dua puluh empat

Romance Series 18403

"Awak nak bawa saya ke mana ni Zack?" Aisyah bertanya entah yang keberapa kali dari tadi.

"Haih.. kan abang kata rahsia. Rahsia la. Apa degil sangat nih? Tak sabar ye?" Zack sudah menguntum senyuman penuh maknanya.

Aisyah terdiam, tak mahu apa-apa berlaku pada dirinya. Kemudian ketawa Zack meletus.

"Nothing to be afraid of la.. kalau sayang ikut cakap abang.. you're safe. But kalau sebaliknya.. you know your fate don't you?"

Zack hanya bertutur biasa tapi kata-katanya mampu menakutkan Aisyah.

Dia kembali diam tak berkutip. Mereka tiba di sebuah surau di sebuah kampung yang agak mengundur. Kebanyakan rumah di situ masih papan walaupun punya bahagian batunya.

"Zack.." baru Aisyah memanggil lelaki itu, dia terlebih dahulu keluar. Pintu penumpang di sebelah Aisyah dibuka sebelum dia menjenguk rapat ke wajah Aisyah.

"Eh-.. ap.. apa ni?" Aisyah mengundurkan diri apabila Zack seolah-olah mahu mengucupnya.

"Hehe.. gurau jelah.. dah jom kelua." tangan Aisyah ditariknya keluar tapi perempuan itu membantah.

"Tak kan saya nak masuk surau berpakaian macam ni.. gile ke?" bantahnya tak puas hati.

Zack menepuk dahi sebelum tersengih.

"Lupa pulak sayang abang ni sexy macam ni.. he he.. sorry lah sayang. Tu kat belakang tu ade baju kurung dengan selendang. Salin je dalam kereta. Abang bagi 5 minit je.. lambat? Abang bukak pintu.. faham?"

Arahan dan ugutan diberikan serentak. Pintu kereta ditutup sebelum dikunci Zack menggunakan alat kawalan jauh keretanya.

Dia berlalu ke dalam surau. Solatkah lelaki itu?

Entahlah..

Aisyah ke belakang menggunakan laluan tengah, satu beg kertas diambil dan memang punya sepasang baju kurung dan sehelai selendang di dalamnya.

Tak menunggu lama, pakaian seksa ditubuhnya ditukar dengan yang lebih sopan.

Aisyah tak risau menukar pakaian di situ kerana cermin kereta Zack memang bertinted gelap, tambahan lagi pada waktu malam begitu.

Tak lama, Zack kembali datang menjemput Aisyah ke dalam surau. Tangan wanita itu tak dilepaskan dari pegangannya walaupun sudah dironta oleh Aisyah berkali-kali.

Sebelum mereka melangkah masuk, Zack menolak Aisyah kuat di dinding, sebelum merapatkan wajah mereka. Leher Aisyah ditekannya agak kuat membuatkan wanita itu takut mahu bersuara.

"Ikut semuanya.. atau aku akan lacurkan kau." amaran keras diberikan. Wajah Zack berubah 100% bagaikan psycho.

Tiada lagi senyuman dan lelaki ramah di dalam kereta tadi. Ini adalah orang lain di mata Aisyah.

"Masuk." tubuh Aisyah dilepaskan dan ditolak agak kasar masuk ke dalam surau.

Hanya ada beberapa orang lelaki dan seorang tok imam memandang ke arah mereka berdua.

Aisyah kaget. Otaknya ligat berfikir.

'Dia nak...'

"Duduk sekarang." suara dingin Zack menyapa pendengarannya.

Dalam ketidakpastian dia membontoti langkah Zack dan duduk bersimpuh tak jauh dari lelaki-lelaki yang ada tadi.

"Bakal isterinya?" tok imam itu bertanya perlahan tapi cukup kuat memandangkan suasana sekeliling yang amat sunyi.

Kawasan kampung itu hanya kedengaran bunyi-bunyian dari hutan berdekatan saja. Suram.

Aisyah tak tahu apa yang perlu dia lakukan. Lelaki yang dia terlibat kini bukan calang-calang orang.. tapi mengahwininya?

Nonsense..

Bagaimana pula dengan janji Aisyah pada Zack?

Dia sudah berjanji, jika lelaki itu membantunya melepaskan diri dari dijadikan pelacur di kelab malam itu, dia akan tunanikan segala permintaan Zack.

Aisyah rasakan tubuhnya lemah semacam, ada suatu fail berisi beberapa dokumen didalamnya diserahkan pada Zack untuk ditandatangani kemudian beralih pada Aisyah.

Dia bingung tapi menerima renungan tajam Zack, dia turutkan jua.

'Betulkah keputusan aku ni?' di rumah ibadat itu, dia berdoa di dalam hati agar keputusannya benar.

'Jika dia jodohku.. aku reda ya Allah.' rasa seperti mahu menangis pula apabila tok imam itu mula memberikan sepatah dua kata kepada mereka berdua.

Zack hanya mengangguk sesekali, begitu juga Aisyah.

Dalam sekali lafaz beserta dua orang saksi, Aisyah kini sah menjadi isteri kepada dia....

Ayden Zaquan Shah.

~~~~~~~~~~~~~~

"Apa u ni?! Sakitlah!!" Lisa menyerengai kesakitan apabila Lee mencekak rambut perangnya kasar ke belakang.

"Sapa suruh kau usha phone aku ha! sial punya betina!" sekali tampar saja, Lisa terkulai jatuh di sofa.

Air matanya mengalir laju sambil tangan menekup kesan tamparan tadi. Sungguh dia seksa menjadi isteri Lee.. sungguh seksa sekali.

Setiap harinya ada saja yang tidak kena. Sudahlah perutnya mula kelihatan. Dia tak mahu ke university dalam keadaan begitu tapi tinggal di rumah pula dijadikan kuli atau hamba oleh Lee apabila lelaki itu pulang.

Semenjak malam pertama mereka menjadi suami isteri, Lisa sudah mula merasai kepayahan hidup di neraka Lee.

Lelaki itu membawanya ke apartment yang sudah Lee beli dan dia menjadi full time house wife.

Tapi apa yang dia lakukan sering kali nampak buruk di mata lelaki itu. Dia ditampar, disepak terajang dan dihina dengan kata-kata kesat setiap hari walaupun Lisa tak berbuat apa-apapun kesalahan.

Dan kini... suaminya mula menjalinkan hubungan pula dengan Didie...

Timbul rasa insaf pada Aisyah kerana wanita itu diperlakukan sebegitu rupa supaya Lisa dapat berkawin dengan Lee.

Sekarang dia teramat menyesal...

'Maafkan aku Aisyah.. aku harap sangat kau dengarkan aku..' rintih hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience