lapan

Romance Series 18403

Aisyah duduk berhadapan dengan Dato Borhan dan Datin Yana. Menunggu kuputusan doktor yang merawat Didie.

Aisyah perasan sesekali Datin Yana akan mencerlung memandangnya. Tajam. Hatinya mula tak enak.

Mahu saja dia mengatakan perkara sebenar bahwa Didie yang menolaknya dahulu. Tapi dia tahu kini bukan waktu yang sesuai.

Suasana sunyi itu dikejutkan apabila seorang doktor yang merawat Didie keluar dari sebalik pintu.

Pantas mereka bertiga bangun serentak,

"Macam mane dengan anak saya doc? Dia tak apa-apa kan?" Dato Borhan bertanya risau.

Datin Hana pula tak henti-henti mengalirkan air mata, dikesat dengan sapu tangan yang setia menemaninya dari setengah jam yang lalu.

"Keadaan pesakit sudah stabil. Tak ada apa-apa yang serius. Silakan masuk Dato.. Datin.." Si doktor menjemput suami isteri itu masuk dan memandang Aisyah sambil tersenyum nipis. Aisyah mengangguk sekali membalas.

Mereka bertiga mula masuk ke dalam. Sebaik saja mereka menjejakkan kaki ke dalam wad exclusive itu, terus suara Didie kedengaran.

"Mama!!"

Datin Yana yang melihat anaknya terus ke arah Didie, si anak dipeluk erat dan dikucup ubun-ubunnya.

"Kamu tak apa-apa sayang? Ada cedera mana-mana tak?" Dtn Yana bertanya kalut sambil membelek tubuh Didie, dia hanya menggeleng menidakkan.

Tiba-tiba, mata Didie dan Aisyah bertentangan.

"Kau!! Pergi! Aku kata pergi! Jangan bunuh aku! Ma.. Tolong Didie ma.. Dia nak bunuh Didie ma." Didie mula menangis dan menjerit bagaikan orang histeria.

Tubuh Dtn Yana dipeluk ketakutan sambil memandang Aisyah tajam dengan mata berkacanya.

Aisyah beristighfar perlahan, air matanya juga turut menitis menerima tuduhan Didie.

"Kau buat apa pada anak aku ha?! Perempuan sial! Aku ambil bela kau, ini balasan kau pada kami.. Berani kau nak bunuh anak aku! Dasar perempuan tak sedar diri!"

Datin Yana mula mengamuk sakan memaki hamun Aisyah. Dato Borhan cuba menenangkan Datin Yana dan anaknya tapi sia-sia saja.

"Abang tu yang selalu sangat menangkan dia! Sampai dia hampir bunuh Didie pun abang masih nak pertahankan dia? Siapa anak abang sebenarnya ni?! Entah-entah apa yang kau bagitahu laki aku ha sampaikan dia percayakan kau sangat?!"

Amarah Dtn Yana langsung tak surut apabila melihatkan air mata Aisyah yang mengalir lebat.

Bagaikan orang yang dianiaya pula sedangkan sudah terang dia yang Didie mengatakan Aisyah yang ingin membunuhnya.

"Sudah la tu... awak ni menuduh dia tanpa bukti tahu tak? Didie.. betul ke Aisyah nak bunuh kamu.. cakap jujur pada papa sayang.." Dato Borhan bertanya lembut pada Didie.

Mungkin anaknya trauma agaknya dan menuduh Aisyah yang bukan-bukan. Dia yakin Aisyah tak akan lakukan sebegitu pada Didie.

"Betul pa.. dia cuba bunuh Didie. Die tak tipu pa.." Didie mula menangis lagi. Air matanya galak keluar tanpa tanda mahu berhenti. Dia tak akan berhenti selagi Aisyah tak terima apa-apa balasan. Tekad.

Dato Borhan serba tak kena. Betulkah Aisyah mahu mengapa-apakan Didie?

"Syah.. jujur dengan uncle.. Kamu buat apa pada Didie.." Aisyah memandang Dato Borhan dengan pandangan berkaca.

'Ya.. aku kene berterus terang..'

"Aisyah tertarik tangan Didie ke dalam kolam tadi lepas Aisyah kene to-" tak sempat dia ingin menghabiskan ayat.

Dtn Yana mula memarahinya lagi. Baginya sudah terang lagi bersuluh Aisyah lah punca Didie hampir lemas tadi.

"Anak bangsat! Mak kau memang tak ajar kau ke sial?!" sambil mulutnya mencarut sakan, kaki dilangkahkan ke arah Aisyah yang menggeleng menidakkan.

"Ai..Aisyah tak sengaja Aunty.. Aisyah. " terus dia terduduk di lantai.

Pipinya rasa berpinar. Belum sempat dia ingin mengangkat wajah, Dtn Yana menarik kasar pula kepalanya memperlihatkan mahkota indah Aisyah disebalik tudung bawal cream yang dipakai.

Aisyah menangis teresak-esak kesakitan apabila Dtn Yana memukulnya tanpa belas kasihan sambil mulut menyumpah-serapah Aisyah.

Dato Borhan cuba menenangkan isterinya yang menggila memukul Aisyah. Dia tak tahu bagaimana mahu bereaksi apabila mendengar sendiri daripada mulut Aisyah.

Tak sangka..

"Aisyah.. baliklah dulu ye.. pergilah..jangan keruhkan lagi keadaan." Aisyah di lantai tak dipandang. Dia masih memegang Dtn Yana.

"Saya tak nak! Abang pilih.. Kalau perempuan ni tak keluar dari rumah kita, saya sendiri yang akan keluar. Pilihla!" Dtn Yana mula meninggikan suara pada suaminya pula yang dirasakan menyebelahi Aisyah.

"Kalau dia keluar.. dia nak ke mana Yana.. Biarlah dulu." Dato Borhan masih berlembut tapi langsung tak menenangkan Dtn Yana.

"Ahh!! Diamlah! Kalau macam tu saya akan keluar dari rumah! Awak tinggal la dengan perempuan tu!" Belum sempat Dtn Yana mahu mengambil tas tangannya, Aisyah menyampuk perbualan mereka.

"Aisyah akan keluar.. Aunty tak perlu pergi. Aisyah minta maaf aunty..uncle.." Aisyah mengutip tudungnya di lantai sebelum matanya bertautan dengan mata Didie yang masih berkaca.

'Aku yang salah... Betul kata Didie..'

"Maafkan saya Die." Aisyah terus keluar dari bilik tanpa menoleh lagi.

Yang dia tahu dia tak boleh tinggal lagi di rumah mereka. Tapi... ke mana dia harus pergi? Dia tak punya sesiapa lagi selain mereka..

Rakan-rakannya semua tinggal bersama di rumah ibu bapa atau keluarga mereka. Perlukah dia meminta bantuan Sofia dan Ros?

Pelbagai masalah mula muncul di benak fikirannya. Dia langsung tak dirawat tadi. Hanya Didie saja. Kepalanya yang masih berat diabaikan seraya kaki melangkah gagah pulang ke kediaman majikannya.

Dia perlu pergi...

..jauh dari kehidupan mereka..

~~~~~~~~~~~~~~~~

Lee masuk ke dalam club yang sering dia dan Lisa kunjungi bersama rakan-rakan mereka yang lain.

Masuk saja ke dalam club, bunyi kuat dan cahaya lampu disco menyapa pacainderanya.

Matanya melilau mencari kelibat girlfriend nya. Lisa.

Tak lama selepas itu dia menangkap sebatang tubuh berpakaian mini dress separas atas lutut dan baju yang terdedah pada bahunya.

Dia berdansa di kelilingi lelaki dan wanita yang tak dikenali. Dalam dunianya sendiri.

Lee mendekati lautan kegilaan manusia itu sebelum lengan Lisa ditarik.

"Honey! You're late!" Lisa menyapa gembira. Lee tak membalas sebaliknya menarik lengan Lisa mengikutinya.

Mereka keluar dari club menuju ke keretanya di luar. Lisa meronta tak mahu meninggalkan club lagi kerana belum puas.

Tapi apabila menerima jelingan tajam Lee, dia hanya menurutkan saja.

'Jantan ni!' bentak hatinya.

Batang tubuh itu ditolak masuk sebelum Lee turut masuk sebelum kereta meluncur meninggalkan perkarangan club.

"Kita nak ke mana ni? Lee.. answer me.. U nak bawa I ke mana..?" lengan Lee diusap manja. Memujuknya. Melihat wajah cemberut lelaki itu, sudah dia dapat mengagak pasti lelaki itu punya masalah.

Akhirnya dia mendiamkan diri saja.

Kereta yang dipandu Lee berhenti di sebuah kawasan yang agak sunyi. Dia mahu berbincang tentang hal ini bersama Lisa dengan tenang.

"Honey.. What's wrong? Mind to share with me?" Lisa mula mencapai tangan Lee di riba. Wajah lelaki itu ditarik menghadapnya.

Lee turut membalas pegangan itu. Mata mereka bertentangan dalam.

"Kenapa ni?" tanya Lisa lembut.

"Do you love me?"

"What?"

"Do you love me baby?" tanya Lee lebih tegas. Dia mahukan jawapan sejujurnya dari Lisa. Dia tahu gadis itu punya perasaan yang sama dengannya. Yakin.

"Of course I love you." Lisa membalas perlahan. 'Jantan ni dah kenapa fefeeling ni? Haish.. jangan macam-macam sudah.'

"Then kita kawin." tutur Lee lagi.

"What? Wow wow wow..Hold on! U nak ajak I kawin? Seriously Honey?" Pegangan tangan Lee dilepaskan sebelum dia bertanya tak percaya.

'Gile ke apa?'

"Yes.. Am fucking serious. I perlu kawin untuk dapatkan harta nenda I. Let's get married. Then bila kita ada anak..harta nenda akan jadi milik kita. We'll be rich Lisa.. Come on." tangan Lisa cuba dicapai tapi Lisa mengalih tangannya daripada disentuh Lee.

Wajahnya terkejut beruk. Hodoh habis. Tak menjangka Lee akan mengajaknya berkahwin dan yang paling dia tak percaya...

'Anak?!'

'Like seriously? Dia nak ada anak dengan aku at this ages? Nonsense!'

"U tak cintakan I ke Lisa?" sendu suara Lee padanya. Mata lelaki itu penuh pengharapan.

Lisa mengeluh perlahan. Otaknya mula merencana rancangan.

"I cintakan u Lee.. but untuk I berkawin dan dapatkan anak... I tak rasa this is the right time dear.." rahang Lee diusap lembut. Cuba membuatkan Lee memahami keadaanya.

"I masih muda.. I nak enjoy life dulu. U tak sayang kan I ke?" Dia mula ingin mengambil alih permainan.

Lee mengeluh lagi.

"But I need child Lisa. I perlukan anak untuk kaut semua harta nenda I. U have no idea how richest is she.. Kita tak perlu kerja seumur hidup. we can use that money and travel all around the world... just two of us. I buat macam ni sebab kita.. I love you."

Lee memujuk lagi. Tapi Lisa masih teragak-agak.

"I memang nak ada kehidupan macam tu bersama u honey.. but.. U have to understand me. I tak nak kawin lagi. I tak nak ada anak lagi. Kita baru 22 Lee.. masih terlalu awal untuk I." Lisa cuba meraih simpati lagi.

"So u tak nak la harta tu sekali Lisa? I akan bagi bahagian u jugak.." Lee menggunakan duit pula pada Lisa.

Dia tahu wanita itu mata duitan, namun begitu.. dia masih sayangkan Lisa kerana sikapnya yang pandai melayan dan memuaskannya.

'Aku nak duit dan harta dia.... tapi aku tak nak kawin lagi dan ada anak... macam mane ye..' Lisa diam sebentar. Berfikir. Otak kotornya ligat bekerja mencari jalan penyelesaian.

Lee turut mendiamkan diri. Memberi ruang pada Lisa untuk berfikir. Hampir 10minit mereka berdiam diri...

"Honey!"

Suara nyaring Lisa mengejutkan Lee. Keningnya berkerut.

"Kenapa baby?" tanyanya musykil.

"I dah ade idea..." senyuman lebar mula terukir di bibirnya.

Kening Lee diangkat sebelah bertanya, 'kenapa?'

"Gunakan budak lembap tu." Kata Lisa penuh keterujaan.

Lee makin bingung.. 'Budak lembap? Jangan kata...'

"U nak gunakan Aisyah?" wajah Lee agak terkejut.

"Yes!.. u rape je la dia lepas nikah. Buatkan dia pregnant.. then bila u dah dapat anak dengan minah tu, u ceraikan la dia.. budak tu lembap la honey... dia tak akan berani buat apa-apa. Then lepas graduate kita kawin.. Bila u dah dapat harta your nanny, u bagi balik anak perempuan lembap tu kat dia. We'll live happily ever after... Macam mane rancangan I?" Lisa mengemukan rancangan bernasnya pada Lee. Penuh keterujaan.

Wajah lelaki itu terus berubah riak. Gembira yang amat!!

"Pandai nye baby I ni...." Tubuh Lisa ditarik merapatinya sebelum dipeluk erat. Ubun-ubun Lisa dikucup manja.

"Of course la... but u janji tau.. lepas minah tu dah bersalin.. u ceraikan dia. Faham?" Ugut Lisa manja. Muncung mulutnya bagaikan merajuk.

"Kalau ikutkan hati I... nak pandang dia pun I tak lalu tau.. ini kan pulak nak 'sentuh' dia. Yuks! I akan mandi sebersih-bersihnya after that. Jijik la baby.." mereka ketawa bersama-sama.

Rancangan mula dirangka Lee dan Lisa untuk mendapatkan harta nenek Lee. Dan mereka pasti...

mangsa mereka akan merane seumur hidupnya..

'Poor Aisyah..'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience