"Mama tiga hari lagi birthday Boy kan?"Soal Azlif.
"Ya, Boy nak hadiah apa?"soal Azila.
"Boy tak nak hadiah sebab Boy dah besar"balas Azlif.
"Bagusnya anak papa ni?"sampuk Alif.
"Boy tak nak hadiah tapi Boy nak birthday party Boy dengan tema superheroes"kata Boy sambil tersengih.
"Boy tak nak hadiah tapi nak parti la abang",kata Azila.
"Boy apa kata mama dengan papa buat majlis doa selamat dan kenduri kesyukuran, sebab sambut birthday, tiup lilin dan potong kek ni bukan satu kelaziman bagi orang Islam"pujuk Alif.
"Ok, tapi hujung tahun ni Boy nak pergi ke Legoland Malaysia ok?"pujuk Boy.
'Ok papa setuju. Azila menguruskan satu majlis kenduri kesyukuran untuk meraikan majlis hari lahir Boy yang je Tujuh tahun. Aida tidak dapat menghadiri majlis itu dan cuma mengirimkan hadiah melalui Nik yang datang bersama anak perempuannya the beauty 'Wan Aisya Nureen.'
"Ini hadiah untuk Boy"Nureen menyerahkan sebuah kotak hadiah kepada Azlif.
"Che da masih belum pulih ke Nik?"soal Azila.
"Belum dah 7 tahun dan hampir nak masuk 8 tahun dah dia sakit"kata Nik.
"Ya sama masa Ila melahirkan Azlif, masa tu juga Che da diserang sakit kan"ujar Azila
Suria dan Lela menyediakan makanan untuk majlis boy dan Imam Amin mengetuai solat hajat dan membaca doa untuk Boy. selepas habis majlis Alif mengajak Boy masuk bertemu dengannya di dalam bilik solat.
"Ya papa"kata Boy
"Boy... papa ada nk berbincang dengan Boy sebagai seorang ayah. ok. papa nak Boy faham kenapa dan mengapa papa dan mama memberikan arahan kepada Boy, boleh ya?"soal Alif"Boleh papa"balas Boy.
"Baiklah Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda, "Bekerjalah kamu dengan taat kepada Allah dan jauhilah hidup kamu daripada melakukan maksiat kepada Allah. Hendaklah kamu mengajar anakmu sejak kecil untuk mentaati perintah Allah, larang mereka daripada melihat perkara yang tidak baik. Apabila kamu melakukan sedemikian, kamu sedang menjaga diri kamu dan dirinya daripada dihumban ke dalam neraka."
Selain itu, apabila umurnya mencecah tujuh tahun ajak mereka beribadat kepada Allah SWT, iaitu mengajar untuk solat, mengenali aurat lelaki dan perempuan yang berbeza antara satu sama lain.
Sentiasa dalam ketaatan
Begitu juga dibenarkan untuk memukul dengan tujuan untuk mendidik jika meninggalkan solat apabila usianya mencapai 10 tahun, selain mengasingkan tempat tidur mereka dan membiasakan diri untuk berpuasa serta mengerjakan haji apabila berkemampuan.
Mendidik anak mengenali agama adalah hak mereka yang perlu dipenuhi oleh kedua ibu bapa supaya sentiasa berada dalam ketaatan kepada Allah SWT. Malah untuk mengukuhkan keimanan anak yang sedang membesar, didiklah mereka mencintai Rasulullah SAW dan keluarga Baginda."terang Alif.
"Boy faham ustaz pun dah pesan Boy kena solat, puasa dan mengaji "balas Boy.
"Bagus anak papa mulai esok Boy akan bangun pagi untuk solat jemaah subuh bersama mama dan papa, kemudian kita akan bertadabbur AL quran. di sekolah juga Boy mesti solat ketika waktu Zohor dan tak boleh menipu mama dan papa, jika Boy buat salah mama dan papa boleh pujuk Boy ok,"sambung Alif.
"Nanti papa ajar Alif mengaji ya, ustaz kata nk solat kena pandai mengaji dulu"kata , Boy.
"Untuk sementara ni Boy jadi makmum dan papa akan jadi imam, lama lama Boy boleh belajar cara jadi Imam,ok"ujar Alif.
'Kalsu Boy jadi imam kesian Imam Amin tak ada kerja.
"Boy cuma boleh jadi imam Untuk mama, adik beradik perempuan,dan isteri serta anak anak Boy kelak "kata Alif.
"oh begitu Boy dah faham sekarang, papa apa itu tadabbur"soal Boy.
"Tadabbur al-Quran adalah arahan daripada Allah SWT. Menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Maka apakah mereka tidak mentadabburkan al-Quran? Atau hati mereka terkunci.” (Surah Muhammad, ayat 24)
Maksud tadabbur adalah kita menghayati dan merenung sehingga meresap makna ayat al-Quran itu ke dalam hati.
Ia perkara yang disuruh oleh agama. Tadabbur berbeza dengan tafsir kerana tafsir menjelaskan maksud yang dikehendaki Allah SWT pada suatu ayat.
Tiada siapa yang layak mentafsirkan ayat al-Quran melainkan Rasulullah SAW kerana Baginda adalah al-Quran bergerak.
Mereka yang layak mentafsirkan al-Quran al-Karim adalah sahabat Baginda kerana mereka pernah hidup bersama Rasulullah SAW.
Seterusnya, murid sahabat Nabi yang mengambil ilmu daripada sumber yang asli.
Sampai kepada kita, semua tafsir al-Quran sudah terkumpul dan tersusun dalam kitab tafsir yang berjilid-jilid.
Tafsir ayat al-Quran itu adalah tafsir rasmi yang diambil daripada sumber asli iaitu Rasulullah SAW.
Pada hari ini, jika ada ustaz atau ustazah yang mentafsir ayat al-Quran, sebenarnya mereka bukan mentafsir tetapi membaca tafsir al-Quran daripada kitab tafsir berdasarkan riwayat sahih yang boleh dipertanggungjawabkan kebenarannya." terang Alif.
"sekarang Boy Pergi ambil wuduk dan pergi panggil mama untuk solat"kata Alif. Boy Pergi mendapatkan Azila setelah mengambil wuduk
"Mama, jom solat "ujar Boy.
"Boy dah ada wuduk?"soal Azila cuba untuk menggosok kepala Boy.
"mama about dah ada wuduk, mama tak boleh pegang Boy"ujar Boy.
"Boy Bukanlah suatu perkara yang dirisaukan dan diragukan seseorang jika tersentuh dengan mahram dalam keadaan berwudhu.
Ini kerana ramai yang tahu bahawa wudhu tidak akan batal jika persentuhan berlaku antara sesama mahram. Hukum syarak telah menetapkan wudhu seseorang tidak batal jika bersentuhan dengan mahram mu’abbad (yang diharamkan nikah dengannya untuk selamanya), sama ada disebabkan keturunan, penyusuan mahupun perkahwinan seperti menantu dengan mertua.
Status mahram ternyata membuatkan seseorang merasa yakin, sekaligus menolak keraguan adakah wudhu masih sah atau batal apabila bersentuhan kulit dengan yang berlawan jantina. Umpamanya wudhu seorang ibu tidak batal jika menyentuh anak kandung lelaki yang masih kecil ataupun yang sudah dewasa."Terang Azila.
"Wah pandailah sayang sekarang ni?"puji Alif.
"Tengoklah siapa suami Ila kan?"kata Azila.
"Sayang esok Abang ada Majlis Qiamullail Perdana di Petaling jaya anjuran majlis agama Islam negeri Selangor. Bos abang minta abang mewakili JAKIM untuk memantau perjalanan program itu supaya tidak melampaui batas dan menyalahi undang-undang Islam "kata Alif
"berapa hari abang perlu pergi ni?"soal Azila.
"tiga hari Ahad Abang balik"balas Alif.
"Bxik abang cakap betul betul, abang pergi program ke nk pergi kahwin nombor dua di Siam dengan Haliza, sejak perempuan tu hantar Boy balik oetangzi abang macam ada perubahan sikit. selalu pergi program balik hari sekarang sampai 3 hari, ini mesti nk Pergi Kahwin di selatan Siam, bagi borang kebenaran untuk berpoligami sayang akan tanda tangan, tsk perlu sampai nk kahwin lari begini, bust majlis ikut adat, "ujar Azila tanpa sedikit pun perasaan marah.
"Sayang ini itinerary program sebab itu abang perlu adasi Saba 3 hari, abang dah tak jumpa dengan Haliza dia cuma..."Alif mula tergagap gagap.
"Dia cuma apa?"bebtK Azila.
hailah Alif kusangkakan kau Setia
Share this novel