Prolog

Romance Series 18403

Susuk tubuh sederhana tinggi dan berbaju kurung yang melewati dataran universiti itu diperhati di suatu sudut terlindung sambil otak mula giat merencanakan langkah untuk mendekati si gadis itu.

Wajah yang sentiasa nampak tenang dan mengukirkan senyuman pada setiap yang dilepasinya ditatap tajam si jejaka.

Sebelum senyuman sinisnya terukir,

"You're going to be mine kampung girl.."

~~~~~~~~~~~~~

"Morning guys!" Lee menepuk bahu Afiq dan menegur rakan-rakannya yang lain di kafeteria pagi itu. Kerusi ditarik sebelum punggung dilabuhkan.

"Assalamualaikum.." sindir Afiq seraya mengerling pada Lee.

'Perli aku la tu.' Lee mencebik sebelum menjawab dengan selamba,

"Waalaikumsalam.. so apa plan korang hari ni? Ade target lagi ke?" Lee bertanya biasa pada mereka.

Dia dan 4 orang lagi rakannya itu sememangnya terkenal di universiti disebabkan rupa paras dan latar belakang masing-masing.

Dan mereka adalah 'playboys group' di sana. Setiap wanita yang terkenal mahupun rupawan semuanya mereka 'try'. Selepas puas, ditinggalkan begitu saja.

"Tak tau la we... semuenye senang sangatla.." keluh Alfian sebelum menyedup minumannya.

"Aish korang ni.. cer a test sape-sape dulu, yang susah-susah sikit.. mane tahu melekat. Hahaha." Lee ketawa dihujung ayat. Menganjing si rakan.

"Ek eleh.. sudah la kau. mentang-mentang ada Lisa. Menyampah!" Remi mencelah perbualan.

"Kau tak nampak ke yang Lisa tu cuma sukakan kad debit kau je Lee?" Haziq menyoal Lee.

"Aku tahu.. tapi dia type of girl aku. I like her.. so bia je la die tu." Lee menjawab acuh tak acuh.

"Now the biggest problem for me is aku bosan gile do sekarang.. Semua perempuan hot kat U ni aku dah try.. plus Lisa pon takde sini, aku tak tau la nak buat apa.." Lee mengeluh perlahan diperhati rakan-rakannya yang lain.

"What about a challenge?" Alfian mengangkat keningnya sekali, mengacah Lee sambil berpeluk tubuh.

"What kind of challenge is it?" Lee menjawab berlagak. Dia pantang dicabar. Bring it onz!

"Ape pendapat korang semua?" Alfian bertanya pada yang lain.

"Okay.. korang discuss dulu, aku nak beli makanan. Cau." tanpa menunggu balasan, Lee berlalu pergi.

Remi menggeleng kepala perlahan sambil memandang rakannya itu,

"Aku rase en.. kite kene bagi dia yang tough sikit a kali ni. Baru menyesal si Lee tu." Remi meluahkan pendapatnya.

"Tapi ape ek..?" Alfian bertanya lagi.

Mereka mengutarakan beberapa cadangan sebelum pandangan Afiq terarah pada sukujur figura yang manis bertudung dan berjalan sopan, penuh gemalai bersebelahan cafe.

Bahu Alfian di sebelah ditepuk beberapa kali sambil pandangan matanya tak lepas dari memandang si gadis.

"We..we..we.. tengok tu." tangan diangkat sedikit menunjukkan ke arah seorang wanita yang sedang berbual dengan dua orang perempuan.

"Kau apahal sial? Dah jumpa awek ke?" Haziq menyoal setelah melihat kelibat beberapa orang perempuan di belakang itu.

"No la.. maksud aku, apa kata kita main game yang Lee suka main." Kata Afiq masih mahu berkias.

Melihatkan wajah selenge rakan-rakannya dia mula berterus-terang,

"Kita bagi dia main perempuan, his favourite games..and aku rase aku dah ade cabaran yang tough untuk master playboy tu." tutur Afiq penuh yakin, yang lain-lain pula turut mendengar dengan teliti dan sesekali mereka ketawa kecil.

Tak lama selepas itu, muncul Lee sambil menatang dulang berisi minuman dan beberapa roti untuk dimakan.

Semua mata terarah padanya dengan senyuman sinis.

"Kau orang dah kenapa? Tergoda dengan aku?" tanya Lee sarcastik sebelum mula membuka packet rotinya.

"Kitorang dah decide cabaran untuk kau, kau kene buatkan si budak naif tu jatuh cinta dengan kau. Date dengan dia sebulan..Amacam? Ade Berani?" tutur Alfian yakin.

Lee yang dicabar melihat ke arah yang ditunjukkan Alfian. Matanya tertancap pada gadis itu.

'Kampung girl'

"Ape taste do budak kampung tu.. geli aku. Dah la asyik pakai baju kurung je. Jatuh standard aku. Lagipun budak tu polos gile kot, agak-agak la." Lee cuba menukarkan pandangan rakan-rakannya yang tampak nekad dengan cabaran itu.

"So kau tak berani la ni, ha playboy?" Sengihan mengejek Remi mula terukir di tepi bibirnya. Melihatkan Lee terdiam sebentar, thumbs up diberikan pada Afiq yang berhadapan dengannya.

'Its gonna be so interesting..'

"Aku? Tak berani? Hahaha... budak tu aku petik jari jela... Fine then. Aku accept challenge ni. Kalau aku berjaye... kau orang kene iktiraf kehebatan aku." Lee cuba berlagak biasa. Suaranya masih sama, yakin sentiasa.

"Okay.. your challenge will start by tomorrow and a month from now Lee." Haziq mengesat jam pintar mahalnya.

Lee tersenyum lebar pada rakan-rakannya sebelum mengintai sekumpulan gadis di belakangnya.

'You're my target.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience