AMP 28-jiran baru

Family Series 20540

sudah dua minggu Azila berjualan secara kecil kecilan dihadapan rumahnya.
Kak Norlida singgah ke kedai Azila sebentar . Azila yang melihat kehadiran Norlida dengan cepat berkata.

"Maaf kak, laksam dah habis. Ila dah buat banyak semalam dekat 5 kilo gandum Ila guna."Kata Azila.
"Tak pe, nasi kerabu ada lagi, akak nak Rasa nasi kerabu jelah."ujar kak Norlida.

"Ila jiran sebelah kanan rumah akak tu nak masuk rumah petang ang ni esok akakajak dia singgah beli nasi di kedai Ila ok"kata Norlida.

"Tak sabar pula rasanya nak berkenalan dengan kawan baru kak, apapun terima kasih kak kerana dah tolong Ila buat promosi untuk kedai Ila ni"Azila berkata.

"Masakan Ila memang sedap rugilah akak Seorang saja yang merasa. Lagi satu kan Ila isteri imam masjid, ustazah Hasnah ada tanya Ila buat katering tak, dia nak tempah untuk majlis tahlil di rumahnya nanti "soal Norlida.

"Boleh kak, tapi kenalah maklumkan awal dan Ila perlu ambil deposit 10% ya."balas Azila.
"Ok takpe nanti akak pesan pada dia."kata Norlida.
"Ok kak saya,masuk dulu ya, nak sediakanmakan tengahari untuk Budak budak dalam tu"ujar Azila .

"Ila ni suka sangat manjakan anak anak akak tu, Sekarang ni asyik nak makan dirumah Ila jer. "rungut Norlida walaupun sebenarnya dia lebih suka kerana dia tidak perlu memasak masakan seimbang untuk anak anaknya. Norlida percaya Azila akan menyediakan masakan dengan gizi seimbang untuk anak anak mereka.
'takan Ila nak bagi anak dia makan makanan tak berkhasiat pula'fikir Norlida.

Usai mengemaskan dapur selepas budak budak makan Azila memeriksa bahan bahan untuk jualan pada hari esok. kemudian Azila menghubungi Alif.
_Abang petang ni balik awal sikit. sayang nk ke pasar beli bahan bahan untuk jualan."ujar Azila Sebaik panggilan di angkat.
"Ok"balas Alif.

Alif memohon untuk balik awal pada hari itu dan membawa Azila pergi ke pasar borong untuk membeli bahan bahan jualan isterinya.

"Esok Ila nk buat dalam 10 kilo laksam. pagi tadi buat 5 kilo pun dalam pukul 8 pagi dah habis.laku keras
laksam tu, tak sangka betul "kata Azila.
"Sebab makanan itu sesuai untuk kanak kanak ibu bapa beli untuk anak mereka la agaknya"kata Alif.

"Sayang tak nak beli laksa untuk di makan dengan kuah lemak tu laksa dan laksam guna kuah yang sama kan?"soal Alif.
"Laksa tu mana mana pun boleh beli tak special dah laksam ni special sikit sebab susah nak dapat jenis yang lembut dan gebu macam sayang buat sendiri ni"tak sedar Azila memuji dirinya sendiri.
"Ok malam ni ajar Abang buat, abang tolong Ila"kata Alif.
"Ala,sweetnya suami siapa lah ni."kata Azila matanya tidak lepas melihat ke arah jiran baru yang sedang membawa barangan mereka masuk.
'Alamak.. itu kan...'fikir Azila.
"Sayang tengok apa kusyuknya"soal Alif.
'Jiran baru tepi rumah kak Norlida tu, katanya orang Kelantan. Ila tengok tadi macam kenal."kata Azila.
"Esok esok Ila pergilah ke rumah dia tengok betul betul, kalau dah kenal kan senang, sayang dah ada geng dari Kelantan "kata Alif memujuk Azila supaya Husnuzon.
Azila membeli juga peralatan untuk persediaan katering.
"Kenapa beli set katering ni sayang?"soal Alif.
"Kak Norlida kata ustazah Hasnah nak booking katering untuk tahlil. sayang fikir baik beli semua terus "ujar Azila.
Malam itu selepas solat Isyak Alif ke dapur untuk membantu Azila.
"Alif dah tidur?"soal Alif
"Sudah, penat main lari lari satu rumah dengan anak anak kak Norlida tadi then minta susu terus lelap"ujar Azila.
"beritahu abang apa perlu di buat ni?kata Alif.
"NIH sayang dah tulis abang cari bahan bahan letak atas meja tu ok."Azila menghulurkan sehelai Kertas kepada Alif.
Alif mengambil kertas itu kalu mula membaca.
Bahan bahan yang diperlukan ialah 10 kilo tepung beras,1/2 kilo tepung gandum, 5 liter air suam (3 liter air mendidih + 2 liter air biasa) dan 1/2 sudu besar garam
Cara cara membuatnya,satukan semua bahan dan kacau rata. Masukkan di dalam jug untuk memudahkan di tuang ke dalam bekas."Alif membaca resipi itu. Dalam masa yang sama Azila telahpun memanaskan kan pengukus sehingga mendidih.
"kita boleh guna tudung periuk atau apa apa bekas yang leper ke dalam pengukus dan sapukan sedikit minyak, seeloknya bekas itu leper dan bulat, pan pizza,pun boleh.dalam masa yang sama sentisa Kacau adunan di dalam juga supaya adunan tidak mendap dan tuangkan setengah dari tudung periuk dan tutup tudung pengukus dalam 5-10 minit sehingga adunan menjadi menggelembung."kata Azila sambil menunjukkan contoh kepada Alif.
"tengok ni laksam dan menggelembung,
Keluar kan bekas dia, Angkat dan dengan menggunakan pisau atau garpu, balik sambil digulung gulung dengan menolak perlahan lahan ke tepi.
Terus menggulung dan menolak sehingga ke penghujung tudung periuk dan terus golekkan ke dalam bekas supaya kita tidak menyentuh dengan tangan."pesan Azila.

"sekarang abang Sapu minyak pada bekas tadi dengan tak perlu dibasuh. Masukkan ke dalam pengukus dan ulang proses yang sama sehingga habis semua Adunan."pesan Azila. Alif mengambil alih urusan membuat laksam daripada isterinya. Azila kini sedang menyiang ikan untuk dibuat kuah laksam. semasa ikan itu sedang direbus Azila memotong sayur sayuran untuk dijadikan ulam nasibkerabu dan ulam untuk laksam. sambal untuk laksam juga berbeza daripada sambal nasi kerabu.
"Abang fikir hari ni abdng tolong sayang berniaga, banysk nak kena siapkan ni.nanti abdng call pejabat minta cuti ok"ujar Alif tiba tiba.
"tak susah pun kejap lagi sayang siapkan serunding kelapa dan serunding ikan , serta tumis untuk nasi kerabu. pagi esok sayang goreng ikan celup tepung, rebus telur masin dan buat gulai nasi dagang. alamak bahan bahan untuk acar nasi dagang tak beli. abang tolong pergi Beli mentimun, kubisxputih dan sedikit carrot"kata Azila.
"Ada jer hidangan nasi dagang tak letak acar timun tu sayang"kata Alif.
"Itulah bezanya nadi dagang Kelantan dan Terengganu. Selain dari beras, serunding kelapa dan acar timun adalah kondimen yang tidak ada dalam hidangan nasi dagang Terengganu."ujar Azila menolak tubuh Alif supaya segera pergi ke pasar borong. Alif pergi dengan terpaksa. Azila menyambung tugas mengukus laksam sementara Alif pergi. adunan di dalam juga tinggal sedikit sahaja lagi dan laksam yang telah Siam dikukus telah di simpan di dalam Tupper Besar. Azila lebih suka menggunting laksam sebaik sahaja mendapat pesanan daripada pembeli. ianya lebih mudah daripada menggunting dan membungkus lebih awal. laksam yang disediakan secara kukus boleh bernafas dan menjadi berair jika di simpan di dalam plastik yang tertutup rapat. dan itu mengundang masalah kerana pembeli boleh dapat sakit atau keracunan makanan. jadi Azila lebih rela melakukan guntingan laksam Sebsik menerima pesanan.
"Assalamualaikum Azila. ni akak nak kenalkan jiran baru ajak"ujar kak Norlida, Azila dan jiran baru itu sama sama tergamam sebaik melihat satu sama lain.

agaknya siapa jiran baru itu ya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience