malam malam Azila kini kembali sibuk dengan urusan memasak. dia memulakan menu laksam dengan 5 kilo untuk permulaan.
"selepas solat Isyak tadi pak imam dah umumkan akan ada menu sarapan dan tengahari di kedai makan tepi masjid tu,Ramai juga yang dah tak sabar untuk mengetahui apa rasa masakan sayang di kedai tu, tapi maaf abang tak dapat nk tolong sayang"kata Alif semasa membantu Azila mengukus laksam itu.
"Tak mengapa sebab ada Suria untuk tolong sayang"balas Azila.
"Sayang dah gaji pekerja, berapa gajinya?.
"Dia nk cari pengalaman kerja, tak kisah jika bekerja secara percuma, tapi bila dah ada sedikit keuntungan sayang nak bayar dia RM200, ok tak?.
"Sayang nk buat apa tumis bawang tu?"soal Alif.
"Nak masak budu untuk nasi kerabu. tumis bawang, masukkan dua botol budu, perah sedikit asam limau ni dan siap, untuk nasi kerabu, lebih elok guna budu masak sebab kurang hanyir.
"Kenapa kali ni sayang guna nasi kerabu kuning bukan warna biru tu?"soal Alif
"Sebenarnya nasi kerabu pure Kelantan ialah nasi kerabu kuning menggunakan kuah tumis ni. yang warna biru tu di panggil nasi kerabu golok dan cukup dengan hanya menggunakan budu jadi nasi kerabu biru ni lebih kering berbanding nasi kerabu kuning yang mempunyai kuah tumis."terang Azila
sambil memindahkan solok lada ke Dalam bekas untuk disimpan.
"Abang yakin jualan sayang akan dapat sambutan. kalau sempat lunch abang singgah makan di kedai ok"ujar Alif
Hari pertama pembukaan Alif menghantar Azila ke kedai makan membawa semua hasil masakan Azila yang telah siap di masak pagi itu. Azlif ditinggalkan di rumah Wahidah untuk pergi bersama Daniel.
Suria sudah menunggu di hadapan kedai. Azila membuka pintu kedai lalu Alif dan Suria mengangkat semua bahan masakan masuk ke dalam kedai. Azila menyusun hasil masakannya dan bersedia untuk memulakan perniagaan barunya.
Suria tolong buat air jika ada yang pesan dan kemas meja ok"pesan Azila.
"Baik kak"kata Suria bersedia di meja membuat Air
"Assalamualaikum Azila "imam Amin menjadi pelanggan pertama Azila.
"Waalaikumussalam nak beli bungkus atau makan pal Imam?"soal Azila.
"Beri nasi kerabu dulu satu pinggan nan bungkus nanti pak imam order lain"ujar Imam Amin.
"Bak lauk apa ya pak imam "soal Azila.
"telur masin solok lada dan daging bakar"balas imam Amin.
"Nak air apa pak imam"soal Suria.
"teh o kurang manis suria, senyuman kamu pun dah cukup manis dah"balas imam Amin.
"Tengahari nanti apa Menu di sini Ila?"soal kak leha
"Cadangan Ila nk buat sayur lemak, udang gulai lemak cili api, singgang ikan tongkol dan ayam kampung goreng."balas Azila menyenaraikan menu untuk lunch.
selepas itu beratur pelanggan menunggu giliran untuk membeli nasi yang dijual oleh Azila. Dalam pukul 10 pagi kesemua makanan sudah habis terjual
"Jom Suria tolong Kak Ila masak untuk hidangan makan tengah hari, first tolong cuci beras tu timbang Sebanyak 5 kilo "kata Azila
Azila keluarkan ikan tongkol dan daging untuk dipotong dan dibersihkan. ayam kampung telah diperap dari malam tadi dan menunggu masa untuk di goreng.
"Suria datang ke sini naik apa?"soal Azila.
"Naik motor kak"balas Suria.
"Boleh tak akal nak minta Su pergi ke pasar untuk beli ulam ulaman."pinta Azila menghulurkan wang kepada Suria
sepeninggalan Suria, Azila menggoreng ayam kampung dan bersedia untuk memasak udang gulai lemak cili apinya. semua rencah untuk memasak telah disediakan dari rumah dan dia cuma perlu memasak untuk disajikan panas di kedai itu.
"Seorang jer Azila, mana perginya Suria"soal imam Amin.
"Saya minta dia beli barang sekejap, maaf imam belum siap masak lagi,nadi pun Belum masak, masih dalam periuk."ujar Azila.
"Takpe, kamu buat kerja kami, saya nak ambil gambar kedai ni untuk dimasukkan ke dalam group Fac taman perumahan ni, pagi tadi pun saya dah ambil gambar hidangan jualan kamu, InshaAllah lebih ramai orang yang tahu tentang kewujudan kedai kamu ni Azila, dah lama kedai ni sunyi sepi saja, selalunya meriah dengan pelanggan yang datang untuk bersantai dan mengisi perut mereka."balas imam Amin.
Dia,mengambil telefonnya dan mengambil video Azila sedang memasak dan juga sekitar ruang dapur yang bersih itu. kebersihan dapur menjamin kualiti masakan sesebuah kedai.
"Azila ini ada password WiFi masjid, kalau ada yang bertanya kamu tolong beri ya"ujar imam Amin.
"imam boleh cetak di kertas dan tampal di depan kaunter tu jer, saya kalau boleh nak kurangkan bercakap depan makanan saya"balas Azila.
"Baiklah nanti saya minta Suria cetak kan.
Di hadapan sekolah Azlif.
"Datin tu nak apa Joe?"soal Man
"Dia nak minta kita jalankan tugas sekarang juga"balas Joe
"Kau yakin ke nak jalankan sekarang, tengahari begini Ramai ibu bapa Ambil anak anak mereka."ujar Din.
"plan aku begini......"Joe menerangkan kepada Man dan Din apa tugas yang perlu mereka lakukan.
"Baiklah Joe, kami setuju"balas Man setelah berpanjangan seketika dengan Din.
Jie memandu Menghampiri tadika Islam Luqmanul hakim.Din dan Man keluar dari kereta dan masuk ke dalam kawasan sekolah. Ruby sudah menunggu di hadapan pintu pagar masuk ke tadika Islam Luqmanul hakim. Bunyi tamat waktu persekolahan berbunyi. berpusu pusu kanak kanak tadika Islam itu berjalan keluar secara tertib dan tidak berlari menuju ke arah kenderaan masing masing.
Ruby sedang memeriksa bilangan anak anak yang sedang masuk ke dalam van yang perlu dia bawa pulang,
"Auntie Ruby, tengok tu, Boy"Daniel menunjuk ke arah depan. Ruby melihat dua orang lelaki sedang memegang tangan Azlif. Ruby dengan serta merta menjadi marah,kanak kanak itu semua di bawah tanggungjawab Ruby untuk di bawa pulang dengan selamat.Ruby keluar dari van sekolah miliknya dan menuju kearah Boy.
"Dengan menggunakan sedikit ilmu silat yang dipelajarinya Ruby memukul belakang kepala Man"Hoi kau ni siapa nak pukul kawan aku"marah Din.
"Din,masuk, tinggal kan budak tu, tolong Man cepat masuk "jerit Joe dari seat Pemandu.
Ruby dengan cepat melirik ke arah nombor plat pendaftaran kereta itu untuk di buat laporan polis kemudian. Ruby mendekati Azlif.
"Boy ok tak?"soal Ruby. Azlif mengangguk.
"Kenapa Boy ikut mereka?"soal Ruby.
"Mereka kata mereka kawan papa dan papa dah tunggu Boy di Sunway Lagoon, sebab tu Boy ikut"balas si kecil itu.
"Papa Boy kan kerja sebab tu papa dan mama minta Auntie Ruby hantar dan ambil Boy ke sekolah. kalau papa cuti papa call kak Ruby supaya bawa Boy ke Sunway Lagoon tu, tak percaya Jom Kita Call papa,'ajak Ruby.
"Apa boleh aku lakukan untuk menghalang budak budak ini daripada pergi dengan orang jahat"fikir Ruby.
nasib baik ada Auntie Ruby
Share this novel