"Hello Lin. Kamu dekat mana ni? Mummy call tak jawab-jawab." soal si ibu, Pn Sr Hana dengan nada risau.
Sudah beberapa hari anak terunanya itu hilang tanpa berita. Call, message semua tidak berangkat dan berbalas.
"My. Lin ade problem la. Mummy datang sini sekarang boleh tak? Please.." pinta Lee terdesak.
Dengan kecederaan yang agak parah pada tubuh, dia gagahkan diri juga merangka rancangan agar dapat melepaskan diri daripada Zack.
"Problem apa? Kamu kene tangkap ke? Jadi tebusan? Nak berapa? Cakap je dekat mummy." soal Pn Sr Hana kalut.
"Bukanlah my.. mummy datang je sekarang. Sorang-sorang. Lin tunggu. Sorang diri je tau." balas Lee lagi.
"Ha yela. Nanti hantarkan location. Mummy datang sekarang." ujar si ibu lagi. Talian dimatikan.
Tak beberapa saat kemudian, satu pesanan masuk ke ruangan message. Dibuka dan diperhati sebentar.
Pn Sr Hana terus menyalin pakaian dan mengambil tas tangannya sebelum berlalu keluar. Dia kini berada di rumah Lee bersama si menantu palsu. Lisa.
"Woi betine! Sini kau!" panggilnya garang.
Lisa yang sedang melobi di ruangan lobi terus saja bergerak ke ruang tamu. Takut dipukul dan dimarahi wanita itu lagi.
Kini inilah rutin hariannya. Tangan dan caci makian menjadi lurah seharian si ibu baru sepertinya.
Dengan kandungan yang semakin sarat, kaki dilangkahkan juga mencari si ibu mertua.
"Pn Sr panggil saya?" soalnya takut-takut.
"Aku nak keluar. Rumah ni kau jaga. Jangan kau berani nak bawak masuk jantan lain pulak waktu aku takde. Faham?!" dengan pantas Lisa terangguk-angguk bagai burung belatuk.
Langsung tidak dibenarkan melihat dunia luar mahupun bebas melakukan apa-apapun.
Tanpa menunggu lama, Pn Sr Hana terus melangkah keluar. Nasya, anak bongsungnya hanya tinggal bersendirian di rumah kerana Tn Sr Jefri sedang outstation ke Brunei.
Nombor telefon si pemandu di hubungi dan menghantarnya ke location yang dihantarkan Lee sebentar tadi.
Entah apalah yang menimpa anaknya itu, dia langsung tiada akal untuk memikirkan.
Setiba di kawasan itu, sekeliling diperhatinya dari dalam kereta, mencari-cari kelibat si anak. Nombor yang menghubunginya tadi didail kembali.
"Lin. Kamu dekat mana ni? Mummy dah sampai." beritahunya.
"Mummy bawak driver buat apa? Kenapa tak datang sendiri?!" agak marah nada suara Lee di corong sana.
Pn Sr Hana merengus geram.
"Kau nak aku datang ke tak ni? Kalau tak aku balik je." ugutnya.
Lee mengeluh berat.
"Fine! Leave your driver. Nanti Lin hanta mummy pulang sendiri. Out of your car and wait for me at the bus stop. Now!" arah Lee tegas.
Dengan was-was, Pn Sr Hana keluar juga dari kereta. Sebelum pintu ditutup, sempat dia berpesan kepada si pemandu.
"Pergi balik dulu. Kalau ade apa-apa, I will call you back." anggukan diterima dan pintu ditutup.
'Ish budak ni! Suka menyusahkan aku! Dah la suruh ditunggunya di bus stop. Panas tahu tak.. tepi jalan pulak tu. Eee!' rungut hati Pn Sr Hana bengang.
Sesekali dikibas-kibasnya baju di dada menghilangkan serba-sedikit bahang panas yang dirasai.
Tak sampai seminit menunggu, sebuah kereta almera hitam berhenti di hadapannya. Cermin tingkap diturunkan.
"Get in." arah Lee dingin. Kaca mata dipakainya menutup mata yang lebam ditumbuk walaupun wajahnya jelas menunjukkan bahwa dia dibelasah teruk.
Dengan kelam-kabut, Pn Sr Hana terus meloloskan diri. Pintu ditutup dan dia beralih pada si anak kesayangan.
"Ya Allah Lin. Kenapa sampai jadi macam ni? Sape yang buat kau? Bagitahu mummy sekarang." wajah Lee cuba ditiliknya tetapi ditolak tangan si ibu kasar oleh si anak.
"Ish! Mummy, itu semua tak penting. Mummy tahu tak apa yang lagi penting sekarang? Ade orang buru mummy dan Lin! Did you realize that?!" marahnya pada si ibu.
Kalau bukan rancangan Pn Sr Hana membuang Aisyah, pasti semua itu tidak berlaku!
"Ap-apa maksud kamu? Kita diburu? Siapa? Kenapa?" soal Pn Sr Hana panik. Sudah tidak dia risaukan anaknya seperti tadi. Yang ada dalam otaknya kini adalah dirinya saja.
"Aisyah! Perempuan tu berjaya terlepas daripada tempat pelacur tu. Siallah!" stereng kereta dihentaknya kuat. Marah!
"Ha-Habis tu kita macam mana ni? Apa kene mengenenye dengan kita? Aisyah nak balas dendam ke?" soal Pn Sr Hana takut-takut.
Dalam fikirannya hanya ada Pn Helena dan adik bongsunya, Sheng saja. Kerana kedua orang itu amat mengambil berat soal Aisyah. Adakah mereka yang dimaksudkan Lee?
"Bukan Aisyah.. dia dah berkahwin mummy.. dan lelaki dia, buru kita. Kita yang aniaya isteri dia dulu." ujar Lee pasrah.
Zack bukan calang-calang orang, dia tahu itu. Bagaimana saja dia mahu terlepas daripada Zack tanpa perlu melakukan suruhan lelaki itu? Membunuh ibunya? Nonsense!
Pn Sr Hana terduduk. Otaknya ligat berfikirkan rencana.
"Macam mana kalau.. kita minta bantuan nenek dan paksu kau?" Lee berkerut dahi.
Biar betul ibunya ini. Mahu meminta bantuan nenek dan paksunya?
"Explain it." pinta Lee sambil memandu ke sebuah hotel yang diinapnya seharian selepas dilepaskan Zack.
"Kita tipu nenek dan paksu kata ade orang berdendam dengan kita sebab bende lain. Confirm nenek akan tolong punya." yakin saja Pn Sr Hana memberi idea.
"Tapi.. atas sebab apa?" soal Lee pula.
"Yang tu kamu tak payah risau. Biar mummy yang uruskan. Sekarang ni kau pandu terus ke rumah nenek. Kita jumpa nenek sekarang jugak."
"Sekarang?!"
"Ish! Yela sekarang! Ni. Muka kau ni, bia orang tua tu tengok. Baru la dia percaya." pipi Lee dicubit-cubitnya geram dan pada masa yang sama cuba ditepis Lee kesakitan.
Dengan mendengar kata si ibu, kereta pemberian Zack itu dipandu ke kediaman megah Pn Helena Sheng. Berharap agar rancangan mereka berhasil.
~~~~~~~~~~~~
Deringan telefonnya di atas meja menarik perhatian. Gin terus mengambil phone Aisyah dan diserahkan kepada si gadis yang sedang menjamu selera.
"Sape call?" soalnya sekilas sambil meneguk air. Phone di tangan Gin diambil dan dilihat pemanggilnya.
"Tuan Zack puan." ujar Gin dingin.
Zack. Sudah dua hari lelaki itu tidak menghubunginya dan dia juga berbuat yang sama kerana takut akan mengganggu.
Panggilan diangkatnya.
"Assalamualaikum abang." sengaja ditukar panggilan awak kepada yang lebih mesra. Dia akan belajar mencintai suaminya.
"Waalaikumsalam sayang. Ha.. kan merdu je abang dengar sayang panggil macam tu." puji Zack menerbitkan senyuman malu Aisyah walaupun tidak dilihat lelaki itu.
"Ni abang nak cakap. Esok abang balik... kite terus ke rumah kawan abang tau. Diorang ada buat jamuan makan malam. Kita attend berdue ek? Barulah nampak macam sweet couple." beritahu Zack teruja.
"Rumah kawan abang? Hmm.. tapi Aisyah takde pakaian yang sesuai la bang." adunya pula.
"Takpe. Nanti abang hantarkan baju. Esok abang ambil sayang terus tau. Okay.. love you honey. Bye."
"Okay. Bye." balas Aisyah dan panggilan terus ditamatkan oleh Zack.
Tersengih-sengih dia semenjak menerima panggilan daripada si suami tadi. Pembantu-pembantu rumah perempuan sudah menjeling tidak suka kerana si puan mendapat layanan baik daripada si tuan.
Malam itu Aisyah masih tidur bersendirian. Rindu juga dengan Zack kadang-kadang. Hanya pakaian dan wangian lelaki itu saja yang menemani malamnya.
'Tak apalah. Esok abang datang ambil aku. Mesti best! Aku nak minta abang bawa jalan-jalanlah lepas tu..' otaknya mula merencana pelbagai perkara bersama si suami.
Tanpa dia mengetahui apa yang dirancangkan si suaminya.
~~~~~~~~~~~~~~
Seperti yang dikatakan Zack, malam itu Aisyah disiapkan dengan gaun dan barang kemas lengkap yang dihantar lelaki itu.
Gaun hitam yang mendedahkan sebahagian besar belakang tubuhnya dan bahagian tepi payudaranya amat menyeksakan.
"Taknak la macam ni.." mahu menangis Aisyah dengan pakaian di tubuhnya. Dia tak mahu keluar daripada bilik walaupun siap berdandan dan berpakaian mewah.
"Tapi puan.. Tuan sudah tunggu di bawah." Jija cuba memujuk si puan lagi. Dipandangnya rakan sekerjanya di sebelah meminta bantuan.
Bagaimanalah mahu memujuk gadis ini agar turun ke bawah?
"Saya tak nak keluar dengan pakaian macam ni!" sedikit meninggi suara Aisyah menyatakan keinginannya. Dia tak mahu!
Tidak seberapa lama kemudian, ketukan di pinti kedengaran dan tanpa menunggu sesiapa membukanya. Zack muncul di muka pintu.
"Berambus." arahnya dingin pada kedua pembantu wanita di situ. Tanpa menunggu lama, keduanya berlalu sopan seraya menutup pintu.
Wanita yang duduk di birai katil itu dipandangnya lembut. Tak mahu memarahi Aisyah kerana bukan salah wanita itu.
"Sayang... Janganlah macam ni. Nanti kita lambat la yang." pujuknya. Punggung dilabuhkan bersebelahan si isteri.
Tangan diliarkan memeluk tubuh ramping yang amat dirindui itu. Sudah beberapa hari dia tidak menjamah si isteri.
Dengan pakaian dan wangian Aisyah, gelora nafsunya meningkat tiba-tiba tapi cuba dikawal sebaiknya. Ada perkara yang perlu dia lakukan malam ini.
"Tapi saya tak nak pakai pakaian ni bang.. Please.." pujuk Aisyah lembut.
Lengan Zack yang sudah lengkap berkot kasual kelabu itu dipeluk dan digoyangkan manja. Taktik!
"Okaylah macam ni. Saya pakai kot nanti. Hmm? Takde la nampak sangat pakaian sayang. Okay?" Zack cuba memujuk lagi.
Memang tidak disangkal, wajah Aisyah memang cantik ditambah dengan mekap tipis dan dandanan rambut elegant, wanita itu amat menarik perhatian insan bergelar lelaki.
"Okay.." akhirnya persetujuan diperoleh. Tersenyum Zack akhirnya. Satu kot labuh disarungkan ke bahu Aisyah seraya memimpin si gadis turun.
Gin akan menjadi pemandu membuka pintu bagi si tuan dan puan sebelum melangkah ke bahagian pemandu di hadapan.
Kereta Mercedes Bymach itu bergerak laju menuju destinasi. Hati Zack amat suka dengan situasinya kini.
Sudah tentu si tuan rumah akan terkejut dengan Aisyah yang dibawanya bersama.
Malam ini akan diadakan jamuan makan malam di kediaman keluarga Sheng dan Zack turut dijemput menghadiri memeriahkan.
Dia tahu petang tadi Pn Sr Helena dan Lee ke sana untuk memutarbelit cerita kerana di dalam kereta yang dinaiki Lee ada perakam yang disambungkan ke phone nya. Merakam perbualan mereka tanpa diketahui.
Jadi malam ini.. dengan semua yang ada. Pasti akan berlaku sesuatu yang mengujakan.
Share this novel