BAB 48

Family Completed 53336

Pulang saja kerumah aqilah terus menghidupkan enjin motosikalnya.. Ibu dan mama elok bersembang di dalam rumah. Motor dipandu aqilah ke hospital untuk berjumpa dengan uzayr.

Kaki melangkah masuk ke dalam hospital.. Ini kali pertama aqilah datang ke hospital mencari suaminya uzayr. 'alamak.. Nak cari kat mana.. Besar hospital ni..' kaki melangkah sepanjang koridor hospital. Sampai disuatu sudut.. Aqilah ternampak satu kaunter. 'tanya je lah... Daripada nak pusing pusing'.

"assalamualaikum" gadis di dalam kaunter tersenyum manis.

"waalaikummusalam.. Boleh saya bantu" aqilah membalas senyuman.

"macam mana nak jumpa doktor uzayr" tanya aqilah.. Gadis tadi memberitahu arah bilik doktor uzayr kepada aqilah.. Aqilah mengangguk. Ucapan terima kasih diberi. Kaki melangkah ke arah yang telah diberitahu oleh gadis tadi..

Dari jauh aqilah dapat melihat kelibat uzayr sedang berjalan bersama seorang perempuan. 'Mungkin pesakitnya' pikir aqilah. Wajah uzayr dipandang dari jauh. Mukanya tegang.. Uzayr kemudiannya memarahi perempuan tadi. Bahu perempuan itu dipegang.. Uzayr seperti menerangkan sesuatu. Langkah aqilah terhenti.

Kedudukan uzayr membelakangkan aqilah.. Uzayr tidak sedar dengan kedatangan aqilah. Aqilah berjalan mendekat kepada uzayr .. Wajah perempuan itu tidak dapat dilihat kerana dia menunduk. Mungkin menangis.

Uzayr masih bercakap dengan perempuan itu.. Namun aqilah tidak dapat mendengar apa yang dibualkan oleh mereka.. Perempuan itu mengangkat wajahnya.

"Sara" ucap aqilah perlahan.

Sara yang melihat aqilah berada dibelakang uzyar tidak jauh daripada mereka. Dia melangkah mendapatkan aqilah.. Uzayr turut memusingkan badannya.. Tergejut melihat aqilah dibelakangnya.

PANG..

Terteleng kepala aqilah ke kanan.. Menerima tamparan daripada Sara. Terasa pedih pipi aqilah. Uzayr yang tergejut dengan tindakan sara.. Menyambar kedua dua tangan sara yang memberontak untuk memukul aqilah.

"sayang balik dulu.. Kita jumpa dekat rumah mama" tegas suara uzayr.

Muka aqilah bertukar menjadi merah menahan marah melihat uzayr memegang tangan sara. Wajah uzayr ditenung tajam. Kakinya melangkah meninggalkan mereka.

Sampai saja rumah mama.. Aqilah hanya berkurung didalam bilik. Kali ini dia tidak lagi menangis. Malah marah. Dia membersihkan diri dan solat.. Pipi yang membengkak dibiarkan sahaja.

Hari sudah berganti malam.. Barulah uzayr pulang.. Uzayr terus naik kebiliknya mencari aqilah.. Pintu bilik dibuka.. Tiada kelibat aqilah diatas katil.. Hatinya risau. Uzayr melangkah ke bilik air.. Tiada.. Dia berpusing semula.. Ada susuk tubuh tertidur diatas sejadah lengkap bertelekung. Lega hatinya.

Bahu aqilah digoyang perlahan. Aqilah membuka mata apabila tidurnya diganggu.. Pipinya digosok perlahan.. Aqilah menempis. Wajah uzayr dipandang. Aqilah bangun membuka telekung. Tangan aqilah diraih lembut oleh uzayr. Aqilah menarik tangannya semula.

"sayang.. Marahkan bie ke" uzayr mahu memeluk pingang aqilah.. Aqilah mengelak melarikan diri.

"kenapa sayang ni" aqilah menjeling.. Uzayr mengangkat dagu aqilah.. Memandang pipi aqilah yang sudah membengkak. Aqilah masih dengan sikap dinginnya menempis tangan uzayr.

"jangan kacau lah" marah aqilah.

"ok. Sayang we need to talk" setelah melihat aqilah mula marah.

"cakap lah.. Nak cakap apa" tangan uzayr memegang tangan aqilah. Aqilah menepis.

"cakap je la tak payah nak pegang pegang.. Rimas.." bentak aqilah.

"sejak bila pula rimas.. Habis tu apa.. Nak lari lagi" suara uzayr sudah meninggi..

"nak sangat ke" aqilah menyindir

"lari lah.. Nak lari sangat.. Berani sangat larilah" cabar uzayr. Geram dengan aqilah.

Aqilah mencapai selendangnya.. Dililit ala kadar.. Begnya disilang.. Jaket disarungkan dibadan.. Pintu bilik dibuka luas.. Aqilah melangkah meninggalkan uzayr.. Kemudian kedengaran enjin motosikal aqilah dihidupkan.. Uzayr hanya membiarkan.

"kau dah gila ka angah" Umair meluru masuk kedalam bilik uzayr. Kolar baju uzayr direntap kasar oleh umair.

"along jagan sibuk lah" marah uzayr.

"kenapa angah ni cakap tak pakai otak.." marah umair.

"kenapa along nak menyibuk sangat.. Buat apa pasang telinga.. Hal rumah tangga angah"

"along duduk dekat balkoni bilik along pun boleh dengar la. Kau menengking aqilah" uzayr baru tesedar.. Terus terduduk dilantai.

"dia balik rumah ibu tu.. Bukan kemana pun" ucap uzayr perlahan..

"angah bangun.. Ikut along" lengan uzayr ditarik oleh umair.

"nak kemana pulak malam malam ni.."

"jom pergi rumah mertua angah.. Kalau ada motor aqilah. Kita balik.. Kalau tak ada.. Along tumbuk angah." ugut umair.

Uzayr menelan liurnya... 'kalau tak ada.. Aku nak cari kat mana'. Uzayr meraut kasar rambutnya kebelakang. Bagun dan melangkah mengikut along yang sudah turun kebawah..

Mereka melangkah keluar rumah.. Berjalan kaki ke rumah puan izzah.. Along berjalan laju di hadapan.. Uzayr hanya mengikut langkah abangnya. Sampai dipagar rumah puan izzah.

BUKK..

Umair menumbuk perut uzayr.. Uzayr membongkokkan badan.. Menahan sakit perutnya ditumbuk oleh umair.

"aku sendiri nampak dia bawa motosikal ke jalan besar..." ucap umair. geram melihat uzayr di depannya.

"manalah angah tahu.. Ingat dia balik rumah ibu" jawap uzayr.

"angah sendiri yang cabar dia.. Along pun dengar" umair menarik uzayr. Mereka berjalan balik ke rumah.. Umair dapat melihat wajah serabut uzayr dalam kesamaran malam..umair menggeleng.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience