Nama aku Azman, aku anak tunggal dalam keluarga. ibu aku anak kedua dari dua orang adik niberadik. Aku bersama ibu dan ayah tinggal bersama sama dengan nenek. Pak long Razali sudah lama berpindah keluar dari kampung ini sebaik berkahwin dengan mak long. kadang kadang Pak long akan bawa pulang keluarganya untuk melawat nenek. tanpa sedar aku sudah ada 3 orang sepupu perempuan. yang sulung bernama Azlina, muda setahun dari aku. aku lahir pada tahun 1977 dan azlina1978. anak kedua Pak long Azifa lahir pada 1979 dan yang paling comel diantara, mereka ialah Azila lahir pada 1981.Azila memang paling comel dan cute dengan berkulit putih melepak. bila kami mula memasuki usia remaja, Pak long sudah jarang pulang ke kampung ini, kesibukan mencari rezeki adalah punca kenapa Pak long tidak lagi pulang tetapi hal sebenarnya, ialah pertengkaran antara mak aku dengan Pak long Razali.
kejadian berlaku sebelum ayah aku Yusof meninggal dunia akibat pengambilan dadah berlebihan.malu untuk aku ceritakan tetapi begini ceritanya. Ayah cuma seorang budak kampung yang membantu orang kampung dengan mengambil upah memotong getah ataupun memanjat pokok kelapa. kerajinan ayah menambat hati ibu, lalu mereka pun berkahwin. Pak long Razali sudah lama tidak merestui hubungan Yusof dengan Razilah adiknya. Bila yusof mula berkawan dengan kutu lepak dan mat gian kampung,Pak long Razali mendesak mak, agar bercerai dengan ayah.
"Kamu tahu tak suami kamu tu dah mula ambil dadah, aku nampak dia merayau rayau dengan mat gian tu "kata Razali.
"Dia suami Ilah, Ilah tahu apa dia buat, duit gaji dia semua dia bagi pada Ilah, mana datangnya duit untuk beli dadah haram tu ", Razilah membela suaminya.
"Yusof tu buat kerja macam macam,yakin kah dia takde sorok Duit untuk beli dadah?"soal Razali, mula bengang bila Razilah melawan.
"suami Ilah bekerja itu duit dia ikut suka dia lah. dia juga yang menyara mak, abang sebagai anak sulung mak, apa abang dah buat sebagai anak?"bentak Razilah.
"Buat apa aku tunjuk berapa banyak duit aku bagi pada mak, dan sepatutnya pun kamu yang bagi duit pada nak, kamu menumpang di rumah mak kan"amarah Razali memuncak.Mak semakin marah.."Baik abang jangan balik lagi ke sini, orang benci abang!"jerit Razilah. dan itulah sebabnya kenapa pak long jarang balik. dan aku pula tekad untuk berjaya dan bantu ekonomi keluarga. Yes, aku berjaya menjadi seorang jurutera di bawah Petronas .Dengan gaji 5 angka sebulan ramai makcik makcik di kampung ini yang cuba mendekatkan aku dengan anak gadis mereka. termasuklah Nasha, anak gadis yang kononnya paling cantik di kampung aku tu. tapi sebenarnya Nasha tidak cantik pun, dia putih kerana menggunakan produk pemutihan, maknanya jika dia berhenti menggunakan produk itu kulitnya akan kembali menjadi kusam.Setelah kematian nenek, aku memohon untuk bersara awal, aku diberikan pampasan hampir RM 10 juta di atas khidmat aku selama 10 tahun dengan Petronas. kepulangan aku kali ini disambut dengan cerita daripada pemuda kampung tentang seorang gadis cantik yang kini menetap di rumah nenek, aku pergi ke kedai kak Mahani untuk melihat gadis itu, dan rezeki aku bertemu gadis yang bernama Azila itu di kedai Mahani.Terpegun aku dengan kecantikan gadis itu. Mak Limah tak habis habis mahu menjodohkan aku dengan Nasha dan dia ada mengatakan bahawa Azila mengidap sakit yang merbahaya. Sakit apa aku tidak tahu. apa yang aku tahu, akan aku gunakan seluruh harta aku untuk membantunya. Mak Limah mengeja nama sakit itu kepada aku.
"Dia sakit A.I.D.S"eja mak Limah.
"betul ke tuduhan mak Limah tu Ila?"soalku.
"Ya, Ila tapi Ilatelah di perangkap."balas Azila dengan suaranya yang merdu.
Dan bila pegawai CNN Limah sudah dapat satu berita aku pasti satu kampung akan heboh mengenainya. Aku segera membeli sebuah rumah untuk dijadikan rumah sewa, aku memasukkan perabot dan peralatan asas sebuah rumah dan membawa Azila tinggal di situ. Kemudian aku menghubungi puan Mas Idayu, seorang pegawai dari pejabat AADK daerah untuk memberi penerangan yang betul tentang sakit AIDS di kampung aku tu. aku sudah arif tentang pemikiran tabu mereka mengenai sakit tersebut.
Dan seperti jangkaan mereka dari kampung berpakat untuk menghalau Azila. tetapi aku masih mempertahankan kekasih hati aku itu. mak juga termakan hasutan Mak Limah dan mengganggu Azila. Azila telah melarikan diri dari aku dan ketika Aku bertemu Azila semula dia sudah bersama dengan seorang lelaki bernama Alif dan lelaki itu akan membantu untuk memulihkan Azila. nampaknya Azila tidak nampak keikhlasan hati aku mungkin kerana hasutan dari mak. Terakhir aku dengar Azila sudah berkahwin dan kini sedang mengandung anak pertama mereka berdua. dan aku masih disini menunggu cinta sejatiku. aku tidak pernah bercinta di sekolah di kolej mahupun ditempat kerja dan ketika aku bertemu dengan Dr is yang aku sykaeupanya dia bukan milikku.
Ada sebab kenapa aku tidak suka Nasha, perempuan gedik tu. Dia pernah cuba mengorat Jeffrey Smith. salah seorang rakan pekerja yang bekerja dengan Petronas dan Jeffrey berasal dari Canada. taste minah gedik tu tak nak kalah. walaupun bahasa Inggerisnya berterabur dia tetap yakin berbual dengan Jeff.
"Hai you morning eat already?"soal Nasha.
"She asked if you have your breakfast yet?"Aku terpaksa menjadi pengalih bahasa.
"You come to me house I cook night food very dap dap""she wants to asked you for dinner in her house "Adoi pening.... dan itu kdli terakhir Jeff merayu untuk aku membawa dia pulang ke kampung.lagi 5 tahun umur aku sudah masuk 50 tahun. siapa kah yang mampu merawat luka dihati ini akibat ditinggalkan oleh Azila dan siapakah permaisuri hatiku agaknya . Tidak ada yang tahu sebenarnya bpak long Razali Tekam membiayai pembelajaran aku sehingga ke peringkat sarjana muda. mula mula aku mengambil jurusan biochemical dan seterusnya ijazah sarjana biodiesel. Sedikit sebanyak aku terbuntang budi dengan pak long. Sebab itu aku mempertahankan Azila daripada di cerca oleh orang kampung. Rahsia hatibibi akan aku simpan sampai mati. Setelah Azila keluar dari rumah sewa milik aku, aku semakin menyibukkan diri dengan kerja. Aku telah membuka sebuah kedai mini market yang menjual barangan runcit pada harga yang murah. Dan aku ada seorang pemvxntu Farisya mamanya.Farisya sudah pun menyewa rumah sewaktu supaya mudah untuk dia pergi bekerja. Farisya seorang gadis cantik dari Melaka.Dia sanggup merentas banjaran Titiwangsa untuk bekerja di negeri pantai timur sambil mencari ilmu agama.
ini adalah chapter baru yang tidak ada dalam novel lama, chapter chapter baru akan mula di tulis dan diupdate.
Share this novel