Hari ini akan ada seorang pekerja baru di pejabat Azman. Farisya yang bekerja sebagai setiausaha dan pembantu peribadi Azman tidak mampu untuk menyokong jawatan sebagai kerani dan pegawai pemasaran. oleh itu seorang pembantu tadbir syarikat telah dilantik. seorang sumandak Sabah bernama Amirah tiba di Kelantan. Azman dan Farisya telah pergi menjemput Amirah di lapangan terbang Sultan Muhammad IV dipengkalan Chepa Kelantan.
"Amirah ini kuarters pejabat. You akan tinggal di sini bersama dengan Farisya. pergilah masuk.
Rumah sewa yang dibeli untuk Azila Kini Azman jadikan sebagai kuarters untuk pekerja wanita yang berasal dari luar Kelantan. Sudah lebih 2 bulan Azman bercinta dengan Farisya. kesungguhan gadis manis itu mendalami ilmu agama di Kelantan telah membuka pintu hati Azman sekali lagi untuk bercinta. Azila telah mengajar erti sakitnya putus cinta,tetapi Azman perlu moved on dan Farisya Hadir semasa hati Azman terluka.
"You dengan boss bercinta kah?"soal Amirah.
"Kami dalam proses mengenal hati budi masing masing "balas Farisya.
"Eleh, itu jawapan artis bah!"ejek Amirah.
"Aku cakap yang betul ni?"kata Farisya.
"Sya, apa kita mau masak untuk dinner ya?"soal Amirah.
"Jom kita ke pasar, aku nk beli udang dan petai ni"ujar Farisya.
"Boleh juga, aku pun ada nak beli bahan untuk menu aku"ujar Amirah.
"Ok aku call boss sekejap nak minta dia bawa Kita je pasar"kata Farisya.
_Pasar tu jauh kah?"soal Amirah.
"Naik kereta lagi cepat la"balas Farisya. Farisya mengambil telefon bimbitnya"Ya, sayang kenapa?"soal Azman.
"Abe, Sya dengan Mira nak gi ke pasar ni, tolong hantar boleh?"soal Farisya cuba menggunakan bahasa Kelantan supaya Amirah tidak faham.
"kan betul aku cakap, kau sama boss bercinta bah,jangan kau fikir aku tak faham maksud Abe tu apa?"sindir Amirah. Farisya tersipu sipu menahan malu.
Azman tiba dan membawa dua gadis itu ke pasar. Amirah terpinga pingat mencari bahan masakannya.
"Sya, kat mana nak beli lada putih?"soal Amirah.
"serbuk lada putih kah?, dalam kedai sana ru jual serbuk kari pasti ada serbuk lada putih"balas Farisya.
"bukan Sya, aku cari lada putih bentuknya sama seperti lada ini tetapi warnanya putih"balas Amirah menunjuk ke arah lada burung.
"cubalah kau tanya makcik jual sayur tu. aku nk beli udang dulu ya"kata Farisya.
"Amirah kemudian membeli ikan kering gelama belah sebanyak setengah kilo dan sedikit cendawan butang untuk dimasukkan ke dalam resipinya. Farisya kembali ke tempat Amirah untuk membeli petai.Farisya tahu Azman sangat menyukai petai jadi dia akan menyediakan udang sambal petai untuk makan malam mereka. dua gadis itu masuk ke dalam kereta Azman
"Boss, di sini tidak ada lada putih kah?_soal Amirah.
"Lada putih tu macam lada burung tapi warna putih"terang Farisya.
"Di Sabah banyak jual lada tu, di sini hari aku ada ya?"kata Amirah.
"Jom kita pergi ke rumah bapa sepupu abang. dia asal dari Sabah, mungkin boleh cari di rumahnya.
Kereta Azman berhenti dihadapan sebuah rumah banglo yang besar.
"Ya, itu lada putih. boleh minta beli tak boss?"soal Amirah.
"Sekejap ya. Cikgu Na...., Man nak beli lada putih ni sikit boleh?"soal Azman.
"Tak perlu beli, kutip saja nak berapa pun Man"balas Cikgu Na.Amirah dengan gembira mengutip lada putih untuk di masak sebagai menu makan malam mereka.
"Boss, jemput datang makan malam nanti ya, kami berdua nak masak special "ajak Amirah ketika sedang asyik mengutip.
"InshaAllah selepas Isyak saya datang, tapi saya bawa mak saya sekali ya"ujar Azman.
"Sya, malam ni boss dan mak boss makan malam di rumah kita."kata Amirah kepada Farisya. Farisya menjadi gugup mendengar puan Razilah akan datang untuk makan malam bersama. Inilah kali pertama Farisya akan bertemu dengan Puan Razilah.
Tiba di rumah Farisya mengajar Amirah menanak nasi dengan beras Siam.
"Beras Siam ni banyak dijual di Kelantan, untuk menanak beras Siam ni dua pot beras Siam campurkan dengan satu pot beras Malaysia. dan jangan lupa lebihkan sukatan air.beras Siam kalau kurang air nanti nasi jadi keras, lebihkan sukatan air ok"ajar Farisya.
Kemudian Farisya dan Amirah membersihkan bahan bahan masakan mereka. Farisya membuang kulit udang dan tahi dibahagian belakang udang itu. kemudian dia mengasingkan biji petai dari kulitnya. serta memotong lada kering sebelum di rendam kedalam air panas. Amirah pula membersihkan ikan kering lalu di potong kecil cendawan butang juga dipotong bulat bulat. seterusnya Amirah memotong seulas bawang merah, seulas bawang putih dan seinci halia.lada putih juga di belah dua sebanyak secekak.
"Kalau you dah siap, you boleh masak dulu Mira, I nak blend lada kering ni dulu.
Amirah memanaskan minyak di dalam kuali dan menggoreng ikan kering terlebih dahulu. kemudian ikan kering itu diasingkan dari kuali. dengan menggunakan minyak yang sama Amirah menumis bawang merah,putih dan halia yang telah dipotong. setelah bahan tumisan itu layu Amirah memasukkan cendawan butang. dan sedikit air untuk melembutkan cendawan tersebut. sedikit garam dan gula dimasukkan sebagai bahan perasa, kemudian barulah dia memasukkan ikan kering yang telah di goreng awal tadi. Tak lama Amirah memasukkan masakannya ke dalam pinggan. tiba giliran Farisya pula untuk memasak.
"Mak Man pergi solat di masjid ya, mak tak perlu masak,malam ni kita makan diluar"pesan Azman. Puan Razilah tersenyum. Sudah lama dia tidak melihat senyuman di wajah Azman semenjak Azila berkahwin dulu.
Puan Razilah sudah pun bersiap sedia untuk pergi makan malam diluar bersama Azman
Puan Razilah menerima panggilan telefon daripada nombor abang sulungnya.
"Assalamualaikum abang, lama tak call Ilah ya"Razilah tersenyum saat bercakap dengan abang sulungnya itu.
"Ilah, Kak Zah ni, Abang Long dia sedang tenat dia nak bercakap dengan Ilah"kata Hamizah..
"Ya Allah kak long,mana abang kak "risau Razilah mendengar abangnya sedang tenat.
"Ilah.. abang long nak minta maaf sebab masuk campur urusan Ilah dengan arwah Yusof, Abang cuma nk beri yang terbaik untuk adik abang "kata Razali.
"Ilah yang salah sebab tak see edar maksud sebenar abang. dan membalas dendam pada Azila. maafkan Ilah abang."jujur Razilah mengaku.
"Abang dah lama maafkan Ilah tapi Ilah masih perlu minta maaf pada Azila sendiri, diadakan maafkan Ilah.Absng harap Ilah jaga diri baik baik ya, abang pergi dulu.Ashaduallailahaillallah. WaAshaduallailahaillallah. panggilan terus senyap.
"Ilah, abang dah tak ada"lapor Puan Hamizah.
"Kak Long sabar ya,nanti Ilah dengan Man pergi melawat Abang. "kata Razilah.
"Eg mak,kenapa menangis, jom kita pergi sekarang."kata Azman
"Azlina ada telefon Man,"soal Puan Razilah.."Takde kenapa mak?"soal Azman.
"Takde apa jom, kita pergi "balas Puan Razilah.
akhirnya Azman jumpa juga pasangan dia
Share this novel