32-pesta housewarming.

Family Series 20540

Azila merasa bahagia kini dapat tinggal di tempat baru tanpa adanya manusia toksik seperti Nasha yang menggangu. Pada minggu kedua Azila dan Alif merancang untuk mengadakan housewarming rumah baru mereka. satu majlis doa selamat dan solat hajat diadakan pada sebelah malam dan pesta housewarming pada siang harinya. set katering yang mereka beli ternyata tidak membazir dan digunakan untuk majlis housewarming Mereka. Bagi mengelakkan daripada terjadinya hal yang sama seperti di tempat lama, Alif telah meminta salinan laporan perubatan Azila daripada pusat rawatan ilaj, tempat Azila mendapatkan rawatan sebelum ini. dan mereka pergi mengadakan ujian saringan HIV di beberapa klinik kesihatan yang lain. semasa majlis housewarming itu Alif telah memberi ucapan, tetamu mereka terdiri daripada jiran tetangga terdekat, ahli jawatankuasa masjid dan ahli jawatankuasa komuniti setempat serta kak Norlida dan kak Anisah.

"Assalamualaikum Semua, terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk datang ke majlis kami, selain daripada memperkenalkan diri saya dan isteri ada satu informasi untuk di beritahu kepada anda semua selaku jiran tetangga kami yang baru.sebelum itu nama saya Alif ini isteri saya Azila dan anak sulung kami Mohd Azlif atau Boy"kata Alif. Saya bertemu dengan isteri saya tiga tahun yang lalu ketika dalam program mencari pesakit HIV untuk menjalani rawatan di pusat rawatan ilaj, untuk makluman saya adalah seorang pegawai di JAKIM dan pusat rawatan ilaj ini adalah satu inisiatif dari JAKIM bertujuan untuk membantu memulihkan pesakit HIV dan membawa mereka kembali ke pangkal jalan jika mereka sudah tersasar. Sebelum berkenalan dengan Azila dia tinggal di Kuala Lumpur dan menjadi mangsa khianat seseorang, sehingga dia dijangkiti oleh virus merbahaya itu.
"Setelah menerima rawatan selama setahun di pusat rawatan ilaj kendalian JAKIM, Kini Azila sudah pulih sepenuhnya. ini laporan doktor dari pusat rawatan ilaj dan beberapa klinik swasta yang mengesahkan bahawa isteri saya Azila sudah bebas sepenuhnya daripada virus itu. tujuan kami membuat pengumuman ini supaya tidak ada orang yang salah faham dan merasa jijik dengan isteri saya. Dia telah dikhianati dan sudah pun menerima hukuman Allah kerana kesalahan lampaunya. Isteri saya juga sangat suka memasak dan kami bercadang untuk membuka jualan makanan berupa masakan Kelantan di depan rumah kami sikit masa lagi, hidangan pada hari ini adalah sepenuhnya air tangan isteri saya, itu saja, sekian terima kasih "ujar Alif.

seorang lelaki memakai songkok pula berdiri
"Assalamualaikum Alif dan Azila, nama saya Imam Amin, imam besar masjid di depan sana dan saya juga pengerusi jawatankuasa komuniti setempat, kami mengalu-alukan kedatangan keluarga Encik Alif ke tempat kami, soal masa lalu puan Azila kami tidak permasalahkan dan kami juga mengalu alukan jika benar puan Azila mahu menjual masakan Kelantan di sini, tapi kami ada pilihan tempat berniaga yang lebih baik. si tepi masjid ada sebuah kedai makan yang sudah tidak digunakan lagi apa kata puan Azila berniaga di sana, sebab nak berniaga di hadapan rumah ni perlukan lesen dari SSM dan lesen dari majlis bandaraya. jika di kedai makan itu cukup dengan lesen SSM saja , pihak masjid akan membantu puan untuk membersihkan kedai itu terlebih dahulu sebelum puan mulakan perniagaannya "ujar imam Amin.

Di rumah Nasha.

"Macamana,kau dah ada lokasi rumah baru mereka tu?"soal Nasha.
"Ini lokasinya dan ini alamatnya datin "ujar si orang upahan Nasha.
"Bagus, ini upah kamu, jangan lupa untuk mengintip pergerakan mereka terutama sekali anak lelaki mereka tu"pesan Nasha.
"Baik datin,"akur si orang upahan.

"Sedapnya kuih ni Apa namanya,jarang jumpa kuih tradisional begini di kota "soal Wahidah.
"Ini Kuih tepung bungkus, kak Ida tak nak cuba laksam tu?"soal Azila.
"Laksam ni the best in the world rugi kalau tak cuba" Norlida memulakan gerakan menghasut tetamu untuk mencuba laksam buatan Azila yang sedap itu.
"Ya betul sedap, rugi isteri saya tak dapat datang. dia pening kepala dari malam tadi"ujar imam Amin
"imam tunggu ya saya bungkuskan sikit untuk isteri imam. Azila mengambil mangkuk tingkat plastik yang sudah disediakan untuk membungkus makanan buat tetamu yang hadir.
"Ini imam, bekal untuk orang rumah"Azila menghulurkan mangkuk tingkat itu
"Masyaallah, banyaknya terima kasih, pak imam sokong kamu buka kedai tu, InshaAllah pak imam bagi sokongan kuat ada Azila."luah Imam Amin.
"Terima kasih imam, InshaAllah, saya akan lakukan yang terbaik"kata Azila.
Norlida dan Anisah pulang ke rumah mereka. Nasha yang sedang menemani Irfan bermain menyapa mereka berdua.
"Dari mana tu Kak Ida, Kak Anis?
"Dari rumah baru Azila dia buat party housewarming hari ni."balas Norlida.
"Oh, Dimana dia tinggal sekarang,rumah BN untuk mana dia sewa?"ejek Nasha, sengaja mengundang amarah jirannya itu.
"Dia bukan sewa rumah buruk, rumah dua tingkat tahu tak?rumah itu Erra dua tingkat,cantik Area rumah dia tu"puji Norlida.
"berubah riak muka Nasha mendengar pujian dari Norlida tidak sabar untuk Nasha memulakan rancangannya iaitu memusnahkan kebahagiaan Azila.
"Sayang ini kak Ruby, dia pemandu van sekolah yang akan menjadi pemandu Bot bila sekolah nanti"ujar Alif.
"Ramai ke penumpang van sekolah kak Ruby tu?"soal Azila.
"Van akak tu boleh memuatkan 10 orang budak tapi sekarang baru ada5 orang budak. semua anak penduduk disini.kalau anak encik dan puan join ada6 orang, dan saya akan stop pengambilan pelajar lain, cukup dengan 6 orang saja, "terang Ruby.
"Kalau begitu saya setuju sebab kalau ramai sangat pelajarnya banyak ragam dan kerenah saya cuma memikirkan tentang isu keselamatan anak saya."ujar Azila.
"Saya faham puan,lagipun rumah saya di belakang rumah puan saja."kataRuby.
"Jemputlah makan dulu kak Ruby "pelawa Azila.
Ruby menghampiri meja buffet untuk mengambil makanan,.
"Betul kata pak imam, sedap masakan Kelantan ni ya"puji Euby.
"Alhamdulillah, homemade food tak pernah mengecewakan "balas Azila.
""Boleh buka kedai ni Azila"ujar Ruby.
"panggil Ila jer kak, insyaallah dalam proses nk buka kedai di tepi masjid sana pak imam kata dah ada tapak kedai disitu"balas Azila.
"Senanglah kak Ruby nk cari makanan siap lepas ni"kata Ruby sebelum meneguk air dari gelasnya.
"Eh, kak Ruby macam pernah tengok gambar Ila dalam akhbar 2 tahun lalu rasanya. ada satu kes saman. lupa la pula.Dari tadi dok tengok tengok muka Ilamacsm biasa tengok."kata Ruby.
"Betul kak, dulu saya kena saman dengan seorang Dato'"ujar Azila.
"Ajak dan kawan kawan driver lain gelak besar pada Dato'dan isterinya tu, nak saman Ila last last dia kena saman semula kan?"soal Ruby.
"begitulah kak, saya ada bukti untuk semua pertuduhan itu so saya tak bersalah. isterinya pula nk saman saya ganggu rumah tangga mereka sedangkan Datin tu yang ada gigolo sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience