BAB 50

Family Completed 53336

Ruang makan puan kausar riuh kedengaran gelak ketawa.. Uzayr yang baru turun dari biliknya melangkah longlai ke arah mereka.

"uzayr.. Mana aqilah .. Panggil turun kita makan sekali" ajak puan kausar. Uzayr duduk di sofa ruang tamu tidak menjawab soalan dari ibunya.

"ish budak ni.. Kejap yea bang.. Sayang naik atas panggil menantu saya.." senyum memandang suaminya.. Encik muksin mengangguk. Baru saja bangun dari duduknya.

"ma...aqilah tak ada.." jawap uzayr pelahan.

"pergi mana.. Balik rumah ibu ke". Uzayr hanya diam. Tak sanggup nak menjawap dengan mamanya. Uzayr meraut rambutnya ke belakang. Habis kusut rambutnya.

"hai kemarin elok ja... Kan aqilah pergi hospital jumpa uzayr.." puan kausar ketawa kecil. Uzayr memandang mamanya.

"kenapa aqilah pergi cari uzayr dekat hospital" tanyanya menukar topik.

"ish... Dia buat tanya mama pulak..aqilah tak bagitahu ke. " puan kausar ketawa lagi sambil menepuk bahu suaminya.. Umairah senyum memandang uzayr. Umair hanya makan tanpa menghiraukan mereka.

"mama..." uzayr melangkah ke meja makan.. Puan kausar menghulurkan pinggan yang berisi koewteow goreng. Uzayr menggeleng, perutnya belum terasa lapar.

Muka papa dan mama dipandang ceria sahaja wajah mereka. Dia melepaskan keluhan. 'kalau lah diaorang tahu apa jadi semalam mati aku.. Apa nak buat ni.. Macam mana nak cakap' dipandang umair.. Umair masih beriak biasa..

"mama... Uzayr serius ni." uzayr mula risau.. 'kenapa aqilah ke hospital. Dia sakit ke.. Jatuh motor ke..' timbul tanda tanya dalam benaknya..

Puan kausar bangun.. Masuk kebiliknya.. Kemudian keluar memengang sesuatu ditangan..

"nah ambik ni.. Kemarin mama lupa nak pulangkan.. Sebab nak tunjuk papa.. Mama tersimpan pulak" kertas gambar hitam putih mama hulurkan.

"apa ni mama.. Papa" tanya uzayr

"kata doktor.. Takkan tak paham" sindir papa. Uzayr menggaru belakang kepalanya.. Bertambah serabut..

Uzayr bangun duduk di sofa. Gambar ditangannya direnung lama. Dia melihat perincian yang terdapat didalam gambar tersebut. Mulutnya melopong. Kedua dua tangannya meraut wajahnya.. 'alhamdulillah aku akan jadi bapa.. Aqilah mengandung anak aku'.

Umair duduk disebelah uzayr. Menepuk bahu uzayr. Uzayr memandang dengan tersenyum nipis.

"jom kita cari aqilah.. Sebelum papa dan mama tahu.. Along teman angah". Ucap umair.

"angah tak tahu nak cari dekat mana" jawap uzayr.

"kita pergi rumah ibu. Mesti ibu tahu.. Lepas tu kalu tak tahu jugak.. Kita call adib" cadang umair. Uzayr mengangguk.

"pergi makan dulu.. Lepas tu siap.. Along tunggu dekat luar" uzayr melangkah ke meja makan semula.. Makanan dijamah sedikit bagi melapik perut.. Kemudian naik keatas bersiap.. Umair sudah menunggu didalam kereta pacuan empat rodanya..

Sampai dirumah ibu.. Uzayr dan umair melangkah masuk ke halaman rumah ibu. Salam diberi. Ibu menjawap salam dari dalam.

" uzayr.. Umair pun ada.. Masuklah" ajak puan izzah. Uzair dan umair melangkah masuk kedalam.. Mereka duduk di sofa.

"kejap ibu buat air"

"eh.. Tak payah ibu.. Baru sudah minum tadi, lagipun uzayr tak lama ni ibu" terang uzayr..

"ibu... Uzayr nak tanya sedikit" uzayr mula bicara

"ibu tahu apa yang uzayr nak tanya.. Aqilah kan" ibu senyum memandang menantunya..

"ibu tahu aqilah kemana.. Tolong lah ibu.. Bagitahu uzayr.. Uzayr tak tahu nak cari dekat mana.." rayu uzayr.. Uzayr tanpa segan silu melutut di depan ibu. Tanngannya memengang tangan ibu. Matanya sudah berair.

"uzayr jangan risau.. Aqilah tak pergi jauh.. Dia rindu abi" kepala uzayr digosok perlahan.

"abi?" wajah uzayr keliru. Ibu hanya mengangguk.

"aqilah melawat kubur abi.. Lepas tu Aqilah tumpang tidur dekat rumah paklong aqmal.. Uzayr nak pergi jemput aqilah ke" tanya ibu. Uzayr mengangguk laju.

"ibu tak tahu apa yang jadi antar kamu berdua.. Banyak banyaklah bersabar.. Biasalah lumrah rumah tangga.." nasihat ibu..

"maafkan uzayr ibu.. Uzayr salah.. Uzayr ikut baran uzayr.." air mata mengalir. Cepat cepat tangan menepis kasar.

"sama lah aqilah.. Anak ibu pun tak sempurna mana.. Manusia biasa.." ibu menepuk belakang uzayr.. Umair hanya memerhati mereka berdua.

Uzayr dan umair meminta diri untuk beredar.. Mereka pun keluar.. Selepas bersalaman dengan puan izzah.

Kereta di pecut laju menuju ke jalan besar.. Umair memandang jam ditanganya sekilas..

"nasib dia tak pergi jauh... Kalau tak menyesal tak sudah angah" ucap umair. Uzayr hanya mengeluh.

"along bukan nak campur urusan korang.. Tapi along tak suka.. Cara angah semalam. Along harap angah boleh jaga aqilah baik baik.. Tambah pulal sekarang ni dia pregnant.." bicara umair lagi.

"hmm.. Sorry along.. Angah balik semalam letih kerja.. Letih dengan sara tu.. Dia cari angah dekat hospital.. Aqilah pula nampak.. Tu yang serabut tu.." jawap uzayr.

"buat apa dia cari dekat hospital.. Kenapa dia stay lagi dekat malaysia.. Bukan dah balik UK"

"memang dah balik.. Kemarin dia datang semata mata nak jumpa angah.. Itu lah dia kata" uzayr memandang keluar tingkap.

"so.. Aqilah jumpa la korang" tanya umair

"yes.. Sara tu siap penampar aqilah." muka uzayr mula merah..

" lepas ni baik hati hati.. Bahaya kalau dia apa apakan aqilah.." pesan umair. Uzayr mengangguk.

Kereta meluncur laju membelah jalan.. 'sayang tunggu bie datang nak ambik sayang dan anak kita balik' bisik hati uzayr.. Matanya memandang jauh ke hadapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience