AMP29- seorang bekas pesakit HIV.

Family Series 20540

"Kak jom kita balik, akak pun tak perlu beli makanan dengan dia ni nanti berjangkit sakit dia tu pula"tarik Nasha.

Alif yang melihat kemunculan Nasha sedikit terkejut, dia kenal siapa wanita itu, Nasha Hadir ke majlis perkahwinannya dengan Azila bersama mak Limah.
Alif mula merasakan mendung hitam berarak menghampiri kehidupan mereka. tak mustahil jika Nasha akan menjadi penyebab untuk mereka pergi jauh dari situ.

"Kamu ni kenapa Nasha, kakak nak beli breakfast."mata Norlida
"Kak.. perempuan tu pesakit AIDS, kalau ada virus dalam makanan yang dia masak akak mahu berjangkit sakit tu?"hasut Nasha
"Kolotnya pemikiran kamu Nasha, kamu kata kamu Datin kan, kamu tak tahu ke Virus HIV tak berjangkit melalui pernafasan atau makanan seperti virus COVID 19 tu. "balas Norlida. Nasha bengang kerana tidak mampu untuk mempengaruhi Norlida supaya memboikot Azila.

"Takpe kejap lagi aku akan pergi solat berjemaah di masjid, biar aku hasut semua muslimat masjid supaya boikot Azila. Nasha baru sahaja berkahwin dengan seorang Dato' berusia 65 tahun . Nasha bangga keranasuaminya seorang duda kematian isteri dan tidak mempunyai anak, kini Nasha bergelar Datin Natasha, dengan menggunakan pangkat itu Nasha akan menghalau Azila pergi dari kawasan perumahan itu. Nasha masih berdendam sebab Azila Nasha tidak dapat menjadi isteri Azman yang kaya dan muda itu. sebaliknya berkahwin dengan seorang lelaki tua yang sudah berusia mujur saja suaminya itu memiliki banyak harta. Nasha berjanji tidak akan mbiarkan Azila hidup tenang.

Sudah hampir seminggu jualan Azila tidak laku, nak dapat seorang pelanggan pun susah. Cuma Norlida seorang saja yang sudi membeli hidangan yang dijualnya.
kemana pergi semua pelanggannya sebelum ini. Azila telahmelebihkan hasil jualan kerana bimbang permintaan melebihi keperluan.tetapi sudahnya kesemuanya di salurkan ke dalam bakul sampah'. Ustazah Hasnah juga masih belum menghubungi Azila berkenaan katering yang ingin di tempahnya.
Azila memulakan langkah untuk menghubungi ustazah Hasnah terlebih dahulu.

"Ustazah, Azila ni, saja nak tanya, ustazah jadi tak nak booking katering untuk majlis tahlil ustazah tu'soal Azila, terus terang.
"Maaflah Azila, saya tak jadi nak booking ya, dan kalau boleh Azila tak payahlah berniaga makanan lagi, semua orang disini sudah jijik dengan makanan Azila tu"ujar ustazah Hasnah.

"Baiklah tak mengapa bila bila ustazah nak booking beritahulah ya"kata Azila .
Selepas bercakap dengan ustazah Hasnah Azila pergi ke rumah Norlida.
"Kak Norlida, tahu tak kenapa semua orang dah tak nak beli jualan Azila lagi, tadi ustazah Hasnah cakap dia tak jadi nk order katering dan siap pesan supaya jangan berniaga makanan lagi dah"soal Azila.
"Begini Azila. Datin Nasha rumah sebelah ni dia pergi berjemaah di masjid sambil menjaja cerita lama Azila. betul ke Zila dulu sakit AIDS?"soal Norlida.
"Betul kak tapi dah lebih 2 tahun saya sembuh."kata Azila.

"Kami tak nak main dengan awak pergilah balik"jerit seorang budak lelaki. Azila menoleh kearah sumber suara, dilihat nya Azlif ditolak oleh seorang budak lelaki bersaiz lebih besar dari Azlif Azlif yang terjatuh mulai menangis kerana kesakitan.
"Ya Allah Azlif,"berlari Azila mendapatkan anaknya.
"Kenapa kamu tolak ansk acik"marah Azila.
"Mommy Irfan cakap budak ni ada sakit AIDS, kami tak nak kawan dan main dengan dia "balas Irfan.

"ini anak Datin Nasha tu Zila "ujar kak Norlida.
"Dah jom kita semua balik'Norlida mengajak anak anaknya pulang kerumah.
Irfan berlari pulang kerumahnya.
"Mommy, Mereka tak nak main dengan Irfan"adu si kecil
Nasha mengamuk bila anak anak kecil di situ tidak mahu bermain dengan anaknya. dia perlu menggandakan usaha untuk memastikan Azila keluar dari taman perumahan itu nak merempat tepi jalan pun dia tak kisah
"Abang, you sayang I tak"Nasha menghubungi Dato'Imran.
"Ya abang sayang pada sayang"kata Dato'Imran kepada isterinya yang muda hampir 30 tahun itu.
"Ok sayang nak abang rampas rumah NUM 4 tu dan halau penghuni dia serta merta" perintah Nasha.

Dato'Imran menghubungi pemaju taman perumahan itu.
"Encik Ahmad, saya nak beli rumah num 4 tu untuk dijadikan rumah mainan anak saya, boleh Tolong uruskan tak?"ujar Dato' Imran.
'sukar sikit permintaan tu Dato' sebab rumah itu telah dibeli bukan disewa macam rumah yang Dato'tinggal sekarang itu rumah sewa mudah nk minta penghuninya keluar tapi rumah num 4 itu dibeli oleh penghuninya Dato'"ujar encik Ahmad .
'"Beritahu pemilik rumah itu saya tawarkan RM 2juta . asalkan dia mahu keluar dari situ "kata Dato' Imran.

"Baiklah saya akan cakap dengan pemilik rumah itu ya dato '.
encik Ahmad pula menghubungi Alif.
"ada apa Encik Ahmad?
"encik Alif ada orang berminat untuk membeli rumah Encik Alif dengan harga RM 2juta."kata Encik Ahmad. Alif berfikir untuk seketika. teringat kejadian malam tadi.

"Kenapa muka sayang monyok saja ni"soal Alif
"Hari nipun sama seorang pun takde yang datang beli makanan kita buat penat saja masak"adu Azila.

"Ok apa kata sayang berehat daripada berjualan selama seminggu. bila mereka dah teringin nak makan mereka mesti minta sayang berniaga semula "pujuk Alif memberi galakan.."Abang ingat tak set katering yang kita beli tu, macam Rugi pula beli sebab ustazah Hasnah tak jadi nk order katering dengan Ila"kata Azila lagi.

"Takpe set katering tu boleh di simpan untuk kita gunakan ketika pesta ulang tahun "Alif memberikan kata kata positif.

"Petang tadi anak si Nasha tu tolak Azlif, menangis teruk Azlif tadi sebab sakit"adu Azila lanjut.
"Budak budak dapat sakit sikit sikit takpe sayang, lagipun anak kita tu memang pendiam kan boleh jadi mangsa buli tapi takpe nanti abang ajar Azlif tu silat"ujar Alif
"Silat, tak perlu kot bahaya la silat"Azila tidak bersetuju.
"Habis tu apa yang sayang mahu"soal Alif.
"Jom kita pindah dari sini, kita pergi jauh dari Nasha sebab mulut dia la orang sekitar sini dah tak nak beli breakfast dengan Ila"kata Azila.

"Nak pindah perlukan modal sayang, nak pindah barang barang kita pun kena sewa Lori"kataAlif.

balik ke situasi sekarang.
"Baiklah Encik Ahmad saya setuju "balas Alif, duit RM 2 juta itu Boleh digunakan untuk membeli rumah baru, membeli perabot yang mungkin sudah rosak dan membayar kos memindahkan barang.

"Mat, kawasan tempat tinggal kau ada rumah kosong tak?"Alif menyoal rahmat rakan sekerjanya.
"sekejap ek nak tanya agent aku'balas Rahmat.
"Tuan Alif alhamdulillah rezeki tuan agaknya agent saya cakap ada satu rumah baru dikosongkan pagi tadi tapi kena bayar cash sebab pemilik asal perlukan duit cepat. RM 350,000.nak tak?"soal Rahmat.
"Alhamdulillah Yes ok boleh. bila boleh kita pergi uruskan pembelian tu?"soal Alif.
"balik kerja nanti Tian ikut saya ok"tutur Rahmat.

Alif menelefon Azila bahawa dia akan pulang lewat hari itu. Azila yakin Alif benar benar sibuk dengan kerjanya.

"Mama... boy lapar"ujar Azlif.Azila mahu Memanggil Azlif adik tetapi tidak dipersetujui oleh Alif.

Azila melihat jam dinding sudah pukul 9.00 malam patutlah anaknya sudah lapar, dia masih menantikan kepulangan Alif. tiba tiba pintu rumah itu diketuk. ketukan itu menjadi semakin laju seperti orang itu sudah tidak sabar untuk masuk. Azila resah jika itu Alif kenapa tidak menggunakan kunci rumah seperti biasa. Azila juga tidak mendengar bunyi kereta masuk ke garaj atau pintu pagar dibuka. Azila kaku ditempatnya berada. Azlif semakin merengek lapar
"Sekejap lagi kita makan ya, tunggu papa dulu."pujuk Azila dalam berbisik.ketukan semakin kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience