35-rancangan para ibubapa

Family Series 20540

Ruby tahu dia perlu menceritakan kepada Alif kejadian yang telah menimpa Azlif pada hari itu. Pada sebelah malam, Ruby telah pergi ke rumah Alif-Azila.
"Alif, Azila semasa pulang dari sekolah tadi ada tiga orang lelaki cuba nak membawa lari Azlif, Akak sempat selamatkan Boy dah sudah buat laporan polis, ini laporan polis beserta dengan kronologi kejadian tadi. Bila akakTanya Boy dia kata lelaki itu ialah kawan Alif dan Alif meminta dia untuk mengambil Boy di tadika untuk dibawa ke Sunway Lagoon"ujar Ruby.

"Boy, lainkali jangan ikut orang yang Boy tak kenal ya Boy cuma boleh naik dengan kak Ruby atau papa Daniel saja"pesan Alif.
"Alif ada tak cara untuk kita ajar anak anak di kawasan sini supaya tidak ikut pergi bersama dengan orang asing,akak risau jika kejadian sama berulang lagi kepada anak anak yang lain "Ujar Ruby.
"Ok kak kejap saya cuba fikirkan."balas Alif. nak gugur jantung Azila mendengar cerita Ruby.
"Boy dah tak sayang mama ke?"soal Azila.
"Boy Sayang mama la"Azlif memeluk ibunya dengan eratnya.

"Kak Ruby, boleh tak kak Ruby call semua pelajar dan ibu bapa mereka berkumpul di sini untuk kita ajar anak anak supaya mereka tak mengikut pergi dengan si penculik?"soal Alif.

"Sayang boleh sediakan apa apa tak?"Azila cuma membalas dengan anggukan. Ruby menghubungi kesemua ibu bapa pelajar yang menaiki Van sekolahnya dan mereka semua bersetuju untuk berkumpul di rumah Alif.
Azila dengan cekap memasukkan bihun goreng ke dalam bekas dan menggoreng keropok keping untuk dihidangkan bersama sama dengan bihun goreng. kemudian dia menyediakan air Bandung dan air kopi O untuk dijamu kepada tetamu yang bakal bertandang. Apabila siap Azila meletakkan hidangan di atas meja makan beserta beberapa pinggan dan cutleries.
Satu persatu ibu bapa dan anak anak mereka tiba di rumah Alif.

"BARU-BARU ini tular di media sosial tentang beberapa insiden yang mendakwa murid sekolah hampir diculik, malah kejadian dilaporkan berlaku di beberapa negeri antaranya Perak, Pahang, Melaka, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.tetapi daripada siasatan polis mendapati dakwaan tersebut bukan sahaja tidak berasas malah didapati palsu serta sengaja direka oleh pelajar terlibat.
Namun begitu Anda semua semestinya tidak dapat melupakan tragedi ngeri melibatkan pembunuhan kejam seorang kanak-kanak, Nurin Jazlin Jazimin, yang berumur 8 tahun , yang berlaku 15 tahun lalu selepas dia dilaporkan hilang ketika keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju Kuala Lumpur. Nurin dijumpai meninggal dunia akibat dirogol oleh beberapa orang lelaki dewasa. Mengimbau kejadian menyayat hati itu, ibu bapa semestinya berasa bimbang jika kejadian tersebut menimpa keluarga mereka. Tetapi semua ini bukanlah Auta bila mana anak saya Azlif hampir menjadi mangsa culik pada hari ini,mujur saja kejadian ini disedari oleh Kak Ruby dan Boy selamat juga

"Betul tu mama, Daniel nampak ada orang paksa Boy masuk kereta"sampuk Daniel. Anak anak lain turut menceritakan kejadian itu kepada ibu bapa mereka, riuh rendah dengan suara anak anak bercerita pelbagai versi mereka sendiri.

"Mia takutlah mama"luah Mia Aqilah, anak kepada Puan Farisya bersuara.

"Justeru itu, kanak kanak perlu diajar tentang langkah menanganinya jika berhadapan situasi mencurigakan bagi mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa penculikan sekali gus menyelamatkan nyawa berharga. Menerusi perkongsian the Asian parent, terdapat beberapa tip yang boleh diajar kepada anak-anak dan pada masa sama melatih diri mereka untuk menjadi lebih peka pada persekitaran" tambah Alif
"Ya, kami setuju"balas Rahmat.

"Baiklah anak anak dengar apa pakcik Alif nak pesan ya, pertama tidak salah jika kamu semua menjerit atau berteriak “Tidak atau jangan!” ketika sedang berada dalam bahaya. Anak anak perlu melakukan apa sahaja untuk menarik orang ke arah mereka dan meminta bantuan., sini pakcik bagi contoh, Alif dengan kasar menarik tangan Mia untuk bangun.Mia hampir nak menangis kerana kesakitan.
"Mia, jerit jangan"ajar Puan Farisya.
"Jangan..."jeritan bergema di dalam rumah Alif daripada semua kanak kanak disitu.

"Mia panggil pakcik Rahmat jerit Pakcik Rahmat,Tolong Mia"ajar puan Farisya lagi.
"PakcikRahmat,Tolong"kanak kanak yang lain mengaplikasikan apa yang telah di ajar kepada mereka.

Alif melepaskan tangan Mia dan menyambung, ok begitulah yang anak anak boleh buat jika di paksa dengan kasar.

Anak anak harus ingat ya,

Kemudian, ibu bapa boleh beritahu anak untuk berada di satu tempat sehingga anda datang untuk menjemput mereka.Dalam situasi kita Kak Ruby sebelum budak budak ni keluar dari van pesan mereka untuk menunggu di satu tempat dulu"pesan Alif.
"Baiklah Alif"
"Jadikan ia lebih mudah bagi mereka untuk ingat dengan menunjukkan apa-apa mercu tanda tertentu yang dekat.
"ibu bapa sudah boleh mula ajar anak anak untuk menghafal nombor nombor telefon yang penting seperti nombor telefon anda, nombor kenalan rakan anda dan alamat anda."terang Alif
"Anak anak... Pakcik nak pesan, supaya tidak bercakap dengan orang yang tidak dikenali. Azlif macam siang tadi walaupun dia kata dia kawan papa, jangan percaya ok Anak anak juga tidak boleh cuba mesra dengan orang kamu semua tidak kenal dan tak pernah berjumpa . di sekolah nanti saya akan maklumkan kepada pengawal keselamatan sekolah dan Cikgu besar supaya menggandakan kawalan keselamatan serta memasang CCTV "ulas Alif.
"Untuk ibu bapa boleh beritahu anak anda maklumat pegawai polis tempatan dan keluarga lain dengan anak-anak orang yang boleh dipercayai. Orang-orang ini dapat membantu anak-anak anda jika keadaan kecemasan berlaku atau jika mereka tersesat,"ujar Alif.

"Anak anak... Tidak boleh memasuki kereta atau menemani seseorang yang kamu semua tidak kenal walaupun orang asing itu meminta bantuan,ok"Rahmat menyambung.

"ibu bapa perlu berpesan kepada anak anak supaya menjadi lebih terbuka kepada anda dan bercerita sekiranya seseorang yang mereka tidak kenal telah mendekati mereka, walaupun anak anda diancam untuk tidak bercerita.Alif berkata.
"Ibu bapa Jelaskan kepada anak anda bahawa mereka tidak akan menghadapi masalah dan anda berada di sini untuk melindungi mereka. Dan yang terakhir sekali anak anak tidak mendedahkan lokasi mereka dalam tetapan telefon bimbit melalui pelbagai aplikasi atau orang, dan tidak mendedahkan nombor mudah alih mereka di Internet, ibu bapa perlu lebih bijak memantau anak anak menggunakan telefon pintar mereka."kata Alif mengakhiri perbualan mereka.

"Boy bawa kawan kawan pergi makan bihun, mama dan papa ada hal nak berbincang dengan orang dewasa"pinta Alif. Setelah keenam enam kanak-kanak itu berlalu ke dapur,

" saya ada satu rancangan untuk mendidik anak anak kita, pagi Sabtu nanti boleh tak berkumpul di taman permainan yang terdekat. saya akan minta beberapa orang pegawai JAKIM di pejabat untuk membantu kita menjalankan eksperimen sosial, mereka tidak mengenali kanak kanak ini begitu juga anak anak ini, jadi mereka
akan cuba,mengumpan dengan candy dan toys kita akan menyorok untuk melihat adakah mereka mempraktikkan apa yang telah mereka belajar malam ini, apa kata ibu bapa? "soal Alif.
"Kami setuju"Encik Fuad mewakili ibu bapa lain memberikan persetujuan.
Alif dan Rahmat memilih 4 orang rakan sekerja mereka, Rizal Halim, Andy dan Borhan, lalu Alif menerangkan tentang projek eksperimen sosial yang mereka mahu buat kepada anak anak mereka. keempat pegawai itu bersetuju dan mula merancang untuk membeli umpan bagi memerangkap budak budak tersebut.

berjayakah eksperimen sosial mereka nanti,semoga pembaca semua dan keluarga dilindungi dari bahaya dan banjir, terima kasih sudah sudi membaca, happy birthday kepada kesayangan kesayangan saya Suzy dan Yen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience