BAB 39

Family Completed 53336

Alarm hp berbunyi mengganggu tidur aqilah.. Tangan mengapai mencari hp.. Berat rasa badannya.. Aqilah cuba untuk bangun.. Alarm hp ditutup.. Selimut ditarik semula menutup kepalanya.

Tok.. Tok.. Tok

"aqilah.. Tak bangun pergi kerja ke.." laung ibu dari luar pintu. Aqilah masih terlena.. Puan izzah membuka pintu bilik aqilah.. Selimut diselak sedikit oleh puan izzah.. Tangannya menyentuh wajah anaknya.

"Allah.. Aqilah demam ni..kita pergi klinik yea sayang.. Panas sangat ni" risau puan izzah.

"aqilah nak tidur kejap je ibu.. Nanti ok lah ni" tolak aqilah..

"degil la.. Kejap ibu buatkan bubur.. Nak? Lepas tu makan ubat.." aqilah mengeleng..

"ibu.. Aqilah nak hot coklat je.. Tak nak bubur"

"budak ni.. Degil tu boleh tak buang tepi.. Dengar cakap ibu ni.." bebel puan izzah.. Kain lembap diletakkan di atas kepala aqilah.. Aqilah merengek sejuk.. Hp aqilah yang begetar lagi.. Entah kali yang keberapa.

"assalamualaikum.."

"waalaikummusalam.. Ibu ke ni.. Aqilah ada" aqilah mengeleng kepala tidak mahu menjawap panggil dari pemangil.

"aqilah demam.. Tu sebab ibu yang angkat ni.. Dia nak tidur" jawap ibu.

"demam.. Kejap uzayr balik.. Assalamualaikum ibu" suara uzayr cemas.

"waalaikummusalam" panggilan dimatikan. Ibu melihat hp aqilah.. Banyak panggilan tak dijawap.. Dia mengeleng. Aqilah sudah telena semula. Puan izzah turun untuk masak bubur buat aqilah..

"assalamualaikum ibu" uzyar muncul didepan pintu.

"waalaikummusalam uzayr.. Masuk.. Ibu kat dapur.. Masak bubur untuk aqilah" jawap puan izzah dari dapur.

"uzayr naik atas dulu yea ibu" langkah kaki uzyar laju memanjat anak tangga. Pintu bilik dibuka
Aqilah terbaring di atas katil. Tangannya menyentuh wajah aqilah. Perlahan lahan mata aqilah dibuka..

"jangan kacau nak tido" aqilah menutup mata semula.

"ok rehat.. Bie tak kacau" uzayr turun semula ke dapur mencari ibu.. Ibu sedang membancuh air.

"uzayr dah makan ke.. Ibu ada masak bihun goreng.. Mari makan dulu.."

"boleh juga ibu.." uzyar menyambut pinggan yang dihulurkan oleh ibu..

"ibu naik atas kejap bawa bubur dengan air coklat untuk aqilah"

"takpe ibu.. Nanti uzayr bawa naik." ibu mengangguk. Dulang makanan diletakkan atas meja..

Selesai makan uzayr naik keatas membawa dulang makanan dan juga ubat.

"sayang.. Bagun makan dulu yea.." uzayr memanggil aqilah lembut.

"tak nak.. Nak tidur " aqilah menjawap dengan mata tertutup.

"sayang makan.. Bie nak mandi kejap" makanan diletakkan diatas meja sisi. Uzayr masuk ke bilik air.

"sayang.." uzayr mengejutkan aqilah.. Makanan masih belum terusik. Selimut ditarik kasar oleh uzayr. Aqilah tergejut.. Badannya merasa angin sejuk. Uzayr tegak bediri di depannya dijeling. Selimut ditangan uzayr ditarik. Namun gagal.

"tolong la.. Bagi balik selimut tu" marah aqilah. Memang dia tak berdaya.

"ok.. Sayang makan.. Lepas tu Makan ubat.." uzayr menarik kerusi mendekat ke katil kemudian duduk..

"I am not your patient"

"yes. But you are my wife.. My everything, bie tak suka tengok sayang sakit macam ni.. Kalau sakit kena makan ubat." uzayr menolong aqilah untuk duduk, aqilah disandarkan ke kepala katil.. Sebiji bantal diletakkan dibelakang aqilah.

Mangkuk yang berisi bubur diambil oleh uzayr. Uzayr menyuapkan bubur kepada aqilah..Aqilah hanya mengikut makan bubur.. Kemudian dia menggeleng.. Tidak mahu.

"sikitnya sayang.. Makan sikit lagi" pujuk uzayr.. Aqilah mengeleng lagi.. Tangan aqilah mencapai mug yang berisi coklat panas.. Habis diminumnya..

"nah.. Ubat sayang." aqilah hanya menurut tanpa berkata kata.

"bie kena ke hospital balik.. Sayang ok ke" tanya uzayr berat hati meninggalkan aqilah.. Dah la semalam sepatutnya dia balik.. Last minit pulak tukar dengan doktor lain sebab kecemasan. Keluhan dilepaskan.. Uzayr menyelimutkan semula aqilah.

"bie balik awal arini.. Sayang jangan lupa makan ubat.." aqilah hanya memandang uzayr. Uzayr kemudiaannya mencium dahi aqilah. Aqilah memejamkan matanya.. Kemudian terlena.

Hp aqilah diatas meja diambil oleh uzayr .. 'patutlah tak angkat call.. Hp silent. Sayang tahu tak bie ni risau.. Buat kerja kat hospital asyik dok pikir sayang je..' rungut uzayr sendiri.

Melihat aqilah sudah terlena. Hilang marahnya apabila ibu memberitahu aqilah demam.. Segera dia pulang sekejap untuk melihat keadaan aqilah. Uzayr menukar mod senyap kepada mod biasa. Tapi diperlahankan sedikit nada deringannya. Takut menganggu aqilah tidur. Uzayr turun membawa dulang makanan ke bawah.

"aqilah makan tak uzayr.." tanya ibu.

"makan sikit je ibu, air coklat ni dia minum habis.. Ubat pun dah makan.." jawap uzayr. Ibu mengangguk.

"uzayr nak ke hospital balik ke ni" tanya ibu.. Setelah melihat uzayr mengantikan baju kemeja yang lain.

"yea ibu.. Uzayr keluar kejap je ni.. Tapi nanti uzayr balik awal.."

"kesian la kamu.. Tak rehat dari kemarin.."

"tak pe ibu.. Dah biasa.. Ibu tolong tengokkan aqilah yea.. Apa apa ibu call uzyar yea..." uzayr senyum.. Melihat wajah ibu.

"yea la.. Hati hati bawak kereta" uzayr bersalam dengan ibu. Uzar hanya mengangguk.

Ibu memandang uzyar keluar.. Uzayr kemudian masuk ke dalam perut kereta.. Kereta dipandu keluar dari halaman rumah. Menuju ke hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience