Completed
61439
Aqilah sedang menyusukan Isyraf.. Ketika ini keluarganya sudah pulang hanya tinggal ibu menunggu dirinya. Uzayr sudah balik untuk bersihkan diri.. Isyraf yang sudah kenyang menyusu ditepuk perlahan oleh puan izzah.. Lena isyraf kekenyangan. Aqilah kemudian baring merehatkan dirinya.
"assalamualaikum" kedengaran suara seorang perempuan memberi salam.
"waalaikummusalam" jawap ibu. Aqilah memandang wajah perempuan tersebut.
"sara" aqilah jadi kecut melihat sara di depannya.. Di menarik ibunya mendekat.. Meminta bayinya. Sara masuk dan menyalam puan izzah.
"aqilah.. Sorry.. I datang bukan nak kacau U.. I datang nak lawat U.." sara mendekatkan dirinya ke kaki katil aqilah. Bakul buah diletakkan diatas meja aqilah.
"hmm... Sara.. Duduk lah.." ajak aqilah teragak agak.
Sara mendekatkan dirinya ke aqilah yang memeluk bayinya yang sedang lena.
"comelnya.." ucap sara sambil tersenyum. Tangan aqilah disentuh. Aqilah tegamam.. Kemudian kedengaran pintu dibuka dari luar.. Salam turut diberikan. Seorang lelaki muncul sambil memegang hamper barangan bayi.
"kenalkan.. Ni husband I.. Irshad.." ucap sara sambil menarik lengan suaminya. Irshad menundukkan kepalanya sedikit dan tersenyum. Hamper barangan bayi diberi kepada puan izzah.
"kawan aqilah ke.. Saya ibu aqilah." puan izzah kenalkan diri.
"sebenarnya saya kawan uzayr.. Doktor uzayr. Saya dulu pesakitnya.." terang sara sambil tersenyum.
"duduk lah.." kata ibu.
"tak apa.. Kami tak lama" sara dan suaminya menolak.. Sambil tersenyum.
"aqilah. I nak minta maaf sangat sangat dekat U.. Apa yang I dah buat dekat U sebelum ni. Memang salah I. I dah boleh terima yang cinta uzayr hanya untuk U.. I baru paham apa erti cinta.. Selepas I nikah dengan Irshad.." ucapnya sambil tersenyum. Sara kemudiannya memandang wajah Irshad. Irshad turut tersenyum.
" saya maafkan awak sara.. Anggap saja tiada apa yang berlaku antara kita.. Saya doakan awak bahagia bersama Irshad.. "tangan sara digengam sambil tersenyum.
" hehehe... Dulu I bodoh.. Uzayr terlalu baik.. Sampai I jatuh cinta.. Tapi tu lah.. Bertepuk sebelah tangan.. Takkan berbunyi. " tambah sara. Sambil tegelak kecil.
" saya dah lama suka dia.. Dia sikit pun tak pandang saya.." Irshad yang tadi diam mula bersuara.
" abang ni.. Malu lah" merah muka sara yang putih gebu itu.
"assalamualaikum" uzayr masuk ke bilik aqilah. Melihat tetamu yang melawat aqilah.. Matanya membulat memandang sara berada disamping aqilah.
"waalaikummusalam" mereka menjawap salam serentak.
"awak buat apa dekat sini" tanya uzayr dengan muka yang tegang.
"bie.. Sara datang nak melawat" jawap aqilah.. Bagi pihak sara.. Irshad menyuakan tangan untuk bersalaman dengan uzayr. Uzayr menyambut dengan muka yang kelat.
"saya suami sara, Irshad awak mesti uzayr" Irshad kenalkan dirinya. Uzayr hanya mengangguk. Wajah Irshad ditenung lama..
"kami datang hanya untuk melawat.." tambah Irshad.
"uzayr.. I nak minta maaf apa yang I dah buat sebelum ni.. I really sorry for what I have done" kedengaran kendur suara sara. Ibu yang berdiri di hujung katil membuat muka hairan..
"saya maafkan.. Harap awak bahagia.. Dan sembuh sepenuhnya." jawap uzayr.. Seraya mengambil isyraf daripada aqilah. Sara tersenyum lalu memeluk aqilah.. Aqilah mengusap belakang sara.
Sara yang dulu muncul dalam hidupnya umpama ujian besar dari tuhan.. Uzayr bersyukur kini ujian tersebut sudah selesai.
" bie kenapa.. Mengelamun" tanya aqilah.
"mana ada. Bie tengok isyraf.." jawap uzayr.
"terima kasih bie.. Walaupun hubungan kita pada mulanya tidak dirancang.. Jodoh itu memang rahsia tuhan.. Alhamdulillah sayang bahagia sangat.. Dengan bie.. Isyraf.. Ibu.. Mama.. Papa.. Abang adib.. Abang harraz.. Umairah.. Umair.." ucap aqilah.. Sambil memaut lengan uzayr.
" bie pun sama.. Terima kasih terima bie dari mula kita nikah.. Alhamdulillah cinta yang Direstui allah..direstui oleh orang tua kita.. InsyaAllah sampai ke jannah.. Sampai nadi bie berhenti berdenyut.. Hanya untuk insan bernama Aqilah Insyirah.." ikhlas tutur kata dari uzayr.. Dahi aqilah dicium lama.. Aqilah dapat merasakan kasih yang mengalir melalui ciuman itu. Air mata mengalir tanpa disedari.
Ehem.. Ehem..
" aqilah lepas ni kena pantang.. Behave sikit" tegur mama yang baru datang bersama papa.
"ala ma.. Angah tak buat apa pun.." uzayr menyeka air mata aqilah dengan tangannya.. Kemudian memeluk bahu aqilah.
"kalau nak bagi cucu cepat pun tunggu lah habis pantang" ibu pula mengusik.
"pantang berapa hari.." tanya uzayr terkebil kebil.
"empat puluh empat hari.." tambah papa.
"seratus hari.." aqilah menyampuk. Kemudian tegelak kecil..
"oh no.. Lamanya kena puasa.." uzayr mencebik.
"eeeii... Bie.. Tak malu la" aqilah menampar lengan uzayr.
Kedengaran yang lain turut ketawa setelah melihat wajah uzayr yang mencuka. Aqilah pula masih malu menutup wajahnya sambil tegelak.
-TAMAT-
Terima kasih kepada semua pambaca yang sudi meluangkan masa untuk membaca dan menyokong saya.. Saya mohon maaf sekiranya ada kekurangan dan salah silap.. :)
Thanks to all readers
Share this novel
tqvm Waney Zack...teruskan menulis...