BAB 54

Family Completed 53336

Jam sudah menunjukkan pukul dua pagi.. Mata aqilah masih belum mahu terlena. Air liur ditelan berulang kali.. Wajah uzayr disebelah direnung.. Aqilah mengangkat tangan uzar yang memeluknya perlahan lahan.. Dia turun dari katil.

Laci solekkan dibuka pelahan.. Setelah tangannya mendapat apa yang dicari laci ditutup perlahan. 'yes ada pun..' selendang dililit ringkas. Jaket disarung..

PLAK...

Lampu biliknya menyala. Terang bilik tidurnya. Uzayr sudah tegak berdiri di belakangnya . Aqilah menelan liur.. 'alamak.. Terjaga pulak' badannya dipusing mengadap ke arah uzayr sambil mengetap bibir bawahnya.

"sayang nak pergi mana" tanya uzayr.

"hmmm.. I'm craved something" jawab aqilah.. Sambil memain kedua jari telunjuknya..

"at this time.. Esok bie bawa... Sekarang kita tidur dulu..boleh" pujuk uzayr.

"no.. Tak boleh tidur.. Asyik teringat saja.. Macam mana" jawab aqilah dengan nada sedihnya.

"so..memang kena sekarang jugaklah yea.. Pandai baby yea.. Kenapa tak kejut bie" tanya uzayr sambil mengusap perut aqilah.

"memang nak kejut pun.. Sayang siap.. Lepas tu baru ingat nak kejut bie.." jawab aqilah.. Tangannya mengengam kemas sebentuk kunci pendua motosikalnya. Uzayr sudah menukar seluar dan menyarungkan baju di badannya.

"baby nak makan apa pagi pagi ni" tanya uzayr sambil tangannya memeluk aqilah.

"aiskrim choco top mcd.. Tebayang bayang dah ni.. Please.." bisik aqilah lembut ditelinga uzayr..

"ok.. Jom.." ajak uzayr..

Suka aqilah.. Melangkah turun bersama uzayr.. Masuk kedalam kereta..

"sayang bie" ucap aqilah selepas memakai tali pingang..

"sayang je... Lepas balik nanti nak claim upah" usik uzayr. Dia kemudiannya senyum nakal memandang aqilah. Aqilah membalas dengan jelingan mata.

Kereta meluncur laju ke jalan raya.. Lengang jalan raya ketika ini..

"tiba tiba bie rasa macam nak makan tomyam pulak.. Nak tak singgah" ucap uzayr.

"eh.. Siapa yang mengidam ni.." sindir aqilah.

"perli bie yea.." uzayr menarik muka masam

"yea ke. Terasa.. Ala kesian.. Ok sorry.. Kita singggah yea.. Tu pun kalau ada kedai buka time macam ni" aqilah senyum memandang wajah cemerut uzayr.

Aiskrim sudah berada ditangan aqilah.. Bukan satu tapi dua.. Uzayr hanya menggeleng..
'nasiblah sayang'..pipi gebu aqilah dicubit lembut.

"kenapa.. Ni untuk bie lah satu ni" marah aqilah.

"mana ada bie kata apa pun.." uzayr senyum. Sejak mengandung ni.. Aqilah cepat terasa.

"geleng kepala tu.. Macam lah sayang tak tahu" aqilah menyuakan aiskrim ke mulut uzayr..

"sayang.. Apa kata sayang tak payah kerja.." cadang uzayr. Sekilas memandang wajah aqilah.

"hmm.. Sayang kalau tak kerja nak buat apa.. Nanti boring pulak duduk rumah saja.." aqilah menjawab sambil menjilat aiskrimnya.

"nanti ada baby.. Sayang duduk rumah jela.. Jaga baby.. Macam mana?" tambah uzayr lagi.. Aqilah mengosok perutnya sambil berfikir.

"tengok lah.." pendek jawapannya

"kalau boleh bie taknak orang jaga baby kita, nak sayang yang jaga.. Sayang duduk rumah je.. Lepas tu beranak anak bie lagi dan lagi" uzayr kemudiannya ketawa..

"bie.." aqilah menjerit kecil.. Tangannya mencubit lengan uzayr.

"sakit la sayang..Bie tengah drive ni" sebelah tangan uzayr mengosok bekas dicubit tadi.. Pedih. Mau biru bekas cubitan aqilah.

"sorry.." Aqilah turut menggosok bekas cubitan tadi.

"bie nak berapa orang anak..." tanya aqilah.

"as many as you can" sambil matanya dikenyitkan kepada aqilah.

"wow... Dasyat.. Mampu kah." gelak aqilah.

"insya Allah mampu sayang.. Anak kan pembawa rezeki.." jawap uzayr.

"ok.. Tapi bie kena jaga sama lah.. Kalau semua sayang je.. Empat paling banyak.. Dan than stop" balas aqilah. Uzayr mengangguk.. Perut aqilah digosok perlahan..

Sampai rumah.. Ibu sudah bercekak pingang menunggu di ruang tamu. Aqilah yang melangkah masuk tergejut melihat ibu. Dia melarikan diri dibelakang uzayr. Menolak uzayr ke depan.

"kemana ni.. " tanya ibu.

"baby ni ibu.. Nak makan ais krim mcd pulak.. Nasib ada 24jam" jawap uzayr. Aqilah hanya mengintai dari belakang, kemudian lari ke arah tangga. Kecut perut uzayr melihat larian aqilah. Pantas dia turut menyambar tangan aqilah.

"stop running.. Ingat baby dalam tu" tegas suara uzayr. Aqilah mengangguk.. Memandang wajah ibu.

"ibu ingat kemana lah pagi2 buta.. Kamu oun uzayr melayan sangat si aqilah tu. Dah la pergi naik tidur.." bebel ibu.

Mereka pun naik tidur.. Tidur sekadar melelapkan mata sebelum azan subuh berkumandang.. Masing masing bangun sambil menguap.. Tak puas tidur.. Gara gara aqilah nak sangat makan aiskrim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience