BAB 38

Family Completed 53336

Aqilah melangkah masuk kedalam cafe milik mama.. Kemudian memilih untuk duduk di ruang yang paling hujung.. Sara hanya mengikut langkah aqilah.

"cik nak order ke" mata aqilah mencari pelayan..

"nope.." sara menyandarkan tubuhnya di kerusi..

"cik nak cakap apa ya tadi.. Saya tak boleh lama" ucap aqilah.. Hp di dalam beg silangnya dari tadi asyik begetar.. Aqilah hanya membiarkan saja. Wajah sara dipandang.

"ok..I pun bukan nak buang masa u.. Kalau u nak tahu... I ni tunang uzayr. U tu perampas.. U rampas hak I" tersembur ayat dari mulut sara.. Dengan rasa marah geramnya.. Diluahkan kepada aqilah. Aqilah mendengar bagai tidak pecaya. Badannya keras kejung. Tekaknya ingin menjerit namun tidak bersuara..

"sssa ya... Tak pa hamm..." ucap aqilah gagap. Sara menjeling kearah aqilah yang berwajah kelat didepannya..

"U tu hipokrit.. Perampas.. U kahwin dengan uzayr.. Uzayr tu tunang I.." ulang sara dengan nada menyindir.

"maaf saya tak tahu uzayr sudah bertunang dengan cik sara.." sedaya upaya aqilah mengumpul kekuatan untuk berbicara. Hatinya hancur lebur mendengar kata kata sara. Kecewa.

"sekarang U dah tahu kan.. I nak U tinggalkan uzayr.. Sebab dia milik I.." marah sara. Aqilah hanya diam membisu. Wajahnya menunduk memandang lantai.

"err.. Perempuan. U dengar tak ni.." sara bersuara semula. Apabila melihat aqilah masih diam.

"betul ke cik ni tunang uzayr" aqilah serabut.. Entah apa yang dia cakapkan.

"kalau U tak pecaya.. U tanya la dekat dia.. Siapa I.. Even her family also know who am I" ucapnya sambil ketawa kecil..

'family uzayr tahu... Habis tu kenapa aku tak tahu.. Sara ni tunang uzayr. Sampai hati buat aqilah macam ni.. Apa dosa aqilah.' bisik aqilah sendiri.

"kalau betul cik sara ni tunang dia.. Saya ni perampas.. Saya akan serahkan semula hak cik.. Maaf lah cik. Saya kena balik dulu." aqilah bangun..

"kalau I tgok U stay lagi dengan dia. U tengok lah nasib U nanti perempuan." sempat sara mengugut aqilah sebelum aqilah keluar dari cafe.

Enjin motosikal dihidupkan.. Aqilah menunggang motosikal dengan berat hati pulang ke rumah. Hp yang dari tadi begetar dibiarkan sahaja. Perasaan nya kini bercampur baur. Serabut.

Sampai saja rumah. Aqilah memberi salam, masuk mencari ibu. Ibu sedang duduk di sofa menonton televisyen. Aqilah duduk sebelah ibu.. Memeluk erat ibunya.

"aqilah.. Lewat balik.. Kerja banyak ke" tanya puan izzah. Tanggannya mengosok belakang aqilah. Aqilah hanya mengangguk perlahan didada ibunya.

"pergi lah naik mandi.. Malam ni tidur sini ke" aqilah mengangguk lagi. Puan izzah hairan melihat anaknya tidak bersuara.. Hanya anggukkan sebagai isyarat dari aqilah.

"aqilah ada masalah ke.." puan izzah menarik bahu untuk melihat wajah aqilah. Namun aqilah bekeras.. Aqilah memeluk ibunya erat. Puan izzah membiarkan sahaja.

"aqilah naik mandi dulu" lama baru aqilah bersuara.. Pipi ibunya dicium lembut. Puan izzah memandang wajah aqilah yang mendung itu..

"aqilah lepas mandi solat.. Turun makan dengan ibu yea.. Ibu ada buat gulai ketam" aqilah hanya mengangguk.. Kaki nya sudah memanjat anak tangga keatas.

Sampai dibilik.. Dia membaling beg silangnya ke atas tilam.. Kaki melangkah masuk kedalam bilik air.. Pancuran air dibuka.. Aqilah duduk memeluk lutut dibawah pancuran air. Basah semua tudung dan pakaiannya.. Dia menangis sepuas puasnya.

Selesai mandi.. Solat.. Aqilah mencari kekuatan untuk turun makan bersama ibunya. Mukanya cuba untuk senyum.. Aqilah tidak mahu ibu risau akan dirinya..

"aqilah ok ke sayang.." tanya puan izzah.

"aqilah ok je ibu..letih sikit kerja banyak sangat tadi" bibir aqilah menguntumkan senyuman.

Selesai makan aqilah naik kebilik..hp di ambil dalam beg silangnya.. Ada panggilan tak dijawap dan juga mesej dari uzayr. Aqilah mengeluh. Hp diletakkan di meja sisi. Mata dipejamkan.. Malas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience