Setelah seminggu bercuti untuk berkahwin, kini Alif kembali ke ibu kota untuk bekerja.Tugas Alif sebagai penyelia program Ilaj masih lagi diteruskan. Alif perlu kembali ke Kelantan untuk ke daerah lain pula bagi mencari pesakit HIV untuk dirawat. Kemudian Alif perlu pergi ke negeri lain pula. Sepanjang tempoh itu Azila perlu tinggal berdua bersama sama dengan ibu mentuanya. Puan Bahiyah masih tidak menyukai Azila. Sebelum Alif meninggalkan Azila
Azila:
Sayang takut nak tinggal berdua dengan mak.
Alif:
Abang pergi ke pejabat untuk dua minggu saja untuk dapatkan jadual program Ilaj abang, selepas program Ilaj tamat, abang akan bawa sayang tinggal di rumah kita di Kuala Lumpur. Untuk sementara waktu ini abang perlu bergerak ke serata negeri sayang, abang tak nak tinggal sayang sendirian di Kuala Lumpur tu abang risau Dato' gila tu lari dari penjara dan pergi jumpa sayang, lebih selamat jika sayang tinggal dengan mak abang.lagipun ini peluang sayang nak tawan hati mak tu.
Sudah 24 jam Alif pergi,pagi ini Azila cuba bangun awal untuk mengelakkan daripada di bebel oleh puan Bahiyah lagi. Azila sedar ketika puan Bahiyah membebel kepada Alif tentang dirinya yang sering bangun lewat dan tidak menunaikan solat subuh.
Puan Bahiyah merenung kepada nasi kerabu yang telah dihidangkan oleh Azila di atas meja.
Bahiyah:
Makanan ni nama nasi sampah ke?
Azila:
Ini nasi kerabu mak
Bahiyah:
Ingat aku ni bodoh ke, nasi kerabu warna biru yang ini warna kuning.
Azila:
Warna biru tu sebab beras direndam dengan air bunga Telang, kat sini susah nk jumpa, jadi Azila buat nasi kerabu kuning, yang ini lebih asli.
Bahiyah:
Kau mesti pandai masak masakan Kelantan saja kan?, Tengahari ni ada kawan kawan Ku nak datang tengok pengantin, aku nak kau masak, mesti masak sedap sedap, jangan malukan aku.
Azila:
Inshaallah boleh, mak nak Zila masak apa?
Bahiyah:
Kejap lagi aku pergi ke pasar beli bahan bahan, isu tunggu saja dirumah, bila bahan bahan sampai terus masak, kalau kau tak reti nak masak kemas pakaian kau dan senyap senyap pergi balik Kelantan. Tapi ingat jangan berani nak call Alif.
Azila:
Mak cakap jer nak Zila masak apa.
Bahiyah:
Kenapa?, kau nak Google resipi ke?
Azila langsung tidak takut dengan ugutan puan bahiyah, dia sangat pakar memasak, cukup ada bahan bahan dia tahu apa perlu dilakukan.Puan Bzhiyah sudah keluar pergi ke pasar lalu Azila mengemas rumah untuk persediaan menyambut tetamu mereka
Di pejabat Alif di usik oleh kawan sekerjanya.
Rahmat:
Alhamdulillah Tuan Alif berkahwin dengan gadis yang tertangkap basah dulu tu kan?
Alif:Ya dengan gadis itulah, bidadari dunia akhirat hamba.
Rahmat:
Berseri seri wajah tuan Alif kita,PJJ kah sekarang?
Alif:
Tak juga,dia di rumah ibu saya di port Dickson sana sahaja kalau dia tinggal di Kelantan itu baru PJJ.
Rahmat:
Betullah kata pepatah sayang anak tangan tangan kan sayang isteri tinggal tinggalkan.
Alif kemudian di minta masuk mesyuarat untuk penyelia program Ilaj.
Pegawai:
Alif, bagaimana jika awak dihantar ke Sabah untuk 3 bulan,tugas awak untuk mengenal pasti dimana adanya pesakit HIV, perkembangan susulan akan dilakukan di pusat rawatan.
Alif:
Maaf tuan, saya baru berumahtangga dan tak mahu membawa isteri berpindah randah.
Zulhafiz:Tuan saya Sanggup tukar tempat dengan Alif,.
Pegawai:
Bagaimana Alif, awak sanggup jaga 1000 pesakit di pusat rawatan ?
Alif:
Kalau Zul sanggup keliling Malaysia saya Setuju untuk bekerja di pusat rawatan.Alif merasakan dirinya lebih sesuai untuk bekerja di satu tempat dengan itu Alif boleh membawa Azila tinggal bersama dengannya.
Puan Bahiyah menyusun semua bahan bahan untuk dimasak oleh Azila.
Bahiyah:
Dengar sini, aku nk kau masak gulai lemak cili api daging salai dengan pucuk ubi, rendang cili api ayam kampung. Kerabu kacang botor dan sambal belacan kaw!
Azila:
Berapa orang kawan mak nak datang?
Bahiyah:
Kenapa ada masalah?
Azila:
Bahan bahan ni macam nak masak untuk ,50 orang saja.
Bahiyah:
Aku boleh jemput jiran satu taman ni makan, masak nasi dalam periuk ini.Puan Bahiyah menyerahkan periuk nasi untuk 50 orang makan. Azila sedar puan Bahiyah tidak bergurau. Kesemua bahan bahan yang terhidang sememangnya untuk jamuan satu kampung. Azila mulakan dengan menanak nasi di dalam periuk nasi besar itu.setelah beras dibasuh dan disukat air dengan sempurna Azila menghadapi kesukaran untuk mengangkat periuk dengan 10kg beras beserta 10 liter air itu untuk dimasukkan ke dalam tempat memasak.terkial kial Azila nak mengangkat beban itu.seorang kawan puan bahiyah masuk ke dapur dan membantu Azila. Selepas menekan suis untuk nasi itu dimasak. Azila memotong 10 ekor ayam kampung untuk di masak rendang cili api ayam kampung. Kemudian Azila memotong daging salai. Azila melihat santan cuma ada sebanyak 5kilo, Azila mengambil dua buah mangkuk untuk dibahagikan kepada dua bahagian. Azila memulakan proses memasak rendang terlebih dahulu sebelum memasak gulai lemak cili api daging salai dengan pucuk ubi.Puan Bahiyah tiba di dapur dengan membawa beberapa biji buah tembikai.
Bahiyah:
Lamanya kau masak,reti ke tidak. Big nak pesan dalam peti ais ada beberapa biji buah oren, buat fresh orange juice untuk kawan kawan aku jangan nk kacau air sirap tu saja. Ni tembikai ni aku nak potongan bunga. Kejap lagi betik dan honeydew pun sama potong bentuk bunga.
Syamimi:wah sedapnya bau...
Bahiyah:
Mestilah sedap resipi aku bukan kau tak biasa makan. Lambat lagi ke nak masak ni kawan kawan aku dah lapar.
Azila:
Nadi kerabu pagi tadi ada lagi.
Syamimi:
Sedapnya nasi kerabu.
Bahiyah:
Tak payah la Mimi dah sejuk, lagipun sikit lagi makan tengahari dah siap.ceatlah Zila.lembap kau ni. Sebelum jadi menantu aku bukan main laju kau buat kerja kan?
Azila:mak dah siap.
Bahiyah:
Tunggu bagi aku rasa semua dulu sebelum nak hidang pada kawan kawan aku sekarang potong buah tu semua.Azila beralih ke bahagian buah dan mula memotong.selesai, Azila, memasukkan masakannya ke dalam mangkuk untuk dihidangkan.
Syamimi:
Zila,jom makan sekali
Bahiyah:
Dah pergi kemas dapur yang bersepah tu.
Syamimi:
Betul ke Bahi masakan ni resipi you macam lagi sedap dari air tangan you.
Asmah:
Betul tu, Boleh buka kedai ni. Kembang hati puan Bahiyah mendengar pujian yang dilemparkan kepada menantunya.
Syamimi:
Boleh order katering dengan menantu You ni Bahi.
Bahiyah:
Inshaallah...
Semua tetamu puan Bahiyah sudah pulang. Azila di kerah untuk mengemas ruang tamu yang bersepah sedangkan dia belum makan dan sudah tidak bertenaga.Dalam kelemahan pintu rumah diketuk.
Azila:
Mak,tetamu mak ke datang waktu macam ni?
Bahiyah:
Puan Mimi kata nak datang tadi pergi buka kejap Azila membuka pintu rumah itu dan terperanjat melihat tetamu yang tiba.
ok tak setakat ni?
Share this novel