31-tempat baru lagi?

Family Series 20540

"Ok sayang, rumah tu abang dah beli dan dia akan pergi dari sini secepat mungkin"ujar Dato' Imran, Datin Nasha tersenyum lebar
"You are the best abang" Nasha memeluk erat suaminya sebelum melabuhkan ciuman di pipi berkedut itu.Tapi apa yang Nasha tidak tahu suaminya membeli rumah itu dengan harga RM2 juta, impian Nasha untuk melihat Azila merempat tidak kesampaian.

Dato'Imran berkahwin dengan Nasha kerana kecantikan wanita itu dan Nasha juga menyayangi lelaki tua itu kerana duit. ya mereka bahagia dengan cara mereka sendiri.
Azila mengundang Norlida dan Anisah untuk satu majlis perpisahan dirumahnya.
"Ila tak jemput datin Vogue tu" Soal Anisah.
"Sebab perempuan tulah Ila nak pindah kak Anis"ujar Norlida.
"Dia tu sebenarnya asal satu kampung dengan Ila, makcik dan keluarga dia memang benci kepada Ila, lebih lebih lagi bila abang sepupu Ila yang hensem dan kaya tu dah tak layan dia, sejak itu Ila perasan dia seperti menyimpan dendam dengan Ila. Biarlah dia disini kak, Ila dan Alif boleh pergi ke tempat lain."cerita Azila.

"Apalah nak jadi dengan tempat ni nanti bila ada orang macam tu tinggal di sini"resah Norlida memikirkan.
"Jemputlah makan kak Ida, kak Anis, Ila buat kuih jala emas dan lompat tikam saja"ujar Azila.
"Akak dah biasa makan lompat tikam tapi ini first time nak rasa jala emas.
"manis kak kuih ni, Ila belajar semua ni dari arwah nenek. ada lagi satu, kuih tepung bungkus, masih dalam kukusan, sekejap lagi masak yang itu sedap makan panas panas"kata Azila.

"Kenapalah Ila perlu pergi, tak dapat kami nak makan sedap sedap lagi.
"Acik, ini hadiah kami nak beri pada Boy" dua orang anak kak Norlida menghulurkan sebuah kotak hadiah.
"Apa susah susah bagi hadiah ni"kata Azila.
"Kami berdua dah rosakkan remote car Boy ini kami ganti baru "kata Hanif, si abang sulung.
"Boy tak menangis pun tak perlulah diganti, ini Acik hadiahkan semula pada kamu ok"Azila menyerahkan kembali kotak itu kepada Hanif dan Hafiz. dua beradik itu memandang ibu mereka, Norlida mengangguk,
"Yay, jom dik kita main dengan Boy" kata Hanif dengan gembira.mereka berdua mencari Azlif untuk main bersama untuk kali yang terakhir.
Sebaik dua jirannya itu pulang Azila kebusmenyambubg aktiviti mengemas rumah kerana pada esok hari sebuah lori akan datang membawa barangan mereka ke rumah baru. Di rumah baru Alif sedang menyusun perabot yang baru si beli ke dalam bilik bilik mereka. seorang tukang elektrik sedang memasang plug elektrik sebelum peralatan elektrik tiba petang nanti.

"Assalamualaikum"sapa Nasha dari luar rumah
"Waalaikumussalam, kau nak apa?"soal Azila kasar
"Aku ni datin Tsu, cubaringankan mulut tu panggil Datin Nasha, Kesian kau kan kena pindah dari sini, jangan fikir kau boleh hidup dengan tenang ya, aku akan sentiasa menghantui hidup kau"kata Nasha.
"Datin hak tuih, Aku pindah pun sebab ada orang beli rumah ni dengan harga RM 2juta. so baik aku pergi cari tempat yang lebih baik"kata Azila. Naik angin Nasha mendengar kata kata Azila, dia mahu Azila hidup merempat tetapi suaminya telah memberikan duit yang banyak kepada Azila dan sudah pasti Azila masih mampu hidup mewah. Dia perlu mencari tahu dimana tempat tinggal baru Azila selepas ini.
Pada esok hari sebuah lori sudah terparkir di hadapan rumah Azila dan Alif Alif dan pekerja lori itu mengangkat beberapa barang besar untuk dimasukkan ke dalam lori itu. setelah selesai Alif dan keluarganya masuk ke dalam kereta mereka. Azlifmelambai sambil menitiskan air mata kearah Hanif dan Hafiz . sebuah kereta buatan Malaysia mengekori lori itu dari belakang.
"Boy, kita masih boleh datang melawat mereka ok, kita bukan pindah jauh pun"tegur Azila.
"Boy dah tak ada kawan"sayu Azlif berkata.

"Boy boleh kawan dengan anak uncle Rahmat, Daniel sebaya dengan Boy "pujuk Alif.
"Oklah, Daniel tu baik tak papa"soal Azlif.
"Mestilah, Tangok itu Daniel tengah main bola, rumah dia pun tepi rumah kita macam rumah Hanif dan Hafiz juga"kata Alif. Azlif memanjangkan leher ke arah Daniel yang sedang bermain dihadapan rumah.
"Jom sayang bawa Boy masuk dulu, abang dah cuci rumah ni semalam sayang terus masuk bilik. Boy ingat janji kita, Boy tak boleh Lari lari atas tangga ok"pesan Alif.
"Boy nak main dengan Daniel boleh tak?"soal Azlif.
"Ok Boy, jom ikut mama"kata Azila menarik tangan ALif.
"Assalamualaikum "Azila menyapa ibu Daniel.
"Waalaikumussalam, eh dah sampai jiran baru"balas puan Wahidah, isteri Rahmat.
"Ya, saya Azila panggil Ila pun boleh ini Azlif anak saya nama panggilan dia Boy"Azila memperkenalkan diri.
"nama akak Wahidah, panggil kak Ida saja, ini pula Daniel, jom Daniel salam kawan baru"ujar Wahidah
"lama akak tunggu kedatangan Ila kesini,maaflah , akak tak pergi majlis kahwin Ila,wakil pada abang Rahmat seorang saja"kata Wahidah.
"Tak mengapa kak,lagipun Kelantan tu jauh, saya faham "kata Azila.
"Akak tahu saya ni bekas..."soal Azila.
"Ya akak tahu jangan risau, kat sini semua orang berfikiran terbuka, mereka faham sakit tu tak berjangkit melalui pernafasan dan sentuhan. Ila jangan rasa bersalah ok"pujuk Wahidah.
"Sayang, barang semua dah masuk jom kita pergi beli barang dapur "ajak Alif.
"Alif, bawa anak dan isteri makan di rumah akak lah, akak dah masak nasi arab, jom,"ajak Wahidah. Segan untuk menolak Alif dan keluarganya masuk ke dalam rumah Rahmat untuk makan tengahari.
"Seronoknya akak dah dapat jiran"kata Wahidah memeriahkan suasana.
"seminggu dia tanya bila Alif nak pindah ke sini"ujar Rahmat.
"Terima kasih terima kehadiran Ila dengan baik disini"kata Azila sedikit emosional.
"Kalau Ila berdepan masalah di sini beritahu pada Kak Ida ya .
"Baiklah kak"kata Azila
"Sayang kita masih perlu pergi ke pasaraya untuk beli barang barang dapur"pesan Alif.
"Ya, kak terima kasih undang kami untuk makan tengahari di sini nanti datang makan kat rumah Ila pula ya."kataAzila.
"Tuan perlukan pertolongan untuk kemas barang barang di rumah tu"soal Rahmat.
"tak perlu, semua dah tersusun.
Azkif pula sangat serasi dengan Daniel.
"Nanti awak masuk sekolah kita kan?"soal Daniel.
"Ya, saya nak minta papa hantar saya ke sekolah awak, sebab saya tak ada kawan lain disini awak seorang saja"kata Azlif.
"Boy,jom kita nak pergi dah, Nanti kita datang main lagi disini ya"panggil Azila.
selepas membeli beberapa barangan dapur dan berbelanja bahan bahan masakan Mereka pulang ke rumah.
"Abang rasa elok tak kalau sayang cuba berniaga makanan seperti dulu di hadapan rumah kita "soal Azila.
"Terpulang kepada sayang tapi abang rasa tunggu lepas seminggu tengok dulu ada tak peniaga lain di kawasan ini dulu, kalau tak ada sayang boleh berniaga. cuma kali ni tetapkan cuma separuh berbanding dulu, ok supaya sayang tak rasa terduduk bila tidak ada sambutan. dan seminggu ni abang nak sayang berehat dulu, tak penat ke baru pindah terus berniaga."Alif memberi cadangan.

jauhkan diri dari orang yang berhati busuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience