dengan orang baru agaknya.. Tak pe la.. tak kan nak paksa kan? Tak selesa pulak Lisa nanti..'

"Macam yang aku cakap dekat kau Syah.. ni adik 'kesayangan' aku. Yang aku sayangggg sangat." Pinggang Lisa dipeluk sebelum pipi mulus itu dikucup sekali.

Mereka ketawa bahagia. Aisyah berasa tak enak, tapi dia cuba menyedapkan hati.

'Mereka memang rapat macam tu kot.. siap panggil baby-honey lagi. Bagusnya ada keluarga saling menyayangi macam keluarga abang Lee.. untungnya dia.'

"Eh.. dah la.. jom hon kita pergi shopping. Aisyah, u ikut kan?" Lisa memeluk pinggang Lee sementara tangan lelaki itu sudah berlingkar di bahunya.

"Ya, saya ikut.. " Aisyah mula membontoti mereka yang rancak berbual.

Pelbagai kedai dimasuki, pakaian lelaki.. pakaian wanita.. perfume... jam tangan.. aksesori dan sandal.

Banyak jugalah yang dibelinya, semuanya disuruh Aisyah yang mengangkatnya.

Kata Lisa, tangannya tak berapa kuat dan lenguh kalau membawa barang banyak dan Lee pula berkata dia tak mahu berenggang dengan Lisa kerana lama tak bertemu.

Aisyah mula jatuh kasihan, akhirnya dia sedaya upaya membawa semuanya sendiri. 6 beg itu dibawa ke hulu ke hilir di belakang Lee dan Lisa.

Mereka rancak sangat berbual hingga terlupa Aisyah di belakang. Memang itu niat Lee, mahu menunjukkan kemesraan mereka pada Aisyah. Ternyata...

Gadis itu adalah gadis paling lembap yang pernah dia jumpa dalam dunia ini.

Dia bagaikan langsung tak cemburu atau menyangka apa-apa yang buruk. Dasar naif tahap gaban!

Mereka kemudiannya singgah di sebuah kedai emas, kata Lisa dia mahu membeli cincin baru. Aisyah disuruh tunggu di luar kedai oleh Lee.

Aisyah yang tak mahu mengganggu 'adik beradik' itu hanya menurut saja, dia menunggu di kerusi kosong di luar kedai.

Dari jauh timbul perasaan cemburu dalam dirinya, tapi... dia abaikan. Aisyah sedar, hubungannya dengan Lee masih awal dan dia tak sepatutnya punya perasaan begitu tambahan pula mereka sekadar adik-beradik saja.

Kedai menjual barangan aksesori pelbagai di sebelah kedai emas itu menjadi tatapan matanya. Nampak menarik.

'Rasanya.. mereka lambat lagi kot. Tak salah aku ke sana sekejap.'

Dengan beg di kedua tangan, Aisyah menyinggah kedai itu sebentar. Ramai anak muda di dalam membelek barangan yang mahu dibeli seperti key chain, phone cover dan barangan yang comel-comel.

Aisyah rambang mata.. semuanya comel dan cantik belaka. Sedari tadi, dia langsung tak membeli apa-apa lagi, dia betul-betul 'menemani' Lee.

Matanya tertancap pada cincin kayu berukiran flora yang berbagai corak yang berbeza. Satu diambil dan dicuba di jarinya. Ditukar beberapa kali mencari saiz yang muat.

'Ouh.. comelnya...' Aisyah tersenyum sendiri.

"Hoi! Kau buat apa kat sini ha? Cepatla.." tanpa menyapa, Lee menguis lengannya dari belakang sedikit kasar.

Aisyah mengukir senyuman padanya.

"Saya tengok cincin ni.. cantik.. comel je kan.." cincin kayu di jari Aisyah ditunjukkan pada Lee.

Lelaki itu menjeling menyampah. 'Sumpah meluat betul aku dengan perempuan bangang ni.. urghh'

"Dah la tu.. jom bla. Kitorang dah siap beli la." Lee mengajak lagi.

Aisyah menanggalkan cincin itu sebelum mengikuti langkah Lee keluar kedai.

"Honey.. I'm hungry." Lisa mula menggedik pada lengan kekar Lee. Rambut yang di rebounding lurus Lisa dielus Lee ke belakang telinganya penuh romantik.

"Lapar ye.. jom kita pergi makan dulu okay?" pipi Lisa diusap sayang sebelum dikucup sekali dahinya.

Tangan Lisa dipimpin ke kedai western tak jauh dari situ. Aisyah di belakang hanya mendiamkan diri.

Meja couple menjadi pilihan, Lee menarik kerusi bagi Lisa sebelum duduk di hadapan gadis itu.

Aisyah yang baru tiba, termangul sebentar. 'Aku nak duduk mana ni? Tak kan nak duduk sorang-sorang..'

Ada saja meja besar yang masih kosong, tapi sengaja Lisa memilih meja couple itu supaya boleh menghalau Aisyah dengan halus. Lee pula hanya mengikut rentak setan teman wanitanya itu.

"Abang Lee.. Saya nak duduk mana?" Aisyah bertanya polos, sesekali dia memandang sekeliling.

Lee mengetuk dahi sedikit dengan senyuman,

"Sorry sangat.. aku lupa la pulak, amm.. macam ni la. Apa kate.. kau pergi hantar barang-barang ni ke kereta dulu. Nanti datang makan sini balik. Okay? Sian kau.. mesti penat kan?" Lee mula bertutur lembut pada Aisyah buat pertama kalinya hari itu.

Aisyah tersenyum malu, dengan perlahan-lahan kepala dianggukkan.

"Kalau macam tu saya pergi dulu la, nanti saya datang balik." Aisyah meminta diri sopan, kunci yang diberikan Lee diambil dan dia menjinjit semua beg kembali menuju ke floor bawah tanah untuk menyimpan barang.

Sebaik saja Aisyah beredar, ketawa setan Lisa tercetus diikuti Lee.

"Kan I dah cakap perempuan tu sumpah lembap..hahaha" Lee bertutur dalam ketawanya.

"Tu la pasal.. Dia memang macam tu ke? Polos betul.. macam orang bodo pon iya jugak." tambah Lisa lagi.

Mereka mula mengata tentang Aisyah sepanjang masa dia bersama mereka tadi. Sesekali mereka memperlekehkan dan menyindir wanita itu dengan kata-kata kesat.

"I ada idea la honey..." Lisa menggengam tangan Lee.

Kening lelaki itu terangkat sedikit, "What?"

"Jom pergi makan tempat lain.. biar perempuan tu cari kita sampai tak makan. Jom la.. sementara dia tak datang lagi ni.." Lisa memujuk Lee dengan menggoncangkan sedikit lengan lelaki itu. Manja.

"Nice idea baby.. tak sangka my love ni bijak la.." mereka berlalu tanpa memesan makanan dan ke restoran di floor teratas.

Sebuah restoran yang agak mewah menjadi pilihan, meja khas diambil supaya agak tersorok daripada dilihat orang.

Memang mereka sengaja mahu perdajal Aisyah yang naif itu. Mereka tahu.. Aisyah yang polos plus lembap tu mesti akan cari mereka dahulu.

Aisyah pula, sebaik saja menyimpan barang ke kereta dia kembali semula ke restoran makan tadi. Bayangan Lee dan Lisa sudah tiada.

Tempat duduk itu sudah diambil orang. Aisyah melilaukan pandangan melihat sekeliling mencari susuk tubuh dua insan itu. Tetapi hampa... tiada.

Kaki dilangkahkan perlahan sambil memerhati sekeliling. Telefon Lee juga dimatikan membuatkan panggilan Aisyah tak berbalas.

'Phone abang Lee off kot supaya tak ganggu masanya dengan Lisa... ataupun bateri low. Haih.. macam mane ni?'

Aisyah mengeluh keseorangan. Dia mencari mereka, 'manalah tahu mereka risaukan aku nanti macam mane? Aku ni pun... memang suka menyusahkan orang la.'

Dekat setengah jam dia mengelilingi bahagian makanan, tak nampak batang hidung pun. Nak kata sudah pulang, kunci kereta ada padanya.

Akhirnya Aisyah mengambil keputusan untuk tunggu di kereta saja. Perut yang sudah berkeroncong minta diisi diutamakan dulu.

Sebungkus roti vanilla dan air mineral di beli di 7eleven di bahagian bawah. Dia bersandar di bahagian depan kereta Lee, menunggu...

Hampir setengah jam dia menunggu akhirnya Lisa dan Lee muncul.

"U ke mana tadi Aisyah.. lama kitorang tunggu tau.. u duduk sini buat apa?" Lisa meneruskan lakonan plastiknya.

Aisyah mula serba salah.

"Saya dah cari awak dan abang Lee tadi.. tapi tak jumpa. Makan mana tadi?" Aisyah menyoal pula. Sebenarnya dia agak terasa apabila ditinggalkan tapi Aisyah hanya bersabar saja.

"Sudah la tu.. jom balik. Dah lambat dah ni." Tak mahu memanjangkan topik, Lee merampas kasar kunci di tangan Aisyah sebelum pantas meloloskan diri ke dalam kereta audinya.

"Jom la masuk Aisyah.." Lisa mengajak acuh tak acuh sebelum dia turut masuk ke ruangan di sebelah Lee, yang sepatutnya menjadi tempat Aisyah.

Aisyah terpampam apabila pintu belakang tak dapat dibuka, dicuba beberapa kali. Dia mengetuk cermin tingkap gelap Lee dan lelaki itu menurunkannya.

"Maafla Syah.. aku rase.. kau kena balik sendiri la. Lock dia ni tibe-tibe pulak buat hal. Sory la ek." Lee berkata selamba anjir.

"Ouh.. ye la honey, macam hari tu kan? Sorry la Aisyah kereta ni memang macam ni kalau dengan orang macam u ni." Lisa mula bertokok tambah diiringi ketawa kecilnya.

"La.. yeke.. Am.. tapi dah malam ni." Aisyah tak mahu meminta, dia harap sangat Lee akan faham situasinya kini.

"I'm sorry sangat dear.. Ah ye!" Lee mengeluarkan sesuatu dari koceknya dan diberikan pada Aisyah di luar kereta.

Aisyah terpampam sebentar.

'Ni...'

"Aku nampak macam kau suka je cincin tu kan.. so aku ada belikan untuk kau. Tengok ni, aku punya pun ada. Kitakan couple." Lee mula bercakap lembut pula dan ditunjukkan juga cincin kayu sedondon di jari hantunya.

Senyuman manis diberikan pada Aisyah, dia tahu.. Aisyah tak akan terasa hati dengannya sebab perempuan itu terlalu...

Lembap.

Perlahan-lahan, senyuman mula terukir di bibir Aisyah. Dia ambil cincin itu dan memadankannya di jari, muat-muat saja.

Dia kalih pandangan pada Lee sebelum mengucapkan terima kasih pada lelaki itu. Sungguh dia tak sangka lelaki itu akan membelikan cincin buatnya juga. Couple pulak tu.

Terujanya!! Hatinya melonjak kegembiraan.

"Kalau macam tu.. kitorang balik dulu la ye. Kau ambil la uber ke..grab ke..teksi ke.. ek? Bye.. jaga diri elok-elok." tutur Lee dengan senyuman lagi.

"Baiklah. Abang drive elok-elok. Bye Lisa.. Assalamualaikum." Sempat Aisyah menegur Lisa yang bermain telefon di sebelah, wanita itu hanya mengangguk tanpa memandang.

Kereta itu bertolak laju meninggalkannya berseorangan di parking bawah tanah itu aeon itu.

Aisyah faham.. dia tak boleh terlalu mengharapkan Lee. 'Mesti dia ada urusan sendiri.. lagipun lock pintu kereta belakang tadi tak boleh bukak...'

Aisyah mengerling jam, 10pm.

'Tak pe la.. aku balik naik grab je.'

Sesampai di rumah, Aisyah menyiapkan segala tugasannya di rumah yang tergendala akibat menemani Lee dan Lisa shopping.

Selepas itu dia mula menerima pesanan dari WhatsApp nya.

Lee.

NIGHT.

Satu perkataan tapi cukup untuk buatkan hatinya teruja. Jari pantas menaip apabila melihat Lee online.

SELAMAT MALAM JUGA. ASSALAMUALAIKUM BANG.

Lelaki itu hanya 'bluetick' saja. Aisyah menunggu... tapi tiada balasan apa-apa dari Lee hinggalah lelaki itu offline.

Aisyah mengeluh.. dan mula mengingatkan diri.

'Mungkin Abang Lee penat kut...' telefon ditutup dan dia mula tidur.

Aisyah yang termenung di bangku taman tadi menilik-nilik cincin kayu di jarinya sambil tersenyum angau. Dapat dia rasakan Lee betul-betul ada perasaan padanya, masakan hingga beli cincin sepadan lagi.

Walaupun dia tahu.. cincin itu hanya berharga 10 ringgit saja, tapi bagi Aisyah ianya sangat berharga.

'Hadiah pertama dari Abang Lee.. sukanya!' Dia melepaskan nafas.

'Aku harap hubungan ni lebih dari seminggu... sebab'

'Aku dah mula jatuh suka pada abang Lee.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience