AMP14-Throwback-Tangkap Basah

Family Series 20540

Kali pertama azila mencuba untuk menyuntik vaksin itu ke tubuhnya berdepan banyak dugaan, jarum yang ingin di pasang di picagari patah dan melukakan tangan, azila mengambil jarum ke dua dan berjaya, cubaan menarik vaksin ke dalam picagari gagal, dia telah mem bazirkan jarum dan vaksin, apabila semuanya sudah sedia. Sekali lagi azila merasa seriau... Dia tidak berani untuk menyuntik lengannya sendiri....... Perasaan gerun itu lebih tinggi berbanding menanti nurse menyuntik vaksin itu ketubuhnya. Telefon di capai dan nombor tel alif di tekan.
Alif :
Ya, Ila, ada apa apa yang berlaku.
Azila :
Ila tak dapat nak suntik diri sendiri. Seriau.

Alif :
Baiklah kejap lagi Alif sampai.

Puan bahiyah :
Alif nak ke mana dah tengah malam ni.
Alif :
Alif nak pergi tolong kawan jap.
Bahiyah :
Nak tolong pompuan yang sakit AIDS tu ke?

Alif :
Apa lagi yang Haliza beritahu pada mak.
Bahiyah :
Liza tak ada cerita apa pun, dia cuma cakap dia nak batalkan pertunangan. Mak yang selidik hal kamu di pejabat, katanya kamu ditugaskan menyelia seorang pesakit AIDS, nanti mama bincang dengan keluarga Liza semula ya.

Alif :
Tak payah ma.... Kalau dia nk batalkan pertunangan, mama tak perlu nak paksa dia teruskan.
alif keluar sekejap ma.

Alif menuju ke Hotel penginapan azila.

Azila :
Alif... Tengok ni. Satu jarum dah patah..... Dan vaksin ni dah tinggal sikit jer....

Alif :
Ok, nanti alif ambil jarum dan vaksin baru ok
So yang ini nak alif tolong suntik. Ke?.

Azila :
Kalau macam ni susah lah ila nak travel, ila balik ke pusat rawatan sajalah.

Alif :
Ok, esok pagi kita check out dan pulang ke pusat ok.

Tok tok tok... Assalamualaikum...... Encik... Sila buka pintu dan beri kerjasama ya.

Azila :
Siapa tu Alif............

Alif :
Rilex Ila jangan menggelabah...

Azila :
Kalau itu orang pejabat agama bagaimana?.

Alif:
Alif pun orang pejabat agama, jangan lah takut.

Azila :
Kalau kena tangkap, kahwin free, Ila tak mahu.

Alif :
Kalau kena kahwin alhamdulillah....untung alif, dapat kahwin free.

Azila :
Tak lawak la Alif.

Toktoktok..." Encik kami mohon buka pintu ni, kami cuma nak buat pemeriksaan sahaja. "tetamu itu mengetuk lagi.

Azila :
Apa kita nak buat ni?

Alif:
Rilex.. Kalau orang JAKIM. Kawan kawan Alif jer tu. Jom kita buka.

Azila :
Kejap, Ila terjun ikut tingkap.

Alif :
Tingkat 6 ni Ila woii... Jangan takut.. Alif setuju kahwin dengan Ila.

Azila :
Alif ni masih nak main main.

Alif menuju ke pintu dan membuka pintu itu. Ada 5 orang lelaki di hadapan pintu tersebut.
Alif :
Waalaikummussalam.

Pegawai 1:
Sila tunjuk kan kad pengenalan dan kad akuan nikah.

Alif :
Eh, rahmat... Lama tak jumpa kau.

Rahmat :
A-Al-Alif.... A... Apa... Apa kau buat di sini.

Pegawai 2 :
Puan, minta IC puan ya.

Azila :

Sekejap ya.

Rahmat :
Kau berdua duaan Alif. Ish ish ish ish ish.. Kecoh satu negara esok. "pegawai JAKIM di tangkap khalwat."

Rahmat :
Mari puan, Sila ikut kami ke pejabat. Alif, kau tahu kemana nak pergi.

Alif :
Sabar dulu kawan, aku rasa kau perlu baca surat ni dulu.

Rahmat :
Surat apa ni?.

Alif :
Berapa tahun kau bersekolah, bacalah sendiri.

Rahmat :
Surat pengesahan wakil yang bertugas menjaga pesakit. Apa maksudnya?.

Alif :
Cik Azila ni salah seorang pesakit dari pusat rawatan ilaj tu. Dia takut nak suntik vaksin tu, aku disini untuk tolong dia, surat tu ialah surat dari doktor pusat rawatan.
Rahmat :
Maksudnya kau disini atas urusan kerja. Tapi kenapa di bilik hotel.

Alif :
Azila ni nk melawat satu Malaysia dulu.... Sebab tu dia bermalam disini. Aku dah nak balik selepas suntik dia, alif menunjukkan kit suntikan. Kelima lima pegawai itu segera menjauhkan diri dari katil Azila bila ternampak jarum picagari tersebut.

Pegawai 2 :
Kami minta maaf tuan...... Ada sedikit salah faham. Mereka berlima berlalu pergi, Azila dan Alif bebas dari tuduhan berkhalwat.

Alif tergelak.

Azila :
apanya yang lucu.

Alif:
Dorang tu semua staff baru. Kecuali rahmat tu sorang jer yang senior. Bila tadi mereka baca surat tu baru tahu pangkat Alif lagi tinggi dari mereka, terus panggil Tuan.

Azila :

Huh... Nasib baik selamat.

Alif :

Sampai begitu sekali ila tak sanggup kahwin dengan Alif, sedangkan Alif ni cinta mati pada ila.

Azila :
Bukan Ila tak nak kahwin, Ila nak tapi bukan dengan cara begini.

Alif:
Maknanya alau Alif hantar rombongan, ila setuju lah kan?.

Azila :
Akan dipertimbangkan.mungkin ya Bila Ila dah pulih nanti.

Alif : Ok, now Ila rehat dulu, Alif balik sekarang ni, esok pagi Alif ambil Ila ok.

Alif :
Rahmat.. Mana laporan yang aku minta...

Rahmat :
Eh Alif, awalnya... Tapi aku pelik ni. Kau tak nk di tangkap tapi minta aku buat Laporan kau dah di tangkap basah dengan cik Azila tu.

Alif :
Ini namanya plan Mat..........

Rahmat:
Yealah Tuan Alif... So dimana Cik Azila sekarang?.

Alif :
Dia dah balik pusat rawatan. Dia igt mudah nak suntik dirisendiri macam penagih dadah tu.. Kemudian seriau. Sampai patah jarum tu.

Rahmat :
Pandai jugak Tuan Alif beri suntikan.

Alif:
Semua penyelia perlu melalui tempoh latihan macam nurse tu juga.

Rahmat :
Siapa kata kerja pegawai JAKIM ni x mencabar. Kami yang kerja menyerbu ni terpaksa ikut latihan bomba... Macam macam taktik orang nak memboloskan diri.
Cantik Cik Azila tu, macam mana dia boleh dapat sakit tu Tuan.

Alif :
Dia telah dirogol oleh awang hitam.

Rahmat :
Ruginya... Kalau jadi bini aku.. Aku dah dapat bayangkan betapa comelnya anak anak aku nanti.

Alif :
Jangan nak potong jalan.... Milik aku tu.... Kalau kau nak..., adik angkat aku ada.

Rahmat:
Sama cantik macam cik Azila tak?

Alif:
Cantik la walau tak standing Azila. Tapi padan lah dengan kau.

Rahmat :
Apa cerita dengan cik tunang kau Haliza.

Alif :
Kami dah putus.

Rahmat :
Alhamdulillah....
Alif:
Kenapa alhamdulillah pulak.

Rahmat:
Kau dah ada Cik Azila, bagi can aku tekel Cik Haliza.

Alif :
,Boleh, tapi cari kontek number dia sendiri.

Rahmat:
Wah sayang lagi rupanya tapi tak nak mengaku.

Alif : Abaikan.. Bak sini laporan tangkapan mlm tadi.
Rahmat :
Kejap aku print dan sign.

Azila kembali menghuni bilik yang didudukinya sebelum Ini... Kedatangan Suzila memeranjatkan Azila kerana Isman tiada bersama Suzila.
Azila : apa khabar kak Ila, sorang jer.

Suzila, ya, sorang, abang kena kerja. Kak Ila datang nak minta maaf pada Zila.
Azila :

Zila yang salah sebab dah ganggu kerukunan rumah tangga kak Ila dan abang.
Suzila :
Kak Ila tak salahkan Zila, abang tu memang gatal tapi sebelum kahwin dia tak tunjuk perangai gatal dia tu.buktinya bila takde Zila pun dia cari scandal lain juga.
Azila: zila tak tahu nak komen apa.
Suzila :
Macam kak Ila cakap tadi, kak Ila nak minta maaf pada Zila, kak Ila pernah berpakat dengan Dato' Eddy untuk singkirkan Zila dari sisi abang, tapi kak Ila silap.. Abang lagi kerap tak balik rumah dan selalu putus duit. Kak ila baru tahu, sepanjang abang dengan Zila, abang tak keluar duit satu sen pun... Zila yang bayar semua, duit minyak motor, duit makan dan duit hotel, betul tak?.
Azila :
Ya, sebab Zila cuma nak berkawan.. Kawan yang boleh teman Zila mkn, tengok wayang dan melancong. Zila selesa dengan abang.

Suzila:
Sekarang ni, kak Ila tak tahu apa jadi, duit asyik tak cukup jer... Penat jugak kak Ila nak buat OT selalu, then Dato' Eddy, offer nk tolong kak Ila, dia sanggup bagi duit pada kak Ila asalkan kak Ila dapatkan nombor telefon Zila. Apa tujuan dia sumpah kak Ila tak tahu. Tapi kak Ila menyesal minta tolong dia singkirkan Zila dulu. Kak Ila tak sangka dia bawa negro tu rogol Zila.
Azila :
Kak.. Benda dah lepas, Zila bertuah jumpa Encik Alif yang bawa Zila ke pusat rawatan ni, InshaaAllah Zila akan pulih tak lama lagi.
Suzila:
Ya, Encik Alif tu baik orangnya.. Sepadan dengan Zila....

Azila :
Zila faham maksud kak Ila tapi Zila tak boleh bersama dia...

Suzila:
Satu nasihat dari kak Ila, pilih lah lelaki yang benar nenarmenyintai kita bukan lelaki yang benar benar kita cintai.. Ada beza tu.

Azila :
Terima kasih kak atas nasihat tu, Zila faham maksud kak Ila.

Suzila : baiklah, Kak Ila balik dulu, lain kali Kak Ila datang lagi.
************

Alif:
Assalamualaikum mak..

Bahiyah:
Waalaikummussalam.... Baru balik anak ku? Kemana saja lah kau merendek.

Alif :
Mak.. Alif nak kahwin tau.

Bahiyah :
Dengan siapa?, Haliza dah putusksn pertunangan kamu berdua.

Alif :
Dengan Azila mak.

Bahiyah: Budak berpenyakit tu. Mak tak restu.

Alif:
Mak Perlu bagi restu. Kalau tak nak nama baik mak rosak.

Bahiyah :
Apa maksud Alif ni??.

Alif :
Alif di tangkap basah dengan Azila malam tadi.

Bahiyah :
Kenapa Alif nak malukan mak...

Alifv:
Sebab tu Alif cakap mak perlu beri restu Alif untuk kahwin dengan Azila tu.

Bahiyah :
Alif dah berjangkit dengan sakit tu ke?.

Alif :
Tak lah mak, alif pergi tolong suntik vaksin je. Tak buat pun perkara terlarang tu. Mak tengok report ni. Kalau tak percaya.

Puan Bahiyah membaca report yang di beri oleh Alif, baik lah mak restu Alif kahwin dengan dia dengan syarat dia perlu pulih sepenuhnya.

Alif :
Ya Azila akan pulih sepenuhnya mak, 8 bulan jer lagi.

Alif:

Assalamualaikum buah hatiku

Azila :
Waalaikummussalam jantungku.. ..

Alif: Ila cakap, kalau mak Alif bagi restu, Ila setuju kahwin dengan Alif kan?.

Azila : ya, tapi Alif tak boleh tipu mak Alif dia kena tahu kebenaran. Tentang sakit Ila.
Alif: mak dah tahu semua tu.. Alif dah terang kan semuanya... Ila pulih jer, Alif hantar rombongan ok

pernah dengar kisah pegawai JAKIM ditangkap basah? hahaha, Che da pernah dengar sekali dulu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience