AMP11-Throwback-Aku ingin bertaubat.

Family Series 20540

Setelah di halau oleh mak long dari rumah sewa Azman, Azila memandu keretanya tanpa arah dan berhenti di hadapan sebuah masjid untuk tidur dan berehat. Azila mencuba nasib untuk masuk ke dalam masjid dan untungnya tidak berkunci.Azila mencari tempat muslimah solat dan tumpang tidur di situ. Hajah Rohani akhirnya membawa Azila pulang kerumahnya dan memberikan tempat perlindungan kepada Azila beserta dengan makanan. Azila menyatakan hasratnya untuk bertaubat dan belajar agama bersama dengan hajah rohani.Sudah cukup seminggu azila tinggal di rumah mak haji rohani dan tuan haji ishak. Keluarga azila sudah tahu dimana keberadaan azila, kerana tuan haji ishak sudah memaklumkan kepada encik Razali menerusi panggilan telefon.

Azila kemudian belajar solat dengan sempurna, dan memperbetulkan bacaan quran nya. Hati azila mulai rasa tenang dengan kehidupan barunya. Anak² mak haji sudah pun di beritahu tentang kewujudan azila namun rahsia kisah silam azila masih tersimpan kukuh bersama hajah rohani dan haji ishak.

Azila:
Kenapa zila lambat dapat hidayah dari Allah mak.

Hajah rohani:
Bukan lambat dapat hidayah zila... Hidayah tu dah lama ada dalam diri Zila, cuma zila x amalkan. Allah nak Pertemukan kita, mak gembira bila zila setuju tinggal disini dengan mak, mak ada kawan dah lepas ni.

Azila:
Azila bersyukur dapat kenal dengan mak.

....

kehilangan Azila sampai ke pengetahuan Suzila dan Isman.

Suzila :
Bila abang nak bawa azila ke sini.

Isman :
Kejap abang call kak lina zila pulak.

Isman :
Kak lina. Isman ni, kawan zila.
Azlina:
Ya, ada apa man?.

Isman :
Isman dengar azila dah di halau, man nak nombor telefon baru dia sebab man nak ajak dia tinggal dengan man.
Azlina:
Tak sesuai kot azila tinggal dengan man, lagi teruk adik kak lina kena fitnah nanti
Isman :
Bukan tinggal berdua dengan man, isteri man nak dia tinggal disini dengan kami.

Suzila:
Bagi Ila cakap dengan kak lina.
Isman menyerahkan telefon kepada Suzila.

Suzila :
Assalamualaikum kak, saya Suzila, isteri Isman. Saya sayang azila tu, saya nk jaga dia.

Azlina, :
Owh, tak perlu risau tentang dia lagi. Dia ada di satu madrasah, sekarang ni tengah belajar ilmu agama.

Suzila:
Ok, takpelah kalau dia selamat, senang hati ila. Tapi kak lina bg nombor telefon dia pada isman boleh?, ila nak tanya khabar dia.

Azlina:
Baik lah.

Isman :
Baik lah kak, terima kasih ya.

Azlina:
Sama² jap lagi kak lina hantar.

Azila baru selesai makan tengahari bersama kedua dua penjaga barunya, dia meminta izin untuk masuk solat.

Haji ishak:

Bagus lah azila sudah tak tinggal solat dan solat di awal waktu.
Hajah rohani:

Ya betul abang Haji, dia betul ² nak bertaubat, setiap kali buat solat sunat taubat, boleh banjir bilik solat tu dengan tangisan dia.

Haji ishak:
InshaaAllah dia akan menjadi lebih baik. Sakit dia tu tiada ubat tapi Allah tak cakap yang sakit tu tak boleh sembuh, InshaaAllah dengan kuasa Allah, azila pasti pulih seperti sedia kala,dengan selalu meminta kepadanya supaya diberikan kesembuhan nescaya Allah akan memakbulkan doa itu. Awak tolong lah nasihat dia ya. Cakap pada dia sentiasa lah me maafkan mereka² yang pernah menyakiti hati dia selama ini, InshaaAllah dia akan merasa lebih tenang.
Hajah rohani:
InshaaAllah abang haji.

Azila terdiam bila mendengar nasihat hajah rohani tentang kuasa berdoa.

Hajah rohani:
Allah tidak memulangkan tangan setiap hambanya yang berdoa dengan tangan kosong. Zila teruskan berdoa, InshaaAllah, penyakit yang tiada ubat pasti akan ada ubatnya pada Allah, yakin pada kekuasaan Allah ila. Mak nak beri satu cerita.

Ada dua orang sahabat tersadai di sebuah pulau terpencil. Mak namakan dia samad dan Ali. Samad berkata, wahai Ali marilah kita berpecah dan membahagikan pulau ini kepada dua, aku di timur dan kau  berada di barat.  Kita usaha kan bahagian masing². Ali bersetuju, Ali pun pergi ke arah timur. Namun malang nya bagi Ali tanah di sebelah timur cuma tanah pasir dan penuh batu batuan, walau bagaimana pun Ali berusaha dan berdoa tetap tidak mengeluarkan hasil. Ali meneruskan hidup dengan memancing ikan. Dia cuba untuk bercucuk tanam namun tiada kemajuan, sebaliknya bagi samad yang kekal di barat, tanamannya membuahkan hasil. Samad hidup dalam keadaan gembira kerana tiada kekurangan bekalan makanan. Selepas setahun samad terfikir untuk pergi melawat sahabatnya Ali di timur.  Samad melihat cuma ada tanah yang tandus dan  Ali yang kurus kering Akibat kelaparan.

Samad berkata dengan angkuh, datanglah ke sebelah barat, makan lah apa saja yang kamu mahu, sesungguhnya orang yang malas berusaha memang tidak akan berjaya. Tiba² satu suara berkata...

" wahai Samad jangan lah kamu fikir, kamu berjaya kerana usaha mu semata mata, aku memberikan kesenangan itu kerana kawan kamu si Ali yang tak putus putus berdoa supaya aku memakbulkan doa doa dan semua usaha kamu.

Azila:
Tapi mak, adakah doa manusia jahil seperti  zila akan dimakbulkan.

Hajah rohani:
Azila, soalan tu mak tak boleh jawab. Itu semua kuasa Allah, kita buat kerja kita dan Allah akan lakukan apa yang perlu dia lakukan. Jangan pernah berhenti  berharap. Mak ada lagi satu cerita. Kisah seorang pelacur yang masuk Syurga kerana seekor anjing. Dan kisah seorang pemuda yang dijanjikan Syurga.. Zila nak dengar.
Azila :
Nak...

Hajah rohani:
“Ketika ada seekor anjing yang hampir saja mati kerana kehausan berputar-putar mengitari sumur, tiba-tiba ada seorang pelacur dari bani Israel yang melihat anjing tersebut, lalu dia melakukan yang sepatutnya dan mengambilkan air untuk anjing itu, kemudian ia memberinya minum sehingga ia diampuni kerana perbuatannya itu.”
Kisah ini mengajarkan kita bahawa ikhlas itu mampu membawa seorang wanita yang dipandang hina ke syurga.
Satu kisah lagi. Rasulullah berkata kepada makmumnya selepas solat berjemaah." Mahukah kamu  semua berkenalan dengan penghuni syurga. "
Jemaah:
Mahu ya rasulullah.
Rasulullah :
Pergi lah ke pekan dan carilah seorang pemuda bernama sipolan bin sipolan.
Seorang jemaah bingkas bangun dan pergi ke pasar mencari pemuda itu, dia mahu melihat apakah amalan pemuda itu sehingga dapat menjadi penghuni syurga. Dia melihat, pemuda itu mengangkat seekor khinzir lalu di mandi kan. Kemudian di lap badan kninzir itu dengan tuala dan diletakkan di atas satu permaidani istimewa. Pemuda itu masuk ke dalam rumah dan keluar bersama seekor lagi khinzir yang lebih besar. Dia memandikan khinzir kedua,, di lap dan dfiletakkan di atas permaidani, jemaah ini berlari ke masjid untuk menceritakan apa yang dilihatnya.
Rasulullah :
Bagaimana, sudah kah kamu melihat amalan pemuda yang aku maksudkan tadi.jemaah itu mecerita kan semuanya, "kenapa seorang pemuda yang memelihara dan memegang khinzir boleh masuk syurga. "soal jemaah itu.

Rasulullah.:
Kedua dua khinzir itu ialah ibu dan bapa pemuda itu,  kedua duanya telah di sumpah, sungguh pun begitu,  pemuda tadi tidak meletakkan kinzir tadi di dalam kandang layak tempat tinggal seekor haiwan, dia meletakkan ibu bapanya di dalam rumah, dimandikan dan dirapikan setiap hari kemudian dibiarkan berehat di atas permaidani istimewa. Tidak layakkah pemuda itu yang tetap menyantuni kedua dua ibu dan bapanya walaupun kedua² mereka sudah pun berubah menjadi khinzir?.

Seorang anak yang memuliakan ibu bapanya tanpa mengira bentuk fizikal mereka. Anak yang taat dan patuh pada perintah Allah akan dijanjikan syurga apabila mendapat redha ibubapanya. Nanti zila balik jumpa mak dan ayah zila dan mohonlah kemaafan daripada mereka, jika mereka ada buat kesalahan pada zila ampunilah mereka. Pak haji pesan, zila juga perlu selalu memaafkan dosa semua orang yang telah buat zila sakit hati.

Azila:
Mak,terima kasih kerana sudi terima zila disini dan memberi tunjuk ajar pada zila. ....

teruskan berdoa dan semoga kita semua sentiasa di dalam perlindungan Yang Maha Esa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience