Azman membawa puan Razilah pergi ke rumah Farisya dan Amirah untuk makan malam.
"Kita nak buat apa kat sini?"Soal puan Razilah.
"Kita nak makan malam disini jom mak, staff Man dah masak untuk kita."Ajak Azman.
"Sejak bila Man ada pekerja ni?"soal Puan Razilah.
"Dah lama mak. Assalamualaikum "Azman tak sangka ibunya lupa tentang laporannya sebelum ini. Azman pernah memberitahu kepada Razilah tentang pembantu peribadinya yang bernama Farisya itu.
"Waalaikumussalam.. jemput masuk boss"pelawa Amirah.
"mak ini Amirah, staff baru dari Sabah. mana Sya?"soal Azman.
"Sya kat dalam sedang buat air "balas Amirah.
"Jom A-ab, ops Boss, puan, Mira hidangan dah sedia. Puan Razilah berkenan dengan Farisya pada pandangan pertama.
"Mak ini Farisya, dia ni dari Melaka"kata Azman.
"Kalau Man minta mak pilih mak pilih Farisya sebab mudah nak hantar rombongan. kalau nak hantar rombongan ke Sabah,kos tinggi"bisik puan Razilah"Mak pergi dulu Man nak jawab call ni kejap.
"Jemput makcik" ajak Farisya.
"Wah Sambal Udang petai, favourite Man ni, yang ini Apa nama masakannya"puan Razilah menunjukkan kepada masakan Amirah.
"Oh ini nama masakan dia Lada putih ikan masin dengan cendawan butang."balas Amirah.
"Memang nak kena makan lada ni ya?,pedas tak. berikan makcik air tu dulu segelas, bila terlalu pedas makcik akan tersedak"kata puan Razilah
"Mak, Azlina call Man, habis makan malam kitake rumah pak long, Lina call tadi beritahu pak Long baru meninggal mak "ujar Azman"Innalillahiwainnalillahirajiun."jawab puan Razilah.
"Man ada num telefon Zila, mak nak telefon Zila minta maaf sebab dah buruk sangka pada dia, mak dapat rasakan tak lama lagi giliran mak pula dipanggil oleh Allah untuk kembali ke rahmatullah, mak berdosa dengan Zila Man"kata Puan Razilah.
"Ya Man ada num telefon Zila kita makan dulu ya Mak, kita nak pergi rumah pak long mesti kita akan jumpa Zila disana mak "balas Azman.
"Boss cubalah Sambal Udang petai ni, makcik kata ini favourite Boss"Farisya menyendukkan sambal udang petai ke dalam pinggan Azman. Azman memulakan suapan
"Mak, Man minta maaf, masakan nak memang sedap tapi inilah Sambal Udang petai paling sedap Man pernah rasa"ujar Azman
"tak perlu minta maaf Man, mak pun rasa ini Sambal Udang petai yang paling sedap.pandai tukang masak dia kan."puji puan Razilah.
"Makcik cubalah menu Lada putih ikan masin dengan cendawan butang ini"Amirah memasukkan masakannya ke dalam pinggan Puan Razilah.
"Mak,lada putih ni ambil di rumah Cikgu Na, dia kan asal Sabah."kata Azman
"Betul tu kami cari cari di pasar nda' jumpa lada putih begini."kata Amirah."Ok lah tak pedas sangat"puan Razilah memberi komen.
"tahap kepedasan dia 3/5 saja puan"jawab Amirah.
"Nanti Mira kena ajar makcik cara masak menu Lada putih ini ya"kata puan Razilah.
"Boleh makcik, boleh bah kalau kau "balas Amirah.
Usai makan malam puan Razilah mengucapkan terima kasih kerana dua orang gadis itu kerana sudah memasak untuknya. Azman dan puan Razilah pun berlalu pergi ke rumah encik Razali. perjalanan mereka mengambil masa selama 1 jam.
semasa mereka tiba kesemua 6 daripada 7 orang anak encik Razali sudah pun berkumpul di rumah itu.
"Lina, Zila tak balik?"soal Azman.
"Dia baru disahkan mengandung, suami dia busy, Alif tak benarkan Zila balik naik bas ."balas Azlina.
"Ifa dah pergi ke rumah dia untuk bawa dia balik tapi Alif sebenarnya tak bagi dia balik"Azifa menyambung.
"mak ngah sebenarnya nak sangat jumpa Azila untuk minta maaf, mak ngah ada buat salah dengan Zila "kata puan Razilah.
'kejxp lagi Lina cuba call Zila, mak ngah cakap dengan dia ok.
Apabila orang masjid yang Hadir untuk bertahlil sudah pulang Azlina menghubungi Azila.
"Zila ni mak ngah nak bercakap"ujar Azlina lalu menyerahkan telefonnya kepada puan Razilah.
Kesempatan itu dimanfaatkan oleh puan Razilah untuk bercakap di telefon dengan Azila.
"Zila,mak ngah nak minta maaf sebab dah buruk sangka dengan Zila dulu. maafkan mak ngah ya"kata puan Razilah .
"Ya mak ngah, Zila sudah pun maafkan mak ngah, Zila memang jahat tapi Zila juga nak bertaubat mak ngah, Alhamdulillah Zila dah rasa tenang dan bahagia sekarang "balas Azila.
"Lega rasa hati mak ngah bila Zila dah maafkan mak ngah, lepas ni nak ngah dah boleh mati dengan tenang dah"kata puan Razilah.
"Apa ni mak.. Asyik sebut soal mati saja"marah Azman.
Azman dan puan Razilah bermalam di rumah encik Razali kerana urusan pengkebumian jenazah encik Razali akan diadakan pada awal pagi. selepas solat subuh Berjemaah Azman membantu Aziman untuk memandikan jenazah encik Razali.pada pukul 8 pagi Azlan mengetuai solat jenazah bapanya. Selesai semua urusan pengkebumian Puan Hamizah meminta Azman menguruskan urusan penjualan tanah milik encik Razali untuk diagihkan wang kepada anak anaknya.
"Mak long tak Nak mereka berebut harta setelah kematian mak long pula. jadi mak long nak jual semua dan agihkan duit tu sama rata"ujar puan Hamizah.
"Mak long kalau Man beli semua tanah pak long boleh tak, Nanti Man uruskan hak pemilikan tanah tu"ujar Azman.
"Baik juga begitu.mak long nak serahkan separuh daripada duit tu kepada Ilah"kata puan Hamizah.
"Kak long tak perlu beri separuh pada Ilah, bahagikan sama rata kepada kak long dan anak anak"balas puan Razilah.
"Ilah satu satunya adik abang, Ilah ada hak atas tanah tu"ujar puan Hamizah.
"Beginilah mak long, Man masih ada wang untuk Sara mak, duit tanah ni untuk mak long anak beranak ok"kata Azman.
Selesai perbincangan itu Azman dan ibunya pulang.
"Bila boleh mak uruskan rombongan untuk pergi meminang Farisya?"soal Puan Razilah.
"Dia tu pekerja Man la mak,"Gugup Azman nak menjawab pertanyaan ibunya.
"Mak ni ibu Man, ingat mak tak nampak cara Farisya layan Man macam isteri layan suami, mak pun berkenan dengan dia tu, nanti mak kumpul saudara mara kita untuk pergi merisik Farisya ok"kata puan Razilah.
"Baiklah mak, nanti Man dapatkan alamat rumah keluarga dia ya"Azman dengan segera bersetuju kerana ibunya mendesak.
Keesokan harinya. Azman memanggil Farisya.
"Abang panggil Sya?"
"Ya, Dah lama Sya tak balik Melaka, apa kata abang bagi Sya cuti 2 minggu. Sya balik Melaka tunggu rombongan meminang dari Abang"ujar Azman.
"Nak meminang terus ke?"soal Farisya.
"Sumur abdmg ni sikit lagi nak masuk 50 tahun, tak kesian kat abang ke?"Soal Azman.
"Bukan Sya tak kesian tapi terlalu mendadak dan mana sempat nak buat persiapan dalam dua minggu ni?"kata Farisya.
"Nah ambik duit ni, beli baju untuk majlis tu then minta parents Sya order makanan katering saja,tetamu panggil saudara mara dan rakan sekampung saja Sya, nanti wedding kita buat besar besaran ok"Azman menyerahkan sampul berisi wang kepada Farisya.
"Baiklah"Farisya mengambil sampul itu.
nah tulis alamat rumah dan num telefon parents Sya"Azman memberi sehelai kertas kosong.
Farisya menulis alamat dan num telefon bimbit ayahnya.
"nanti Sya share lokasi rumah."kata Farisya
Sudah seminggu Farisya pulang ke Melaka, hari ini berduyun duyun kereta keluar dari kawasan kampung menuju ke Melaka untuk merisik dan seterusnya meminang Farisya untuk Azman
Rombongan tiba di Melaka pada pukul 4 petang, Azman telah menyewa 10 bush homestay di kawasan berdekatan kampung Tehel untuk ahli rombongannya berehat.
Hari berikutnya mereka pergi ke rumah Farisya dan disambut baik oleh keluarga Farisya.
"Pihak kami bersetuju dengan lamaran ini dan jika boleh kami nak adakan majlis pernikahan sebulan dari sekarang. lagipun Farisya bekerja di Kelantan, jika dan versudmi kami tak berasa risau dengan keselamatan dia",ujar encik Mukmin, bapa Farisya.
"Saya setuju"balas Puan Razilah.
Share this novel