BAB 47

Family Completed 53336

Kereta dipandu oleh puan kausar menuju ke spa milik kawan baiknya.. Puan kausar selalunya ke spa bersama puan izzah yang kini begelar besannya.. Tambah pula harini dia membawa bersama menantu kesayangannya aqilah.

"jom dah sampai.." ucap puan kausar yang telah siap memakir keretanya.. Aqilah memandang ke luar.. Rumah teres dua tingkat yang menjadi spa..

Mereka melangkah masuk ke dalam. Aqilah tepegun seolah olah masuk ke dalam taman hijau. Di tepi pintu ada air terjun dan di depan pintu ada kolam ikan dimana ikan ikan kap berenang dan suasana sejuk dan damai.

Sampai sahaja dipintu spa kami disambut dengan senyuman manis dan ramah mesra dari pekerja spa. Disini sudah menjadi tradisi sebelum masuk kedalam kami diminta menanggalkan kasut dan pekerja spa akan menyiram kaki kita dengan air sejuk dari tempayan. Terasa segar kerana air tempayan yang sejuk tu memang memberi kesegaran pada kaki.

Kami dihidangkan dengan air Jus Asam Jawa dan juga dibekalkan dengan tuala sejuk berangin berperisa mint untuk mengelap muka kami. Ibu dan mama hanya memerhati aqilah. Kemudian mereka tersenyum.

"sedap.." tanya ibu.

"sedap... Masam masam manis" jawap aqilah.

"itu bagus untuk kesihatan dan juga untuk kecantikan" tambah mama. Aqilah mengangguk.

Kami perlu menyalin pakaian dan memakai baju yang disediakan. Aqilah sudah mula gelabah. Namun dituruti jugak. Selesai salin pakaian kami diminta duduk dikerusi untuk melakukan 'Welcome Foot Ritual'. Rendam kaki dalam air sambil diurut dan di scrub lembut oleh therapist. Ia mengambil masa lebih kurang 10 minit.

"aqilah nak urut yang macam mana" tanya mama.

"aqilah tak kisah mama... Ikutlah.. Aqilah tak biasa urut urut ni" jawap aqilah.. Mama membalas dengan anggukan. Kemudian mama memberitahu sesuatu kepada pekerja spa. Sambil menunjukkan kearah aku..

Kami melangkah masuk ke dalam bilik spa.. Sesi urutan bermula... Aqilah yang tidak pernah berurut.. Asyik mengeraskan badan. Banyak kali ditegur oleh pekerja spa. Sampai saja masa untuk urutan dibahagian perut.. Dia berhenti mengurut.. Aqilah terpinga pinga. Kenapa.

"puan dah datang bulan ke.." tanya pekerja spa tersebut.. Aqilah hanya mengeleng..

"masa saya urut perut puan... Saya dapat rasa ada ketulan.. Puan mengandung ke" tanyanya risau. Mama dan ibu saling berpandangan.

"saya tak pasti" jawap aqilah.

"ok saya skip bahagian perut yea.. Atau kita tamatkan sesi urutan puan.." tanyanya lagi.

"tak apelah... Saya stop dulu lah.." pekerja spa itu mengangguk.

"aqilah pergi salin baju dulu.. Tunggu mama dan ibu kat ruang menunggu yea" bicara mama. Ibu hanya memerhati dan tersenyum. Aqilah melangkah pergi meninggalkan mama dan ibunya. Mama memengang jari jemari ibu erat. Kemudian mereka tegelak kuat..

Selesai sesi urutan di spa.. Mama mengajak untuk ke suatu tempat.. Sebelum mereka makan.. Aqilah hanya menuruti. Kereta mama kemudiannya berhenti..

"nak buat apa kat sini mama" aqilah bertanya.. Apabila aqilah melihat mereka berada depan disebuah klinik..

"mama nak ambik ubat" bohong mama. Aqilah kemudian melangkah mengikut mama dan ibunya..

Nama mama dipanggil untuk masuk kedalam bilik doktor.. Kemudian mama keluar semula.. Mengajak aku masuk ke dalam bilik..

"sila baring puan" kata doktor liza..

"hmm... Saya.." aqilah menunjuk jari telunjuk kearah dirinya.. Mama sudah menolak lembut badan ku kearah katil.. Aku menaiki katil.. Dan baring. Bajuku diselak sedikit.. Mama dan ibu tegak bediri di hujung kakiku.

"hmmm... Good news puan.. You pregnant.. Almost 10 week.." ucap doktor liza.. Aku masih kaku..

"kita nak jadi nenek" mama dan ibu teriak kecil sambil berpeluk.

"puan ok" tanya doktor liza.. Setelah melihat aku masih diam. Aku menelan liur..

"doktor betul betul pasti... Saya tak rasa apa apa pun.. Muntah ke apa" balas aqilah..

"tak semestinya muntah tanda puan mengandung.. Puan dah miss period kan"

"yea.. Saya ingat hormon saya tak stabil lepas berkahwin.." aqilah mengaru kepalanya.. Doktor liza senyum memandang aqilah. Tisu dihulurkan kepada aqilah untuk mengelap gel di perutnya. Tangannya menghulurkan sekeping gambar berwarna hitam putih.. Aqilah memandang gambar tersebut.

" itu gambar baby puan.. Saya dah scan.. Semuanya alhamdulillah baik baik saja" ucap doktor liza.. Kemudian tersenyum.

"Mama nak tengok boleh, cucu mama" aqilah menghulurkannya.

Kemudian mereka keluar dari bilik doktor. Aqilah dipeluk erat oleh ibu dan mama.. Dicium pipi aqilah kiri dan kanan. Ibu dan mama cukup gembira..

"jom ibu belanja makan.. Aqilah nak makan apa" bicara ibu.. Wajahnya ceria.

"boleh.. Tapi dengan satu syarat.. Jangan siapa bagitahu uzyar pasal baby ni.." ucap aqilah. Tergejut muka mama dan ibunya..

"kenapa.. Tak baik tau buat macam tu" ucap ibu pelahan.. Sambil mengosok lembut bahu aqilah.

"saja nak buat surprise dekat dia.. Aqilah nak bagitahu dia sendiri.. Boleh kan" mama dan ibu kemudian mengangguk..

Mereka melangkah keluar daripada klinik. Menuju ke kereta. Kereta yang dipandu oleh puan kausar meluncur laju membelah jalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience