AMP05-ibu mentuaku

Family Series 20540

Fatihah ketawa besar menampakkan gigi jongangnya.

Razilah:
La, Tiha tak tahu lagi ya, mak long cakap abang man dah nak bertunang dengan setiausaha dia tu.

Ketawa Fatihah langsung mati. Setiausaha Azman Farisa juga seorang wanita yang jelita dan sempurna.

Setelah melawat beberapa tempat menarik di Kelantan Alif akan membawa Azila pulang ke rumah puan Bahiyah untuk acara sambut menantu di port Dickson negeri sembilan.encik Razali dan beberapa orang kawan sekolah lamanya memulakan perjalanan dari Kelantan pada hari jumaat sebaiknya selepas solat jumaat, mereka menempuh perjalanan sejauh lebih 8 jam ke Kuala Lumpur terlebih dahulu, Kawan Encik Razali, Cikgu Yusof ingin singgah ke rumah anaknya untuk melawat cucunya yang baru dilahirkan. Mereka mengambil kesempatan berehat di Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalanan ke port Dickson pada pagi Sabtu. Perjalanan dari Kajang Selangor menuju port Dickson, negeri sembilan cuma mengambil tempoh 1jam perjalanan.

Tiba di dewan sekolah tinggi port Dickson, mereka akan mengadakan sambutan menantu di situ. Ramai tetamu sudah memenuhi kawasan sekolah tersebut. Puan Bahiyah dibantu oleh adik beradik dan jiran tetangganya untuk melancarkan perjalanan majlis. Siti Nordiana dijemput untuk menghadiri majlis tersebut dan menyanyikan beberapa buah lagu. Siti nordiana turut mengundang Khai Bahar untuk menyanyi bersamanya. Kehadiran artis di majlis tersebut adalah idea sepenuhnya daripada ibu saudara Alif, seorang guru di sekolah tinggi tersebut. Selesai majlis di sekolah, Alif membawa ibu dan isterinya pulang ke rumah. Azila bertangis tangisan ketika ahli keluarganya mahu berangkat pulang ke Kelantan.

Puan Hamizah:
Jadilah isteri yang baik yang patuh pada perintah suami, mak dan abah maafkan semua kesalahan Zila.

Azila:
Mak abah, duit tetap Zila kirim setiap bulan, jika tak cukup beritahu pada Zila ya.

Puan Hamizah:
Terima kasih Zila, maafkan kesalahan mak dan abah selama ini.

Azila:
Kita tutup buku lama kita buka lembaran baru,doakan agar rumah tangga Azila dan Alif sentiasa dirahmati dan direstui.

Tiba masanya Alif membawa Azila pulang kerumahnya. Alif merasakan hidupnya sudah lengkap dengan kehadiran Azila disampingnya sebagai isteri.

Pukul 8 pagi puan Bahiyah sudah berada di dapur rumahnya.

Bahiyah:
Hurm... ! Ingatkan dah ada menantu boleh merasa air tangan menantu, pukul 9 pun belum bangun, si Alif pun tak nampak batang hidung. Tak pernah pernah Alif ponteng solat subuh. Sejak dah berbini ni tak reti nak bangun ya.

Puan Bahiyah semakin geram dia merasakan keputusannya untuk menerima Azila sebagai menantu adalah satu kesilapan. Dari Awal Alif memperkenalkan Azila sebagai calon pilihan hatinya Puan Bahiyah tidak berkenan dengan orang Kelantan kerana khabar angin hantaran untuk gadis Kelantan lebih mahal berbanding gadis negeri lain. Tambahan pula setelah menerima khabar penyakit membunuh Azila itu daripada bekas tunang Alif,Haliza. Sehinggalah Puan Bahiyah menerima khabar tentang Kemalangan yang menimpa Alif sewaktu membeli cincin untuk bertunang dengan Azila, Alif tanpa sengaja terkena tembakan ketika berlaku berbalas tembakan antara polis dan perompak, Azila setia di sisi Alif disitu puan Bahiyah melihat kesetiaan Azila menemani Alif. Puan Bahiyah mengetuk pintu bilik Alif

Alif:
Sekejap mak.

Bahiyah:
Alif tak bangun subuh ya, Alif sepatutnya bimbing isteri tu ajar bangun subuh, bangun awal rezeki senang masuk.

Alif:
Alif dah bangun subuh mak, Azila penat lagi, Alif bagi dia tidur dulu seminggu ni bila letih dia dah hilang Alif ajak dia solat subuh berjemaah.

Bahiyah:
Nak tanya ni, betul ke cerita Alif tentang Azila ni mandul?

Alif:
Dia bukan mandul mak, tapi kitaran haid dia tak teratur. Dia pergi check klinik dan doktor kata dia ada masalah hormon dan mungkin menghadapi kesukaran untuk mengandung. Alif nak bawa dia pergi berubat nanti insyaallah ada rezeki kami mak

Bahiyah:
Yalah, mak nak kamu tu ada zuriat,

Alif:
Alif faham mak,doakan Ali dan Azila ya.

Bahiyah:
Kejut bini kamu tu, buatkan sarapan, kalau tak makan lauk kenduri semalam untuk seminggu. Makin kurus la Alif lepas ni"bebel puan Bahiyah.

Saat mendengar bebelan puan bahiyah Alif teringat akan syarat yang ditetapkan oleh puan bahiyah kepada Alif demi untuk mengahwini Azila

Alif sudah buntu memikirkan cara untuk memujuk puan bahiyah. Alif mengambil keputusan untuk mengikut rentak puan bahiyah.

Bahiyah:
Alif, bagaimana kalau Alif kahwin dulu dengan pilihan mak, kemudian baru Alif kahwin dengan Azila.

Alif:
Mak ni Alif belum kahwin pun mak dah minta Alif berpoligami.

Bahiyah:
Alif nak kahwin dengan Azila tak?

Alif:
Alif nak, baiklah Alif setuju.

Bahiyah:
Alif tengok ya, calon menantu mak, akan buat Alif lupa terus pada Azila.

Alif:
Ya mak buktikan. Puan bahiyah kembali ke kelantan dan pergi berjumpa dengan nurse fazila.

Fazila:
Ya makcik.

Bahiyah:
Makcik berkenan dengan nurse, nak tak fazila, jadi menantu makcik?.

Fazila:
Jadi isteri encik Alif ke, nak... Saya, nak, fazila berpusing pusing mengelilingi puan bahiyah, puan bahiyah tiba tiba pening dengan perangai gedik fazila.

Fazila:
Sebenarnya saya pun tengah cari suami cina buta.

Bahiyah:
Untuk siapa?

Fazila:
Untuk saya la. Saya ni ibu tunggal 6 orang anak. Suami saya baru sebulan ceraikan saya untuk kali yang ke 3, pihak majlis agama cakap saya dah tak boleh kahwin dengan suami saya tu lagi selagi tak kahwin lain. Jadi saya setuju kahwin dengan encik Alif, tapi lepas 3 hari encik Alif perlu ceraikan saya. Agar saya boleh rujuk dengan suami saya semula. Ok?

Bahiyah:
Kenapa kamu bercerai dulu dan kenapa nak rujuk balik.

Fazila:
Dulu dia cakap saya gemuk sebab tu dia cari girlfriend lagi sexy dari saya. Tapi semlm kami terserempak. Dia kata saya sexy dan dia dah tinggalkan girlfriend dia tu.

Kata hati puan Bahiyah:
Budak sewel rupanya, harap muka jer cantik.

Bahiyah:
Maaflah fazila, makcik nak carikan isteri untuk tinggal bersama Alif di kl.

Fazila:
Besar x rumah di kl tu, anak saya kan 6 orang, so bilik sorang satu ya,lagi satu dalam rumah mesti ada ekon ya, saya dan anak saya x tahan panas

Kata hati bahiyah:
Banyak cekadak pulak budak kampung ni.

Bahiyah:
Rumah kos murah dikampung baru jer kos hidup di kl tu mahal, electric mahal, air mahal, cukai pintu lagi, bayar parking lagi, ada tempat berteduh pun dah syukur alhamdulillah.

Fazila:
Huh. Tak nak la kahwin dengan orang miskin.

Fazila:
Klu dah duduk kl tu, tinggal lah dikondo klu x mampu nak beli banglo.

Kata hati bahiyah:
Dia igt kondo lagi murah dari banglo ke?

Puan bahiyah kecewa kerana rancangannya telah gagal.

Bahiyah:
Alif, mak akan beri Azila satu peluang tetapi mak akan akan bagi ujian pada Azila.

Alisha Alif:
Betul ni mak?

Bahiyah:
Ya, bawa Azila ke PD.

Alif gembira dengan rancangan ibunya.

Kata hati Alif:
Yes, masih ada peluang.

Bila mereka tiba di PD, kawan kawan puan bahiyah datang melawat Alif membawa anak dara mereka.

Alif:
Apa ni mak.

Bahiyah:
Mak tak tahu.

Roshidah:
Alif ini anak makcik nurul aishah, baru habis belajar kursus perniagaan.

Alif:
Ok, jadi apa tujuan makcik kenalkan anak makcik pada saya.

Roshidah:
Klu Alif berkenan boleh dijadikan isteri Alif.

Alif:
Elok sangat la tu makcik, klu anak makcik nak jadi menantu puan bahiyah anak makcik perlu melalui satu ujian. Anak makcik ready ke tak?

Nurul:
Mak ujian apa pulak ni.

Bahiyah:
Eh, nurul tak perlu lalui apa apa ujian.

Alif:
Mak, nurul perlu mengambil ujian bersama sama Azila, klu tidak, Alif dedahkan kes tangkap......

Bahiyah:
Ya, ala nurul, ujian senang jer, ujian memasak.

Roshidah:
Bahi, anak aku masak air pun fail. Aku x bagi nurul masuk dapur.

Kata hati Alif:
Yes, ujian memasak. Azila pasti menang la.

Puan bahiyah membawa Azila dan nurul ke dapur. Alif mengekor dari belakang.

Bahiyah:
Baiklah, mak nak Ila dan nurul buat 100 biji burasak nasi.

Alif:
Mak itu makanan traditional bugis, mana Azila pandai. Azila sudah pun menggeledah seluruh dapur puan bahiyah.

Bahiyah:
Hey, kenapa ni.

Azila:
Ila tengah cari bahan bahan untuk masak burasak. Periuk steam pun xde ni.

Bahiyah:
Ni masak dalam air fryer. Dok cari bahan, tahu ke bahan bahan nak masak burasak.

Azila:
Mak nak mkn dengan rendang ayam ke rendang daging?

Bahiyah:
Biasa sangat tu.

Azila:
Ok, Ila tahu apa nk buat.

Nurul:
Rendang ayam simple je.

Azila:
Burasak tu pandai tak?

Nurul:
Buat jelah macam mana pun.

Azila:
Alif, jom bawa Ila pergi pasar, nak beli bahan bahan.

Nurul:
Ila belikan untuk. Nurul sekali ya.

Azila:
Boleh.... , mana list bahan bahan dan duit.

Nurul:
Bahan bahan sama macam Ila juga.

Azila:
Nurul x tahu bahan bahan untuk buat burasak betul x?

Alif membawa Azila ke pasar.

Selepas 45 minit Azila kembali dan mula, memasak burasak. Azila kemudian membuat kerutuk daging dan sambal bilis kering untuk di makan bersama burasak. Nurul yang tidak pernah memasak hanya memandang kagum dengan kelincahan Azila di dapur. Puan bahiyah tidak berpuas hati kerana Azila berjaya ujian yang pertama, dia membawa dua gadis tersebut ke bilik air. Puan bahiyah mengambil dua helai baju yang dipenuhi manik dan meminta dua gadis itu mencuci baju tersebut sehingga hilang kesan ke kotoran tersebut sambil mengekalkan warna dan jumlah manik pada baju tersebut. Nurul baru nak memasukkan baju tersebut ke dalam nesin basuh lalu Azila berkata.

Azila:
Baju manik kena basuh guna tangan, klu guna mesin nanti manik tercabut dan nesin pun boleh rosak.

Nurul:
Nurul mana reti basuh tangan.

Ujian ketiga ialah ujian susun atur bilik puan bahiyah. Pertandingan itu di menangi oleh Azila yang berjaya dalam ketiga tiga ujian. Keputusan dibuat oleh 5 orang pengadil yang di lantik oleh puan bahiyah sendiri.

Bahiyah:
Baiklah Alif, mak merestui Alif dan Azila.

Alif:
Jom cinta hati Alif.

Azila:
Nak ke mana?

Alif:
Nk cari baju kahwin dan persiapan untuk kahwin.

Azila:
Alif dah ambil kursus kahwin?

Alif:
Dah..... Ila pulak?

Azila:
Minggu ni Ila pergi kursus.

Alif:
Cinta hati Alif, minggu depan kita pergi buat ujian saringan hiv ya, kad kahwin pun dah siap. Boleh kita ambil sekaligus.

Azila:
Menjunjung perintah jantungku...

Tuan Haji Ishak dan Hajah Rohani orang yang paling gembira dengan berita perkahwinanazila dan Alif.

mujur Azila lulus ujian tu dulu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience