BAB 11

Family Completed 53336

Habis je kerja. Aqilah pulang menaiki motosikal kesayangannya. Jalan yang sesak diharunginya. 'nasib la aku naik moto..senang mencelah'.

Sampai simpang masuk ke taman rumahnya.. Dia memecut laju.. Lampu isyarat membelok diberi.. Lalu dia membelok. Dalam tak disangka kereta dari arah bertentangan juga membelok.. Aqilah mengelak.. Motosikal hilang kawalan. Terbabas ke dalam semak.. Aqilah tergolek di atas jalan.

Kereta itu berhenti di bahu jalan. Dia segera mendapatkan aqilah yang cuba bagun untuk berdiri.

"maaf, saya tak perasan tadi, encik ok ke" tanya tuan kereta itu.

Aqilah bangun. Sambil mengeleng kepalanya. Tangan menunjukkan ibu jari kepada pemuda di depannya. Menandakan dia ok. Tanpa memandang wajah pemuda itu.

Aqilah terus melangkah ke arah motorsikalnya. Pemuda tadi hanya mengikut dari belakang. Aqilah mengangkat motosikal.. Menolak keluar dari semak. Motor tersebut diperhati dengan teliti oleh aqilah. 'nasib tak ada apa, kepak je patah sikit.. Yang lain tu calar je'.

Pemuda tadi hanya memandang susuk tubuh didepannya.. Wajah belum kelihatan kerana topi keledar ditutup dengan penghadang 'motor yang dia tengok.. Aku tanya dia ok ke tak. Dia buat dek je'.

"encik ok ke" tanya nya lagi.

Aqilah baru tesedar yang pemuda itu masih bediri di belakangnya. Tangan membuka penghadang muka.

"saya ok" jawapnya pendek. Mata masih memandang motor.

"AQILAH INSYIRAH!!!" suara itu kedengaran sedikit menjerit.

Tergejut aqilah mendengar nama penuhnya dipanggil dengan kuat. Dia memandang kearah pemuda tadi..

"uzayr.." tegejut melihat uzayr di depannya. Wajah uzayr kelihatan sedikit resah.

"kau ok ke ni.. Aku tanya ni. Jangan asyik tengok motor tu je" tegas uzayr.

"kau ni kenapa.. Aqilah ok la" tegejut melihat reaksi uzayr.

"banyak la kau punya ok.. Lutut tu dah bedarah. Tak sedar ke" marah uzayr.

Aqilah yang tadi asyik memandang motor.. Beralih memandang lututnya. Seluar jeans yang dipakai koyak sedikit. Lututnya hanya calar.

"calar la uzayr.. Bukan apa pun." jawapnya.

"ikut aku ke klinik.. Kita cek. Mana tau ada retak mana mana pulak nanti" ajak uzayr.

"ish.. Tak nak." aqilah sudah menaiki motosikalnya. Enjin dihidupkan. 'alhamdulillah.. Nasib motor ok' bisiknya. Digosok motornya. Senyum terukir dibibir.

"aqilah.. Ikut aku. Aku cuci luka kat lutut tu" ajak uzayr.

Aqilah hanya menggeleng.. 'degil pulak budak ni'.

"aqilah ok.. Calar je" senyum diberikan.

"calar.. Kang tak pasal umair marah aku"

"tak lah.. Tak payah la sampai nak bagitahu umair"

Wajah aqilah ditenung dalam oleh uzayr.

"uzayr minta maaf tak perasan tadi.. Laju sangat aqilah bawa motor.. Tiba tiba je muncul" suara uzayr lembut tak macam tadi.

"tak apalah uzayr.. Alhamdulillah. Tak jadi apa apa.. Jangan risau aqilah ok.." ayat itu diulang lagi supaya uzayr tidak menyalahkan dirinya.

"kejap" kata uzayr sambil tangan diangkat ke arah aqilah.. Uzayr masuk ke dalam keretanya.. Membawa sesuatu di tangan.

"ambik ni" peti kecemasan dihulurkan kepada aqilah.

"nak buat apa. Tak nak lah. Kat rumah pun ada" aqilah menolak.

"degil betul la.. Ingat dah besar dah berubah" rungut uzayr perlahan..

"aqilah dengar lah" mata menjeling ke arah uzayr.

Uzayr mengaru belakang kepalanya..

"aqilah nak balik.. Nanti ibu risau"

"kejap.. Motor aqilah macam mana.. Kepak patah tu.. Nanti uzayr gantikan"

"oh.. Sikit je tu. Xpelah." bibir mengukirkan senyuman.

"bagi no phone aqilah" minta uzayr.

"nak buat apa" tegejut aqilah.

"yea la.. Nanti nak deal nak ganti kepak tu.. Lagi satu.. Tu takut bengkak kat mana mana.. Uzayr yang kena nanti" jawap uzayr.

"ok.. Dengan syarat.. Uzayr jangan bagitahu sesiapa pun hal ni.. Please" rayu aqilah.

Uzayr mengeluarkan hp.. No yang aqilah di dail..

"ok.. Dah.. Aqilah nak balik.. Nanti ibu risau.. Bye" aqilah laju memecut motornya.

Uzayr melihat aqilah sehingga hilang dari pandangan matanya.

Sampai saja rumah aqilah meninjau mencari kelibat ibunya. Kakinya melangkah pelahan kearah tangga. Kepala memandang kiri dan kanan. Selamat. Laju kaki mendaki anak tangga menuju ke bilik.

Aqilah melihat calar di lutut 'nasib sikit saja, kalau teruk.. Jenuh kena leter dengan ibu'. Pakaian ditanggalkan satu persatu.. Kini badannya dibalut oleh tuala. Dibelek badannya di hadapan cermin. Siku tangannya ada kesan kebiruan.. 'patutla sakit dah lebam siku ni'.

Kaki melangkah ke bilik air. Selesai mandi aqilah solat.. Kemudian menyapu ubat dilututnnya.. Minyak digosok ke siku.

Bbzzz... Bbbzz..

-aqilah. Ok ke. Jgn lupa sapu ubat ...-uzayr.

Aqilah hanya memandang mesej tersebut. Tanpa membalas. 'sejak bila dia ni serius pulak, sbb dia doctor kot' malas melayan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience