AMP 23-bertemu bayi Azlif

Family Series 20540

Azila melahirkan bayi Azlif pada Bulan July 2015, waktu itu Che da masih bekerja di Kuala Lumpur. sebaik Alif memaklumkan kepada Che da tentang kelahiran bayi pertama mereka Che da dan seorang lagi kawan serumah Nik, merancang untuk pergi melawat Azila. Che da dapat rasakan Azila memerlukan sokongan kawan kawannya. Nik sendiri seorang ibu dan dia tahu perasaan menjadi ibu pertama kali. kami menempah tiket penerbangan ke Kelantan dan singgah membeli hadiah untuk bayi Azlif vdan susu ibu untuk Azila terlebih dahulu. Suami Nik, Zabidi telah menghantar kami ke lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur 2, KLIA 2 ialah lapangan terbang untuk penerbangan domestik ke seluruh negara. tempoh perjalanan KUL-KBR mengambil tempoh 1 jam 30 minit. di Kota Bharu Nik menyewa kereta dan kami memandu ke rumah Azila berdasarkan lokasi yang dikongsikan oleh Alif. Azila terkejut dengan kejutan dari kami berdua.
"Che da.. Nik .. Ila baru nak minta tolong Alif Beli tiket flight Jo Che da dan Nik, Pah Che da tak Kijo KO?"ujar Azila dengan wajah cerianya.
"Nik memang tak kerja, Che da ambil cuti dua hari nak jelik
Penantian seorang ibu, lebih sembilan bulan dtengok parents juga ni"balas Aida..
"Macam mana perasaan Ila jadi ibu? soal Nik.
"penantian selama 9 bulan telah pun berakhir. Dah macam pengalaman ibu yang Ila pernah dengar terutama sekali daripada kak Lina dan kak Ifa, Sekarang Ila pula bakal berdepan dengan pengalaman baru bersama kehadiran si manja yang comel ni"kata Azila.

"Ibu adalah insan yang pertama yang ditemui bayi sebaik sahaja dia dilahirkan. Sama ada melahirkan secara normal atau caesarean, lakukanlah sentuhan kulit ke kulit dengan lembut & mulakanlah detik penyususan peringkat awal susu ibu kepada bayi."pesan Nik.

"Apa yang penting, Ila dan Alif dah pun memaklumkan terlebih dahulu keinginan untuk berbuat demikian kepada doktor & jururawat yang menyambut kelahiran bayi. "kata Azila.

"Selanjutnya, adalah menjadi tanggungjawab Ila untuk sentiasa berada di sisi bayi (rooming in) yang terbukti banyak membantu kejayaan penyusuan susu ibu di peringkat awal ini. Marilah kita sama sama lalui antara pengalaman kali pertama yang bakal Ila lalui."ujar Nik.

"Tak ada kata kata yang boleh Ila gambarkan bila melihat bayi Azlif buat pertama kalinya. Apa yang pasti perasaan terharu & gembiranya hati Ila ni Che da. rasa bertuah sangat ketika itu. Walau macam mana pun, Ila tahu ada juga segelintir ibu yang tak berperasaan apa apa disebabkan keletihan selepas melalui proses kelahiran. 

Ila sendiri pernah melihat keadaan itu kerana tak mampu walaupun nak senyum melihat anak mereka kali pertama kerana kerana telalu letih & tak bermaya dek meneran sakit contruction yang terlalu lama sepanjang 7jam dalam labour room. Tapi Ila tak kan lupa saat saat itu..gembira & macam macam perasaan yang ada, cume tak dapat dilahirkan dari reaksi wajah sebab dah longlai dah."sambung Azila.

Ila masih ingat pengalaman jiran katil Ila semasa Ila menunggu masa untuk melahirkan. pengalaman setiap orang berbeza beza
Ila & Alif mengambil keputusan seawalnya untuk memotong sendiri tali pusat bayi Azlif setelah semua prosuder diselesaikan oleh doktor. Langkah ini dapat beri peluang kepada Alif untuk turut terlibat dalam proses kelahiran bayi Azlif ni"tambah Azila.

"Ila nak tahu, sentuhan kulit ke kulit yang ibu  lakukan banyak faedahnya. Selain daripada bermanfaat untuk penyusuan susu ibu, suhu tubuh & bau badan ibu akan memberikan keselesaan & menggalakkan pertumbuhan bayi Azlif untuk kekal tenang & berasa selamat.

Percayalah kegusaran untuk memegang bayi buat pertama kali akan hilang begitu sahaja apabila ibu melalui saat ini "ujar Nik.

Apabila melalui sendiri proses kelahiran, barulah kita sedar bahawa ia tidak sama seperti yang digambarkan oleh kebanyakkan drama atau filem yang pernah ditonton mahupun pengalaman pengalaman yang dikongsikan kawan kawan kita dulu.
Semuanya  berlaku mengikut fasa fasa tertentu & bukan semudah yang diperlihatkan. Yang nyata, bayi Azlif kelihatan comot kerana tubuhnya diselaputi lendir verniks yang keputihan-putihan dan palitan darah juga."kata Azila.

"Malah, ada juga di mana kepala bayi kelihatan lebih panjang disebabkan oleh tekanan semasa meneran bagi membolehkan dia keluar dengan selamat.Tapi Che da tak perlu bimbang tentang hal ini. Segalanya-galanya akan kembali seperti sedia kala dalam masa terdekat."ulas Nik.

"Sebaik sahaja bayi Azlif dilahirkan, doktor dan jururawat telah menilai tahap kesihatan bayi. Dalam masa satu minit, segenap tubuh nya akan dinilai melalui pemeriksaan dan diulang semula selepas 5 minit.

Bayi Azlif juga akan ditimbang dan diukur serta perlu melalui beberapa siri pemeriksaan bagi mengenal pasti tiada sebarang masalah & kecacatan pada dirinya."sampuk Alif yang mendengar sesi perbualan dan perbincangan Azila dengan dua orang kawan baiknya.

"Pemeriksaan yang dimaksudkan termasuklah refleks, jantung & pernafasan, tulang belakang, kemaluan, dubur, kepala, leher, mulut, telinga & mata."kata Azila.

"Seriau juga Che da dengar"kata Aida.

"Sekiranya Che da melahirkan anak di hospital kerajaan, kebiasaanya kita akan dibenarkan pulang setelah doktor mengesahkan bahawa tahap kesihatan & bayi baru lahir adalah pada tahap yang memberangsangkan.

Namun, jika bersalin di hospital swasta pula, ibu mungkin mengambil pakej besalin. Jadi, ibu dibenarkan untuk berehat untuk tempoh beberapa hari di sana."ulas Nik.

"Sementara itu, pastikan perjalanan kita apabila pulang ke rumah adalah selesa & selamat. Ada baiknya bayi diletakkan di dalam bakul atau kerusi keselamatan khusus untuk bayi baru lahir. Jadi, bayi kita pun akan rase selesa & kite sendiri pun dalam keadaan yang sama.
Apabila di rumah bermulalah tanggungjawab kita sebagai ibu kepada anak yang baru dilahirkan. Pada hari-hari pertama, jangan risau, kerana dalam kebanyakkan masa, bayi lebih banyak tidur. Jadi,kita ada masa untuk berehat secukupnya. Oleh sebab itulah ibu digalakkan untuk tidur jika pada masa yang sama bayi juga tidur.
Selain daripada itu, inilah masa terbaik untuk ibu & bayi sama-sama menajamkan kemahiran penyusuan susu ibu . INGAT!!! Kejayaan ibu menyusukan bayi banyak bergantung pada faktor kekerapan penyusuan yang dilakukan."pesan Azila.

"Bagi ibu yang mendapatkan perkhidmatan bersalin kerajaan, ibu bakal dikunjungi oleh jururawat selepas melaporkan kelahiran anak di klinik kerajaan berhampiran rumah. Biasanya jururawat bertanggungjawab akan ke rumah kita untuk melakukan pemeriksaan asas dalam tempoh 24 jam selepas mendapat laporan. Biasanye pemeriksaan faraj, rahim, tekanan darah dan lain lain dilakukan ke atas diri kita. Manakala bayi pula diperiksa sama ada mengalami jaundis atau sebaliknya di samping beberapa jenis pemeriksaan yang lainnya."ujar Nik.

" Tukar segera baju Setelah segala urusan kelahiran agar kita berada dalam keadaan selesa.
2. Ambil ubat penahan sakit jika diberikan doktor.
3. Apabila bayi tidur, kita juga sepatutnya tidur. 
4. Jangan malu minta bantuan daripada jururawat bertugas jika ada apa-apa kemyuskilan seperti bayi, diri sendiri, penyusuan susu ibu dan sebagainya.
5. Pastikan biskut & air berada dekat dengan sisi ibu. supaya, ibu tidak perlu bangun dari katil untuk mendapatkannya ketika berasa lapar.
6. Terima tetamu yang mahu menziarahi bayi tetapi hadkan masa kerana ibu & bayi perlu masa untuk berehat."tambah Alif.
"Baiklah itu Que untuk kita balik Nik, jom kita pergi. ini hadiah untuk bayi Azlif dan juga Ila, dan ini berkat untuk bayi Azlif"Aida menyelitkan note RM 50 dalam kain lampin yang membaluti tubuh Azlif.
"Tunggu la Dulu, abang Alif la ni salah cakap"marah Azila.
"Eh tak pe Ila, Nik pun nak kena hantar Che da balik ke Pasir mas dulu ni sebelum Balik ke kota Bharu semula "ujar Nik.
"Ila jaga diri baik baik ok Alif kalau jadi apa apa tolong inform Che da ok"pesan Aida.

Sudah 7 tahun juga Che da tak berjumpa Azila dan bayi Azlif yang comel tu. Alhamdulillah menurut kata Alif bayi Azlif tidak pernah kena demam kuning kerana sentiasa minum susu ibu.

"

sesiapa ada nk kongsi pengalaman pertama kali jadi ibu pada Che da tak?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience