BAB 14

Family Completed 53336

"saya sanggup menikah dengan aqilah"

Suara itu kedengaran memecah suasana suram.. Wajah pemilik suara itu diperhatikan oleh sekumpulan manusia disitu.

Aqilah yang tadi menunduk.. Mencari pemilik suara tersebut.

"Uzayr" jawap aqilah sepatah.

Kemudian mata semua tertumpu memandang aqilah.

"aqilah nak berbincang dengan uzayr dulu" pinta aqilah.

Uzayr dan aqilah melangkah masuk ke dalam kereta.. Diikuti adib menemani aqilah. Adib hanya bediri diluar.

"kak.. Rasa macam mana" tanya puan kausar

"insyaallah.. Kita ikut saja keputusan mereka"

"maaf kak.. Umair hilang macam tu saja pagi ni. Geram saya kak" rayu puan kausar sambil memegang tangan puan izzah.

Pintu kereta dibuka oleh uzayr.. Uzayr melangkah masuk ke dalam masjid. Mengambil wuduk. Aqilah berjalan beriringan dengan adib.

Ahli keluarga yang lain hanya memandang kearah mereka.. Kemudian adib tersenyum sambil mengangkat isyarat ibu jari kepada mereka..

Alhamdulillah.. Ada yang mengurut dada lega.. Ada jugak yang berpelukan.. Kemudian mereka tersenyum gembira.

Tok kadi sudah sedia berada di tempatnya.. Begitu juga dengan pasangan pengantin.

"aku terima nikahnya aqilah insyirah binti aqram dengan maskawin lapan ratus ringgit tunai"

Dengan sekali lafas.. Aqilah sudah sah menjadi isteri kepada uzayr..

Ahli keluarga kedua dua belah pihak tersenyum gembira.

Uzayr kemudiaan mengundur diri untuk menunaikan solat sunat nikah. Seusai solat mereka memanggil uzayr untuk acara membatalkan air sembahyang.

"sarungkan cincin tu kat jari aqilah, uzayr" tegur puan kausar. Kedengaran gelak ahli keluarga yang lain.

Tesentak uzayr yang dari tadi asyik memandang wajah aqilah di depannya.

"aqilah hulurkan tangan tu" tegur puan izzah pulak.. Pelahan tangan dihulurkan.. Uzayr masih terkaku disitu.. Tangan aqilah ditarik balik kesisinya..

"la budak budak ni.. Main main pulak.." encik muhsin bersuara.

Merah muka aqilah... Uzayr masih memandang aqilah.. Tangan dihulurkan semula.. Uzyar menyambut tangan aqilah. Uzayr dapat merasakan tangan aqilah sudah sejuk membeku.

"sarung cincin tu uzayr.. Main pengang tangan lama lama pulak" usik adib. Adib menepuk belakang Uzayr. Uzayr menyarungkan cincin ke jari manis aqilah.

Aqilah mencium tangan uzayr cepat cepat.. Tangan mahu ditarik semula.. Tapi gagal.. Gengaman tangan uzayr semakin kemas. Dagu aqilah diangkat keatas..Uzayr mencium dahi aqilah lama. Muka aqilah merona merah.. Dapat dirasakan mukannya berbahang.. Malunya.

Selesai akan nikah.. Semua beransur ke rumah puan izzah.. Puan izzah dan puan kausar sempat bepeluk mesra.. Tangisan kegembiraan turut bercucuran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience