AMP10_Throwback-Dihalau

Family Series 20540

Sudah dua bulan Azila menghuni rumah tinggalan neneknya.Setelsh nak Limah menghebohkan kepada penduduk kampung mengenai sakit Azila, Azman telah membawa Azila tinggal di rumah sewa miliknya. satu pagi Azman datang ke rumah tersebut.

Azman:
Assalamualaikum zila.

Azila:
Waalaikummussalam. Oh abang man, kenapa?.

Azman:
Abang man bawa breakfast untuk zila, kemudian abang man nk pinjam kereta boleh? Nk jemput orang di pekan.Azman kerumah Azila dengan superbike dan dia malas mahu pulang ke rumah untuk mengambil keretanya.

Azila:

Boleh jer, kejap zila ambil kan kunci.

Azila memerhati keretanya yang dipandu Azman hilang dari pandangan. Azila masuk ke dalam rumah yang disediakan oleh Azman untuknya dan menikmati sarapan yang dibelikan oleh Azman tadi.
Selepas 30 minit, azman kembali bersama seorang wanita cantik, Azman membawa satu kotak di tangannya.

Azman:
Zila tak nak pergi ke dewan?.
Azila:
Dewan tu tengah mesyuarat untuk halau zila kan?. tak perlu kot zila pergi.

MasIdayu:
Kalau saya nak minta cik Azila ikut kami ke dewan boleh tak?.
Azila:
Baik lah sekejap ya. Zila bersiap sekejap.

Mereka bergegas masuk ke dewan bila mendengar suara mak limah berucap.

Limah:
Inilah dia, dah datang pun si pembawa virus bahaya yang nasha cerita kan tadi. Bukti dah ada dan nasha dah baca kan laporan doktor tadi, dia dapat penyakit tu Akibat aktiviti seks bebas, nasib baik tak ada anak muda di sini, malu aku nak sebut, tapi kita semua tahu apa makna seks bebas tu, ni pompuan ni, (jari menuding ke arah azila sambil membuat memek muka menyampah). dia suka tidur tukar tukar jantan. Datang ke kampung ni pun tak dijemput, tahu tahu jer renovate rumah mak minah tu sesuka hati.. Mengaku pulak cucu si minah.

Azman:
Assalamualaikum...., saya dah terlambat rupanya, tak sangka pula start awal, disini saya ada bawa puan Mas Idayu, penyelia bahagian penyakit berjangkit dari pejabat kesihatan daerah. Puan Mas Idayu ada sedikit maklumat untuk di kongsi bersama kita semua.
Puan Mas Idayu mengambil tempat di hadapan penduduk kampung.

Mas Idayu:
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Siapa cik nasha?.

Nasha:
Saya.

Mas Idayu:
Boleh saya tengok laporan perubahan tu.
Nasha menyerahkan laporan perubatan yang dibawanya.

Mas Idayu:
Cik nasha dah buat satu kesalahan ni. Mencetak laporan perubatan secara rahsia tanpa persetujuan pesakit ialah satu kesalahan. Cik nasha sudah menyalah gunakan pangkat cik.

Ini tindakan tidak amanah dan melanggar akta perlindungan data peribadi. PDPA. (iaitu personal data protection act).
Limah:
Nasha x salah puan, budak Azila ni yang salah, Nasha cuma mendapatkan bukti bahawa Azila ni pesakit Aids.

Mas Idayu:
Baiklah lah hadirin hadirat semua, tujuan saya disini bukanlah untuk mencari salah Cik Nasha, encik Azman boleh bantu saya untuk edarkan brosur tu ya, (azman mengeluarkan pamphlet dari dalam kotak dan diedarkan kepada semua penduduk kampung yang hadir) .
Seperti yang encik Azman maklumkan, saya ialah penyelia bahagian penyakit berjangkit, selalunya saya bagi ceramah seperti ini di sekolah sekolah tetapi atas permintaan encik Azman saya di sini untuk memberi sedikit penerangan tentang sakit aids dan cara bagaimana ianya boleh tersebar, saya tak mahu satu kampung panik ya.
Saya tak boleh nak komen tentang cara dan gaya hidup cik Azila sebelum dia disahkan menghidap aids jadi kita semua tak perlu nak jadi hakim untuk hukum Cik Azila.

Baik lah tuan tuan dan puan puan boleh baca pada brosur itu, virus HIV hanya berjangkit melalui 3 cara sahaja, 1. Perkongsian alat suntikan manakala yang kedua melalui hubungan kelamin. Dan yang ketiga melalui ibu mengandung kepada anak dalam kandungannya. Tapi ramai masyarakat menganggap virus ni boleh tersebar melalui udara seperti virus covid 19 yang melanda negara sekarang ni. Stigma tu salah ya, ada juga yang tak sanggup nak berkongsi pinggan mangkuk, cawan dan sudu dengan pesakit aids, virus ni tak berjangkit macam penyakit anjing gila. Jadi tak perlu takut bila berada berdekatan dengan azila, anda semua nampak saya jalan sebelah dia, pegang tangan dia, takde apa² pun jadi pada saya.
Limah:
Tapi kita tak mahu perangai dia tu turun pada anak² kampung ni.

Mas Idayu:
Kalau puan sebut tentang perangai...., puan mesti lah jaga anak² puan daripada terpengaruh. Kalau semua orang tak peduli kan Azila contohnya, tapi ada kes anak gadis mengandung nk salahkan Azila juga ke?.
Perangai anak anak, ibu bapa lah yang jaga, bukan sibuk jaga anak orang.

Azman:
Azila beritahu saya, dia sudah tidak mahu tinggal disini kerana yakin dia akan dipulaukan, jadi saya sudah cari tempat tinggal lain untuk Azila. Apa² masalah moral remaja kampung ini di masa akan datang bukan datang daripada Azila lagi. Saya mohon jangan letak kesalahan pada Azila.

Tok ketua:
Terima kasih puan Mas di atas penerangan tadi, tok rasa semua dah jelas, tentang duduk perkara yang kita perlu bincang kan. Azila pun sudah pindah jadi kita tak perlu nak perbesarkan hal ni lagi.
Limah: buat perjumpaan ni takde makan² ke?, kenapa tak tempah kuih dengan aku ni.

Tok ketua:
Kamu yang tergesa gesa nak buat meeting ni, kenapa kamu tak menyeponcor kuih muih tu limah?.
Limah:
Habis lah modal saya, asyik bagi free jer. Kalau ada orang tempah, dapat lah aku pusing modal.

Keputusan mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menghalau Azila daripada terus tinggal di kampung itu dan menjadi penyebab keruntuhan moral pemuda dan pemudi kampung.

Azman dan Azila Sama² menghantar puan mas idayu balik ke rumahnya. Selepas menghantar Azila pulang, azman menunggang motornya untuk pulang kerumah.

Sampai saja di rumah.

Mak long:
Man... Mak nak cakap dengan kamu ni?
Azman: kalau soal azila man tak nak dengar.
Mak long: kamu nak satu kampung ni pulaukan kita ke?
Azman: satu kampung ni otak cetek, bodoh, x berpelajaran, percaya sangat cakap mak limah tu. Bangga sangat anak sedara dia tu jadi misi jer pun.
Mak long: kalau satu kampung ni bodoh, man cakap mak bodohlah ya?.
Azman: mak tahu man x maksud kan mak, kenapa nk terasa pedas kalau x makan cili.
Mak long: agaknya Azila tu ada sihirkan kamu ni man, ikut jer telunjuk dia.

Azman ish mak ni, sebab tu man cakap man tak nak cakap soal azila, dia dah xde dlm kampung ni, nak halau pergi mana lagi?.

Maklong: man telefon ayah ngah sekarang, mak nak cakap dengan dia.

Azman: tak perlu la nak babitkan ayah ngah dan mak ngah la mak,
Mak long: man ada nombor tel azlina atau azifa, mak beritahu kakak ² si azila tu jerlah.
Azman: man janji nanti man mesej mereka ok.
Mak long, kalau kau tak nak tel azlina sekarang, mak nak panggil nasha minta dia telefon ayah ngah kamu.
Azman: man janji nanti man mesej.

Mak long: mak nak telefon cakap sendiri.
Azman: ok, kejap.. Nah azlina.
Azlina: assalamualaikum abang man.

Mak long: waalaikummussalam lina... Mak long ni....
Azlina: oooo..... Apa khabar mak long..

Mak long: mak long sihat..... Lina dan keluarga bagaimana?.
Azlina: semua baik baik jer, cuma ayah tu selalu jer sakit².
Mak long:mak long nak tanya lina ni...
Azlina: tanya lah mak long.
Maklong berjeda... Dilihat anak lelakinya menggeleng gelengkan kepala.
Maklong: adik lina nombor 3 tu nama apa dan dimana dia sekarang?.

Azman menghela nafas lega.

Azlina: azila ke?.. Dia kerja di kl.

Maklong: oh ya, azila.. Dia masih kerja di kl ke?.

Azlina: ya, tiap ² bulan dok kirim duit pada mak, masih kerja di kl la.
Mak long: tadi lina cakap ayah tu selalu sakit kan, bila nak bawa ayah balik kampung ni, kalau kena angin kampung mungkin baik sikit sakitnya tu....
Azman menepuk dahi dan menghantar isyarat mata, " kenapa mak ajak mereka balik.

Azlina : InshaaAllah, nanti lina balik, risau jugak rumah pusaka tu terbiar jer.
Maklong: tak perlu risau pasal rumah tu, sebulan lepas dah ada orang datang renovate..
Maklong: kalau balik singgah rumah Maklong ya. Baik lah lina, abang man nak pergi kerja tu, sibuk minta phone dia ni.kem salam maklong pada semua.
Azlina: abang man tu kerja besar, minta satu phone Maklong, bila² kita boleh sembang.

Di rumah encik Razali satu kekecohan sedang berlaku.

Puan hamizah: lina ada nombor tel kawan zila si isman tu?.

Azlina: takde mak kenapa?.

Puan Hamizah: dah sebulan mak cuba tel dia, tapi x dapat. Mak ni ada rasa tak senang hati. Sebut nama dia pun rasa nak menangis jer.

Azlina: ifa.. Ooo ifa.

Azifa: ada apa kak lina?.

Azlina: kau ada nombor telefon isman?.

Azifa: cer tanya azliman. Dia kan rapat dengan jantan tu.

Azliman: ada apa sebut²nama orang?.

Azlina: mak x dapat nak call kak ila, nak tanya isman kenapa telefon kak zila x aktif.

Azliman: ok, kejap nak check dalam phone book, ada ke tidak.

Razali: kalau dia dah x nak balik sini, tak payah cari... Takde anak macam dia pun xpe.... Suka sangat berkawan dengan suami orang.... Cakap kita langsung tak nak dengar.

Hamizah: abang ni, dia yang bayar Bill² kita bulan², dia yang bagi duit belanja. Nak harap anak yang ramai ² ni rm50 pun kita x merasa bang. Paling sikit pun rm500 setiap bulan zila tu bagi. Adik² dia masuk University, dia yang bayar yuran, kita ni goyang kaki jer bila bab duit, sebut jer pada zila, mesti dia akan carikan.

Azlina: kejap mak, orang dah dapat nombor isman ni.

Isman: assalamualaikum...siapa ni?

Azlina: waalaikummussalam.., isman Kan? Kak lina ni, kakak azila.

Isman : ya, kak kenapa dengan zila?.

Azlina: kak lina nk tanya isman ni, isman ada jumpa azila tak?.

Isman : dah sebulan isman x jumpa dia. Dia jumpa man sebulan lepas sebab nak ucap selamat tinggal. Dia beritahu isteri man, dia nak pergi jauh.

Azlina: isman pun x tahu mana azila mak, dah sebulan x jumpa.

Hamizah: ya Allah anak aku. Mana kau pergi zila.. Balik lah, mak x nak paksa kau kahwin dengan ustaz tu dah. Mak x nk paksa kau kahwin. Balik lah nak...

Azlina: lupa pulak lina. Tadi mak long call, dia kirim salam..... Tapi mak long ada cerita pada lina sesuatu.

Razali: cerita apa?.

Azlina : mak long cakap rumah nenek di kampung ada orang datang renovate
Agaknya azila ada di kampung kot.
Hamizah: jom lina bersiap kita balik kampung sekarang jugak.
Razali: korang pergi lah aku tak nak pergi.
Azlina: sape nak balik kampung, bersiap dalam masa 5 minit jer.
Perjalanan ke kampung cuma 1 jam.
Azie: cantiknya rumah baru nenek.
Azlina: kak ani..... Nak tanya, azila ada dlm rumah tak?.

Mahani : sebulan lepas dia ada disini dia yg renovate rumah tu, kemudian dia dah pindah, az man seorang jer yang tahu dia di mana. Kejap kak ani bagi kunci rumah tu
Azlina: lina telefon abang man jap.ifa, ambil kunci dengan kak ani.
Azifa membuka kunci rumah dan mereka semua masuk ke dalam.

Azie: wah dah Ada ekon
azifa: mak masuk rehat dalam bilik. Ada katil.

Azlina: abang man cakap dia pergi ambil azila balik sini

Limah: assalamualaikum.....
Hazimah: waalaikummussalam, mak limah naiklah.
Limah: cantik orang bandar ni....... Makin putih..
Hazimah: biasa jer mak limah.
Limah: datang sini nak bawa azila balik ke?,
bagus lah tu, anak ² kamu yang lain ni perangai elok. Kenapa azila sorang perangai macam tu.
Hazimah:perangai macam mana pula tu mak limah.
Limah: nasha anak sedara aku tu kerja misi di hospital atas bukit tu, dia cakap azila ada aids sebab sex rambang.
Hazimah: tak baik fitnah anak saya mak limah.

Limah: fitnah apa nya, ada laporan doktor, kamu pergi hospital sana dan check nama anak kamu, ada dalam rekod.
Azman: assalamualaikum.....
Azlina: jemput naik abang man....

Limah: aku balik dulu zimah.... Bincang lah elok elok ya.
Azman berselisih bahu dengan mak limah, satu pandangan tajam di hantar tepat ke anak mata hitam mak limah.

Azila: apa khabar mak, tangan dihulur namun tidak dipedulikan oleh hazimah.
Hazimah : kamu balik sini sebab nak malukan aku, kenapa tak balik rumah kita, kamu masih ada mak, ada abah.... Kenapa nak lari.

Azila: sebab orang malu nak jumpa mak dan abah...... Orang igt nak tinggal sini diam diam jer, sampai orang mati, tapi mak limah tu mulut tempayan.
Azlina: macammana kamu boleh dapat sakit ni.
Azila: ada orang x puas hati, upah negro rogol zila.
Azifa: apa zila dah buat sampaikan ada orang berdendam?.
Azila : orang tipu duit dia
Hazimah : duit kamu hantar kat mak tu duit hasil menipu la?

Azila: bukan lah duit orang bagi mak, duit orang kerja. Duit beli barang, pergi jalan², yg tu baru guna duit menipu tu.
Hazimah: takde kerja kamu ni. Dah ikut mak balik rumah. Mati la kamu kalau tahu dek abah kamu tu.
Azila: kalau mak nak tahu, masa zila umur 6 tahun abah rogol zila dalam rumah ni.
Azlina: jangan nak buat cerita zila.
Azila : cite betul la, lepas tu abah pesan jangan cerita pada orang, kalau mak nak marah orang, mak marah suami mak tu dulu.
Kata hati Azman: astaghfirullahalazim., apa lagi rahsia si azila ni?

begitulah stigma masyarakat terhadap pesakit HIV,kurangnya ilmu pengetahuan menyebabkan seorang wanita dihalau pergi dan dipersalahkan atas keruntuhan moral remaja yang lain.tapi sebenarnya nak bapa tak reti nak jaga anak masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience