Imam Amin dan beberapa orang pemuda pemudi kawasan perumahan itu sedang membersihkan Kedai yang bakal digunakan oleh Azila. Alif menghantar Azila ke kedai itu sebelum membawa Azlif mendaftar masuk di sekolah baru. Tadika Islam Luqmanul hakim menjadi pilihan Alif.
Seorang gadis mendekati Azila.
"Kak,tadi siapa yang hantar akak datang kesini, adik, abang atau sepupu akak ya?"soal Suria.
"Itu suami akak dik'balas Azila.
"Akak nak pakai Pembantu tak di kedai ni?"soal Suria.
"Akak belum mula berniaga dik sambutan pun tak tahu lagi bagaimana "ujar Azila.
"Saya baru tamat belajar kak, sedang tunggu panggilan kerja, akak tahu kan selalunya syarikat besar perlukan pengalaman kerja, saya sanggup kerja secara percuma, bila bisnes akak dah baik, then akak boleh bayar saya, nama saya Suria "kata Suria.
Azila tahu keperluan untuk mencari pekerjaan yang paling utama ialah pengalaman bekerja.
"Ok dua hari lari datang sini, itu hari pertama akak nak buka kedai ni "kata Azila. Gembiranya hati Suria dapat dekat dengan isteri lelaki yang hensem itu.
"beberapa orang pemuda di dalam kereta buatan Malaysia itu mengekori kereta Alif sebaik Alif dan Azlif keluar dari kawasan masjid. Selepas menempuh 15 minit perjalanan Alif tiba di tadika Islam Luqmanul hakim. Azlif seronok dapat menyambung pelajarannya yang terhenti akibat berpindah. Alif menerangkan Situasi keadaan yang menimpa keluarga mereka sehingga Azlif terpaksa berpindah sekolah.
"Baiklah encik Alif, ini tadika swasta jadi kami boleh terima kemasukan Azlif ke sekolah ini walaupun sudah di pertengahan tahun,
"Boy nak tengok keadaan kelas tak?"soal Puan Sarimah
"Nak,nak, Boy boleh masuk kelas Daniel tak?"soal Azlif
"Daniel?"Puan Sarimah terpinga pinga.
"Daniel Rahmat"balas Alif.
"Itu kelas Amanah, jom Cikgu bawa ya"Puan Sarimah,ialah pemilik tadika Islam itu dan bertugas sebagai guru ganti bila kekurangan guru, dia memiliki ijazah dalam bidang pendidikan kanak kanak, Azlif teruja untuk memulakan kelasnya. Azlif sudah nampak kelibat Daniel sebaik menjejakkan kaki ke dalam kelas Amanah.
"Hai Daniel"sapa Azlif.
"Hai Boy, awak sekelas dengan kita ya?"balas Daniel.
"Baiklah kelas, mulai esok Boy akan belajar dalam kelas kita "kata Cikgu Sarimah.
Dengan cepat Azlif menyapa rakan sekelasnya.
"Jom encik Alif ke pejabat, saya nak beri uniform untuk Boy, Alif meninggalkan Boy di dalam kelas bersama kawan kawan barunya.
"OOO, disini budak tu akan bersekolah"fikir pemandu itu.
Selepas satu jam Alif mengajak Boy pulang kerumah mereka.
"Papa jom ambil mama dulu"kata Boy.
belum sempat Azila masuk ke dalam kereta.
"Mama tadi Boy pergi sekolah baru best tau mama "ujar si kecil
"Ok Boy kita bercakap di rumah ya, mama penat ni"kata Azila dia cuba untuk tidak menyinggung perasaan anaknya.
"Abang dah beritahu kak Ruby untuk ambil Boy esok"soal Azila, Azila risau nak meninggalkan anaknya dirumah menunggu van sekolah sendirian kerana Kedai mereka terletak jauh"Sudah, kak Ruby kata ambil Boy pukul 7.30 pagi"balas Alif.
"malam ni sayang nak senaraikan menu untuk kedai tu esok abang ambil cuti bawa saya pergi Beli barang barang untuk kedai ya. nampaknya perlu beli peti Ais dan oven baru"ujar Azila.
"Ok boleh, peti Ais rumah lama boleh kita guna untuk kedai, "ujar Alif.
"Sayang fikir nk masukkan katil dari rumah lama dalam kedai tu ada sebuah bilik boleh digunakan untuk berehat."kata Azila.
"Abang ikut semua rancangan sayang"kata Alif. malam itu selepas makan malam Azila menggosok pakaian kerja Alif dan uniform sekolah Boy, kemudian Azila menulis menu yang akan dijual di kedai nya
"Ok nasibkerabu,nasi dagang dan laksam, untuk sarapan pagi. sayur lemak, ayam goreng, gulai lemak cili api udang, kangkung goreng belacan dan ikan tongkol singgang, ada tak kedai jual budu di kota ini ya"fikir Azila.
"Abang, esok kita fly balik kota Bharu sekejap boleh tak?"soal Azila bila Alif masuk ke dalam bilik mereka.
"Nak buat apa balik ke kota Bharu tu?"Alif menjawab dengan pertanyaan.
"Nak beli budu, nak makan ikan singgang kena ada budu, dan sayang nak beli cili hijau Kelantan untuk dibuat solok lada"ujar Azila.
"Ok kita balik ke kota Bharu selepas Boy Pergi sekolah"kata Alif.
"nak kena beli rice cooker besar ni untuk digunakan di dalam kedai kita tu"sambung Azila.
"Ya balik dari kota Bharu kita pergi beli kelengkapan sayang ok .
Azlif bangun awal dan bersiap siap untuk pergi ke sekolah.
"Boy balik sekolah tengah hari nanti Boy main di rumah Daniel dulu ya, mama dan papa nak beli barang untuk kedai kita tu "kata Azila.
"Ok ay ay kapten "Boy memberi tabik hormat kepada Azila.
sepasang suami isteri itu sudah bersiap siap untuk pergi ke lapangan terbang untuk pulang ke kota Bharu.
"Kak Ida kami nak balik ke kota Bharu sebentar, tolong tengokkan Boy dulu boleh?, risau kalau terlambat balik ke sini semula"kata Azila.
"Boleh Ila"balas Wahidah.
selain budu mereka juga turut membeli 50kg beras Siam, lada kering dan gula Melaka Siam di kota Bharu. lada kering Siam kurang pedas tetapi memberikan warna merah yang cantik jika dijadikan sambal. gula Melaka Siam juga kurang manis tetapi menghasilkan warna keperangan yang jelas. manakala beras Siam kurang kanji dan menghasilkan tekstur nasi yang lembut dan lebih jimat berbanding beras Malaysia.Azika tinggal di Kelantan sepanjang hayatnya kecuali 10 tahun tempoh Azila bekerja di Kuala Lumpur sebelum ini jadi dia banyak terpengaruh dengan bahan masakan dari Thailand kerana rumahnya terletak cuma 15 minit daripada sempadan Golok - Rantau Panjang. Usai membeli Mereka terbang pulang ke Kuala Lumpur. mereka singgah menghantar barangan pulang ke rumah dan mengambil Boy dari rumah Wahidah.
"Kemudian mereka pergi ke pasaraya terdekat untuk membeli beberapa peralatan untuk di gunakan di kedai Baru mereka.
"
Anak mama belajar apa hari ni?"soal Azila.
komunikasi dengan anak penting untuk perkembangan pendidikan mereka.
"Mama dan papa tahu tak nabi kita ada berapa orang anak?"soal Azlif.
"Papa tak pastilah, mama tahu tak berapa?"soal Alif berpura pura.
"Ada seorang kot, macam Boy mama ni"Azila sengaja memberikan jawapan yang salah kerana mahu Azlif memberikan jawapan yang betul.
"Salah lah ..Anak nabi kita seramai tujuh orang tiga lski laki empat perempuan, Kasim Abdullah Ibrahim Fatimah, Zainab Umi Kalsum Siti Ruqayyah "ALif menyanyi lagu yang baru dipelajarinya.
"Ya, tujuh orang?, ramainya "Sampuk Alif.
"Pandailah anak mama ni, mama ingat satu orang saja"kata Azila, memberikan pujian.
Azlif merasa dirinya hebat kerana telah mengagumkan kedua ibubapanya.
"Boy pun nak Adik boleh?"soal Azlif.
"Dalam perut mama tu dah ada adik la Boy, boy pilih nak adik lelaki atau perempuan"soal Alif dia sangat yakin Azlif akan memilih adik lelaki.
"Boy tak kisah adik lelaki atau perempuan, tapi Boy akan jaga adik boy sebab boy Abang sulung kan mama?"balas Azlif.
Azila tidak sangka menerima jawapan matang daripada Azlif.
Share this novel