AMP12-Throwback - kebenaran untuk rawatan.

Family Series 20540

Azila terjaga dengan bunyi ketukan di pintu bilik dan suara Hajah rohani. Azila tetap bangun walaupun masih mamai.

Azila :
Ya mak?.

Hajah rohani :
Mak dan ayah haji nak pergi ke kebun ni. Zila tolong hidangkan sarapan untuk alif ya, kul 8 pagi mak balik.

Azila :
Baik lah mak.

Azila tidak kembali baring setelah Hajah rohani pergi, dia mengemas tempat tidur dan mengutip pakaian kotor untuk di cuci. Mencuci baju bukan kerja susah dengan adanya mesin basuh automatic. Letak baju letak sabun tekan dah siap. Azila mengalihkan pakaian yang telah siap di cuci ke dalam bakul. Sewaktu Azila tiba di ruang tamu, pintu bilik tetamu terbuka dari dalam.

Alif:
Good morning. Sunyi jer rumah ni.

Azila:
Mak dan ayah haji ke kebun. Pukul 8 jap lagi mereka balik.

Alif, :
Ooo.

Azila:
Sarapan Ila dah sediakan di dapur.

alif:
Tterima kasih. Jom makan dengan abang.

Azila:
Aaa bang???.

Alif:
Umur Ila 25 tahun kan? Abang dah 35 tahun.

Azila :
He hehehe... Umur Ila dah 38 tahun. Cepat panggil Kakak.

Alif:
Llelaki xde product muka nak pakai untuk nampak muda.

Azila:
Ayat cover malu ke tu?. Ila tak pakai makeup atau product apa² tu pun.

Alif:
M mustahil lah natural beauty.tak kisahlah, jom teman Alif makan.

Azila membuntuti Alif pergi ke dapur.

Alif:
Kenapa Ila diam jer.

Azila:
Ila malu. Encik Alif orang hebat.

Alif:
Takde hebat apa pun.... Sama jer kedudukan semua orang di Mata Allah.

Azila:
Yea, betul tu.

Alif:
Ila tak nak cerita kisah hidup Zila?.

Azila :
semalam cakap Ayah Haji dah cerita.

Alif:
Lagi seronok dengar dari mulut Zila sendiri. Mesti Ila x sabar nak pulih.

Azila :
Semua orang takut pada Ila, lempar batu. Lempar tahi lembu pun ada. Kesian family Ila, terima semua hinaandari masyarakat sekeliling.

Alif:
Ila kuat, InshaaAllah Ila akan pulih x lama lagi.

Azila :
Ila sangka, Ila akan tinggal sendirian di rumah pusaka nenek sambil tunggu masa nyawa Ila di tarik. Tapi lain pulak yang jadi... Ila bersyukur dipertemukan dengan mak dan ayah haji.

Alif:
Mak dan ayah haji juga yang jaga alif masa alif eksiden di jalan besar depan sana tu, ayah haji yang bawa alif balik ke sini dan beri rawatan pada alif. Mereka memang orang baik.

Azila :
Bertuah Ila dapat kenal Alif.

Alif:
Minggu depan kita pergi kl, ayah haji cakap nak bawa alif jumpa parents Ila untuk minta izin bawa Ila pergi rawatan tu. Dan Alif cadang nak merisik sekaligus, boleh?

Azila :
kalau Ila tak pulih bagaimana?.

Alif:
Alif tak keluar pujuk orang kalau rawatan tu tak berkesan. Yakin pada alif, yakin pada diri dan yakin pada kuasa Allah. Alif bersetuju buat kerja dakwah ni kerana keberkesanan rawatan tu, dan Alif yakin Ila pasti akan pulih.

Azila :
InshaaAllah amin.

Alif:
Nanti alif nak masuk meminang Ila tau.

Azila :
Saya perempuan kotor alif,masih terlalu awal untuk kita bertunang. Ila pun masih belum kenal dengan
Alif:
Saya X pandang perempuan dari kisah silamnya, saya lihat masa depan saya, what past is past. Tak gitu.??
Azila : kita tengok lah bagaimana nanti.
Tuan haji Ishak membawa Alif pergi bertemu encik Razali dan Puan Hamizah.

Azila :
Mak....... Berdebarnya.....

Hajah rohani :
Alif cuma nak minta izin bawa Ila ke kuala Lumpur untuk rawatan jer.

Azila :
Tapi Alif cakap nak merisik sekaligus.

Hajah rohani :
Eloklah tu Alif tu budak baik. Ibu dia pun orang baik.Alif dah lama takde ayah,dia, tinggal dengan mak dia jer.

Azila :
Sebab tu zila malu, macammana kalau ibu Alif tak boleh terima pompuan macam Ila, yang dah rosak teruk ni.

Hajah rohani :
Alif boleh jaga Ila, percaya cakap mak. Ila dah packing baju nak bertolak ke kuala Lumpur esok pagi
Azila :
Dah, ada dlm beg, mlm ni Ila keluarkan beg tu. Mak pasti Ila boleh pulih.?

Hajah rohani :
Percaya pada Allah dan ketentuannya. Pasti ada sebab mengapa Alif eksiden depan kampung ni dulu, dan pasti ada sebab juga Ila bermalam di masjid kampung ni dan jumpa mak betul tak?.semua takdir ni dah tertulis...... Kami dipertemukan dengan Ila untuk bantu Ila hari ni.

Azila :
Ila banyak terhutang budi pada mak dan ayah haji. Tak tahu bagaimana Ila nak balas.

Hajah rohani :
Doakan kami Ila, itu sudah cukup.
Haji Ishak: Assalamualaikum...

Hajah rohani :
Ayah haji dan Alif dah balik tu, pergi panggil dorang makan.

Azila :
Alif.. Ayah haji, makan malam dah siap, jom..
Haji ishak: ya, jom kita Alif..
Hajah rohani : bagaimana abang haji, ibu bapa Azila benarkan ke tak?.

Haji ishak:
Kalau kita ikut bersama dorang benarkan, kalau Alif berdua dengan Azila jer. Mereka x benarkan.

Alif:
Kita bertolak lepas subuh esok ya, perjalanan jauh ni.

Hajah rohani :
Ya, mak dan Ila dah packing baju.

Haji ishak :
Baju saya bagaimana Ani?.

Hajah rohani :
Takkanlah saya nak tinggal abang. Saya dah siapkan semua.

Alif:
Jap lagi Alif masukkan beg dlm kereta tak ada nak kalut pula  esok pagi.Kat mana beg semua dalam bilik masing masing ke?

Perjalanan mereka berempat mengambil masa hampir 10 jam, hujan lebat mengganggu sedikit kelajuan perjalanan.  4 kali azila muntah kerana  sudah lama tidak menjadi penumpang untuk perjalanan jauh.
Sampai di kuala Lumpur, Alif terus membawa Azila ke pusat rawatan. Alif menguruskan pendaftaran Azila dan membawa mak dan ayah haji ke Hotel berhampiran.
Perkara pertama yang berlaku pada Azila ialah pemeriksaan kesihatan. Suhu badan, tekanan darah dan lain² data direkodkan. Azila diberikan jadual waktu. Setiap pagi perlu bangun pada pukul 6 30 pagi dan bersedia untuk solat subuh berjemaah.  Azila perlu menghadiri kuliah subuh sesudah itu. Sebelum ke dewan makan untuk bersarapan, Azila akan Menyertai sesi senam robik. Doktor akan mula membuat pemeriksaan pada pukul 8.pagi. Dos penawar perlu di ambil. Selepas makan tengahari Dos kedua akan dberikan.  Azila boleh membuat aktiviti bebas sesudah solat zohor  berjemaah sehingga masuk waktu asar. Pemeriksaan doktor yang kedua ialah  selepas kuliah maghrib. Sebelum tidur Azila akan diberikan dos penawar yang ketiga. Begitu lah rutin harian azila sepanjang tfmpoh rawatan. Pengisian roh melalui solat berjemaah dan ceramah ² agama ialah untuk penyucian jiwa, supaya semua pesakit yang dirawat tidak kembali terpengaruh dengan cara hidup lama yang salah. Kuliah dan ceramah agama di sampaikan oleh beberapa ustaz yang tersohor di dalam negara. Sesi soal jawab paling dinantikan kerana banyak input baru yang berguna yang dapat azila pelajari sewaktu sesi soal jawab nanti.
Alif ke Hotel untuk mengambil Hajah rohani dan haji ishak sebelum melawat azila. Setibanya mereka di ward, bilik azila sudah kosong, Hajah rohani sudah sedih memikirkan hal yang bukan²

Alif: mak tunggu disini dulu, alif pergi tanya doktor.

Hajah rohani : baiklah.

Doktor: assalamualaikum... Ahli keluarga cik azila ke?.

Haji ishak:  kami penjaga dia.

Doktor: ok, begini... .. Malam tadi dalam pukul 3pagi, nurse memberitahu, cik azila muntah² sehingga keluar darah.
Hampir dua jam cik azila muntah,daripada pemeriksaan awal, salah satu bahan dalam Penawar yang kami berikan tidak sesuai dengan darah cik  azila. Jadi badan cik azila menolak rawatan yang diberikan.

Alif: dia tak boleh disembuhkan ke  doktor?.
Doktor: saya sudah minta  encik faizal, buat kan penawar khas untuk azila. En. Faizal cakap dia perlukan dua minggu untuk siapkan formula barunya.

Haji ishak: tapi dimana azila, dia tiada di biliknya.

Doktor : saya letak azila di bilik CCU, Critical Care Unit. Di Sana nurse lebih ramai dan boleh menjaga azila dengan lebih rapi

Hajah rohani : boleh tak kami nak melawat dia.

Doktor : boleh tak de masalah.

****************

Isman: kak lina?, azila tukar nombor tel lagi ke?.

Azlina: ya, tapi dia x beri nombor baru dia pada kak lina atau adik² yang lain. Tapi semalam, azie cerita ada pegawai jakim nak bawa azila berubat di kuala Lumpur.

Isman: kl?, di hospital mana tu?.

Azlina: azie cakap pusat rawatan bawah jakim.

Isman : ok kak lina, terima kasih.

Suzila: cakap dengan girlfriend mana pulak tu?.

Isman :cakap dengan kak lina lah.

Suzila: kak lina bg nombor baru zila tak?.

Isman : tak.. Azila x bagi nombor baru dia pada adik beradik dia.. Tapi kak lina cakap, zila ada di kl, tengah buat rawatan di pusat rawatan jakim sekarang.

Suzila: betul ke tempat tu, ila x pernah dengar pun. Pusat rawatan macam tu.

Isman : nanti lah abang siasat dulu.

Suzila: ok. Tapi apa kata abang minta tolong dato eddy, dia pun orang government, mungkin dia kenal orang dalam di jakim tu.

Isman : tengok lah macammn.

********************

ini sepatutnya update semalam

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience