"Zila nak ikut mak balik Kelantan tak ni?"Soal Puan Hamizah sebaik selesai upacara peminangan Farisya.
"Boleh tak Ila nak balik ikut mak?"soal Azila kepada Alif.
"Sebulan lagi mereka semua nak datang sini lagi untuk majlis perkahwinan Azman kan?, tak perlu la sayang ikut mak dulu,penat la nak ulang alik Kelantan Melaka banyak kali. mak...lepas habis majlis kahwin abang Man, Alif sendiri hantar Ila balik ya. sekarang ni biarlah Ila di sini dulu"ujar Alif. Sebenarnya dia tidak sanggup nk berjauhan selama satu bulan dengan kandungan Azila sudah masuk bulan ke lima, perutnya sudah menampakkan baby bump, Alif mahu mengikuti perkembangan kandungan pertama Azila.
"Absng nak sentiasa ada untuk sayang dan anak kita"ujar Alif.
"Sayang.... abang dah ada nama untuk anak kita " kata Alif semasa dalam perjalanan pulang ke port Dickson.
"Nama anak lelaki atau perempuan?"soal Azila.
"Abang Pilih nama anak lelaki sayang pilih nama anak perempuan ok?"ujar Alif.
"hmmm ok"singkat.
"Tak sangka Abang Man dah nak kahwin"kata Azila.
"lama juga dia patah hati sebab sayang kahwin dengan abang kan, "komen Alif.
"Apa,hadiah terbaik nak bagi pada dia ya"soal Azila.
"seeloknya bagi peralatan rumah kerana mereka akan membina hidup baru."balas Alif.
"Yabetul. set pinggan mangkuk atau set cutleries?"soal Azila.
"set cutleries, tak ramai memilih hadiah itu untuk majlis perkahwinan "kata Alif.
"mak kata abang Man terima pampasan sebanyak RM 1juta selepas berhenti kerja dengan Petronas, tak rasa ke hadiah kita sangat murah "Soal Azila.
"Bagi abang tak sebab keikhlasan hati lebih penting."sahut Alif.
"Ok, esok bawa sayang cari kain untuk jahit baju baru untuk majlis abang Man.
Azman menyerahkan sepenuhnya persiapan kepada puan Razilah dan Farisya. dia hanya menyediakan wang untuk majlis bahagia mereka. selepas sebulan sekali lagi konvoi kereta dari pasir mas Kelantan menuju ke kampung tehel Melaka
bergerak. rombongan terdiri daripada saudara mara dan jiran terdekat sebanyak 14 buah kereta.
Encik Mukmin sudah menyewa 4 unit homestay untuk si huni oleh rombongan dari Kelantan. di rumah inap desa itu rombongan Azman mempersiapkan barang hantaran Untuk diserahkan kepada pengantin perempuan.
"Berapa harga mas kahwin di sini Man?"soal Mak Limah. walaupun jauh dari kampung peranan Mak Limah sebagai pegawai CNN tetap tidak pernah cuti.
"RM 100 saja Mak Limah. harga mas kahwin ditentukan oleh jabatan agama Islam negeri Melaka."ujar Azman
"Untunglah murah kalau kahwin dengan wanita Kelantan mesti lagi mahal tu."komen Mak Limah.
"Mas kahwin cuma RM100 tapi Man tetap nak bagi duit hantaran sebanyak RM 15,000.walaupun duit hantaran ni tak wajib tapi sebagai tanda Kasih Man pada Farisya Man tetap nak beri duit hantaran pada dia"Kata Azman.
Pukul 8 pagi rombongan Azman berarak dari rumah inap desa mereka ke kediaman encik Mukmin yang menempuh perjalanan selama 15 minit.
Farisya yang ayu memakai persalinan pengantin berwarna peach ayu menunggu kedatangan pengantin lelaki di hadapan rumahnya.rombongan pengantin lelaki disambut dengan paluan kompang oleh kanak kanak kampung. wakil encik Mukmin mengajukan pantun menyambut kedatangan pengantin lelaki
Orang ke laut menjala udang,
Petang hari pasang pelita,
Yang ditunggu sudah pun datang,
Yang dinanti sudah pun tiba.
Tanam serai berumpun rumpun,
Disiram air setiap hari,
Lemah gemalai hayun tersusun,
Maklumlah dipanggil raja sehari.
Buah pauh mari dikerat,
Alamat petang boleh dimakan
Pada yang jauh dan juga dekat,
Selamat datang kami ucapkan..
Pijat mati disarang kerengga,
Anak murai saja berlari
Hajat hati sekelian keluarga,
Hendak merai raja sehari.
Tetak buluh panjang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat,
Rafak susun jari sepuluh,
Minta doa biarlah selamat.
Tercengang rombongan dari Kelantan dengan suasana itu.
"Apa lagi cikgu Na, kamu cikgu jawablah pantun mereka tu"sanggah Mak Limah.
"Tak mengapa kami faham budaya berpantun tak lazim si Kelantan betul tak, jemputlah masuk ke dalam rombongan dari Kelantan ya"kata Encik Mukmin. Rumah Encik Mukmin lebih moden berbanding rumah tradisional Melaka. rumah Encik Mukmin sudah dibina menggunakan konkrit dan batu dan berada di atas tanah tidak menggunakan kayu dan tangga yang tinggi untuk naik.tetamu disajikan dengan minuman panas dan kuih muih tradisional Melaka seperti aneka kuih muih nyonya yang popular serta kuih keria antarabangsa. Rombongan dari Kelantan turut di jamu dengan hidangan makan tengah hari sebelum majlis pernikahan berlangsung.
"Aku terima nikahnya Farisya Binti Mukmin dengan mas kahwinnya sebanyak RM 100 tunai. kemudian Azman meletakkan tangan di kepala Farisya lalu membacakan lafaz taklik. kadi kemudian membaca doa dan semua tetamu mengaminkan doa untuk kesejahteraan pasangan pengantin baru itu..
"terima kasih semua yang hadir untuk upacara pernikahan anak gadis saya malam ini jemputlah datang kembali
ke sini untuk acara santapan makan malam dan joget lambak"ujar encik Mukmin sekali lagi rombongan dari Kelantan terkejut kerana acara joget lambak tidak ada dalam majlis perkahwinan di Kelantan. ahli rombongan dari Kelantan kembali ke rumah inap desa mereka untuk berehat.
"macam mana agaknya suasana joget lambak malam ni"kata Mak Limah.
Pukul 8 malam rombongan dari Kelantan sekali lagi berjalan pergi ke rumah encik Mukmin. mereka di tahan di pintu masuk ke rumah encik Mukmin lalu beberapa buah bunga api buatan tangan dinyalakan di hadapan rombongan. dan mereka dibenarkan masuk selepas percikan bunga api itu berakhir. setelah menjamu selera semua tetamu berkumpul di satu kawasan lapang sebelum lagu dipasang dan penduduk kampung memulakan joget lambak itu. selesai acara pada malam itu keesokan hari mereka berkonvoi pula,ke dewan serbaguna kampung tehel untuk acara persandingan.seminggu selepas itu pihak keluarga Farisya pula berkunjung ke Kelantan untuk upacara sambut menantu. Then tamatlah majlis perkahwinan Azman dan Farisya. Azila dan Alif pulang ke Kelantan sebelum hari sambut menantu dengan menaiki kapal terbang. Alif tidak mahu Azila kepenatan. Semasa majlis di Kelantan Azila memberikan hadiah kepada Azman dan Farisya.
"Sya sudah kahwin sama Boss, lepas ni Sa tinggal satu orang saja la kan?"kata Amirah.
"Saya akan ambil seorang lagi pekerja untuk bantu Sya, jadi awak akan ada kawan baru"Kata Azman.
"Tapi saya juga sudah mahu kahwin, saya sudah jatuh hati dengan orang Kelantan juga Boss, dia asal dari Bachok. "ujar Amirah.
"Wah, Mira senyap senyap jumpa calon ceritalah bagaimana jumpa kekasih hati kau tu bah"soal Farisya.
"Selama kau buat persiapan kahwin aku pergi ke kota Bharu sorang sorang. masa aku tersesat dalam pasar Siti Khadijah dia tegur dan tolong aku, dari situlah kami mula berkenalan dan dia kata dia sudah lama cari sumandak Sabah,lalu kami bertukar nombor telefon."cerita Amirah.
"Wah, tahniah Mira"kata Farisya
sempat pun update walaupun sedikit terganggu dengan majlis akad nikah anak saudara perempuan sulung Che da tadi....
Share this novel