Ini semua salah abang sebab nak sangat buat eksperimen sosial di tempat terbuka. Saya sengaja gemukkan Boy supaya dia tak dapat untuk diculik, tapi abang biarkan Boy terdedah dalam bahaya tanpa pengawasan.
"Maaflah, masa tu mak telefon sekejap, saya tengah cakap dengan mak, sayang pun kusyuk berbual tak pedulikan Anak"kata Alif.
"Mana ada saya berbual, saya nampak la dua lelaki tu bawa Boy pergi tapi manalah saya kenal Pegawai yang abang upah tu,"balas Azila geram,
"Ok dah kita,nk pergi report polis ni, nanti polis buat sekatan untuk buru penculik tu.Nereka berdua kini menuju ke balai polis untuk membuat laporan, Alif yakin, dua orang lelaki yang dilihat oleh Azila merupakan lelaki sama yang cubamenculik Azlif dihadapan sekolah awal minggu lepas.
"Lepaskan saya"jerit Azlif, bila Azlif merasakan kereta yang membawanya berhenti dia menggoncangkan badan supaya kereta itu kelihatan curiga di mata orang sekeliling.
"Tolong... tolong saya, saya telah diculik!"Azlif menjerit sekuat hati.
Kereta itu sedang berhenti untuk mengisi minyak di stesen minyak,
"Cepat sikit Joe, budak ni sedang menjerit dan orang disekeliling sudah mula berkerumun"kata Man.
"Hoi mana boleh guna phone di stesen minyak"Jerit Din.
Joe bergegas ke tempat kereta diletakkan dan mula mengisi dengan pantas.
Bila Joe membuka pintu kereta untuk masuk, beberapa orang telah mendengar jeritan Boy, mereka mendekati bahagian pemandu tersebut dan meminta agar Joe membuka kunci kereta itu untuk membantu mangsa culik Joe dengan cepat memasukkan gear dan berlalu pergi.
"Kau dengar jeritan budak kan?"soal seorang penunggang motosikal kepada pemandu kereta.
"Ya, sempat tak ambil nombor plat pendaftaran kereta itu tadi?"soal seorang pemandu wanita.
"Saya dah Ambil video dari tadi kak, sebab pelik sangat bila tengok kereta tu tergoyang goyang, saya fikir ada orang buat maksiat di siang hari,lagipun cermin kereta orang Tu tinted gelap sangat"sampuk seorang mat rempit.
"So, ada tak nombor plat pendaftaran kereta itu?"soal wanita itu tidak sabar.
"Akak bagi nombor saya share video tu then akak siasatlah sendiri."kata Mat rempit tersebut. Wanita itu menuju ke balai polis untuk membuat laporan jerana gerak geri kereta itu yang mencurigakan.Sementara menunggu wanita itu telah memuat naik video itu ke laman Twitter dengan caption," apa nak jadi dengan budak budak sekarang, beromen dalam kereta di stesen minyak" dan video itu terus menjadi tular, satu Malaysia telah menerima maklumat mengenai suara misteri yang ada di dalam video itu.
"Ini bukan kisah beromen tapi kes culik ni. wajah Joe yang berlari masuk ke dalam kereta juga dapat dilihat dengan jelas di dalam video itu. Nasha yang sedang melayari internet terganggu dengan notifikasi dari Twitter berkenaan video tersebut.Dia terkejut bila kereta yang dinaiki oleh Joe yang dibeli menggunakan namanya kini Tular.Nashavsegera menghubungi Joe ,
"Woi, kau buat kerja memang tak clean, apa kes ada video Kau ni, Aku dah transfer RM 20,000, kau campak budak tu kat mana mana, then tukar lain,kereta yang kurang naik tu humban ke dalam gaung,lepas tu korang bertiga bergi menyorok dimana mana terutama sekali Kau Joe, kau Wanted sekarang, ingat ya, kalau kau tertangkap kljangan libatkan aku"pesan Nasha.
Sementara itu Nasha telah mengemaskan pakaiannya.
"Irfan, kemas pakaian Irfan sekarang. Kemudian Nasha menghubungi suaminya.
"Ya sayang"Dato'Imran gembira setiap kali Nasha menghubunginya.
"Darling, I don't care, I nak You belikan tiket kapal terbang untuk I dan Irfan petang ni ke Jakarta."arah Nasha.
"Tapi kenapa apa you dah buat ni?"soal Dato' Imran dengan lembut.
"I upah Joe untuk culik anak Alif, Tapi satu Malaysia dah viral muka Joe tu, sebelum apa apa I nak lari ke Jakarta,baik You ikut apa i suruh kalau tak You ceraikan I"ugut Nasha.
"Sabar sayang, benda boleh bincang. Tapi I akan bawa You ke pulau Bintan, walaupun dalam Indonesia tapi pulau tu berdekatan dengan Singapore, so it's like going to two countries at once"pujuk Dato' Imran.
"apa apa la Dato'Imran "kata Nasha.
Dato' Imran mengarahian pembantu peribadinya menempah bilik family di club med Bintan dan penerbangan ke Singapura. Mereka akan menaiki bot dari Terminal Bot Tanah merah Singapura ke pulau Bintan. Irfan cuma tahu mereka akan pergi bercuti walaupun bukan musim cuti sekolah tetapi Irfan tak kisah sebab dia bukan Rahin belajar pun.
Selepas Joe menerima arahan itu, dia berhenti di tepi jalan lalu memaksa Azlif untuk turun di situ.
"Kenapa tinggalkan Boy kat sini"rayu Azlif.
"Kau carilah jalan balik sendiri "kata Joe.
"Kenapa Joe?"soal Din.
"Ada orang record video kitaxmasa di stesen minyak tadi sekarang, kereta ni perlu di humban ke dalam gaung sana, then kita cari kereta baru lepas tu kita pergi joli di golok,datin bodoh tu dah transfer rm 20,000, sebulan kita tinggal di golok pun boleh tau.
kemudian Joe bersama Din dan Man menolak kereta itu didalam gaung di tepi jalan besar tersebut. mereka menahan sebuah kereta dan pergi dari situ. Azlif langsung tidak menangis, dia menahan sebuah kereta lain dan memberi alamat tempat tinggalnya kepada pemandu itu.
"Kenapa adik boleh berada ditepi jalan begini?"soal pemandu tersebut.
"Tadi saya diculik, kemudian saya ditinggalkan di situ dan selepas penculik itu menolak kereta mereka kedalam gaung itu mereka pergi tanpa membawa saya"ujar Azlif
"umur adik berapa tahun ni Beraninya dia"puji pemandu wanita itu
"Nama saya Azlif, umur saya 6 tahun, papa cakap kita cuma perlu takut dengan Allah, selagi kita percaya Allah itu ada... kita akan selamat"kata Azlif.
Wanita itu terpesona dengan keperibadian Azlif.
"Kak nak pinjam phone boleh nak call papa"kata Azlif.
"nah"gadis itu menyerahkan telefonnya kepada Boy.
Alif merasa ragu untuk menjawab panggilan itu kerananomvor yang menghubunginya sudah lama dilupakan tetapi kerana penasaran Alif menjawab panggilan tersebut,
"Papa, Boy dah selamat, ada kakak ni nak bawa Boy balik"ujar Azlif dengan gembira.
"Boy Pergi ke kedai mama ok, di rumah tak ada orang"balas Alif penuh rasa kesyukuran.
Tiba di kawasan masjid berdekatan dengan kawasan perumahannya,
"Kak, masuk ke masjid ni pun boleh"kata Azlif.
"Azlif nak solat ya?"Soal pemandu itu .
"Tak mama ada buka kedai makan di situ "Azlif menunjukkan kearah kedai makan Azila. Azlif berlari ke arah kedai makan sebaik turun dari kereta sambil menjerit "Mama,mama, Boy dah balik ni "
"Boy!"balas Suria memeluk si kecil tembam itu.
"Lepaslah Boy nak jumpa mama"Boy meronta-ronta minta untuk dilepaskan.
"Ya cik nak makan apa" sapa Azila kepada pemandu wanita yang telah membantu Azlif.
Azila baru masuk kedai itu selepas pergi menggunakan tandas di dalam masjid.
"Mama, boy dah balik ni, kakak ni tolong hantar Boy!"ujar Azlif.
"Ya Allah Anak mama, terima kasih cik dah tolong anak saya "ujar Azila.
"Azila!.. jadi Boy ini anak Alif?"soal pemandu wanita itu.Pemandu wanita itu sangat terkejut melihat Azila berada di hadapan matanya.
Azila juga tergamam dengan pertanyaan itu dia seperti pernah melihat wajah yang Cantik jelita itu tapi dimana ya?"fikir Azila.
"sila duduk dulu cik..."kata Azila.
Share this novel