41-orang dari masa lalu kembali

Family Series 20540

"sayang, jom bersiap, abang rasa nak jogging di Taman Tasik Putrajaya"ujar Isman.
"Ok juga tu, kawan Sayang pun tak tahu kedai yang sayang cerita dua hari lepas tu buka tak hari ni, tapi dah alang alang pergi kita boleh check sendiri 'balas Suzila. lalu keduanya pergi ke Taman Tasik Putrajayauntuk rekreasi.

"Jom kita cari kedai makan tu"kata Isman, lalu berlalu pergi dengan memandu kereta. Isman kini sudah cekap memandu, kejadian kemalangan 9 tahun lalu yang hampir meragut nyawa Suzila dan dua anaknya maya dan Dina menjadi pemangkin semangat untuk Isman mengambil lesen memandu kereta. mengimbau kenangan mengerikan itu, Isman dan ahli keluarganya dalam perjalanan pulang ke rumah ibu bapa Isman di Pahang. Suzila yang hamil 7 bulan anak ketiga mereka pada ketika itu memandu kereta kerana Isman cuma memiliki lesen menunggang motosikal sahaja. tiba di satu persimpangan kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori 16 tayar, dalam kejadian itu Suzila , Maya dan Dina dikejarkan ke hospital kerana mengalami pendarahan yang banyak dan terlantar di ICU selama 3 bulan manakala Isman pula cuma mengalami kecederaan ringan. pada ketika itulah Isman berkenalan dengan Farah dan menjalinkan hubungan cinta dengan wanita itu.Farah Ialah kekasih pertama Isman sebelum bertemu dengan Azila.Rentetan daripada kejadian itu Isman berusaha untuk mendapatkan lesen kereta supaya Suzila tidak perlu memandu ketika mengandung lagi. Namun Isman masih belum dapat mengawal perangai Playboy nya. setelah Azila menghilangkan diri Isman memulakan perhubungan cinta dengan seorang rakan sekerjanya. Azila tetap yang pertama di hati Isman, dia selalu memuji dan menyebut nama Azila ketika bersama dengan Nina di pejabat.
wanita itu telah bertindak untuk mencari nombor Azila dan meninggalkan mesej amaran ,
"Jangan ganggu Isman lagi, dia dah ada isteri dan kekasih baru yang lebih cantik.
Azila yang membaca mesej itu tidak menunjukkan reaksi apa apa dia cuma keluar mendapatkan simkad yang baru dan sejak itu Hubungan Isman dan Azila terputus
Suzila menunjukkan arah pergi ke kedai makan Azila.

Isman memarkir kereta mereka jauh dari kedai itu tetapi Isman masih dapat melihat wajah Azila yang sibuk dengan urusan bisnesnya.
"Itu memang Azila sayang"kata Isman.
"Tapi ramai orang sedang membeli la abang"kata Suzila.

"Ok kita datang untuk makan tengahari la, kita datang awal sikit nanti, sekarang jom kita pergi cari tempat makan lain 'ajak Isman.
Selepas kereta Isman berlalu Alif mendekati Azila dan bertanya.
"Sayang nampak tak kereta Honda merah yang parking didepan tu tadi "soal Alif.
"Tak perasan, ramai pembeli tadi, kenapa?"soal Azila.
"Abang pelik sebab lama juga mereka parkir di situ tapi tak singgah pun terus pergi, abang ingat itu kawan sayang'kata Alif.
"Kereta apa tadi Honda merah, tak ada pun kawan sayang guna kereta tu,
"Takpe mungkin pembeli baru tapi tengok ramai beratur mereka cari kedai lain, tak mengapalah sayang, bukan rezeki kita"ujar Alif
"Bukan rezeki pun jualan kita untuk hari ini habis, Sue, ikut abang Alif pergi Beli bahan untuk makan tengahari pula, Lela buat apa ya?"kata Azila. Tersenyum Suria bila mendengar arahan Azila, dia ada peluang untuk berdua dugaan dengan Alif.
"Abang Alif ada adik atau sepupu lelaki tak, boleh kenalkan dengan Sue"kata Suria gedik

"Tolong jaga batas ya Sue, jauh sikit"kata Alif bila tubuh Suria sudah hampir condong ke arah Alif dan kepala Suria Hampir mendarat di bahu kiri Alif.
"Kak Azila tak nampak pun"balas Suria.
"Tapi Allah nampak dan jika Sue fikir abang akan menduakan Azila, Sue salah, Tak terdetik langsung di hati ini untuk menduakan isteri sempurna seperti Azila, walaupun dia pernah khilaf tetapi kini dia seorang wanita yang mulia."kata Alif . teringat perbualan bersama Azila pada malam tadi, bagaimana Azila boleh terfikir bahawa dia akan menduakan dirinya.Memang selalunya program yang dianjurkan oleh JAKIM mengambil tempoh beberapa jam dan Alif sempat balik tetapi bila melibatkan program Qiamullail, Alif terpaksa bermalam di tempat program bersama penceramah dan fasilitator yang lain. peserta program akan bangun pada pukul 2 pagi untuk melakukan beberapa aktiviti tahajjud. Oleh sebab itu Alif perlu tinggal di Petaling jaya untuk dua malam, Setelah memberi penjelasan kepada Azila isterinya tidak lagi sangsi dengan Alif.
Azila sibuk memasak hidangan makan tengahari ketika Lela masuk mencarinya di dapur.

"Kak Ila ada pelanggan nak jumpa kat luar"kata Lela.
"Kak Ila busy ni kalau dia nk order katering Lela isi borang macam biasa "kata Azila.
"Dia bukan nak order katering dia nak jumpa Kak Ila'sambung Lela.
'Ok, Lela tolong isi makanan ni dalam bekas dan susun di depan, hati hati jangan sampai tumpah.

Azila pergi ke depan dan terpaku dihadapan pintu kedai, seseorang yang tak ingin dia jumpa sedang duduk di kerusi makan, Isman dan isterinya Suzila.
Azila melihat sebuah Honda Jazz merah diparkir dihadapan kedainya.
"Ila apa khabar?"soal Isman memecahkan kesunyian mereka.
"Belum mati lagi"Jawab Azila.
"Apa Ila jawab begitu, sepatutnya Ila bersyukur masih diberikan peluang untuk bernafas dan bertaubat"Ujar Suzila
"Bagaimana dengan dosa orang yang tak amanah? Ila dah pesan tak nk di ganggu lagi, kenapa sibuk beri nombor telefon Ila pada Dato'Eddy psiko tu,"marah Azila.
"Kak Ila minta maaf Ila, abang tak salah Kak Ila yang tamak pada Duit, "rayu Suzila.

"Dahlah tu nak makan ke nak bersembang, kalau tak ada apa apa sila berambus "Azila menghalau pelanggannya itu.
"Abang datang sini nak makan, rindu pada masakan sayang "kata Isman.
"Jangan salah panggil sayang encik Isman, isteri saya ni"Alif muncul dari pintu dapur.
"Nak makan pergilah ambil, layan diri, nak Air apa,? hari ni Ila belanja."kata Azila. Isman dan Suzila bangun dari duduk Mereka dan maju ke kaunter yang menempatkan makanan. Alif tidak berani untuk meninggalkan Azila ketika dua pelanggan itu sedang menikmati makan tengah hari mereka.
"Nak apa tu sayang?"soal Alif.
"Saja jer tu, datang tanya khabar"balas Azila.
Azila berdiri di tepi meja makan ketika melihat pinggan Suzila dan Isman sudah kosong.
"Dah habis makan kan, sekarang pergi berambus dan jangan datang lagi"halau Azila.
"Abang nak nombor telefon Ila boleh?"soal Isman.
"Ila ini duit makan kami hari ni tak perlu belanja, rugi bisnes Ila ni "ujar Suzila menghulurkan duit RM 100.
Selepas pasangan suami isteri itu pergi Azila berkata.
"Abang, Kita perlu cari tempat baru untuk berniaga."kata Azila.
"Tapi tempat ni dah strategik, hari jumaat ramai yang datang makan tengahari di sini sayang"pujuk Alif.

"Kalau dua orang tadi dah tahu lokasi kedai ni tak mustahil Dato'Eddy akan tiba tidak lama lagi "kata Azila.
"Nanti abang akan minta polis untuk berkawal di kedai ini sebagai pelindung."cadang Alif.
"Macam polis tu takde kerja lain.

"Assalamualaikum... lauk tengahari masih ada"seorang lelaki tiba di kedai itu. Alif bangun untuk melayan pelanggan mereka itu. Azila kekal di dalam dapur setelah mendengar suara yang ditakutinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience