Kandungan Azila kini sudah memasuki trimester ketiga. Semasa awal kehamilan Azila sebenarnya risau jika ada virus HIV tersesat dan berjangkit kepada anak dalam kandungan tetapi doktor Azila meyakinkan bahawa sudah tidak ada virus HIV lagi dalam darah Azila dan anak nya selamat dari risiko jangkitan doktor juga kerapkali membuat ujian saringan HIV sepanjang tempoh kehamilan tersebut. Sejujurnya Che da memang tak ada pengalaman melahirkan jadi Che da tak tahu apa rasanya sakit melahirkan so Che da pun whatsapp Azila dan minta dia ceritakan sendiri pengalaman melahirkan anak sulungnya Azlif tu untuk chapter kali ini. dan beginilah cerita dari Azila.
sebelum tiba tarikh due tu Ila call semua ex Ila untuk minta maaf, Ila minta Number telefon isteri masing masing untuk minta maaf. Ila call Datin Lily, kak Suzy, isteri Azhar, dan isteri Rosli. ajaibnya kesemua isteri scandal Ila memaafkan Ila dengan mudah.cuma Darin Lily saja tak boleh maafkan Ila lagi itupun bukan sebab Dato'Eddy tapi kata Datin Lily disebabkan Ila ,kekasih gigilonya telah dipenjarakan, kini Datin Lily nak cari gigolo lain pun tak boleh sebab faktor usia tua dia tu. kesian pulak Ila dengar, Dato' Eddy masih ligat berjoli dengan perempuan sana sini.
"Cepatlah Ila, cerita kat Che da pengalaman melahirkan Azlif tu.sent.
Cukup indah bila mendengar tangisan pertama bila lahirnya seorang baby. Hilang terus rasa sakit bersalin, sakit digunting, sakit meneran dan segala sakit ketika hendak melahirkannya. Bila orang tanya macam mana rasa sakit bersalin, jujur Ila kata ianya cukup sukar untuk digambarkan.
Pada hari sebelum bersalin memang tak ada rasa tanda atau sakit tau. Semua berjalan seperti biasa, cuma masih dalam waktu berjaga-jaga sebab esoknya adalah hari due kelahiran yang dijangka oleh doktor. Tapi waktu ini dugaan bersalin atau waktu mengandung tak banyak sangat. Lain pula dugaan Ila tapi Allah SWT itu maha adil dan cukup penyayang pada hamba-Nya.
Lebih kurang jam 2pagi Ila ke tandas untuk membuang air kecil, ketika tu keluar darah bersama. Nurse memang dah pesan kalau keluar tanda tanda nak bersalin seperti darah, kontraksi, dan air ketuban pecah yang berlendir segera pergi hospital.
Ila terus kejutkan Alif maklumkan yang tanda darah dah keluar. Ila sempat bersiap dulu dan kemas apa yang perlu untuk dibawa ke hospital. Sampai di hospital Tanah Merah terus ke ward bersalin.
Alif perlu daftar kemasukkan untuk Ila di unit kecemasan dan Ila terus masuk ke ward selepas pemeriksaan awal dijalankan. Disebabkan tanda darah dah keluar walaupun bukaan masih belum ada memang tak boleh balik lah ye. Terus masuk ward untuk pemantauan.
Jam 8 pagi pemeriksaan dari doktor pulak, rutin awal pagi. Doktor buat pemeriksaan bukaan dan mula buka 2cm. Jadi terus masuk ke bilik bersalin (labour room). Dalam jam 10 pagi, bila buat pemeriksaan bukaan dah mula buka sehingga 4cm.
Dalam jam 11pagi tak silap Ila doktor kata boleh dah pecahkan air ketuban. Sebab bukaan menaik dengan cantik. Air ketuban tu rasanya panas je bila dipecahkan. Waktu ini Ila tak ingat bukaan dah berapa, samada 6cm tak silap.
Tapi selepas sampai 6cm bukaan, Allahuakbar hanya Allah yang tahu menahan kesakitannya. Ila nak cakap sakit macam apa itu pun tak tau nak gambarkan. Lepas itu bukaan tak buka buka ye. Kita ni dah rasa nak bersalin sangat waktu itu, nak terberak dah rasa.
Siap cakap dekat nurse saya nak ke tandas sebab nak buang air besar (terberak) dah ni. Diorang kata memang itu lah tanda nya. Aduh serius ibarat sakit perut nak membuang sangat tapi kita tak dapat nak lepaskan.
Dari jam 12 tengahari sampai dekat pukul 6petang jugak Ila menahan kesakitannya. Siap peluk-peluk tiang katil tepi tu lagi. Nak turun katil memang tak boleh dah hehe,Bukaan mula membuka ke 8cm pada jam 4 petang lebih kurang macam itu.
Sehinggalah tanda memang nak keluar baby, jam 6.12 petang lahirlah seorang khalifah Allah SWT yang berat 3.55kg. Sewaktu proses nak melahirkan baby, Alif kata doktor siap ambil gunting 2 kali lah jugak. Untuk luaskan lagi laluan.
Tapi Ilaa tak rasa dah bila time mereka gunting, sebab rasa sakit nak keluarkan bayi itu lebih kuat ye. Terasa lega bila kepala dan bahu bayi dah keluar. Dia ada 2 fasa yang agak berat nak keluarkan baby bagi Ila. Satu fasa adalah mula nak keluarkan kepala bayi, dan fasa kedua adalah nak keluarkan bahu bayi pulak.
Bila dah keluar cepat doktor letak dekat atas badan Ila kejap je ye, sempat lah tangan ni pegang kejap. Sebab sewaktu proses nak bersalin bayi dah berak sewaktu dalam perut Ila. Lagipun Ila ada gbs infection memang perlu pemantauan kepada bayi terlebih dahulu.
Dalam hati Ila waktu tengok Baby tu, aduh kenapa anak mommy gelap hitam. Rupanya sebab kesan najis bayi. Bila jumpa dekat ward nicu esoknya, alhamdulillah cerah anak mommy hehe.
sedikit tambahan info untuk Che da.
Selepas dah bayi keluar, Doktor mula untuk proses jahit. Waktu Ila bersalin ada beberapa Doktor pelatih hadir tapi diorang hanya membantu doktor senior. Memang diorang dah mintak izin untuk turut serta pada Ila sebelum itu, jadi Ila izinkan dengan satu syarat, bukan mereka yang sambut itu je syaratnya.
Uri Ila ini kalau tak silap memang pecah macam jadi serpihan sikit, jadi diorang perlu buat kiraan atau cantum balik lihat supaya tidak ada yang tertinggal. Selepas jahit itu, bila scan semula macam doktor ada nampak sesuatu. Waktu tu mereka terpaksa buka semula jahitan tapi Ila diorang dah bagi oksigen + ubat tahan sakit tak silap. Memang sedut jelah hihi Jadi Ila tak rasa apa yang terjadi, sehingga ada doktor pakar datang untuk buat pemeriksaan lebih detail.
Katanya tiada apa yang tertinggal, dan boleh jahit semula dan bagi Ila rehat lepas itu. Ila disyorkan untuk pakai tiub kencing supaya tak perlu bangun dulu. Lagipun banyak darah jugak Ila nampak dekat lantai semua, Ila berada dalam ward bersalin itu selepas bayi keluar pun agak lama. Sebab diorang nak pantau sebelum dibawa ke ward biasa.
Esok paginya dalam jam 10 pagi baru Ila dapat buka tiub kencing dan dapat jumpa Baby Azlif dekat ward nicu. Nurse dekat nicu itu bagitahu yang Baby Azlif pandai minum guna cup sebab Ila tak dapat datang awal pagi.
Alhamdulillah bila doktor datang, maklumkan Baby Azlif sihat tak termakan najis sewaktu dalam perut dan tiada jangkitan lain-lain. Cuma perlu untuk pemantau kuning sahaja.
Sejuk hati melihat Baby Azlif yang baru lahir, hilang segala rasa sakit. Inilah pengalaman bersalin anak pertama Ila. Pastinya pengalaman bersalin anak pertama buat semua ibu-ibu diluar sana juga berbeza.
Anak yang lahir memberikan gelaran Mommy buat Ila bersama Alif.
Pastinya setiap pengalaman bersalin akan berbeza-beza, kali ini penantian buat anak kedua Ila pula. Ila doakan Che da pulih dengan cepat dan berjumpa Jodoh Che da, doakan kelahiran anak kedua Ila yang akan due pada Januari depan, hopefully sama tarikh dengan Che da dia-
minta doakan Azila selamat melahirkan anak kedua ya, dia kata mungkin kali ini anak perempuan pula. Amin
Share this novel