tiga

Romance Series 18403

2.05pm.

Aisyah berlari anak dengan baju kurungnya ke taman di tasik bersebelahan U. Tas tangan yang beberapa kali terjatuh dari bahu diangkat kalut.

Dia sudah lambat mahu bertemu lelaki itu, mesti Lee akan menganggapnya tak menepati masa.

Susuk tubuh Lee dicari sekitar taman, hampir separuh tasik dikelilingi akhirnya tuan badan dijumpai duduk di atas kerusi batu dengan pakaian yang sudah bertukar.

Wajahnya tanpa secalit senyuman sambil memeluk tubuh dan bersilang kaki. Memandang ke hadapan.

Dengan lafaz basmallah, langkah diatur ke arah Lee. Wajah cuba dimaniskan walaupun dia tahu apa yang bakal diterimanya nanti.

"Assalamualaikum abang.." salam diberikan sopan. Mata mereka bertentangan membuatkan jantung Aisyah berdetak kencang, tak sekata.

Wajah kacak yang selalu menjadi dambaan wanita di universiti itu ada di hadapannya. Memandang ke arahnya, tajam.

"Hmm.. sekarang pukul berapa?" Salam tidak dijawabnya. Lee terus menyoal dingin tanpa membenarkan Aisyah berehat sebentar.

Wajah putih Aisyah pagi tadi dilihat agak kemerahan dan berpeluh, mungkin disebabkan rushing ke sini ataupun cuaca yang panas.

"Maafkan saya abang.. saya ada tolong-" belum sempat Aisyah menerangkan Lee menyampuk,

"Aku paling benci orang macam kau... Membuang masa berharga orang sibuk macam aku. Kau dengar tak?" tuturnya dingin lagi.

Aisyah tahu.. dia salah. Tapi makcik tadi betul-betul perlukan bantuan dia. Teringat akan peristiwa tadi.

FLSBCK

Seorang makcik cleaner berusia 50an itu menolak troli yang penuh dengan barangan membersih ke bilik stor.

Walaupun makcik itu tak langsung meminta tolong sesiapa, tapi bagi Aisyah dia amat memerlukan.

Lihat saja kesukaran makcik itu dengan wajah berpeluh-peluh menolak sedaya upaya troli itu dan kadang-kadang berhenti sambil mengurut pinggangnya dan menyambung semula menolak.

Orang ramai di sekeliling hanya memandang sesekali tapi langsung tak membantu. Mahupun lelaki atau perempuan.

Aisyah jatuh kasihan. Dia tak mampu berdiam diri, orang sebegitu perlu dibantu. Langkah diorak ke arahnya sebelum ditegur ramah dan dia mula membantu menolak troli itu hingga ke hujung koridor, di bilik stor yang sedikit jauh. Setelah itu, barulah dia terkoncoh-koncoh bertemu Lee di taman.

END FLSBCK

"Saya minta maaf." entah ke berapa kali maaf dipohon. Dia tak akan jemu selagi lelaki itu tak memaafkannya.

"Ah Sudah la tu! Sakit telinga aku dengar kau minta maaf. Kau dah rosakkan baju aku tadi, phone aku jugak. Aku beli baju phone tu masa aku dekat U.S kau tahu tak? Kau boleh ke pergi sana and beli yang sama? Tak kan?" Lee terus ke tujuan asalnya balik.

Melihatkan wajah mendung Aisyah, hatinya mula ketawa lucu. Comel sangat. Tersembik wanita itu bagai mahu menangis.

"U..U.S?" Aisyah mengangkat kepala dengan muka terkejut. Air liur diteguk kelat. Habis la aku..

"Ye... kau dengar kan..U.S stand for United States. Faham? Aku rase kau takde la lembap sangat kan walaupun berasal dari kampung.." sinis sekali pertuturannya sambil pemakaian Aisyah dipandang dari atas ke bawah.

Aisyah menggigit bibirnya lembut. Mengangguk saja.

"Jadi sebagai balasan.." Lee bangun dari duduknya, berdiri di hadapan Aisyah yang tertunduk apabila ditenung mata hitam Lee.

Sengaja tubuh dirapatkan ke badan Aisyah tapi tak bersentuhan, hanya rapat.

Kepala separas dadanya itu ditenung, wanita itu tak berani berganjak mahupun mengangkat kepala. Statik.

Senyuman jahatnya terukir di bibir, kepala dirapatkan ke sebelah kepala Aisyah. Rapat dengan telinganya sebelum berkata.

"Aku nak kau jadi girlfriend aku seminggu. Its not a request... but an order." suatu perkara yang mengejutkan Aisyah.

Lee mula menjarakkan diri mahu melihat reaksi Aisyah, mata mereka bertautan.

Aisyah berfikir sejenak,

'Macam mane aku nak gantikan baju dan phone tu balik? Aku tahu.. abang Lee mesti marah sangat sebab dia beli baju tu dekat tempat yang jauh. Kalau aku bayar sekalipun, tak sama nilainya..'

'tapi menjadi kekasih dia..'

Tak lama kemudian, kepala Aisyah dianggukkan kecil.

"Baiklah. Saya setuju." tuturnya lembut.

~~~~~~~~~~~~

Sehabis kelas pada 6.30pm, Aisyah mula berjalan kaki ke stesen LRT tak jauh dari situ setelah dia tertinggal bas.

Dalam 1km dia berjalan kaki, akhirnya stesen dihadapannya. Kad touch n go diambil dari dalam dompet sebelum di scan dan dia menuju ke bahagian menunggu di dalam.

Tak sampai 10minit, keretapi pun sampai mengambil penumpang.

Aisyah dengan tas tangan, beg laptop dan beberapa biji buku di tangan terus berlalu masuk ke dalam perut keretapi.

Suasana agak ramai membuatkan dia tak dapat duduk di mana-mana kerusi, terpaksalah dia berdiri sepanjang perjalanan selama hampir 20minit itu.

Setelah itu dia mengambil pula grab untuk ke rumah Dato Borhan. Sememangnya dia bukanlah anak lelaki itu, tapi merupakan anak kepada bekas orang gaji di rumah Dato Borhan sekeluarga.

Ibunya meninggal selepas Aisyah habis SPM dan dia diambil tinggal di rumah banglo dua tingkat itu oleh majikan ibunya.

Tak mahu menerima sebarang duit mahupun 'makan dan tinggal free' di situ, Aisyah mengambil keputusan untuk menjadi orang gaji di kediaman besar itu. Jadi dia punya sebab untuk menerima duit saku daripada Dato Borhan dan Datin Yana.

Segala bayaran kemasukan dan sem U, semua dibayar oleh mereka, membuat Aisyah bertekad tak mahu menyusahkan mereka dan akan berusaha menjayakan diri.

Bagi dirinya, merekalah keluarganya. Termasuk juga Adira Liana, anak perempuan kepada majikannya yang sebaya dengan Aisyah iaitu Didie.

Setiba di rumah, sudah waktu maghrib. Aisyah masuk ke dalam. Loceng ditekan dan menunggu untuk dibuka.

Tak lama selepas itu, Mak Jah, pembantu rumah berumur sekitar 60an itu membuka pintu.

"Assalamualaikum Mak Jah.." Aisyah memberi salam dan menyalami orang tua itu sebelum masuk ke dalam.

"Waalaikumsalam.. Mane Die nye? Kamu tak balik sekali?" Mak Jah menutup pintu dan berjalan bersama Aisyah ke dapur.

Wanita itu hanya tinggal di bilik orang gaji di dapur, bilik lama arwah ibunya semasa bekerja dulu.

"Didie ade urusan sikit.. tu yang Aisyah tak balik sekali dengan dia." Aisyah cuba berdalih apabila teringat akan kata-kata Didie di U pagi tadi.

Mak Jah hanya mengangguk mengiakan, walhal dia tak percaya pun. Bukan dia tak tahu perangai anak majikannya itu bagaimana.

"Dato,Datin dan yang lain-lain ke mana Mak Jah.. senyap je rumah." Aisyah cuba menukar topik perbualan.

"Ohh.. dato dengan datin ke rumah kawannya petang tadi. Katanya tak balik hari ni.. Esok mereka balik.. Yang lain-lain kat atas la.. nanti makan malam turun la tu " Mak Jah menjawab ringkas sambil membuka peti sejuk.

"Kalau macam tu tak mengapalah.. Aisyah ke dalam dulu ye Mak Jah.." Aisyah mula meminta diri dan meloloskan tubuh ke bilik kecil itu.

Hanya ada sebuah katil bujang, sebuah meja lipat, sebuah almari buku yang kecil dan sebuah almari pakaian kain. Meja solek tiada.. yang ada hanyalah satu cermin sederhana besar dilekatkan di tepi almari pakaian.

Dia tak pernah merungut dan meminta, bagi Aisyah itu semua sudah memadai bagi dirinya yang sekadar menumpang.

Aisyah segera membersihkan diri sebelum menunaikan solat maghrib. Setelah itu dia mengaji sehelai dua kitab suci sebelum keluar membantu Mak Jah.

Sebagai orang gaji yang belajar, pada malam hari, dialah yang akan melakukan semua pekerjaan dan dibantu serba-sedikit oleh Mak Jah.

Makan malam dimasak ringkas untuk ahli rumah. Di rumah itu punya dia, Mak Jah, Dato, Datin dan adik-beradik Didie seramai 3orang yang masih bersekolah.

Adik sulung bernama Adham, 16tahun. Ayuni, 13tahun dan Azim9tahun. Setelah memasak makan malam, dia berlalu semula ke billik bagi menunaikan solat isyak pula.

Setelah itu dia memanggil adik-adik Didie untuk turun makan dan makan bersama mereka dan Mak Jah.

Dia melipat pakaian dan menyusun di setiap bilik dan menyediakan pakaian sekolah adik-adik Didie dan kakaknya.

Kemudian, pakaian kotor hari itu dibasuh dan didobi di bahagian dobi di belakang dapur.

Pinggan mangkuk yang digunakan dibasuh dan dilap bersih tanpa sebarang rungutan. Memang dia tak membenarkan Mak Jah membantunya pada malam hari kerana bagi Aisyah, itu adalah tugasannya.

Mak Jah hanya menjadi pembantu rumah pada siang hari saja. Malam adalah masa kerja Aisyah pula.

Setelah siap mengemas dapur dan ruang tamu, Aisyah terus masuk ke biliknya untuk meneliti tugasan dan pembelajaran di U nya tadi supaya senang dia mengingati.

Sesekali dia akan keluar dari biliknya apabila ada antara adik-adik Didie yang meminta untuk dibuat air mahupun menyediakan kudap-kudapan.

Jam hampir menunjukkan angka 11.30pm, tapi Didie masih belum pulang. Aisyah menutup laptopnya dan mengeliat kecil menghilangkan lenguh di tubuhnya.

Dia mula teringat akan panggilan telefon daripada Didie selepas solat maghrib tadi.

Apabila mengetahui Dato dan Datin tiada di rumah, Didie kedengaran amat gembira kerana dia masih belum puas 'hangout' dengan rakan-rakannya.

Dan hingga kini, wanita itu masih belum pulang. Aisyah kerisauan, dihubungi nombor Didie tapi wanita itu memarahinya pula. Aisyah pasrah.

Akhirnya dia biarkan saja. Lampu ditutup, biliknya hanya diterangi pancaran cahaya dari jalan di luar rumah melalui tingkap kecil di biliknya saja.

Aisyah mengambil telefonnya untuk membelek social media nya dan ada beberapa message daripada aplikasi WhatsApp nya.

Nombor tak dikenali.

Message dibuka, matanya terus segar-bugar apabila membaca paparan itu.

.NI NOMBOR AKU. SAVE!

.ESOK AKU AMBIL KAU DEKAT RUMAH KAU. BAGI AKU ALAMAT, PAGI ESOK AKU NAK TENGOK ADE.

.BALIK PUN SAMA. BALIK DENGAN AKU.

.JANGAN LUPA JUGAK, ESOK LUNCH SEKALI. KALAU TAK..SIAP KAU.

.INGAT... KAU TU AWEK AKU SEKARANG. MIND YOURSELF.

Aisyah membaca lagi lagi dan lagi. Tak sangka sampai begini sekali layanan lelaki itu pada dia.

Hati Aisyah sedikit teruja sebenarnya. Dia tak pernah bercinta...inikan pula manjadi girlfriend lelaki seperti Lee.

Bagaikan mimpi sahaja walaupun hanya untuk seminggu. Senyuman mula tersungging di bibirnya. Suka.

Dengan berhati-hati message di balas,

BAIK.. SAYA AKAN SIMPAN NOMBOR ABANG.

INI ALAMAT SAYA..
(XXXXXXXXXX)

SELAMAT MALAM. ASSALAMUALAIKUM.

Aisyah membaringkan dirinya, sambil menatap wajah di profile picture Lee. Kacak. Maskulin. Bergaya.

Patutlah dia amat diminati. Indah sungguh ciptaan-Nya.

Aisyah yang terleka cuba mengingatkan diri, tujuan dia adalah untuk belajar... bukan bercinta sakan..

Ya.. aku tak boleh lalai..

Telefon di tutup dan diletakkan di sebelah bantalnya sebelum diri dibaringkan menghadap dinding di kanannya.

Doa tidur di baca dan dia mula beransur-ansur dibuai mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience