AMP08-Aku mengandung?

Family Series 20540

Azila sanggup menggunakan wang hasil pelaburan Bitcoin untuk membeli sebuah kondominium demi melarikan Alif daripada Rosmimi gedik, itu nama yang diberikan oleh Azila kepada Rosmimi. Alif menunaikan janjinya dengan membawa Azila dan puan bahiyah pergi ke Mekah. Sekembalinya mereka dari Mekah Alif membawa Azila pergi berjumpa dengan pakar sakit puan kerana Azila syak dirinya seorang yang mandul.Alif telah membuat appointment dengan Doktor Amirah terlebih dahulu.

Doktor:
Ada masalah apa?

Alif:
Isteri saya percaya dia mandul kerana kitaran haid dia tidak teratur.

Doktor:
Boleh saya minta encik keluar sekejap saya nk periksa isteri encik, Nurse. Nurse itu membawa Alif keluar dan doktor Amirah memulakan tugasnya untuk memeriksa keadaan Azila.

Doktor:
Dah Berapa lama kitaran haid puan tidak teratur?

Azila:
Dari umur saya 15 tahun doktor. Kitaran haid saya bermula cuma 5 hari selepas stop 2minggu haid saya kembali untuk 10 hari kemudian. Ada ketikanya satu bulan penuh haid saya tidak datang dan bulan berikutnya haid saya tidak berhenti selama 3minggu.kitaran sama berlaku pada tahun berikutnya. Ketika saya mendapatkan rawatan doktor, doktor cuma cakap saya ada masalah hormon dan beri saya ubat.

Doktor:
Puan pernah melakukan keguguran kandungan secara paksa?

Azila:
Ya saya pernah mengandung dan makan ubat untuk menggugurkan kandungan.

Doktor:
Boleh saya tahu umur puan semasa melakukan pengguguran tersebut.

Azila:
23 tahun.

Doktor:
Nurse, panggil suami puan Azila masuk.

Alif masuk ke dalam bilik rawatan.

Alif:
Bagaimana doktor?

Doktor Amirah:
Encik Alif, Di dalam badan wanita terdapat dua jenis hormon yang dikenali sebagai hormon estrogen dan progesteron. Kedua-duanya wujud dalam keseimbangan. Tahu apa itu ketidakseimbangan hormon?

Alif menggelengkan kepala.

Doktor Amirah:
Ketidakseimbangan Hormon bermaksud hubungan di antara tahap progesteron dan estrogen dalam badan adalah tidak seimbang. Perubahan hormon yang tidak seimbang akan memberi kesan sampingan pada badan seseorang wanita. Gejala ketidakseimbangan hormon merupakan kesan negatif yang dapat dilihat dari ketidakstabilan hormon. Wanita biasanya akan mengalami gejala ketidakstabilan hormon antara usia 20 hingga 40 tahun. Tetapi puan Azila mengaku mengalaminya dari usia15 tahun. Pada saya itu masih peringkat awal masalah dan uniknya kerana puan Azila pernah mengandung dan melakukan pengguguran paksa pada usia 19 tahun. Jadi keadaan hormon puan Azila semakin teruk selepas pengguguran kerana tidak pernah mencuci rahimnya. Saya boleh beri jalan penyelesaian supaya puan Azila mencuci rahimnya terlebih dahulu supaya peluang untuk mengandung lebih tinggi.

Salah satu sebab utama yang menyebabkan ketidakstabilan hormon adalah kerana ovulasi tidak berlaku. Dalam Kitaran Haid yang normal, hormon estrogen akan dihasilkan hanya pada hari-hari awal kitaran haid.

Hasilnya tahap kedua-dua hormon akan kekal seimbang. Dengan kehilangan ovulasi, paras estrogen dalam badan akan meningkat dan menyebabkan ketidakseimbangan hormon.

Antara petanda ketidakstabilan hormon wanita seperti kitaran haid tidak teratur, mengalami gangguan tidur, mudah letih, kekeringan faraj, kehendak seksual juga menjadi lebih rendah
dan akhirnya masalah belum berjaya untuk hamil

Inilah antara tanda perubahan hormon badan. Puan Azila ada tanda-tanda ini. Saya akan tetapkan appointment untuk proses cuci rahim dan kita tengok hasilnya setelah beberapa bulan.

Alif:
Boleh doktor, buatlah mengikut kepakaran doktor.

---

Selepas proses cuci Rahim Alif membawa Azila ke Langkawi. Azila mahu melawat pulau lagenda itu. Dua bulan selepas percutian ke Langkawi Azila merasakan perubahan yang besar berlaku keatas dirinya lalu dia pergi berjumpa dengan doktor Amirah

Doktor:
Tahniah puan telah mengandung 4 minggu. Azila memikirkan cara untuk memaklumkan perkara tersebut kepada Alif tetapi tidak menemui sebarang Idea. Ketika itu Azila terfikir untuk membeli sebiji kek dan diatas kek itu ditulis Tahniah papa dan opah.kemudisn Azila pulang ke rumah. puan Bahiyah sudah siap menyediakan makan malam.
Bahiyah:
Azila beli kek, siapa nak habiskan makanan yang mak dah masak ni.
Azila:
Azila nak makan semua ni boleh tak mak.
Bahiyah:
Mestilah boleh. Pergilah mandi dulu sementara tunggu Alif balik dari kerja.
Azila berlalu pergi ke biliknya, kek tadi disimpan di dalam peti sejuk. Usai solat Isyak mereka bertiga turun untuk makan malam.
Alif:
Banyaknya sayang makan, selalu cakap on diet.
Azila:
Mulai hari ini dah tak boleh nak diet lagi, sayang nak makan banyak banyak supaya sihat sentiasa.
Alif: Baguslah begitu. mak kata sayang beli kek untuk dessert.
Azila:Ya, teringin nak makan black forest, dah lebih 20 tahun tak makan tu.
Alif: mesti sedap, mana kek tu.
Azila menuju kearah peti sejuk dan mengeluarkan kek yang dibelinya.
Alif: ada upacara apa apa ke dengan tulisan ni semua?
Azila:
Cuba abang baca apa tulisan tu kata.
Alif:, Tahniah papa dan Opah, siapa?Alif memandang kearah puan Bahiyah, mak tak tahu apa apa ya.
Alif kemudian memandang Azila meminta penjelasan.
Azila mengusap perutnya.
Alif:
Abang akan jadi papa?betul ni?
Azila tersenyum manis sambil mengangguk dia berkata
Azila:
Ya betul,dan mak akan jadi Opah sudah 4 minggu.
Alif:
Alhamdulillah ya Allah syukur Alhamdulillah.
Azila teringat kata kata Hajah Rohani tentang kebesaran kuasa berdoa.
Hajah rohani:
Allah tidak memulangkan tangan setiap hambanya yang berdoa dengan tangan kosong. Zila teruskan berdoa, InshaaAllah, penyakit yang tiada ubat pasti akan ada ubatnya pada Allah, yakin pada kekuasaan Allah ila.Ya Azila percaya, dia berdoa semoga sakitnya diangkat, siapa sangka penyakit yang dicanang satu dunia mustahil untuk sembuh yang dideritai oleh Azila akhirnya berjaya menemui penawarnya. Dan Azila menyangka dirinya seorang wanita mandul akhirnya dapat hamil. dua keajaiban yang diperolehi oleh Azila setelah mendekatkan dirinya kepada Allah. Betapa Azila bersyukur kerana mendapat peluang kedua untuk terus menghambakan diri kepada Allah dan agamanya.
Azila:
Abang, hujung minggu ni jom balik Kelantan.
Berita gembira itu disambut sendiri kesyukuran kecil.
usai majlis dan tetamu sudah pulang Alif mendekati Azila yang termenung di atas tangga rumah. Encik Razali sedang mengepam rokok di situ, Dia kini sudah dapat menerima Azila kerana Azila juga sudah memaafkan kesalahan lampau encik Razali.
Alif:
Sayang kenapa nampak sedih?
AIA:Sayang takut, Macam mana kalau virus tu berjangkit kepada anak kita.
Alif memeluk bahu Azila dan mengusap-usap lembut rambut Azila.
Alif: Sayang ingat tak keputusan saringan HIV yang kita buat sebelum berkahwin dulu, doktor sudah sahkan tidak ada virus HIV lagi dalam darah sYNg, semua virus sudah dikeluarkan oleh serum yang disediakan oleh Encik Faizal, Sayang dan batu kita bebas daripada HIV sayang. Azila kini merasa lega. sungguh dia takut jika kehilangan anak yang diidamkan oleh ibu bapa mereka berdua.

semoga ada ilmu yang bermanfaat.thank You sudi baca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience