39-orang lama kembali?

Family Series 20540

niBeberapa hari selepas majlis perhimpunan datuk bandar wilayah Persekutuan dengan penduduk di kawasan taman perumahan di sekitar Putrajaya, Kedai Azila menerima banyak pembeli baru, penduduk Putrajaya tidak sangka dapat merasai keenakan masakan asli Kelantan yang sama seperti makan di Kelantan. Azila turut memperdengarkan lagu lagu dikir barat yang popular di Kelantan sambil melantunkan lagu itu bersama sama.
"Tunggu tunggu tok kelik,tok tahunya gi kemana
turun pagi hingga ngorik lagu ni sokmo sokmo
hati mana kita tak sakit ingat perangai demo Buke kata kita nak bangkit demo sendiri buat tok kena "Azila berlagu sendirian.
"Tunggu Sapo mek wei"sergah Alif.
"Abang ni, terkejut Ila tau"Azila pura pura marah.
"Ralit dok teringat KO Sapo?"soal Alif lagi.
"Tadi ada nampak macam kak Suzila, isteri Isman tu, risau pula kalau dia pun nampak Ila juga, janganlah Isman dan Dato'Eddy kacau kita pula lepas ni"kata Azila. Sememangnya tengahari tadi ada segerombolan pekerja dari pejabat Imigresen di Putrajaya datang menikmati hidangan masakan Kelantan ketika waktu rehat makan tengahari mereka. Azila tidak ada di kedai dan hanya kembali setelah pekerja pekerja itu mahu berangkat pulang. Azila seperti mahu pergi menegur tetapi dia mengurungkan niatnya itu. Azila tidak mahu menjadi a wedding breaker atau pelakor lagi, cukuplah kehidupan bahagianya bersama sama dengan Alif dan anaknya Azila tidak mahu lagi berada dalam lingkungan kisah lama yang menyakitkan perasaannya. Dia sudah diberikan oleh Allah seorang suami yang baik dan sempurna.
Sementara itu di rumah Isman.
"Abang ada berhubung dengan Azila lagi sekarang?"soal Suzila.
"Selepas dia kahwin abang cuma terima mesej dari dia cakap ayah dia meninggal itu saja, kenapa tiba tiba buka cerita tentang Azila ni, dah lebih tujuh tahun dia kahwin sayang,"ujar Isman.
"Tadi Ila ikut kawan office makan di sebuah kedai makan di dalam kawasan perumahan di Putrajaya di Presint 5, rasa masakan tu macam Azila"lata Suzila.
"Ada nampak dia tak?"soal Isman .
"Tak nampak tapi macam mustahil budak muda dua orang tu boleh masak ikan tongkol singgang sedap macam tu seperti di masak oleh orang lama di Kelantan, sini kuala lumpur kot"ujar Suzila.
"Cuba tanya mereka buka tak hari Sabtu, kita pergi rasa"kata Isman.
"Sumayyah, Irdina dah cukup belajar tu, pergi masuk tidur"ujar Suzila.
"Mama, temankan Boy tidur"rengek Azlif.
"Boy ni mana boleh manja manja lagi dah, bila adik dah ada macam mana?"soal Azila sambil menepuk nepuk paha Boy.
"Takpelah adik belum ada kan, boleh Boy bermanja dengan mama kan?"soal Boy mengelus perut ramping ibunya.
"Macam mana adik masuk ke dalam perut mama?"soal Azlif.
"Boy tahu siapa yang menjadikan kita semua manusia ?"soal Azila.
"Ustazah kata Allah, Allah tu maha kuasa kan mama?"jawab Azlif.
"Betul tu, dan adik ada dalam ni dengan kuasa dari Allah, "balas Azila.
"bila Adik nak keluar, tak sabar Boy nak pegang adik"ujar Boy matanya sudah hampir tertutup rapat.
Azila masih sabar melayani anak sulungnya,benar kata Boy setelah anak keduanya lahir kasih sayang akan ditumpukan sepenuhnya kepada si bayi dan Boy akan mula tersisih.
Azila mengambil sebiji bola ping Pong yang terdapat di atas lantai.
"Boy tengoklah ni, adik Boy dalam ni masih sebesar bola ping pong ni, maya mulut hidung telinga belum ada lagi, tangan dan kskibpun masih belum ada, tunggu adik dah ada tangan kaki,mata hidung mulut dan telinga, barulah adik ready nak jumpa abang Boy "kata Azila.
"macam mana mama tahu adik dah ada semua tu?"soal Azlif tidak puas hati. semua itu pengalaman baru untuknya.
"Nanti adik dah mula menendang mama tahulah adik dah ready nak jumpa abang Bot dia"ulas Azila.
"Adik tendang mama, jahatnya adik ni?"marah Boy.
"Adik tendang tak sakit,Boy pun pernah tendang mama dulu"kata Azila. Boy dengan cepat membuka mata lalu duduk melutut dihadapan Azila kedua tangan ditangkupkan lalu berkata
"Boy minta maaf sebab dah tendang mama,Boy tak sengaja, Boy tak perasan pun masa tu"Azlif merayu meminta maaf.
"Tak mengapa Boy, mama tak sakit pun, lagipun masa tu mama tahu Boy dah tak sabar nak jumpa mama,kan?, Boy anak pertama mama, bush hati pertama mama, Boy berikan mama peluang menjadi ibu dan kerana Boy hidup mama cukup bermakna, terima kasih Boy, Azila memeluk Azlif dan mencium anak itu bersungguh sungguh. Dia pernah merasa kehilangan Alif walaupun cuma untuk 2hari tapi Azila merasakan seperti dua tahun lamanya. Akan dia jaga permata hatinya yang pertama ini dan menyayanginya walaupun sudah ada anak anak yang lain ,
"Sayang.."panggil Alif.
Azila baru menyedari dirinya tertidur di sebelah Azlif pada malam itu Alif yang terjaga untuk solat tahajjud mencari isterinya.
"Abang.. dah pukul berapa ni?"soal Azila serak.
"Pukul 3.30 pagi, nak tahajjud sama sama?"soal Alif.
"Ok, sekejap "balas Azila. Azila kembali ke biliknya dan mengambil wuduk sebelum pergi ke bilik solat Mereka.
Tiba di bilik solat Alif Saudah membentangkan sejadah untuk mereka berdua. mereka berdua menunaikan solat sunat tahajjud diikuti dengan solat sunat taubat, solat sunat tasbih dan witir.
"Kenapa mata sayang tu bengkak "soal Alif.
"Boy tanya bila adik nak keluar
sayang jawab bila dah ada anggota lengkap. Boy tanya lagi macam mana nak tahu dah ada anggota. sayang kata bila adik dah menendang, dia marah Adik dia tendang mama, sayang kata Bot pun pernah tendang mama dulu l then dia minta maaf, dia kata dia tak sengaja, comel Betul snxk itu"ujar Azila menyambung tangisannys"Sudah jangan menangis lagi, jom kita bertadabbur"ajak Alif.
"Apa kata kita mulakan dengan surah Luqman "soal Azila.
"Surah Luqman banyak memberikan kita pengajaran dan nasihat terutama sekali berkenaan nasihat Luqman hakim kepada anak anakn.
Boy akan menyambut hari lahir yang ke 6 tak lama lagi kita dah boleh mula ajar Boy untuk solat, berpuasa dan mengaji, mulakan dari sekarang sebab bila sua dah berumur 7 tahun dan tak beribadat kita boleh hukum dia dengan memberi pukulan, jadi baik kita bertadabbur surah Luqman hakim bersama sama dengan Boy, sekarang kita bertadabbur Surah An nisa ya sayang"ujar Alif.
"Baiklah, tapi Jomlah, tapi tak perlu sampai pukul Boy ok"kata Azila.
"Tak boleh kita mesti hukum dia tapi sayang jangan risau abang akan terangkan kepada dia kenapa dia akan dipukul, anak kita tu bijak dan licik macam mama dia"usik Alif.
"Itu puji ke perli?"marah Azila lalu bangun untuk mengambil al Quran miliknya.
"Alif mulakan dengan membaca surah An-Nisa dengan tarannum yang indah. Azila pernah terpikat dengan suara tarannum Alif ketika kali pertama Alif bertemu Azila di rumah mak haji dan tuan haji Ishak dahulu, dan Azila jatuh cinta berkali kali

lupa nak update semalam

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience