BAB 37

Family Completed 53336

Kepulangan ahli keluarga tersayang dari tanah suci ditunggu dengan sabar oleh umair, uzayr, aqilah dah umairah. Mereka bediri didepan balai ketibaan mencari kelibat yang ditunggu. Setelah melihat papa, mama dan ibu..wajah mereka tersenyum gembira.. Umairah melompat kecik tak ubah seperti kanak kanak.Berselang seli mereka berpelukan satu sama lain.. Dicium pipi mama dan ibu melepaskan rindu..

"sihat ibu, mama..papa" tanya aqilah dan umairah, uzayr dan umair menolak bagasi berjalan mengikut belakang mereka.

"alhamdulillah sihat.. Papa tu je batuk sikit" jawap mama.. Ibu hanya mengangguk. Aqilah berjalan bersama ibu.. Manakala umairah berjalan dengan mama..

"biasalah.. Perubahan cuaca" papa tersenyum.

"anak menantu mama semua ok ke, sepanjang mama dengan papa tak ada ni" mama memandang kearah umairah dan aqilah. Aqilah menganggu dan senyum.

"ok je ma.. Everything fine" sengeh umairah. Aqilah mengangguk setuju.

"kita nak balik terus ke ni.. Kita makan dulu nak.. Umair belanja" cadang umair. Papa mengangguk. Mereka melangkah ke kereta.

Kedai makan masakan thai menjadi pilihan mereka.. Mereka makan dengan beselera sekali mungkin jarang berkumpul ramai begini. Selesai makan mereka pulang.. Aqilah besalaman dengan keluarga uzayr.. Kerana mereka akan ke rumah ibu malam ini.. Sebelum mereka bertolak balik aqilah melihat umair dan uzair sempat berbual sesuatu.. Kemudian mereka berpeluk. 'lega hati aqilah melihat dua beradik itu.. Berbaik.. Tanpa salah faham'.

Sampai saja rumah ibu.. Ibu masuk kedalam bilik untuk berehat.. Letih katanya naik flight lama sangat. Uzayr masuk bersama bagasi ibu.. Aqilah mengunci pintu dan naik keatas bersama uzayr.

Aqilah bangun menyediakan sarapan... Kemudian ibu bangun. Masuk ke dapur mendapatkan aqilah. Aqilah senyum melihat ibunya.

"ibu ok... Letih lagi ke?”. Tanya aqilah..

" ibu ok.. Lega dah.. Aqilah dengan uzayr macam mana.. Semua ok ke" tanya ibu.. Sambil duduk di kerusi meja makan.

"alhamdulillah ok ibu.. Kami baik baik je ibu" jawap aqilah bibir menguntumkan senyuman manis. Tepancar diwajahnya sinar bahagia.

"alhamdulillah.. Ibu kat sana berdoa sangat agar jodoh kamu berdua kuat.. Sampai ke syurga" aqilah memeluk ibunya erat. Terharu dengan kata kata ibunya.

"terima kasih ibu, aqilah sayang ibu" tangan ibu mengurut lembut belakang badan anaknya.

Uzayr yang baru melangkah turun. Melihat dua beranak itu berpelukan. Senyum memandang kearah mereka. Ibu mengajaknya bersarapan bersama. Selesai makan.. Uzayr dan aqilah keluar untuk ke tempat kerja.

**********

-bie.. Sayang balik lewat arini..
-ok. Sayang.. Kita jumpa dekat rumah ibu yea. Take care. Love u..
-ok bie..love u to..

Aqilah memandang invois yang bertimbun diatas mejanya... Keluhan berat dilepaskan... 'bila nak habis ni.. nasib ada juga yang stay back malam ni.. Kalau tak menagis buat kerja sorang' bisik aqilah sendiri. Selesai kerja aqilah menunaikan solat maghrib di surau sebelum pulang.

Dengan keadaan badan yang letih dia mengharungi jalan yang sesak dengan kenderaan. Nasib rumahnya tak jauh sangat..

Tiba tiba motosikalnya dihimpit oleh kereta Mercedes-Benz berwarna merah. 'kenapa kereta ni..gila ke apa.. Kereta saja mahal.. Tapi main himpit orang..' marah aqilah sendiri. Tangannya menekan hon.

Kereta itu kemudiaannya berhenti mengejut di depannya. Mulut Aqilah beristighfar . Tegejut dengan tindakan pemandu kereta itu. Motor dipakir di bahu jalan.

Seorang perempuan keluar dari perut kereta Mercedes-Benz merah tadi.. Berjalan kearah aqilah.

"cik ni kenapa bawa kereta macam tu.. Bahaya tau tak.." nada aqilah sedikit tinggi. Marah. Perempuan itu tersenyum sinis.

"u ni aqilah kan.." riak muka aqilah berubah.. Hairan macam mana dia tahu namanya.

"awak ni siapa." tanya aqilah..

"I sara.. I ada benda nak cakap dengan u" seraya matanya menjeling aqilah.

"maaf la.. Saya tak kenal cik.. Lagipun saya dah lewat ni" ucap aqilah.. Takut juga.. Tiba tiba saja perempuan didepannya mengajaknya.. Padahal kenal pun tidak.

" U kena ikut I.. I ada benda nak cakap pasal husband U.. UZAYR.." nada perempuan bernama sara itu sedikit menengking. Aqilah tergejut. Sekarang nama uzayr pulak yang disebut. Kenapa dengan uzayr.

"ok.. Baik.. Tapi cik yang kena ikut saya.." aqilah memberi cadangan.

"ok.. Show me the way.." bicaranya angkuh.

Aqilah Menunggang motosikalnya ke cafe mama.. Kerana dia rasa tempat itu selamat.. Dan juga tidak jauh dari rumahnya.

Dalam hati aqilah tertanya siapa sara ni.. Aku tak kenal pun.. Apa yang hendak dia cakapkan.. Kenapa nama uzayr juga disebut.. Serabut qilah memikirkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience