Memulakan perjalanan ke Singapura dari Kelantan tidak semudah yang disangka, cucu cucu puan Hamizah meraung menangis mahu ikut bersama sama.
"Macam mana ni?"soal Azila kepada adik beradiknya.
"Bawa semua lah duit Ila bagi pada mak ada banyak lagi dalam bank,Duit jual tanah Abah pun masih mak simpan, berapa harga tiket kapal terbang ke Singapura tu Ila?.
_Maknanya mak nak bawa semua 7 keluarga kita ni 15 dewasa, eh Along, mawar, ihan, Atin dan angah ariz dah kira dewasa juga tu. 20 dewasa dan 19 kanak kanak?"soal Azila inginkan kepastian.
"Ya, bawa semua mak akan bayar tiket penerbangan mereka semua "balas Puan Hamizah.
"Ada masalah lain mak. Ila baru perasan tak ada penerbangan terus pergi ke Singapura dari kota Bharu. Ila cadang nk bawa mak ke KLIA dulu kemudian dari KLIA terbang ke changi. Tiket seorang dari kota baru ke Kuala Lumpur RM 80 seorang.untuk 39 orang RM 3,120.dari Kuala Lumpur ke Changi RM 500 seorang. jumlah untuk 39 Orang RM 19,500. tiket penerbangan pergi balik sahaja dah RM 22,620. itu belum masuk kos hotel, makan minum dan harga Universal studio Singapore"jelas Azila.
"Kami Pergi ke Singapore naik kereta sajalah, mak, Ila, Alif dan Boy pergi dengan flights sebab mak tak boleh duduk dalam kereta lama lama,"ujar Zamri abang ipar Azila.
"Nah RM 500 seorang untuk duit minyak, puan Hamizah menghulurkan Duit kepada 6 orang anaknya kecuali Azila.
Satu keluarga mengambil kesempatan untuk menghantar Azila dan keluarga serta puan Hamizah ke lapangan terbang Sultan Ismail Petra, pengkalan Chepa kota Bharu Kelantan. Mereka menikmati hidangan KFC di lapangan terbang itu sebelum duduk di tepi pagar lapangan terbang itu untuk menyaksikan kapal terbang berlepas dan mendarat. Rutin biasa bagi penduduk kota Bharu menunggu perlepasan dan pendaratan kapal terbang dari tepi pagar lapangan terbang Sultan Ismail Petra itu.penerbangan ke Kuala Lumpur mengambil tempoh 1 jam 45 minit. tiba di Kuala Lumpur Azila membawa puan Hamizah untuk membuat passport terbaru kerana kali terakhir Puan Hamizah pergi ke Singapura ialah pada tahun 1977, selepas berkahwin dengan encik Razali pada tahun 1977, mereka pergi honeymoon ke Singapura. kerana encik Razali pernah bekerja di Singapura sebelum berkahwin. Azila pernah melihat gambar passport ibunya yang memiliki tahi lalat besar di atas hidungnya.
Azila tahu kenapa puan Hamizah mahu pergi ke Singapura, selain untuk mengenang semula kenangan manis yang pernah dilalui bersama Encik Razali semasa honeymoon dulu puan Hamizah mahu mendapatkan perfume paling terbaik untuk digunakan, puan Hamizah merasakan perfume yang dijual di Malaysia tidak menempati seleranya dan tidak tahan lama. puan Hamizah mahu mencari perfume yang wangi dengan bau bunga dan yang paling penting ialah tahan lama. Dia tahu di Singapura banyak perfume dijual dengan harga yang lebih rendah. Azila memberinya banyak duit jadi dia mampu untuk berbelanja semahunya. setelah mendapatkan passport Alif f membeli tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Changi Airport di Singapura. Tak lama menunggu mereka sudah berada di dalam perut pesawat Malaysia airlines yang akan berlepas ke Singapura. Penerbangan ke Singapura mengambil tempoh masa himpir 2 jam. Azila melihat ibunya puan Hamizah terpinga pinga senasa berada di dalam teksi memuju ke pusat kota raya.
"Kenapa mak?"soal Azila.
"Kota,ni dah banyak berubah, mak dah tak cam jalan jalan disini"kata puan Hamizah.
"Ala mak, pekan tanah merah tu pun dah banyak perubahan inikan pula kota raya Singapura ni"balas Azila. Teksi yang mereka naiki sudah berhenti di hadapan sebuah hotel,
,"Uncle I forgot to exchange Malaysia ringgit into Singapore dollars, di you accept Malaysian Ringgits?"soal Azila.
"I am sorry madam but I am only accepted Singapore or American dollars, but you can also pay using visa, please swipe your card here"ujar Pemandu teksi itu. canggihnya teksi di Singapura, mereka memiliki mesin swipe card didalam Teksi mereka."fikir Azila.
Azila sudah menempah hotel 4 bintang yang terdapat di tengah tengah kota Singapura dan bersebelahan dengan pusat perniagaan yang terkenal.
selepas Mendaftar masuk untuk dua buah bilik yang bersambung, mereka berempat masuk berehat, walaupun tidak merentasi perbezaan waktu yang ketara tetapi setiap perjalanan dan penantian sangat memenatkan. Puan Hamizah berkongsi bilik dengan boy. Hari pertama cuma dihabiskan di dalam bilik sahaja, pada hari kedua Alif Membawa , Boy ke Universal studio Singapore , manakala Azila menemani puan Hamizah untuk membeli belah, kedudukan pusat perniagaan yang bersebelahan dengan hotel memudahkan mereka kerana ada jambatan yang menghubungkan hotel dengan pusat perniagaan tersebut. Alif pula membawa Boy ke USS dengan menaiki Teksi, sistem Teksi di Singapura sangat teratur dan efisyen, walaupun mereka terpaksa beratur panjang Tetapi dalam tempoh setengah jam Alif dan Azlif sudah berada di dalam Teksi. Azila sudah menukar wang Malaysia ke wang Singapura di kaunter check in hotel kerana hotel yang mereka diami menyediakan perkhidmatan menukar wang asing. Alif hanya akan membeli tiket USS sebaik berada di pulau Sentosa itu. Boy menikmati percutian dengan gembira. Dia berterima kasih kepada kedua ibu bapanya kerana telah menunaikan janji mereka walaupun Boy tahu papanya sangat sibuk di pejabat. Puan Hamizah pula hampir rambang mata memilih minyak wangi kesukaannya, lalu membeli kesemua 10 botol minyak wangi itu.
'Bila mak nak guna semua ni?"soal Azila.
"Mak nak bagi hadiah pada anak dan menantu jom kita pilih wallet dan dompet pula "ajak puan Hamizah.
Azila tahu ibunya suka membelikan cenderahati untuk anak anak menantu dan cucu cucunya.
"Betul mak nak beli semua ni mereka semua dalam perjalanan kesini juga kan, biarlah mereka beli sendiri"kata Azila.
"Mentang mentang kamu banyak duit sedangkan kakak kakak dan Adik adik kamu tak memiliki duit yang banyak janganlah kamu takbur Azila, banyak pahala memberi rezeki kepada ahli keluarga sendiri 'puan Hamizah memberi ceramah.
"Duit minyak mak dah bagi, nak belikan hadiah lagi baik tak bertempat mak ni, mereka pula langsung tak ada rasa tanggungjawab, boleh pula upah Suzilawati tu jaga mak,"rungut Azila.
Selepas 3 hari mereka pulang ke Kuala Lumpur. adik beradik Azila tidak dapat meneruskan perjalanan ke Singapura sebab salah sebuah kereta mereka rosak, selepas di baiki mereka kembali pulang ke rumah puan Hamizah.
"Tengok tak rugi pun mak beli mereka tu hadiah cenderahati. mereka tak dapat datang pun"kata puan Hamizah tersenyum kemenangan.
"Mak nak balik Kelantan naik flight atau kereta. kalau nk naik flight kita balik terus ke Kelantan dari KLIA kalau tak mak rehat dulu di rumah Ila then kita balik naik keretapi malam, ambil tempat tidur tu, sampai Kelantan dah pagi"kata Azila.
"Yeay Boy tak pernah naik keretapi Siti, kita balik naik keretapi ya"pujuk Boy
"Ya, kita naik keretapi. Alif cuma menghantar mereka bertiga ke stesen keretapi di KL sentral untuk menaiki keretapi
Share this novel