36-eksperimen sosial yang gagal

Family Series 20540

Para ibu bapa telah mempersiapkan anak anak mereka untuk berdepan dengan ujian yang bakal mereka terima pada hari Sabtu nanti.
Puan Farisya yang merupakan seorang ibu tunggal bersungguh sungguh mengingatkan Mia Aqilah tentang apa yang patut sicilik itu lakukan bila berdepan dengan orang jahat.
"Mia ingat tak apa pakcik Alif pesan kalau ada orang tarik tangan Mia?"soal Puan Farisya.
"Mia suka pakcik Alif pegang Mia"balas Mia,Malu malu.
"Amboi anak ibu, pakcik Alif dah ada makcik Azila, Mia tunggu Boy besar nantilah "ujar Puan Farisya.
"Mia nak Alif juga, tak nak Boy, Boy tu gemuk."kutuk Mia.
"Boy gemuk sebab mama dia pandai masak, sedap sedap pula tu"kata puan Farisya.

Kedai makan Azila benar benar mendapat sambutan dan kini sudah menambah seorang lagi pekerja iaitu Omar, yang bertugas sebagai runner untuk membeli barang keperluan dan juga membuat Delivery. Azila mengambil Delivery bagi golongan warga tua dan orang kelainan upaya yang tidak mampu untuk bergerak pergi ke kedai. delivery tidak dikenakan sebarang bayaran kerana itu Salah satu amal jariah Azila kepada masyarakat.Pelanggan Azila kini datang dari taman perumahan yang berdekatan juga, menu masakan juga bertambah apabila Azila memasukkan menu selera pantai timur di kedainya . ikan patin buah si hantar segar dari Pahang ke ke kedai Azila untuk menu patin tempoyak.
Sementara itu,dipejabat Alif, 4 orang pemuda dilihat berbincang dengan kusyuk di pantri pejabat itu.mereka ialah Rizal,Halim, Andy dan Borhan.
"Patut tak kita pakai pelitup atau sarung muka"soal Rizal.
"Muka kau memang muka orang jahat tak perlu buat apa apa, Bob, nanti aku bawa masker muka hijau adik aku punya kau pakai tu ok, muka kau jambu tak nampak jahat pun"kata Halim.
"Aku nak pakai mata lanun ni la"balas Borhan.
"Ok bro dah cukup jahat tu "sindir Andy.
"Pastikan kita berjaya kali ni"ujar Joe.
"Tapi hari ni Sabtu, sekolah tak buka "kata Din.
"Bengap kau ni setiap hari Sabtu budak tu pergi bermain di taman permainan kanak-kanak berdekatan rumah mereka tu, mak dia pula ada di kedai tepi masjid sana, ayah dia aku jarang tengok setiap hari cuti, membongkang atas katil agaknya "jelas Joe.

"Ya, Joe betul, kau ni Din memang tak peka "marah Man.
Hari Sabtu itu semua orang pun sedang sibuk kecuali satu orang.

Datin Nasha.
"Irfan, sini tolong mommy"panggil Nasha.
"Ada apa mommy "soal Irfan
tolong mama siram bunga tu ambil water hose tu dan siram seluruh bunga depan rumah ni, mama nak tidur" pesan Nasha.
Irfan bergerak mengambil water hose lsluvmentiram pokok bunga ibunya l,Irfan berhenti seketika melibatkan pandangan ke seluruh arah,
"ha situ ada satu lagi yang belum siram"bisik hati Irfan.
"Arghh"Nasha menjerit.
"Kenapa Irfan siram mommy ni?"marah Nasha.
"Mommy pesan siram semua bunga depan rumah ni I, bunga itu satu yang Belum di siram"Irfan membela diri.
"Ini bunga plastik bunga tipu tipu , tak perlu siram"kata Nasha.
"Tapi mommy ada depan rumah ni"balas Irfan. Nasha merengus geram lalu masuk ke rumahnya. terpaksalah dia menukar baju. Bunyi deringan telefon mengganggu konsentrasi Nasha dia bergegas turun ke bawah untuk menjawab panggilan itu.
"Datin, kami nak Cuba lagi sekali hari ini"kata Joe.
'Ok, bagus, tapi pastikan berjaya ya, kalau hari ini masih gagal, saya tak bayar upah,'ujar Nasha.
"Ok geng dengar sini, Boss minta kita berjaya culik budak tu hari ni juga, jika tidak boss tak nak bayar upah, Apa yang kau ada Man "soal Joe"Aku ada lolipop yang besar ni dengan kapal terbang remote "balas Man.
"Budak besar macam tu suka chocolate la, akuada chocolate Cadbury besar ni Joe"kata Din.
"Ok bagus, korang umpan budak tu kemudian bawa ke kereta ni ok",ujar Joe.

Di Taman permainan ibu bapa membawa anak anak berkumpul di sebuah gelanggang berdekatan dengan sebuah slide,
"kami ibu bapa semua akan pergi menyorok, anak anak perlu cari kami ok"ujar Alif .

"Sebaik melihat ibu bapa meninggalkan anak anak mereka tanpa pengawasan, Joe membuat rancangan.
"Tengok tinggal budak budak sahaja di taman ni, grab budak tu dan terus lari."kata Joe.
"budak tu gemuk, Macam mana nak grab dan lari, kau la pergi grab dan lari"kata Din.
"Aku driver kereta, aku pergi bersedia dalam kereta "balas Joe,
"jangan lupa pakai mask muka ni dia dah pernah tengok muka korang berdua "Joe memberikan dua keping mask muka kepada Din dan Man.
"Takpe ke kita pergi lambat ni?"soal Borhan
"Lambat sikit saja,ng tak lapar ke?"soal Rizal.
"Aku belum makan lagi ni bangun tidur mandi terus keluar."balas Halim.
"sebab tu kita perlu makan dulu "ujar Rizal.
"Tapi kita janji dengan Tuan Alif kul 8.00 pagi zal"Andy menyampuk.
Kanak kanak itu bertempiaran lari mencari ibu bapa masing masing.Azlif berdiri di tepi sebatang pokok, dia masih belum faham apa yang perlu dilakukannya.
"boy, jomlah cari mama dan papa awak"panggil Daniel.
"Mama saya pesan tunggu dia datang, selagi dia tak datang, mana cakap jangan pergi ke mana mana"balas Azlif
"Tadi papa awak minta kita cari Ibu bapa kita la Boy"ujar Daniel.
"Mama cakap anak yang baik dengan ialah anak yang mendengar cakap ibunya."kata Azlif. tinggallah awak disitu Boy, "Daniel mengalah.

"Adik nak ni"seorang lelaki memegang lolipop yang besar menghampiri Azlif.
"Tak nak, mama cakap lolipop tak elok makan, nanti rosak gigi "kata Azlif.
"Chocolate ni sedapnya, nak?"seorang lagi lelaki menghulurkan chocolate Cadbury.
"chocolate pun boleh rongakkan gigi la,"ALif menolak.

"Kapal Terbang remote ni pun tak nak?"ujar lelaki itu lagi,
"Keretapi mainan ada tak?"soal Azlif.
"Ada,jom ikut pakcik".Azlif mengikut lelaki asing itu.
Alif yang baru menerima panggilan telefon daripada ibunya tidak melihat situasi itu, Rahmat telah pergi ke tandas manakala Azila dan para ibubapa pula berfikir bahawa lelaki itu adalah Pegawai JAKIM yang diarahkan oleh Alif dan Rahmat. Anak anak lain telah mempraktikkan tips yang di telah diajar oleh Alif dengan baik.
, Din dan Man terpaksa berlari dan menarik Azlif untuk berlari bersama mereka. Joe memasukkan gear dan segera pergi dari kawasan perumahan itu setelah Azlif bersama Man dan Din Masuk ke dalam kereta.
Selepas selesai eksperimen sosial itu Alif menghubungi Rizal.
"Ok eksperimen tamat, kembalikan anak saya"Kata Alif
"Tuan,kami sedang makan pagi di kedai ni, belum sampai lagi kami fikir Tuan dan keluarga nak beriadah dulu, jogging or berbasikal sebelum bereksperimen "balas Rizal.
"Sekarang ni mana perginya anak saya "kata Alif bingung. Azila yang sedang menangis kerana kehilangan anaknya semakin merasa bimbang.
"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience