sebelas

Romance Series 18403

Sheng berbaring sambil meraup kasar rambutnya. Tangan diletakkan di atas dahi sambil mata merenung siling putih di atas.

Wajah Aisyah sering kali menganggunya. Kecuaiannya juga kerana lupa meminta nombor telefon gadis itu.

Setelah pulang dari menghantar Aisyah ke hotel dan tiba di rumah, barulah dia teringat akan hal itu.

Fikirnya dia mahu bertemu Aisyah keesokan harinya, tapi sebaik dia tiba di hotel kecil itu pada jam 10am.. ternyata gadis itu sudah mendaftar keluar.

Hubungan satu malam mereka terputus begitu saja.

'Aku harap aku boleh jumpa kau lagi Aisyah..' dia mengeluh berat sebelum mata cuba dilelapkan.

Deringan telefonnya menganggu. Sheng mengapai Huawei mate20 RS nya di meja kopi berhadapan dengannya.

Panggilan dijawab.

"Hello uncle! How are you doing right now? Still not found my Mak Su? Hahaha.." suara si anak buahnya kedengaran ceria di pendengaran telinganya.

"Yeah.. Still in progress. Nanti wa cari la sama itu bakal hidup. Lu tak payah risau la." balasnya malas.

Dia kusut dengan permintaan tak sempat-menyempah mak nya dan dia perlu lakukan sesuatu tentangnya.

"Okay la kalau itu macam.. I just want to tell you that I already met my future wife, and we decided to get married as soon as possible. Wô xiwàng ni bûyâo zâiyi nâgè nâinai de cäibao" (Saya harap uncle tak kisah tentang harta nenek tu.)

Tuturnya sinis sekali. Sheng mengetap bibirnya. Bukan dia tak tahu bahwa pasti ada antara ahli keluarganya yang mahukan sebahagian besar harta itu dan anak kepada kakaknya itu tak terkecuali.

"We'll see Lin." talian dimatikan. Phone dicampakkan kasar ke atas meja sebelum dia mula menutup mata. Menenangkan fikiran.

~~~~~~~~~~~~~~~~

"That jerk! Urgh! Semuanya akan jadi milik aku lah!" Lee membentak seorang diri di balkoni hotel.

Lisa yang baru keluar dari bilik air terus menapak ke arahnya. Tubuh yang hanya berbalut bathrobes putih itu memeluk Lee yang hanya berseluar pendek.

"Honey.. u kenapa pulak ni? U call siapa?" Lisa mula bertanya lembut.

"Diamlah." Lee tak punya mood kini.

Yang dia tahu dia perlu berkawin secepat mungkin sebab pak su nya itu tak akan mudah-mudah menyerah kalah begitu saja. Mesti akan punya persaingan antara mereka juga.

"U marah I ke honey?" Tubuh Lee cuba dipusingkan menghadap Lisa. Lee hanya menatapnya dingin.

"U tanya I? What do you think?" Lee melepaskan pegangan tangan Lisa sebelum dia memeluk tubuhnya. Beku.

"I.. I tak faham.." Lisa sedikit gusar. Tiba-tiba Lee tersenyum sinis sambil menggeleng kepalanya.

"Look at yourself.. Such a whore." perlahan pertuturannya.

"Nura Lee! Watch you mouth!" tak semena-mena pipi Lee ditampar kuat. Lee masih tak menunjukkan sebarang riak, hanya tersenyum sinis saja.

"Kenapa? Bukan ke?"

"You guess I won't know what the fuck you hiding from me?." Lee bertanya lagi.

Lisa diam tak berkutik. Dia tak faham. Apa maksud dia ni?

"U beromen dengan siapa semalam? Seronok?" Lee bertanya selamba. Kaki terus dilangkahkan masuk ke dalam.

Pakaian di atas katil di sarung pada tubuh tanpa pedulikan Lisa. Lisa pula tercenggang, 'Mana dia tahu?'

"I cuma buat yang ringan-ringan je.. dengan Wan." tuturnya perlahan.

Lee mengangguk mengiakan. Dia bukan tak tahu perangai Lisa yang sesuka hati memberikan tubuh pada orang berduit..

Termasuklah dia..

Dia bukanlah lelaki pertama yang menyentuh Lisa, tapi atas sikap manja dan pandai menggoda wanita itu Lee terus menyimpan wanita itu sebagai pemuas nafsu.

"U marah ke I tidur dengan dia? U tak puas ke malam tadi? Let's sleep again then.." tangan Lee cuba dirangkul tapi dilepaskan Lee. Malas mahu melayan.

"I tak kisah.. lagipun ini bukan pertama kali.. I perlu settle kan something malam ni. Bye." tanpa mempedulikan panggilan Lisa, Lee keluar dari bilik.

Bukan Lisa yang menjadi gangguannya kini, gadis itu mahu melayan mana-mana lelaki? Teruskan..

Dia hanya menjadikan isu beromen itu sebagai alasan mahu bla dari situ. Rimas dengan sikap Lisa kadang-kadang.

Yang menjadi masalahnya kini, penerimaan Aisyah dan persaingannya dengan Sheng.

Rancangannya sudah diatur kemas. Fendi dan Malik akan melaksanakannya malam ini juga dan dia akan pastikan segalanya berjaya.

Nombor Aisyah dihubungi dan wanita itu hanya menjawab ala kadar saja. Hanya Lee yang prihatin bertanyakan itu ini supaya dapat melembutkan hati Aisyah.

Malam.

Hampir pukul 11.30pm, Aisyah sudah mengantuk dan baru saja hendak dibuai mimpi sebelum tingkap balkoni di biliknya dibuka kasar dari luar.

Matanya yang masih berpisat digosok perlahan. Sebaik Aisyah membuka mata, mulutnya terus ditekup seorang lelaki.

Matanya terus terbuntang, Aisyah cuba meronta tapi langsung tak membuahkan hasil. Dia cuba menjerit tapi tekupan kuat di mulutnya membuatkan dia tak berdaya dan berupaya memberi reaksi.

Apabila dirasakan rontaan Aisyah agak kuat, si lelaki di hadapannya itu mula menampar kuat pipi Aisyah.

Kepalanya dirasakan berat dan pandangannya mula berpinar.

"Bodoh la kau. Nanti dia tahu macam mane?" si lelaki yang memegang Aisyah memarahi rakannya perlahan.

"Aah peduli apa aku.. Cantik jugak perempuan ni.. kita rogol je la dia." seorang lelaki lagi berbisik perlahan.

"Kau jangan macam-macam la." si lelaki yang menekup mulut dan tubuh Aisyah membalas pula.

Aisyah yang mendengar perbualan mereka samar-samar makin cuak apabila mendengarkan perkataan "rogol"

'Mereka nak rogol aku? Ya Allah.. selamatkanlah aku..'

Mulut Aisyah diikat dengan kain sebelum tubuh longlai Aisyah dicempung ke belakang lelaki tadi.

Mereka berjalan keluar melalui balkoni tadi, memandangkan bilik Aisyah adalah satu-satunya bilik di tingkat bawah teres dua tingkat itu lebih memudahkan urusan mereka.

Kini, bermulalah lakonan mereka.

Lee yang merokok di luar belakang rumah itu hanya menunggu masanya, apabila dia nampak kelibat orang-orang suruhannya membawa Aisyah yang masih meronta..

Dia mula beraksi.

"Hoi! Kau buat apa ha?!" Lee muncul seperti yang dirancangnya, mula membelasah kedua lelaki itu, tidaklah sekuat mana. Hanya sekadar membuatkan Aisyah percaya pada adegan mereka saja.

Mereka terus berlari meninggalkan Aisyah yang berpakaian dress tidur separas atas lutut di tanah. Lesap dalam kegelapan.

Lee langsung tak berniat mahu mengejar, dia terus ke arah Aisyah yang sepertinya trauma dengan keadaan itu.

"Aisyah.. are you okay dear?" Aisyah dihampiri dan dipegang bahunya.

Tapi reaksi balas Aisyah semakin meyakinkan Lee akan penerimaan Aisyah padanya.

Tubuh Lee yang berbalut jaket kulitnya dipeluk erat Aisyah, tak mahu dilepaskan. Dapat Lee merasakan tubuh ramping itu bergetar sedikit diiringin esak tangisnya.

"It's okay.. shhh.. it's okay sayang... Abang ada ni." Pelukan Aisyah dibalasnya, erat.

Dia suka perasaan tika ini. Tubuh Aisyah yang hampir dengannya mengeluarkan aroma wangi yang menggolakkan nafsunya.

Tambah lagi dengan pemakaian Aisyah yang agak seksi membuatkan Lee terpegun seketika melihatnya tadi. Cantik.. seksi!

Ubun-ubun Aisyah dikucup berkali-kali sambil mulut tak henti menenangkan gadis itu. Dalam hatinya sudah ketawa setan.

Yang pertama, dia yakin Aisyah akan menerima lamarannya sebab terhutang budi padanya. Dan yang kedua... dia dapatlah merasa tubuh sensual milik gadis perawan itu tanpa sebarang halangan.

'Perhaps she's better than Lisa and others in bed.' Lee tersenyum sinis.

Dia mengangkat tubuh Aisyah mudah sebelum kembali membawa Aisyah ke dalam. Gentleman gitu.

Rakan-rakan serumah Aisyah turut dimaklumkan akan peristiwa tadi. Mereka membawa Aisyah dan ditenangkan.

Ros berterima kasih pada Lee kerana menyelamatkan Aisyah dan dia mahu membuat laporan polis tentang kejadian itu tapi Lee menghalang.

Katanya, biarlah dia yang menguruskan segalanya. Ros hanya mengiakan dan kembali ke dalam rumah.

Lee di luar rumah terus masuk ke kereta audi hitamnya tak jauh dari situ. Senyuman tak lekang di bibirnya.

Masa depannya cerah kini. Dia yakin..

'Aku akan lamar dia sekali lagi dan dia tak ada sebab untuk tolak aku kali ni..'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience