Aisyah duduk di bus stop bersama beberapa buah begnya. Telefon ditenung. Dia tak mampu menghubungi sesiapapun kini.
'Aku hanya akan jadi beban untuk semua orang.. semuanya berpunca dari aku.. biarlah aku tanggung sendiri.'
Aisyah menaiki grab ke sebuah hotel yang agak terpencil dan rendah harganya. Dia menginap selama dua hari satu malam kerana wang sakunya tak seberapa banyak.
Segala akaun pemberian Dato Borhan dan Datin Yana semua dibekukan. Kad debit yang mereka berikan kepadanya juga ditinggalkan di rumah itu sebelum keluar.
Aisyah menghempaskan tubuhnya ke katil single itu. Dia mengeluh entah ke berapa kali, mengenangkan nasibnya.
'Aku kene cari jugak rumah sewa... mesti.'
Petang itu, Aisyah bersiap-siap dan keluar mencari rumah sewa. Nasib hari kejadian itu berlaku pada hari Sabtu, jadi hari ini dia tak perlu menghadiri kelas.
Sekitar kota raya itu dicarinya tapi hampa. Beberapa notis dijumpai, tapi semuanya tak menepati mana-mana yang bersesuaian.
Ada yang mahukan lelaki saja, ada yang terlalu mahal dan ada juga yang agak jauh dari U nya.
Aisyah duduk di satu kerusi besi di pejalan kaki. Termenung kebuntuan. Lama dia di situ, hanya memandang lautan manusia yang berjalan dan kereta yang lalu lalang di hadapannya.
Hari sudah larut malam, Aisyah sudah menunaikan solat isyak di surau berdekatan tadi.
Sedang dia ralit memandang sekeliling, seorang lelaki datang duduk di sebelahnya. Suasana berubah canggung.
Diam.
Aisyah mangalihkan sedikit punggungnya ke tepi. Menambahkan jarak antara mereka.
Diam lagi.
Kedua-dua mereka melayan perasaan.
Peristiwa tengahari tadi betul-betul menyesakkan dadanya.
'Aku cuba buat yang terbaik.. aku cuba penuhi semua keinginan mereka... tapi kenapa aku dilayan begini. Hina sangatkah aku.'
'Maaf Uncle..Auty.. Didie.. Aisyah tak sengaja..'
Air mata yang bergenangan di tubir mata gugur setitis pantas diseka belakang tapak tangannya. Hidung yang mula berair ditarik semula.
Tanpa sedar perlakuannya itu menjadi perhatian orang di sebelah.
Aisyah berpaling pada lelaki itu sebaik saja terlihatkan sepaket tisu kecil di campakkan di atas ribanya.
Lelaki itu langsung tak memandangnya, dia memejam mata sambil memeluk tubuh. Dari raut wajahnya, Aisyah tahu lelaki itu dingin tapi masih punya sisi baiknya.
"Terima kasih abang." Aisyah membuka plastik tisu itu dan mengambil sekeping tisu. Dilapkan di tubir mata dan pipinya yang masih berbekas.
"Ada masalah jugak ke?" suara beku itu menyapa pendengaran Aisyah. Kepala ditoleh memandang.
Mata mereka bertautan.
Aisyah mengukirkan senyuman manis padanya. Entah mengapa, dia tak takut dengan lelaki itu. Rasa seperti orang yang sudah lama dia kenali.
Selesa.
"Hmm.. Abang pun sama ke? Kenapa duduk sini?" Aisyah mengangguk polos dan bertanya lembut.
Si dia kembali menatap Aisyah. Matanya terkebil-kebil sebentar sebelum duduknya dibetulkan.
Dia mengeluh kasar sambil membuang pandangan ke jalanraya tak jauh di hadapan mereka.
Diam.
'Bukan aku sorang je yang ada masalah.. ramai orang lagi besar dugaannya dari aku'
Mereka kembali diam. Bunyi deringan telefon Aisyah menyentakkan kedua mereka.
Tak menunggu lama, Aisyah mengangkat panggilan.
"Hello Assalamualaikum.."
"A ye.. Syah. kau ada dekat mana sekarang ni? Aku nak jumpa kau. Now!." tutur Lee tegas.
Aisyah malas mahu mendengar bebelan Lee yang dirasakan hanya menambahkan serabutkan fikirannya saja.
"Saya sibuk. Maaf abang.. Assalamualaikum." panggilan ditamatkan. Aisyah kembali termenung. Lee menelefonnya lagi. Aisyah mula rimas.
Telefon di silent kan dan dimasukkan ke dalam tas tangan. Entah apa yang dimahukan lelaki itu bertemunya pada waktu begini, Aisyah tak mahu memikirkannya.
Pernah terlintas juga di fikirannya untuk meminta bantuan lelaki itu tapi elokkah jika lelaki yang baru dikenali dalam seminggu itu yang mahu dipercayai?
Aisyah membatalkan saja niatnya.
"Siapa?" lelaki di sebelahnya bertanya dingin.
Aisyah berpaling, senyuman amat murah di bibir gadis itu.
"Kawan saya.." Lelaki itu hanya mengangguk mengiakan. Akhirnya dia bangun mengejut sambil menepuk pehanya.
"Baiklah!" Aisyah terhinjut sedikit dan memegang dadanya.
'Dah kenapa mamat ni...?' Kening tajamnya berkerut.
"Jom."
"Ha?"
"Jom." ajaknya sekali lagi. Mata mereka bertautan lagi. Wajah Aisyah sudah cuak habis.
"Ke..ke mana?" soalnya takut-takut. Sudahla nak lewat dah ni.. rumah sewa pun tak jumpa lagi.
"Ikut abang. Makan situ." Francais mcd tak jauh dari situ ditunjuk. Aisyah menggeleng pantas.
"Eh takpe la bang. Saya nak balik dulu la. Lagipun dah lewat.. bye." baru punggung diangkat, tas tangannya ditarik.
"Ab..abang buat apa ni? Lepas la.." Aisyah masih bertutur lembut. Tali tas nya cuba dirungkaikan dari pegangan lelaki dingin itu.
"Please... teman abang sekejap je. Abang perlukan someone to hear my matter." Aisyah merenung mata gelap itu.
Dapat dilihat dari sinar matanya,
Kekosongan.
Tanpa sedar, Aisyah mengangguk. Sedar-sedar saja kaki sudah mengikut langkah si dia yang menarik tali tas tangan yang dililit di tubuh Aisyah menyeberangi jalan ke mcd di seberang.
Barisan orang beratur tak seberapa ramai. Aisyah turut berdiri mengikuti si dia. Tapi dia tak akan membeli dinner di mcd.
Gila ke? Duitnya ada beberapa ratus saja kini. Dia perlu berjimat.
"Nak apa?" Si lelaki bertanya tanpa memandang Aisyah.
Aisyah yang separas bahunya mendongak mencati wajah itu. Keningnya terangkat sedikit. 'Apa?'
"Awak nak order apa? Abang belanja." Dia menundukkan kepala sedikit sebelum tubuh Aisyah ditarik merapatinya.
Aisyah terpaku sebentar otaknya tak dapat berfungsi. Bauan perfume lelaki itu amat menggegarkan jiwa kewanitaannya. Maskulin.
"Excuse us..sorry." beberapa orang perempuan lalu di belakangnya tergesa-geaa keluar. 'Patutlah...'
Perlahan-lahan tubuh lelaki itu ditolak manjauhinya. Jantungnya berdetak laju.
'Perasaan apa ni? Aku tak pernah rasa macam ni bila dengan abang Lee.' Aisyah mengetap bibirnya.
Mereka kembali diam. Dingin dan beku.
Sesampai kaunter si dia memesan makanan dan menyuruh Aisyah pula memesan makanannya. Kemudian ruangan tingkat atas menjadi destinasi lelaki itu.
Meja couple di hujung menjadi pilihan. Aisyah hanya membontoti lelaki itu tanpa suara. Mereka duduk berhadapan. Kekok sungguh.
"Makan." satu perkataan saja keluar dari mulutnya sebelum suasana sunyi antara mereka.
Aisyah yang sudah kebuluran melihat mcd meal di hadapannya terus memakan tanpa rasa malu. Lagipun lelaki itu langsung tak menunjukkan riak peduli padanya.
Air diambil dan straw dicucukkan ke dalam sebelum di bawa ke mulut. Lama dia menyedup minuman itu sebelum.
"Hmm!" straw di mulut dilepaskan kalut sebelum dia memandang si dia dengan riak terkejut.
Lelaki itu memandangnya bengang. Terkejut barangkali.
"Asal?" tanyanya dingin. Kunyahan fries diteruskan perlahan.
"Air.." minuman di tangan ditunjukkan pada si dia.
"Dah tu kenapa?" Tanyanya agak bengang. 'Minah ni la.. aku bagi kiss jugak nanti. Nasib comel.'
"Ni air abang... air pepsi kan?" Bibirnya digigit lembut. Rasa bersalah kerana terminum minuman lelaki itu sedangkan dia yang minta ditukarkan airnya kepada milo.
Senyuman nipis tersungging di bibirnya tapi cepat dihapuskan daripada dilihat Aisyah. Dia berdehem sesekali membetulkan suaranya.
"Lain kali nak minum tu check dulu.. Ini tak, main rembat je." Perli si dia.
Aisyah menunduk dengan wajah sayunya.
"Sorry abang... Saya belikan air lain dekat abang. tunggu kejap." baru Aisyah hendak bangun, tangannya dipegang menghalangnya.
Kepala digelengkan tanda tak perlu. Air pepsi yang diminum Aisyah diambil. Air milo yang masih tak diminum diberikan pada Aisyah sebelum dia mula meminum bekas mulut Aisyah tadi.
Aisyah terpampam sebentar. Itu bukan ke..
Indirect kiss... oh my god.
Aisyah mendiamkan diri, sesekali dia mencuri pandang lelaki di hadapannya yang meminum air pepsinya dengan selamba.
'Mungkin dia dah biasa kut... aku je yang tak biasa... kolot sangat.' Aisyah membuat tanggapan sendiri lagi.
Mereka makan dengan diam hingga habis dan menikmati kesibukan kota melalui tingkap kaca di sebelah itu.
"Kenapa ni abang?" Aisyah bertanya lembut apabila lelaki itu mula termenung jauh sambil menongkat dagu.
'Macam putus cinta je.'
Dia kembali memandang Aisyah. Duduk dibetulkan lagi. Matanya menikam mata polos Aisyah yang menatapnya.
Comel.
"Awak kenal abang?" tanyanya sekali. Mendapatkan gelengan sebagai jawapan, dia hanya mengangguk.
"Abang tak kenal kamu dan kamu pun tak kenal abang.. jadi apa kata kita jadikan ni sebagai satu pengenalan?" Si dia mengemukakan cadangan.
Aisyah hanya mengangguk polos. Hatinya kuat mengatakan lelaki di hadapannya kini senasib dengannya. Malang.
Lagipun dia juga tak rasa takut dengan lelaki itu. Entah kenapa... hatinya tenang bersama si dia.
'Aku dah kenapa ni...' Aisyah menggeleng seorang diri sebelum kembali menatap lelaki itu.
"Abang Nashrain.. Nashrain Sheng." dia perkenalkan diri biasa.
"Saya Aisyah... selamat berkenalan abang Sheng." Aisyah tersenyum padanya. Manis.
"Selamat berkenalan juga.. jadi Aisyah.. sudi tak Aisyah pinjamkan telinga sebentar untuk dengarkan masalah abang?" pintanya tanpa perasaan. Beku.
Aisyah pula hanya mengangguk. Naif. Dia pun tak kisah... mana lah tahu serba sedikit mampu mengurangkan beban Sheng. Dia tak sampai hati mahu menolak, lebih-lebih lagi apabila lelaki itu berbuat baik padanya.
"Mestilah bang... Cerita la. Aisyah janji Aisyah tak akan ceritakan pada sesiapa." Aisyah menatap mata gelap itu. Dalam.
Perasaan yang dia rasakan kini cuba diusir. Apa ni?
Sheng menarik nafas sebelum mengeluh perlahan, wajah Aisyah yang suci dan naif di hadapannya di tatap mencari keikhlasan.
"Sebenarnya macam ni... Abang.. Abang perlu berkawin dan dapatkan anak supaya harta mak abang akan dapat pada abang sebagai syaratnya. Tapi masalahnya.. abang tak punya sesiapa untuk dijadikan isteri.." dia mengeluh lagi.
"Kalau tak abang akan dibuang dari wasiat keluarga dan mak abang tak akan maafkan abang." tuturnya lagi. Wajah Sheng agak kusut.
"Kenapa mak abang tak akan maafkan abang pulak?" Aisyah bertanya polos sambil menghabiskan minumannya.
"She just want me to get married. Dah lama dah.. but I refuse to. And now she's out of her limits and itulah balasannya pada abang. Dia mahu abang berkawin dan ada anak sendiri baru dia akan maafkan abang. If I'm not, she doesn't want me to come home and harta I tu akan diberikan pada cicit dia pula. I buntu sekarang."
Rambutnya yang menutupi dahi hingga ke mata itu diraup kasar ke belakang. Stress. Tension.
Aisyah jatuh kasihan. Ada lagi orang yang lebih teruk darinya. Dia bukan diuji seteruk orang lain, dia patut bersyukur. Fikir Aisyah.
"I'm sorry sebab apa yang abang cerita pada Aisyah ni a little bit complicated. Maaf." tuturnya perlahan.
Aisyah pantas menggelengkan kepalanya. Dia mengangguk pula selepas itu.
"Aisyah dengar bang.. teruskan." Biarlah dia mengurangkan sedikit beban besar yang ditanggung lelaki itu. Semuanya perlukan seseorang untuk berada di samping mereka.
'Biarlah aku yang jadi 'seseorang' itu walaupun sebentar untuk Abang Sheng.'
Malam itu Aisyah dan Sheng berbual rancak hingga ke awal pagi. Berkongsi masalah masing-masing.
Share this novel